Saturday, December 25, 2010

BLOG Ex SMDSO dah berusia 1 Tahun

Salam semua sahabat,

Esok 25.12.2010, genaplah perjumpaan bersejarah ex SMDSO selama 1 tahun. Dalam sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu namun ingatan pada malam perjumpaan bersejarah itu tetap abadi sebagai kenangan manis semasa hayat masih di kandung badan. Jam disini menunjukkan tepat 5.20 petang - waktu di Copenhagen Denmark, dah nak masuk waktu Isyak. Suhu disini sekitar 0-2darjah Celcius.........warga disini masih lagi berpusu-pusu di sekitar pasaraya membuat persediaan terakhir menjelang Krismas esok.....

Ketika bersendirian begini, aku teringat juga akan semua kawan-kawan serta keluarga. Urusan perniagaan hanya akan bermula pada minggu pertama tahun baru. Diharap kawan-kawan semua dapat mengembalikan keceriaan BLOG ini yang semakin menyepi.

Mana pi Cik E, Moha, Mat Wee, Halim Pak Aji, Ustaz Sukarno, Mi Tokwan, Cikgu Li Mehat, Lan Siam, MKM, dan lain-lain...?

Mau tak mau, kita semua sedang menuju ke penghujung 2010.....Semoga tahun 2011 dapat mengembalikan keceriaan BLOG ini, itu pun dengan penyertaan semula dari semua kawan-kawan.

Di sini sukalah aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU, semoga kita semua dikurniakan ALLAH kesihatan yang berpanjangan disamping kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Saudagar Beristeri Empat - Siri kisah teladan

Pada suatu masa dahulu, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”



Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.



Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

*Sedutan siri kisah teladan untuk renungan bersama.

Wassalam....

Sunday, December 12, 2010

Jemputan Kenduri Kahwin Anak Cikgu Shukri Ahmad


Assalamualaikum wrth.
Saya menerima wakil dari Cikgu Kri Ahmad untuk menjemput kawan-kawan Ex-Smdso 78-80 untuk kemajlis kenduri kahwin anak perempuan beliau dengan pasangannya pada 19/12/2010 ini dikediamannya di No43 Taman Jelatik,Jalan Langgar ,Alor Setar...depan Masjid Bukhori/Giant.....
Kehadiran sahabat2 semua akan memeriahkan lagi majlis beliau serta menghubungkan silaturrahim sesama kita.........

Sekian......

* Jom kita pakat pi rai kawan kita dapat menantu ni....kira Ex-smdso yang mula2 kot yg terima menantu.....

Sunday, November 28, 2010

Tabung bantuan Banjir Ex-SMDSO 78-80



Assalamualaikum wrth.
Semoga semua kekawan berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya....

Ana bagi pihak bendahari sekali lagi memaparkan iklan ini buat kekawan Ex-Smdso 78-80 serta kekawan lainnya,sekiranya ingin menyumbangkan kepada Tabung Bantuan Banjir sahabat2 Ex-Smdso yg terlibat dengan banjir tempoh hari bolehlah berbuat demikian di akaun bendahari Cikgu Abdul Halim Ahmad( HPH) seperti yang tertera......

No.A/C BIMB : 02039010041888

SMS pada cikgu HPH pada No.; 0194806311 jumlah yang dimasukkan.

Adalah diharapkan kempen ini sekurang-kurangnya dapat membantu kekawan kita yang ditimpa kesusahan dan ujian dari Allah SWT....
Bersatu kita kuat ,bercerai kita lemah.....

Kutipan ini akan tamat sehingga 25 Dec 2010

gambar dari album Che E....share sama CE no....

Thursday, November 11, 2010

Banjir..oh banjir....


Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya jua dapat lagi kita meneruskan kehidupan kita diatas mukabuminya ini......

Syukur juga kita kerana banjir yang melanda beberapa kawasan di kedah ini telahpun surut dan aktiviti harian dapat diteruskan lagi seperti biasa.....

Dalam tinjauan ana dikawasan banjir baru-baru ini dan dari beberapa pendapat orangramai, ramai yang mengatakan bahawa banjir kali ini adalah yang terbesar yang melanda utara kedah ini,kalau dulu banyak kawasan yang tak pernah ditenggelami air namun kini telah dinaiki ada yang sehingga paras pinggang seperti dikawasan Taman Uda ,Jalan Fajar,Anak Bukit ,Taman Golf dan beberapa Taman dan Kampong dikawasan Hutan Kampong,Lepai,Bukit Pinang,Bukit Tinggi dsbnya.
Kawasan Kilang Kicap ana di Taman Pulai Jaya turut dinaiki hingga keparas lutut,satu yang tak pernah berlaku sebelum ini.Air yang naik agak cepat menyebabkan ramai yang tak sempat bersedia dan agak kalam kabut dengan keadaan yang tak pernah dialami ini.
Tinjauan dan lawatan ana pagi tadi kerumah setiausaha kita dikawasan bukit tinggi juga turut dinaiki air hingga keparas lutut,turut kelihatan dihalaman rumah beliau adalah himpunan perabut-perabut rosak yang tak boleh digunakan lagi.Menurut beliau, pada masa berlakunya banjir ini beliau masih lagi berada diKuala Kangsar,Perak menguruskan Kilang Muslim Choicenya menyebabkan banyak barang yang tak mampu untuk diangkat dan diuruskan oleh isterinya.
Turut terlibat dengan banjir ini adalah saudara Shukri Saad yang tinggal diKampong Telok ,Bukit Pinang.Rumah beliau turut dinaiki air serta sawah padi yang telah diusahakan turut tenggelam dan perlu diusaha semula dengan kos yang agak tinggi.
Dalam pengetahuan ana, kawan-kawan lain yang turut terlibat ialah rumah pak mertua Tuan Presiden kita sendiri diAnak Bukit,rumah Ayah dan Mak Pengiran Asri di Taman Uda,rumah Mak Ayah Ir Mohd Khir,rumah mak Dr Shaltut dan kampong Tuan Syafie Ali. Kawan-kawan lain tu tak tau la termasuklah rumah Cikgu Sukarno kena ka tidak tapi sekolah Hutan Kampong jadi pusat penempatan la.Jalan masuk ke rumah Dr Shaltut nampak dinaiki air tapi rumah Dr kita masuk ka tidak tak tau la,harap-harap ok la kot.

Begitulah serba sedikit ujian Allah dalam bentuk banjir ni keatas beberapa kekawan kita seperti yang dapat ana ceritakan.Adalah diharapkan agar kita sama-sama tabah dan bersabar menghadapi ujian ini.

Disini ana ingin mencadangkan kepada kawan-kawan Ex-Smdso supaya apalah kiranya kita tubuhkan satu tabung untuk sama-sama kita bantu saudara-saudara kita yang terlibat dengan banjir ini dengan sedikit kemampuan dan lebihan yang Allah SWT berikan kepada kita agar musibah dan bencana yang telah dialami oleh kekawan kita ini dapat sama-sama kita rasai ibarat cubit paha kanan paha kiri turut terasa sakitnya,tambah-tambah lagi kita sesama Islam yang diibaratkan sebagai sebuah tubuh badan yang mana sakit disatu bahagian akan terasa sakitnya dibahagian yang lain,..Wallahuallam.

Akhikum fil Islam
Jamal bin Nasir

Thursday, October 28, 2010

Ingatlah Akan 2 Perkara Dan Lupakanlah Akan 2 Perkara

2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.
1. 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.

2. 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.

Terlalu banyak kebaikan yang telah kita perolehi terutama dari guru........... sama-samalah kita fikirkan.....!!!!!!!

Tuesday, October 5, 2010

GURU POPULAR SMDSO 1978-1980


Memandangkan blog ini semakin menyepi, aku cuba ceriakan dengan mengajak kawan-kawan semua menulis serba sedikit tentang guru-guru yang telah mengajar kita suatu ketika dahulu. 'POPULAR' yang dimaksudkan disini adalah dari kaca mata penlis sendiri yang menulis perihal atau pun cerita guru yang berkenaan.

Guru Popular SMDSO 1978-1980 dicadangkan untuk menerima suatu bentuk cenderahati / hadiah semasa majlis perjumpaan 'MENGENANG JASA GURU' yang dijadualkan pada 25.12.2010 nanti, insyaALLAH.

Sama-samalah kita menulis sambil memilih 'GURU POPULAR' tersebut melalui blog ini.

Wassalam.

Tuesday, September 21, 2010

Andaikan..................

“Kalau kamu berbuat baik berarti kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk berarti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula” (QS. Al Isra’: 7).

Jelas sekali disebutkan dalam ayat di atas bahwa semua berpulang kepada diri kita sendiri.Bukan hanya kebaikan yang kita perbuat, tetapi juga keburukan.

Tentang kebaikan, dapat disimak dalam kisah berikut.Suatu hari Rasulullah mengantar jenazah. Setelah itu, beliau mendatangi rumah duka untuk menenangkan keluarganya.

Pada saat itu, beliau sempat menanyakan kepada isteri yang meninggal tentang wasiat yang ditinggalkannya. Pihak isteri memberitahukan bahwa sebelum meninggal, suaminya sempat mengucapkan “Andaikan” beberapa kali. Salah satunya adalah: “Andaikan semuanya…”

Pihak isteri tidak tahu maksudnya. Lalu Rasulullah memastikan bahwa itu kebaikan. Sebab, yang meninggal dunia pernah dengan hati yang ikhlas memberi makan seseorang dengan setengah dari makanannya, sedangkan yang setengah lagi dimakan untuk sendiri.

Di saat mau meninggal dunia, ia diperlihatkan pahala dari perbuatan baiknya itu, sehingga keluar kata-kata dari mulutnya, “Andaikan makanan itu semua diberikan kepada orang yang sedang lapar itu.”

Kisah ini mengajak kita untuk tak pernah merasa rugi sedikitpun kalau berbuat kebaikan, meskipun terhadap orang yang tak punya hubungan keluarga. Semua makhluk Allah, sehingga Allah akan membalas kepada siapa saja yang berbuat baik kepada makhluknya. Lebih-lebih membantu sesama manusia.

Monday, September 20, 2010

Puasa Enam Hari Dari Bulan Syawal - Antara Kelebihannya


Soalan: Saya ingin bertanya tentang puasa enam pada Bulan Syawwal. Sejauh manakah kekuatan amalan tersebut? Apakah kita patut puasa selepas hari raya atau mana-mana hari pada Bulan Syawwal? Semasa saya balik kampong, saya berpuasa pada hari raya kedua, isteri saya pula meminta saya berbuka untuk meraikan keluarga yang jarang berjumpa supaya dapat makan bersama. Saya rasa berat sebab kawan-kawan ramai yang terus berpuasa selepas raya. Niat saya hendak beraya puasa enam bersama mereka. Boleh Ustaz jelaskan apa pilihan terbaik untuk saya?

Jawapan: Selamat Hari Raya
TaqabbalLah Minna wa Minkum (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu).
Tahniah juga kepada saudara penanya yang berusaha menjaga amalan sunnat.
1. Asas kepada amalan puasa enam hari pada Bulan Syawwal ini ialah sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).

2.
Berdasarkan hadis di atas jelas bahawa puasa enam hari pada Bulan Syawwal adalah sunat. Walaupun al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H) menganggap makruh puasa enam hari pada Bulan Syawwal, namun pendapat tersebut dianggap tidak kuat. Dalam al-Muwatta riwayat al-Imam Malik bin Anas disebutkan:
“Malik berpendapat mengenai puasa enam hari selepas Idil Fitri bahawa beliau tidak pernah melihat ilmuwan dan ahli fekah melakukan puasa tersebut. Tidak sampai kepadanya apa-apa riwayat daripada ulama salaf mengenai hal itu. Ilmuwan memakruhkan puasa tersebut. Mereka bimbang kebidahannya. Bimbang golongan jahil mengaitkannya dengan Ramadan”. (al-Muwatta’, 1/330 –bil: 857. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Maksudnya, beliau menyatakan makruh sebab beliau tidak melihat ahli ilmuwan di Madinah ketika itu mengamalkannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil. Adapun riwayat hadis di atas yang menggalakkan puasa enam hari Syawwal dianggap tidak kukuh disebabkan rawi Sa’d bin Sa’id bin Qais adalah masalah hafalan maka dianggap tidak kuat jika dia bersendirian (infirad) dalam riwayat. Di samping itu al-Imam Malik mengukurnya dengan amalan ilmuwan Madinah pada zamannya yang beliau dapati tidak mengamalkannya.

3. Namun hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. Ketika mengulas kenyataan al-Imam Malik yang melihat tiada ilmuwan pada zamannya mengamalkan puasa enam tersebut, al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) berkata:
“Apabila sunnah itu telah sabit, maka ia tidak ditinggalkan hanya kerana ia tidak diamalkan oleh sebahagian, atau kebanyakan atau semua orang sekalipun” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 8/238, Beirut: Dar al-Khair).
Maksud al-Imam al-Nawawi, kita tidak patut meninggalkan sesuatu sunnah Nabi s.a.w hanya kerana melihat orang lain tidak mengamalkannya sedangkan ia telah terbukti sahih riwayat tersebut di sisi ilmuwan hadis dan tiada nas sahih lain yang boleh menolak amalan tersebut. Inilah pendirian sepatutnya terhadap sunnah-sunnah Nabi s.a.w. Jika para ulama di Madinah pada masa al-Imam Malik bin Anas yang ketika masih ramai tabi’in dan sarjana-sarjana besar tidak dijadikan hujah bagi menolak amalan sunnah, apakah kita hari ini kita menolak sesuatu hadis hanya kerana orang Malaysia tidak mengamalkannya, atau ulama Malaysia tidak mengamalkanya? Sudah pasti itu dilakukan, maka terhapuskan banyak sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

4. Berasaskan hadis ini maka kita dapat fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara; pertama, berpuasa pada bulan Ramadan. Kedua, berpuasa enam hari pada Bulan Syawwal. Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun. Ertinya, jika dia hanya berpuasa Ramadan sahaja tanpa enam hari pada bulan Syawwal, dia tidak memperolehi fadilat ini. Demikian juga jika dia hanya berpuasa enam hari pada bulan Syawwal tanpa diselesaikan puasa Ramadan, maka dia juga tidak memperolehi fadilat ini.

5. Berdasarkan aturan ungkapan dalam hadis ini, maka yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.

6. Terdapat perbezaan dalam kalangan ulama; apakah afdal ditunai puasa enam hari pada bulan Syawwal itu sebaik sahaja selepas hari raya secara berturut-turut, atau mana-mana enam hari pada bulan Syawwal itu sama sahaja. Pendapat Mazhab Ahmad samada ditunaikan berturut-turut atau tidak adalah sama sahaja. Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’i: Afdalnya berturut-turut selepas hariraya (lihat: Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah 1/380, Beirut: Dar al-Fikr).

7. Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘kemudian dia susulinya’, namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa enam hari tersebut dalam bulan Syawwal sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya. Kata al-Imam al-Nawawi:
“Afdalnya dilakukan puasa enam hari berturut selepas hari raya. Jika dilewatkan sehingga akhir Syawwal tetap mendapat fadilat ‘disusuli enam hari’ kerana ia menyusuli enam hari dalam bulan Syawwal” (Syarh Sahih Muslim, 8/238).

8. Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi ketika menjawab persoalan tentang mestikah puasa enam Syawwal itu berturut-turut selepas hari raya atau tidak, berkata:
“Tidak semestinya dia berpuasa terus selepas hari raya. Bahkan harus untuk dia memulakan sehari atau beberapa hari selepas hari raya. Samada dia hendak berpuasa bersambungan ataupun berpecah-pecah dalam bulan Syawwal. Ia berdasarkan apa yang mudah baginya. Perkara ini luas (pilihannya)”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-‘Ilmiyyah, 10/391).

9. Oleh kerana hari-hari puasa enam Syawwal itu ada pilihan, sementara kadang-kadang waktu kemeriahan keluarga itu sukar diperolehi melainkan seperti pertemuan semasa cuti hari raya ini, maka eloklah seseorang tidak berpuasa sunat pada hari kaum keluarga atau sahabat handai menjamu selera. Dia boleh berpuasa pada hari-hari lain yang masih berbaki. Puasa sunnat digalakkan, namun menjaga hubungan silaturrahim dan perasaan kaum keluarga juga amat penting. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w, daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!). Jelas, baginda tidak menggalakkan berpuasa jika ada jamuan demi menjaga perasaan sahabat handai. Maka menjaga perasaan kaum keluarga lebih utama.

10. Tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Tiada juga ibadat khusus hari raya puasa enam Syawwal seperti ‘solat tasbih hariraya puasa enam’ yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).
Solat tasbih jika hendak dilakukan, jangan dikaitkan dengan hariraya puasa enam atau sebagainya.


Diambil dan diedit dari artikel yang disiarkan di Internet( Dr.MAZA blog )….. sekiranya ada kebaikan ianya adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri….

*Gambar2 adalah gambar Surau Kg.Petani yang telah hampir siap dan telah dapat digunakan oleh anak2 Jemaah untuk Solat Tarawikh dan juga Solat Aidul-Fitri tempohari.

Wallahuallam……

Jamal Nasir

Tuesday, September 14, 2010

Perjumpaan di Pokok Ceri Pagi Raya Ketiga Syawal 1431 Hijrah (2010Masehi)

Jejantas Pekan Rabu Alor Setar dah ada bumbung dan 'tangga karan' (escalator)di pasang tetapi hanya sebelah saja (side bangunan bank)..


Update: Berjumpa dengan Cik Ei Salehi sehari sebelum raya.. sempat lagi bergambar di tengah jalan depan Restoran Rose tu.. ha ha..


Perjumpaan Pada pagi Raya ketiga di Pokok Ceri di atur oleh tuan pengerusi kita, Sdr Ramli dan Chanan Din... Yang Hadir ialah Ramli, saya, Kapitan Chanan Din, Hj Jamal, Pak Ya, At, Shaltut, Azali (tengok gambar masa Tkt 3A) dan Md Wie.. Moha tak dapat hadir sebab kena pergi R&R Bukit Merah buat promosi, Adnan Bos Kemas ada di Langkawi...







Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri Dari Brunei



Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH swt kita sekali lagi diizinkanNYA untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.

Pada hari yang mulia ini, aku serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya khas buat sahabat-sahabat ex SMDSO serta kepada semua umat Islam tidak kira di mana berada. Aku tak balik raya pada tahun ini memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, semua adik beradik telahpun berada di sini (sejak kelmarin)termasuklah kedua ibu bapa aku untuk meraikannya di Brunei.

Sebagai manusia biasa, aku dan seisi keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin seandainya terdapat salah dan silap terutama sekali ketika mengendalikan blog ini melalui tulisan-tulisan yang telah dimuat turun untuk tatapan bersama.

Perjumpaan hari raya yang telah di syorkan bagi ex SMDSO sebagaimana cadangan HPH, perlu diadakan bagi mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita. Kalau dapat lihat gambar terkini kawan-kawan (harap Moha dapat masukkannya sempena perjumpaan di Pokok Cheri nanti)pun jadilah walaupun tidak dapat bersama. Aku tumpang gembira kerana kita masih lagi berhubungan serta dapat memanafaatkat hubungan yang murni ini untuk menjadikan kita semua seorang Muslim yang lebih baik pada setiap masa.

Akhirkata salam Aidilfitri untuk semua kawan-kawan serta keluarga, pohon diberi keberkatan dibawah perlindungan ALLAH swt.

Wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Untuk renungan sebelum Idil Fitri menjengah.

Ramadhon akan meninggalkan kita?
Sayu hati hendak berpisah dengannya,
Entah dapat berjumpa lagi atau tidak tahun depan.
Bagaimana dengan amalan kita sepanjang bulan ramadhon.
Tentulah harapan kita supaya tergolong dari orang yang mendapat rahmat.
Pelbagai amalan peribadatan yang kita lakukan. Inilah kelebihan bulan ramadhon.
Dari manusia yang sentiasa kenyang kita merasa lapar.
Dari manusia yang tahu masjid pada hari Jumaat kita mengunjunginya saban malam sepanjang Ramadhon.
Dari tangan yang kikir kita mudah menghulur pada yang memerlukannya.
Dari hati yang sukar bangun malam , kita menjenguknya sepanjang malan Ramadhon.
Dari lidah yang kelu kita lembutkan dengan ayat-ayat Al-Quran.
Dari sikap yang boros kita berjimat cermat.
Semua ini tidak bererti jika selepas Ramadhon kita kembali cara hidup sebelum Ramadhon.
Diri yang mendapat rahmat ialah apabila setiap yang baik dilakukan dalam bulan ramadhon dapat beristiqamah dengannya.
Jangan lupa puasa enam shawal. Sama-sama kita lakukan.
Inshaallah Ramadhon 2011 kita dapat ditemukan lagi.

Perjumpaan hari raya

Assalamualaikum semua sahabat walaupun dimana berada,
Macam mana raya ni , tak ada perjumpaan ka? Semuanya senyap aje. Walaupun tak ada komen dalam setiap penulisan yang telah dipaparkan, ana percaya masih ada lagi orang membaca setiap artikal yang telah dikeluarkan. Ana harap apabila artikal ini keluar, ana harapkan sangat respon dari kawan-kawan bila tarikh yang sesuai untuk kita jumpa. Ana tau kita ni amat sibuk sekali dan tak sempat nak komen tapi ini bukan minta komen tapi minta cadangan. Haa!!!! mcm mana Pengerusi dan setiausaha kita , sepi sekali. Kalau baca artikal ni tolonglah semua kawan-kawan respon, ini menandakan dia masih ada lagi di dunia ini. Akhir sekali ana minta maaf pada semua kawan-kawan jika ada terkasar tulis dan bahasa yang tidak menyaedapkan hati dan telinga.

AIDILFITRI PENGUKUH KELUARGA DAN MASYARAKAT



Tidak lama lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Kedatangan Syawal diterima dalam dua keadaan, satu golongan bersedih kerana menyedari kurangnya ibadat yang dapat dilakukan disebabkan sibuk, sakit dan terlalai dan golongan ini amat bimbang kalau Ramadan tahun ini merupakan yang terakhir baginya,

manakala satu golongan lagi amat gembira kerana sudah tidak perlu berpuasa lagi dan menganggap berpuasa hanyalah sesuatu yang amat membebankan. Termasuk golongan manakah kita?,fikir-fikirkanlah.

Walaubagaimanapun kita tidak boleh menahannya, Ramadan tetap akan pergi, kehidupan perlu diteruskan sebaiknya. Oleh itu mari kita renungkan dan fikirkan pula bagaimana seharusnya kita menyambut Aidilfitri tahun ini.

Apakah kita sudah bersedia dengan pengisian menyambut kehadirannya ?

Sebaik sahaja jatuh matahari akhir Ramadan, umat Islam dituntut bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah kerana mencucuri rahmat ke atas kita.

Penuhkan malam satu Syawal dengan perkara-perkara yang baik yang dituntut dan janganlah hendaknya meniru budaya negatif kerana ia tidak dibenarkan oleh agama.

Jauhkan diri dari apa-apa hiburan yang melalaikan. Janganlah diulangi amalan bathil yang dilakukan sebelum Ramadan.

Kalaupun kita tidak gembira dengan cara-cara yang dituntut agama, maka janganlah kita pula jadi penghalangnya atau menjadi penyubur kemungkaran, mudah-mudahan dengan ini kita akan terus mendapat kurniaan rahmat Allah sampai bila-bila.

Kedatangan Aidilfitri perlu disambut secara yang wajar. Jadikan satu Syawal untuk mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan terutama antara ahli keluarga.

Semasa menyambut Aidilfitri kita dianjurkan menziarahi satu sama lain dan perbuatan menyendiri di rumah atau tempat-tempat tertentu tidak digalakkan.

Membiarkan anak-anak menyendiri di rumah boleh menyemai sikap sombong dan bongkak serta tidak mempedulikan orang lain.

Hubungan silaturahim perlu disemarakkan asalkan dijaga tatasusila sesama anggota masyarakat.

Suami dan isteri sepatutnya mesti saling bermaafan antara satu sama lain, tiada berdendam dan tiada perselisihan, bermaaf-maafanlah sepanjang masa, jangan tunggu pagi satu Syawal kerana itu bukan tuntutan agama.

Menunggu pagi Syawal baru bermaafan hanyalah suatu adat dan amalan yang tidak menguntungkan, kita masih tidur dengan berdosa di akhir Ramadan jika masih ada membuat kesalahan kepada suami, isteri atau orang lain.

Bermaaf-maafan mesti dilakukan secepat mungkin bila kesalahan disedari, bermaafan dan bersalaman di pagi Syawal, hanya sesuai bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa disamping mengasuh kanak-kanak menghayati amalan yang baik sedangkan bagi kanak-kanak sebenarnya mereka tiada dosa, mereka belum mengerti apakah dosa dan pahala.

Orang Islam juga dituntut menyediakan makanan untuk dirasai oleh saudara mara dan sahabat handai tetapi mestilah halal dan disediakan tanpa perasaan riak dan tanpa membazir.

ZIARAH IBUBAPA

Anak-anak yang terpisah, tidak tinggal bersama ibubapa mesti menjadikan hari ini hari yang paling baik untuk pulang dan menziarahi mereka. Alangkah sedihnya jika ada anak tetapi berhari raya seorang diri.

Jika boleh baliklah awal sebelum satu Syawal dan tuntutlah kemaafan dari mereka sebelum jatuhnya akhir Ramadan bukan seperti biasa hanya pada pagi Syawal.

Sesungguhnya ganjaran bila melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan tidak sama dengan yang dilakukan dalam bulan-bulan yang lain.

Bila menziarahi ibubapa atau orang yang lebih tua, bawalah sedikit buah tangan untuk menggembirakan mereka walaupun bukan itu yang mereka harapkan.

Firman Allah, ” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),

dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14

Anak-anak yang diwasa yang tidak dapat pulang atau tidak dapat pulang awal terutama yang berkeluarga jangan lupa untuk menghubungi ibubapa dengan cara yang lain supaya ganjaran pahala kebaikan tersebut masih kita dapati. Jangan anggap ia sesuatu yang remeh.

Kecanggihan alat komunikasi memungkinkan segala masalah perhubungan antara ahli keluarga dapat diselesaikan dengan mudah.

Sewaktu bersama ibubapa, gembirakanlah mereka dengan isi perbualan yang baik-baik tetapi benar dan elakkan pendengaran mereka dari yang tidak menggembirakan seperti kehidupan susah masa lalu serta masalah kewangan yang kita hadapi.

Tanggungjawab sewaktu mendidik dan membesarkan kita, sudah cukup membebankan mereka. Insaflah, walau apa pun yang telah berlaku kita tidak akan dapat membalas jasa mereka kepada kita.

Jangan memberatkan ibubapa dengan perbelanjaan dan kerja. Kita sepatutnya mengambilalih tugas rumahtangga seperti menyediakan makanan, layanan kepada tetamu dan sebagainya dan benarkan ibubapa berehat dan bergembira dengan tetamu atau cucu-cucu jika ada.

Ibubapa yang sakit atau kurang sihat memerlukan masa yang panjang dan layanan yang lebih istimewa dari anak-anaknya.

Bagi ibubapa pula; Elakkan membuat perbandingan status dan keberadaan sesama anak menantu kerana ini boleh mendatangkan rasa rendah diri atau kecil hati terutama bagi yang kurang berada atau kurang mampu. Hariraya adalah hari untuk bergembira.

Tanpa sedar ibubapa kadangkalanya banyak berbicara kearah merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Limit dan fokuskan pertuturan dan perbualan kepada yang positif dan baik-baik sahaja.

ZIARAH SAHABAT HANDAI DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN

Di Hariraya, kita dituntut untuk menziarahi sesama muslim sebanyak mungkin terutama orang yang pernah menjadi sahabat ibubapa kita.

Gunakan peluang ini untuk bermaaf-maafan dan mengucapkan syukur kehadrat Allah atas limpah kurnia rahmat dan rezekiNya.

Sayugia diingat bersalaman sesama ajnabi dalam majlis sebegini adalah dilarang walaupun berlapik kerana ia adalah tidak perlu dan boleh mendatangkan fitnah.

Bersentuhan secara berlapik atau tidak bagi ajnabi hanya dibolehkan atas perkara-perkara terdesak sahaja.

Disamping itu dalam Islam kita tidak digalakkan berlama-lamaan dalam melakukan ziarah begini, kerana ini akan membuka ruang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti fitnah dan sebagainya.

Kebanyakan kita tidak mampu menjaga isi perbualan daripada memperkatakan benda-benda yang tidak baik dan melalaikan.

Berlama-lamaan juga mungkin akan membebankan orang yang kita lawati. Bergeraklah sebelum gembira bertukar sebaliknya.

Mungkin tuan rumah juga mempunyai agenda mereka sendiri atau untuk menerima tetamu yang lain pula.

Sewaktu melakukan ziarah atau sebagainya, hormatilah waktu solat

Jagalah tertib berpakaian sepertimana yang dianjurkan Islam. Sesungguhnya sudah terlalu banyak yang kita terlepas pandang dalam perkara aurat dan pakaian yang diamalkan sehari-hari.

Dalam Islam tidak ada beza aurat dalam solat dengan luar solat, cuma mungkin bentuk dan warna pakaian sahaja yang berbeza.

Hariraya juga memberi peluang kepada kita untuk merapatkan hubungan yang sudah lama terputus samaada keluar bekerja, belajar atau lain-lain.

Apa-apa persengketaan antara dua pihak juga perlu ditamatkan dengan hadirnya hari yang mulia ini.

Firman Allah “ Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila kamu berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib” Fussilat 34

Mengadakan jamuan dan menjemput seramai mungkin orang Islam dan bukan Islam untuk bergembira beramai-ramai menyambut Aidilfitri adalah satu perkara yang baik tetapi perlulah dijaga adab pergaulan supaya selari dengan keperluan agama.

ZIARAH PERKUBURAN

Orang lelaki digalakkan membersih dan menziarahi perkuburan bagi mencetuskan kesedaran terhadap kematian, manakala ziarah perkuburan kepada kaum wanita pula ada pendapat mengatakan haram dan ada yang hanya mengharuskan sahaja iaitu tidak digalakkan.

Jika kaum wanita ingin juga pergi, maka perlulah dijaga adab-adab dengan sewajarnya.

Di perkuburan, bacalah doa-doa yang baik yang diharapkan boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Perlu diingat, ziarah tanah perkuburan tidak semestinya dilakukan bila menyambut Aidilfitri sahaja.

DUIT RAYA

Memberi duit raya terutama untuk kanak-kanak adalah amalan yang baik tetapi mestilah berlaku adil.

Kanak-kanak tidak berupaya menyimpan rahsia sekiranya ada perlakuan dan agihan secara tidak adil. Oleh itu berhati-hatilah.

Di samping itu orang diwasa seharusnya tidak menyuburkan budaya mengemis di kalangan anak-anak sewaktu melakukan ziarah terutama di hari kebesaran Islam ini. Meminta-minta sebegini bukan budaya Islam.

Tujuan asal amalan ziarah adalah untuk merapatkan silaturrahim dan ianya bukanlah satu cara untuk mengumpul wang.

Selain dari perkara-perkara di atas, banyak lagi yang boleh dilakukan seperti menziarahi dan memberi makan atau pakaian kepada anak yatim, orang miskin, rumah orang tua, orang kurang upaya dan sebagainya.

Firman Allah “ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ( Aali Imran 133 ).

Hadis Rasulullah ( Dari Ibnu Hibban ) “ Sukakah kamu aku tunjukkan orang yang paling dicintai Allah, dan yang paling dekat denganku di hari kiamat’ Mereka menjawab “Sudah tentu” Rasulullah menyatakan “ Iaitu orang yang paling baik akhlaknya di antaramu”

Hadis Rasulullah ( Dari Uqbah ), “Ya Uqbah, sukakah kamu aku khabarkan tentang akhlak ahli dunia dan ahli akhirat yang paling afdal ? iaitu kamu menjalinkan hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu dan kamu memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu”

Mudah-mudahan dengan sedikit catatan ini dapatlah kita menghayati Ramadan dan Syawal secara yang disenangi Allah subhanahuwataala.

Monday, September 6, 2010

Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita



RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Sunday, September 5, 2010

Kelirukah kita?

i. Bulan Ramadhon berbondong-bondong manusia ke masjid, bagaimana bulan yang lain.
ii. Sembahyang tarawikh kita berjamaah di masjid, bagaimana pula sembahyang waktu?
iii. Sembahyang sunat tarawikh manusia pulun buat hingga ada yang mampu buat 20 – 30 rakaat semalam tetapi sembahyang sunat rawatib (2 rakaat sebelum dan rakaat selepas sembahyang waktu ) tak mampu kita lakukan.
iv. Bulan Ramadhon ramai yang mampu berqiamulail setiap malam tetapi bagaimana bulan yang lain.
v. Bulan Ramadhon tangan kita selalu bersedekah tetapi bagaimana bulan yang lain (sedekah-sedekah juga tapi tak selalu)

Bila direnung apa yang diatas itu dapatlah kita simpulkan itu adalah kelebihan ramadhoan yang dapat melembutkan hati kita. Apa pun kita mesti jadikan ramadhoan itu hospital pengubat jiwa kita dan marilah kita cuba beristiqamah dengan amalan bulan ramadhoan. Semuga kita diberi kekuatan , mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah Subhanahuwataala.

Saturday, September 4, 2010

Golongan manakah kita ini?

Dalam golongan manusia terdapat tiga golongan utama.
i. Golongan beruntung dan berjaya
Golongan ini melakukan perkara –perkara wajib dan sunat dalam peribadatannya
kepada Allah.

ii. Golongan yang berjaya.
Golongan ini melakukan perkara-perkara wajib sahaja dalam peribadatannya kepada Allah.

iii. Golongan yang rugi dan malang.
Golongan ini ialah golongan manusia yang tidak buat ibadat yang wajib dan yang sunat. Golongan ini ramai sekali, Harap-harap kita tak masuk golongan ini.

Siapakah Abu Bakar?

Antara banyak sahabat-sahabat Rasullallah s.a.w, Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling hebat, selain seorang sahabat beliau juga adalah bapa mertua Rasullallah s.a.w. Allah azzawajalla telah mewahyukan kepada Rasullallah s.a.w, bahawa Allah telah menyediakan istana didalam syurga utk Abu Bakar assiddiq. Para sahabat tertanya-tanya apakah kelebihan Abu Bakar Assiddiq di sisi Allah, malah Rasullallah s.a.w pernah menyatakan bahawa iman semua manusia di dunia ini jika ditimbang , tidak akan dapat menandingi keimanan Abu Bakar Assiddiq. Rasullallah s.a.w menyatakan kelebihan Abu Bakar Assiddiq terdapat pada 5 perkara,

i. Jika ada dua kumpulan manusia, satu kumpulan mengingati dunia dan satu
kumpulan lagi mengingati akhirat maka beliau memilih berada dalam kumpulan
mengingati akhirat.
ii. Beliau tidak pernah makan sehingga kenyang setelah beliau Islam.
iii. Beliau tidak pernah minum sehingga hilang dahaga setelah beliau Islam.
iv. Beliau hanya mengerjakan pekerjaan yang membuatkan hatinya mengingatkan
Allah,
v. Beliau tidak pernah meninggalkan solat berjamaah.
Marilah kita ambil sesuatu dari lima perkara diatas untuk pedoman hidup kita.

Celakakah kita?

Pada suatu hari ketika Rasullallah s.a.w menaiki tangga mimbar, baginda telah mengaminkan ketika menaiki anak tangga pertama, kedua, dan ketiga. Apabila sahabat bertanya baginda apa yang diaminkannya, maka baginda menyatakan beliau mengaminkan doa yg dibaca malaikat iaitu:
i. Celakalah manusia yang tidak berselawat keatas mu ketika ada orang yang menyebut namamu.
ii. Celakalah manusia yang tidak manjaga serta menggembirakan kedua ibubapanya.
iii. Celakalah manusia yang apabila habis bulan ramadhon tetapi ia tidak mendapat keampunan dari Allah.
Renung-renunglah diri kita.

Friday, September 3, 2010

Keyakinan



“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (QS. Al-Imran: 104).

Kalau membaca sejarah, tidak sedikit di antara sahabat Rasulullah s.a.w. pada awalnya adalah orang-orang yang tidak dilahirkan dalam keluarga muslim. Mereka non muslim. Mereka kemudian beralih keyakinan, dari non muslim menjadi muslim. Termasuk Umar bin Khattab r.a., yang kemudian menjadi sahabat dekat Rasulullah, muslim taat, dan bahkan menjadi amirul mukminin. Bukan hanya di masa lalu, sekarang pun banyak yang demikian.

Biasanya, tidak mudah merubah keyakinan seseorang manusia. Kalau pun kemudian mahu diubah, itu karena sudah sekian lama berusaha untuk menjawab rasa ingin tahunya tentang Islam. Dibacanya kitab suci Islam, iaitu Al Quran dan segala yang membentuk keyakinannya, termasuk bertanya kepada orang alim sebanyak mungkin. Setelah terbentuk suatu keyakinan yang mantap, barulah menyatakan diri masuk Islam. Karena sudah yakin, umumnya mereka benar-benar menjalani hidup sebagaimana disuruh dalam agama Allah itu.

Lantas bagaimana dengan kita yang terlahir dalam keluarga muslim? Di satu sisi, kita beruntung dan sepatutnya bersyukur karena ditakdirkan demikian. Namun di sisi lain, sebahagian kita bagaikan merasa selesa saja dalam keluarga Islam, selalu mengambil mudah dan tidak mahu mempelajari Islam. Seakan-akan keyakinan itu terbentuk sendiri. Akibatnya, begitu mudah kita mengabaikan segala perintah Allah, semudah melakukan segala yang dilarangNya. Diakui atau tidak, inilah pertanda belum terbentuknya keyakinan diri tentang Islam, yang selanjutnya membentuk generasi yang lemah.

Generasi yang lemah ini, kalau tidak ada kepedulian dari kalangan umat tersebut, kembali menghasilkan generasi yang lebih lemah lagi. Karena itu, patut disyukuri di saat sedang merajalelanya kemungkaran yang mematikan nurani sebagai seorang insan, masih ada segolongan orang yang senantiasa perihatin terhadap nasib umat, menyeru kepada yang makruf dan mengajak untuk mencegah yang mungkar seperti ayat diatas. Kita amat bersyukur kerana SMDSO telah berjaya melahirkan beberapa orang insan yang masih berperanan untuk mengambil tanggungjawab yang mulia ini. Kita wajar berdoa agar mereka sentiasa istiqamah serta dianugerahkan keperluan yang secukupnya dari ALLAH didalam malaksanakan tugas tersebut.

Wassalam.

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA


Jangan jadi sampai macam ni ..........???????

RAMADHAN ADALAH SUATU PERSIMPANGAN

Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada bersabda:

“ Apabila masuknya Ramadhan maka berserulah para malaikat, “ Wahai pelaku-pelaku kebaikan, bergerak majulah dan wahai pelaku-pelaku kejahatan, berhentilah dan berundurlah.””

Sementara Ramadhan masih ada berbaki sedikit sangat lagi ini eloklah kita halusi intipati hadis Rasulullah seperti di atas. Kita sedia maklum bahawa Rasulullah tidak bersabda sia-sia melainkan dipandu oleh wahyu Allah dan para malaikat adalah makhluk Allah yang tidak pernah engkar akan suruhanNya.

Ramadhan sentiasa datang dan pergi setiap tahun tetapi bagaimanakah kita menyambut dan menyediakan diri secara mental dan fizikal setiap kali kedatangannya.

Maju dalam menghayati Ramadhan termasuk dalamnya tiga perkara:

1 Melakukan apa yang kita tidak lakukan sebelum ini ( sekadar beberapa contoh ):
Bukan satu perkara yang pelik kalau ada antara umat Islam tidak berpuasa atau hanya berpuasa tetapi tidak pernah solat apatah lagi solat terawih. Kalau itulah keadaan kita dahulu, marilah tahun ini kita mulakan berpuasa dan patuh kepada syarat-syaratnya. Di samping berpuasa marilah kita menunaikan solat waktu dan solat tarawih. Kalau malu untuk memulakan solat di kariah sendiri nanti orang tahu, moleklah kita pergi ke mesjid yang jauh sedikit dari rumah kita, Di sisi Allah dalam perkara-perkara begini tidak ada salahnya demi kebaikan.

Dalam menghayati Ramadhan terdahulu kita tidak pernah pun membaca Al Quran, maka kali ini marilah kita memulakan membaca Al Quran, kalau dulu hanya membaca tetapi kurang menitikberatkan atau mementingkan hukum-hakam tajwidnya (walaupun ianya adalah wajib), marilah kita mulakan perlahan-lahan berubah ke arah itu. Sesungguhnya kita tidak dimestikan khatam satu Al Quran kalau tidak mampu tetapi usaha ke arah itu mestilah sentiasa ada.

Di tahun yang lalu kita tidak pernah iktikaf awal dalam masjid, hanya masuk dan hadir di saat-saat akhir sebelum solat dan balik secepat mungkin sebaik sahaja memberi salam maka mulai sekarang marilah kita datang awal sedikit, lakukan solat sunat qabliah dan lewatkan sedikit waktu pulang dengan melakukan solat sunat bakdiah atau lain-lain, atau sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk berdoa kerana sesungguhnya orang yang tidak berdoa kepadaNya adalah termasuk kumpulan orang yang sombong, lagipun masa yang diambil tidaklah lama.

Jika sebelum ini kita tidak pernah menginfakkan wang dan harta kita ke jalan kebaikan, maka pada tahun ini ikhlaskanlah diri untuk mula menyumbang walaupun sedikit. Kalau malu diketahui orang, di dalam masjid, di dalam akhbar, di merata-rata tempat ada ditampalkan rujukan nombor akaun tabungan yang memerlukan sumbangan, asalkan kita siasat dahulu kebenarannya, kemudian bolehlah kita mula menyumbang, sesungguhnya tangan kiri pun tidak perlu tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah ada bersabda, ” Lakukan kebaikan, Allah tidak akan berhenti memberi pahala dan jangan melakukan dosa kerana Allah tidak pernah lupa dan sesungguhnya Allah tidak mati. Oleh itu buatlah apa yang kamu suka tetapi ingat, bagaimana kamu perbuat bagitulah kamu akan diperbuat, “ - Riwayat Baihaqi.

Jika kita tinggal dalam sebuah taman, mungkin sebelum ini kita tidak pernah ambil peduli siapa jiran kita, tetapi sebenarnya untuk menjaga ukhwah dan silaturrahim dan demi kebaikan eloklah kita mengetahui siapa jiran kita dan berbuat-baiklah dengan mereka selagi ianya tidak mendatangkan mudarat dan kesalahan dari segi syarak. Mungkin pada satu masa nanti kita memerlukan atau mereka memerlukan khidmat kita. Alangkah untungnya kalau kita boleh berbakti, sesungguhnya Allah tidak akan memberi rahmat kepada mereka yang tidak menghormati atau memuliakan jirannya.

2. Maju juga bermaksud menambah baik apa yang kita lakukan
Pada tahun yang lalu atau dua minggu yang lalu kita mengerjakan solat tarawih hanya lapan rakaat sahaja maka marilah mulai sekarang kita lengkapkan menjadi dua puluh rakaat serta cukupkan dengan solat witir tiga rakaat lagi. Kalau tak mampu secara berjemaah, buatlah sendirian di rumah. Ambillah peluang yang masih ada kerana belum pasti tahun hadapan kita masih hidup dan masih sihat untuk mengerjakannya. Sesungguhnya lagi banyak rakaat yang kita buat lagi banyak masa yang kita ambil untuk sujud dan Allah itu amat hampir kepada orang yang selalu sujud kepadaNya.

Disamping itu juga kita boleh menambahkan jumlah sumbangan kita ke jalan Allah seperti membantu sekolah-sekolah agama atau persekolahan dan keperluan anak-anak yatim. Untuk golongan kaya atau berada bolehlah membuat sumbangan tetap setiap bulan kepada institusi-institusi berkaitan.

Contoh seterusnya ialah kita mengambil peluang untuk lebih menggiatkan diri ke arah kebaikan terutama bidang keagamaan di dalam masyarakat setempat dan lain-lain lagi.

3. Istilah maju juga bermaksud mengekalkan apa yang kita lakukan dan ianya dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Apa juga perkara kebaikan yang kita lakukan ia hendaklah dibuat secara berterusan dan tidak akan berhenti selepas sesuatu tempoh tertentu. Sebagai contohnya, adalah kurang bermakna kalau kita hanya pulun sembahyang sunat dalam bulan Ramadhan sedangkan selepas itu kita balik ke asal iaitu meninggalkannya langsung. Kita seharusnya meneruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila.

Kita juga dianjurkan agama supaya jangan berhenti membuat sumbangan kebajikan kerana pendapatan kita lazimnya akan bertambah setiap tahun. Sediakanlah peruntukan walaupun tidak sebanyak yang kita sumbangkan dalam bulan Ramadhan.
- = -
Perkara kedua yang disebutkan dalam hadis berkaitan ialah seruan para malaikat supaya semua yang melakukan kesalahan-kesalahan atau perkara-perkara buruk supaya berhenti dan berundurlah.

Apabila datang Ramadhan, kita perlulah mengambil peluang ini untuk berhenti daripada melakukan perkara-perkara salah yang dilarang agama serta yang tidak sesuai dengannya.

Sebagai orang Islam sudah semestinya kita tidak akan melakukan dosa-dosa besar dan apa-apa yang boleh mendatangkan bala bencana atau merosakkan sistem masyarakat kita samaada secara langsung atau tidak langsung seperti mencuri, merompak, membunuh, menipu , berjudi, bergaduh, berkelahi, makan riba , berzina, menganiaya dan makan harta anak yatim, rasuah, melakukan penderaan, menghina orang lain, bekerja secara pilih kasih atau sebagainya. Sayugia diingatkan bila sudah berhenti dari melakukannya dalam bulan Ramadhan janganlah pula kita ulangi kesalahan yang sama selepas berakhirnya bulan yang mulia ini, nanti akan sia-sialah ibadat kita..

Disamping kesalahan-kesalahan di atas, mari kita renungkan sejenak beberapa perkara sampingan yang boleh juga dikategorikan termasuk dalam seruan para malaikat tersebut.

Kadangkalanya setengah perkara itu dianggap kecil dan remeh tetapi kesannya adalah cukup besar sebenarnya.

1. Tidak menghormati orang yang lebih tua atau menyisihkan ibubapa.
Semua orang Islam perlu menghormati orang yang lebih tua terutama ibubapa samaada mereka sihat dan cukup di segi keperluan hidup seperti wang dan sebagainya apatah lagi kalau mereka dalam keadaan sakit dan memerlukan bantuan. Dalam banyak keadaan, ibubapa tidak memerlukan wang ringgit dan harta anak-anaknya tetapi belaian dan keperihatinan dari anak-anak, itulah yang lebih utama.

Rasulullah ada bersabda bahawa “ Tidak akan dirahmati Allah sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap kedua ibubapanya. “ Kewajipan menghormati ibubapa ini tidak sahaja meliputi ibubapa yang beragama Islam tetapi juga meliputi ibubapa yang masih kekal dalam agama asal mereka cuma ada batas-batasnya yang tertentu.

2. Ketidakadilan layanan dalam keluarga.
Dalam institusi berkeluarga, ada keluarga yang besar dan ada keluarga yang kecil. Dalam keluarga yang besar, kadang-kadang secara tidak sedar terdapat ketidakadilan berlaku, terdapat perbezaan kasih sayang dan layanan kepada anak-anak. Keadaan ini boleh menyebabkan timbul rasa cemburu dan kecil hati yang boleh merenggangkan hubungan antara satu sama lain.

Sebagai ketua keluarga samaada ibu atau bapa, kita perlu selalu muhasabah diri supaya perkara sebegini tidak berlaku atau tidak dibiarkan berpanjangan. Setiap keluarga seharusnya tinggal dalam suasana yang harmoni sepanjang masa.

3. Berbelanja secara membazir.
Ketika Ramadhan akan berakhir dan Syawal pula akan menjelang tidak lama lagi ramai daripada kita akan berbelanja, tetapi adakalanya kita terlupa atau terlalai bahawa sebahagian daripada perbelanjaan yang dilakukan adalah tidak perlu dan membazir.

Sebagai contohnya, kita menukar perabut, alat hiasan rumah atau kereta walhal yang lama masih baru dan elok semata-mata kerana kita terpedaya dengan tawaran atau pujukan jurujual sementelahan kita ada wang. Kadang-kadang kita juga melakukannya kerana ingin dilihat lebih dan ingin berlumba-lumba bersaing dengan jiran dan rakan sedangkan kita perlu sedar bersaing sebegini dilarang oleh agama. Sia-sialah ibadat puasa dan pengorbanan sepanjang Ramadhan yang kita lakukan jika ada riak dan sombong walaupun sedikit dalam hati kita. Oleh itu berbelanjalah atas perkara-perkara yang benar-benar perlu sahaja.

4. Melakukan perkara baik tetapi masanya tidak sesuai
Adalah dituntut berhariraya dengan pakaian yang cantik antaranya untuk megelakkan fitnah dan rasa rendah diri antara ahli keluarga dan sesama jiran tetangga. Walaupun begitu ada masanya kita membeli belah pada masa yang tidak sesuai. Kita tidak sepatutnya masih berada di pasar raya atau atas jalan raya sedangkan pada waktu yang sama umat Islam yang lain sedang mengimarahkan masjid dan surau dengan solat tarawih dan lain-lain yang dituntut oleh agama. Jika masih ada keperluan eloklah diselesaikan waktu sianghari sahaja.

Di samping perkara-perkara di atas, banyak lagi yang boleh dijadikan landasan untuk sama-sama bermuhasabah siapakah diri kita. Oleh itu marilah kita segera berusaha melakukan yang terbaik sementara kita masih lagi hidup dan mempunyai kekuatan, kelebihan dan keupayaan dari segi tenaga dan lain-lain, semoga kita akan mendapat keberkatan bukan sahaja di dunia lebih-lebih lagi untuk kehidupan kita di akhirat nanti .

Jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai sebuah simpang dalam menentukan arah dan halatuju kehidupan kita seterusnya.

Sedihnya, Ya Allah! mengapa cepat sangat Ramadhan nak meninggalkan kami.

Saturday, August 28, 2010

Malam Lailatul Qadar


Apakah itu malam Lailatul qadar ?
Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Firmannya lagi:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam yang diberkati.” (Ad-Dukhaan: 3).

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (
Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa:
“Allah SWT menurunkan Al-Qur’anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun.”
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah SWT. Juga, kerana pada ketika itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Nya:

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(Ad-Dukhaan: 4).

Kemudian, Allah SWT berfirman mengagungkan kedudukan malam Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur’anul Karim:
Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?”
Selanjutnya Allah SWT menjelaskan nilai keutamaan malam Lailatul Qadar dengan firman-Nya:
Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan.”

Beribadah di malam itu dengan penuh rasa ketaatan, penuh rasa penghambaan, penuh rasa pengabdian, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya menyamai dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu yang lainnya dimana seribu bulan adalah sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Allah SWT juga menyatakan keutamaan-keutamaannya yang lain, juga keberkatan yang melimpah luah dengan banyaknya malaikat yang turun hadir di malam itu, termasuklah malaikat Jibril ‘alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah SWT. Mereka turun dengan perintah dari rabb mereka yakni Allah SWT. Selanjutnya,Allah SWT menambahkan lagi keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya:

“Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar”
(Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah satu malam yang penuh dengan keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tiada sedikit pun yang tidak baik di dalamnya sehinggalah terbit fajar. Di malam itu, para malaikat termasuk malaikat Jibril mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW ada menyatakan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Sabda Baginda SAW:

“Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan hanya sanya pahala dari Allah SWT, niscaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

Adapun qiyamul lail itu adalah di dalamnya kita menghidupkan malam tersebut dengan bersolat tarawih, bersolat tahajjud, membaca Al-Qur’anul Karim dengan penuh tadabbur, berzikir, berdoa, memohon keampunan dengan beristighfar dan bertaubat kita dengan rasa rendah diri dan penghambaan sepenuhnya hanya sanya kepada Allah SWT.

Wallahualllam....

** Diedit dan diringkaskan agar mudah difahami,semoga yang baik adalah dari Allah SWT jua,yang kurang adalah dari hamba sendiri..

Ikhlas dari Akhikumfiddeen,

Jamal Nasir

10 Surah Yang Elok Di Amalkan Setiap Hari



1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya' Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya' Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya' Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya' Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat 'Isya', ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KAUTSAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat 'Isya' hingga dia tertidur, insya' Allah dia dapat melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya' Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti 'Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai 'Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti 'Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti 'Aisyah tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti 'Aisyah menerangkan:
"Bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Aku sekadar menulis untuk manafaat serta peringatan bagi diri aku dan kawan-kawan semua. Aku memohon ampun ke hadrat ALLAH swt serta kawan-kawan semua diatas kekurangan serta kelalaian diriku yang kadang-kadang aku sendiri gagal untuk mengamalkan sebahagian dari apa yang aku tulis ini setiap hari oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi serta kelemahan yang ada pada diri aku sendiri.
Wallahhuaqlam.

Thursday, August 26, 2010

Hutang dan Kematian

Salah seorang anak Umar bin Khattab telah diejek dan dibuli oleh teman-temannya kerana memakai baju yang bertampal-tampal dan buruk.

"Tidak ada gunanya mempunyai ayah menjadi kepala negara, bajunya tampal seribu," kata teman-teman anak Umar.

Kerana sudah tidak tahan dengan ejekan teman-temannya, anak Umar itu pun mengadu kepada ayahnya. Khalifah Umar sangat kasihan kepada anaknya yang mengadu itu, tapi beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Maklumlah beliau tidak mempunyai simpanan apa-apa, sedang gajinya sebagai kepala negara hanya 1 dirham saja sehari dan ketika itu belum sampai masa gajian. Umar pergi ke Baitul Mal untuk meminjam sedikit wang dan berjanji akan membayarnya pada bulan depan apabila sudah menerima gaji.

"Bukan saya tidak mahu mengeluarkan wang Baitul Mal, tapi apakah Amirul Mukminin sudah yakin masih akan hidup sehingga bulan depan? Dan jika Amirul Mukminin mati sebelum sampai masa gajian yang akan datang, siapa yang akan membayarnya? kata petugas Baitul Mal.

Mendengar itu, menangislah Khalifah Umar bin Khattab sehingga air matanya menetes membasahi pipinya. Beliau tidak jadi untuk meminjam wang dan pulang dengan perasaan sedih sambil mengenang kematian.

Tuesday, August 24, 2010

Pinjaman kepada ALLAH

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."
"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.
Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Sama-samalah kita hayati kisah ini dengan penuh keinsafan …… mudah-mudahan dianugerahkan kepada kita semua sifat suka bersedekah ……Sesungguhnya tidak akan berkurang walau sedikit pun harta seseorang itu jika ianya bersedekah kerana ALLAH.

Friday, August 20, 2010

Muhasabah Diri

Terdapat seorang lelaki yang mengurus tunggangan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam yang di kenali dengan gelaran Kirkirah. Dia telah mati dan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Dia di dalam neraka", Maka terdapat sahabat yang telah mengunjungi jenazahnya dan memerhati keadaannya dan mereka dapati sepasang pakaian luar yang telah diambilnya secara khianat.

Terdapat hadith yang maksudnya hampir sama:
لما كان يوم خيبر اقبل نفر من اصحاب النبى صلى عليه وسلم فقالوا: فلان شهيد وفلان شهيد حتى مروا على رجل فقالوا فلان شهيد . فقال النبى صلى عليه وسلم :كلا انى رايته فى النار فى بردة غلها او عباءة --مسلم

Tatkala di dalam Peperangan Khaibar beberapa orang sahabat telah mengadap Rasulullah Sallahu 'Alaihi wasallam dan mereka berkata: "fulan telah syahid, dan sifulan telah syahid", sehingga sampai kepada seorang lelaki. Maka sahabat-sahabat tersebut mengatakan : Sifulan ini (juga) telah syahid". Lalu Nabi Sallahu 'Alaihi wasallam mengatakan: "tidak sekali-kali, sesungguhnya aku telah melihat dia di dalam neraka memakai selendang atau baju luar yang diambilnya secara khianat"


1-Bagi hadith yang pertama disebut di dalam syarahnya yang Kirkirah adalah seorang hamba berbangsa Nuba (Afrika), dia berkhidmat menuntun haiwan kenderaan Rasulullah ketika perang. Selepas kematiannya, Rasulullah mengatakan yang Kirkirah berada di dalam neraka. Hal ini sangat mengejutkan para sahabat, lalu mereka telah pergi menyiasat untuk mengetahui kenapa Rasulullah bersabda sedemikian. Mereka dapati kesalahan Kirkirah hanyalah beliau telah mengambil sepasang pakaian luar (outer garment) dari harta rampasan perang secara senyap-senyap sebelum ianya diagih secara sah oleh Rasulullah . Perbuatan khianat itu walaupun tidaklah melibatkan nilai yang banyak telah menyebabkan Kirkirah disabdakan oleh Rasulullah sebagai penghuni neraka.

Di dalam syarah hadith ini dikatakan Kirkirah diseksa di neraka setimpal dengan perbuatan khianatnya ini, atau dia disiksa sekiranya kesalahannya itu tidak diampuni oleh Allah.

Perbuatan mengambil harta secara khianat (iaitu yang bukan secara sah dari segi syara') dikira daripada perbuatan dosa-dosa besar. Lihatlah bagaimana Rasulullah yang sangat mengasihani ummahnya telah membuat kenyataan yang keras dan tegas tentang akibat buruk perbuatan mengambil harta secara khianat, sedang yang diambil hanyalah sepasang pakaian luar, apa lagi diambil oleh seorang yang tidak berharta dan berstatus rendah dalam masyarakat. (Terdapat perbezaan pandangan semada Kirkirah dimerdekakan atau mati sebagai seorang hamba).

Bagaimana pula kita mahu menilai diri kita pada hari ini? Kita telah membenarkan pengkhianatan dalam pemilikan harta dibuat oleh diri kita, anak-beranak kita, kaum kerabat kita, sahabat handai serta penyokong kita, sedangkan yang dikhianati bukan sekadar sehelai pakaian luar, sedangkan kita tidak sedaif Kirkirah. Kita telah berselindung di sebalik peraturan dan procedures sedangkan kita tahu perbuatan kita itu tidak menepati piawaian yang diajar oleh Rasulullah.

Kita merasa diri kita terpelajar, diri kita berilmu, punya akhlak dan pekerti bangsawan, berkedudukan dalam masyarakat. Kita juga tidak semiskin Kirkirah dan yang kita mahukan kekayaan di atas kekayaan yang sudah dimiliki. Kita sudah memiliki kenderaan, tetapi sekadar mahu yang lebih baik. Kita sudah ada tempat kediaman tetapi sekadar mahukan yang lebih besar. Sedangkan Kirkirah, sebagaimana sahabat yang pergi menyiasat selepas kematiannya dapat mengesan kewujudan sehelai pakaian luar yang dimabilnya daripada rampasan perang; menunjukkan yang dia tidak mempunyai banyak pakaian. Sekiranya dia punya banyak pakaian sudah tentu terlalu sukar untuk diketahui asal-usul setiap helai pakaiannya.

Yang lebih buruk dan jijiknya ialah apabila kita masih menganggap yang kita adalah pejuang Islam, kita dakwa kita bertindak di atas nama Islam. Sekiranya Rasulullah menilai kita sebagaimana baginda menilai Kirkirah, agaknya di manakah kita dalam penilaian Rasulullah?

2- Di dalam hadith yang kedua disebutkan peristiwa ini berlaku selepas usainya peperangan Khaibar, para sahabat membilang nama-nama mereka yang telah gugur satu persatu di depan Rasulullah. Atau mungkin mereka menemui mayat mereka yang gugur, satu demi satu dan mereka menyebut bagi setiap jenazah itu yang mereka telah syahid sehingga para sahabat ini menyebut nama salah seorang yang telah gugur dalam Peperangan Khaibar itu. Rasulullah dengan tegasnya mengatakan orang itu adalah penghuni neraka kerana dia telah mengambil sehelai pakaian untuk dimiliki ketika pertempuran sedang berlaku sebelum menyerahnya sebagai harta rampasan perang untuk dibahagi-bahagikan secara sah. Rasulullah melarang para sahabat tersebut dari menyebut simati yang itu sebagai syahid, suatu darajat yang sangat mulia di dalam syara, dijanjikan kenikmatan syurga , dilepaskan daripada kesakitan menjelang kematian dan selepasnya.

Janganlah kita ambil mudah untuk beranggapan yang kita dari segi agamanya sudah selamat kerana bergabung dalam perjuangan Islam, sedangkan perjuangan itu sendiripun belum tentu menepati perjuangan Rasulullah ataupun tidak. Sekiranya pada perkiraan kita ianya menepati perjuangan yang diredai Allah dan Rasul-Nya, maka di mana pula kedudukan kita, walaupun kita mendabik dada mengaku pejuang Islam? Dimanapula pemimpin-pemimpin kita yang kita ingin bertumpang naungan ilmu dan amal mereka? Adalah sesuatu perbuatan yang menunjukkan kesedaran keinsafan tentang diri, beradab lagi berakhlaq untuk kita tidak mencari-cari dalih mempersamakan tindakan kita yang secara zahirpun jelas berkepentingan dunia dengan akhlaq Rasulullah yang merupakan penzahiran isi kandungan a-Quran yang mulia itu.

Membaca kisah-kisah sebegini, menyelusuri beratnya amaran Rasulullah seumpama ini menyebabkan terasa rendahnya langit seakan menimpa kepala, terasa sempitnya bumi seakan menghempit dada, bagaimanakah kita dapat selamat?. Ya Allah,, hanya Rahmat-Mu, Kasihan Belas -Mu, keampunan-Mu yang dapat menyelamatkan kami. Tiada daya dan tiada upaya kecuali Daya dan Upaya Engkau Ya Allah!

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan & Badar Al-Kubra

Assalamualaikum wrth.
Semoga semua sahabat2 berada dalam rahmat dan nikmat Allah SAW jua hendaknya.

Ramadhan semakin menghabiskan fasa pertamanya,hanya tinggal beberapa hari lagi fasa yang dikatakan 1/3 yang penuh kerahmatan akan berlalu.Sedar tak sedar dah masuk 7 hari kita dah sama-sama menjalani ibadah puasa ini,kini fasa kedua yang penuh dengan pengampunan akan muncul tak beberapa hari lagi, dimana kita agaknya..???
Harapannya semoga semua kita dapat menjalani latihan ini dengan penuh kesedaran dan kemampuan yang ada...terasa benar ruginya sekiranya Ramadhan yang datang ini berlalu begitu sahaja….
Sesungguhnya seperti yang kita sama-sama maklumi, Ramadhan adalah bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua kaum muslimin dan muslimat...harapannya moga kita semua turut berada dan bersama dengan Muslimin dan Muslimat yang lain jua hendaknya…….

Sabda baginda Rasul SAW;
"Apabila telah tibanya Ramadhan, telah terbuka pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu segala syaitan"[Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasaie,Ahmad dan Baihaqi].

Antara peristiwa penting yang dapat sama-sama kita ambil iktibar dari fasa kedua ini ialah berlakunya Ghazwah Badar Al-Kubra…

Peristiwa Badar Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke2 Hijrah, iaitu pada hari Jumaat. Sesunguhnya, Badar merupakan bukti kekuasaan Allah S.W.T.Apa tidaknya, masakan tentera seramai 313 orang mampu mengalahkan pihak lawan seramai 1000 orang? Namun Badar membuktikannya. Sungguh. Golongan yang sedikit mampu untuk mengalahkan golongan yang ramai atas kehendak Allah S.W.T. Peristiwa Badar ini kebanyakannya telah dinukilkan di dalam kitab Al Quran di dalam surah Al-Anfal.

Firman Allah:" (Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu [dengan firmanNya], sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu [bala tentera] dari Malaikat yang datang berturut-turut".(Surah Al-Anfal:9)

Mengapakah Allah menurunkan bantuanNya pada tentera yang sedikit itu?
Kerana, kuantiti mereka kecil, namun kualiti mereka besar.
Siapakah yang sanggup untuk berlari di tengah panas pada bulan puasa? Siapakah yang sanggup untuk berjemur di tengah panas pada bulan puasa?
Begitu juga keadaan para sahabat pada ketika itu. Pada ketika itu, mereka sedang menghadapi dua perjuangan yang besar. Perjuangan menentang golongan kuffar dan perjuangan menentang hawa nafsu. Hanya mereka yang benar-benar dan berkualiti imannya mampu meneruskan jihad ini. Biar kecil kuantiti, asalkan besar kualiti.

Badar mengajar kita betapa pentingnya sikap kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya melalui kisah baginda Rasul.

Doa baginda: " Ya Allah, penuhilah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon akan sumpah janjiMU",
Doa baginda lagi: "Ya Allah, andaikata pasukan ini tewas pada hari ini, nescaya Engkau tidak akan disembah orang, Ya Allah, kalau begitu yang Engkau mahu, maka tiada orang yang akan menyembahMu selama-lamanya".

Kepasrahan baginda Rasul begitu memuncak. Baginda merayu dengan begitu pasrah sehingga tidak menyedari kain selendangnya jatuh dari bahu baginda sehinggalah di angkat oleh Saidina Abu Bakar.

Allah kemudiannya mewahyukan kepada malaikatNya:
'"(ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat: sesungguhnya, Aku menyertai kamu(memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun, oleh itu, pancunglah leher mereka(musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka".(Surah Al-Anfal:12)

Dan turunlah bantuan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bergantung harap padaNya. Bukan mudah usaha Nabi dan para sahabat dalam mengembangkan agama Islam pada ketika itu. Oleh itu, hargailah sahabat-sahabat sekalian Agama Islam yang sedang kita anuti sekarang ini.

Jikalau dulu, martabat wanita direndah dan dipijak. Datangnya Islam membawa cahaya. Maruah para wanita diangkat dan dimuliakan. Perintah menutup aurat menjadi satu kesempurnaan agar wanita terhindar dari pandangan-pandangan liar. Maka, janganlah para wanita pada hari ini seolah-olah menafikan hak-hak tersebut.
Badar mengajar erti pengorbanan.
Badar mengajar erti perjuangan.
Badar mengajar erti kehambaan.
Badar mengajar erti ketaatan.


Teringat saya sebuah nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Mestica, Badar 313.
Khas untuk sahabat-sahabat yang sedang berjuang. Ingatlah, kuantiti yang sedikit bukan ukuran, kualiti jua yang menjadi pilihan. Wallahu'alam.


tak kan berundur
walaupun selangkah
biarlah berkubur
tak kan menyerah
begitu mujahadah
begitu terserlah
biarlah basah
bumi yang bertuah


rentak dan tarian
telah diperturunkan
hanya yang beriman
terus ke depan
dan demi masa
dan demi agama
dan demi bangsa
harganya nyawa


perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan


dan demi masa
demi agama
dan anak bangsa
harganya nyawa


perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan


313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang



Mari bersama meningkatkan kualiti diri di bulan Ramdhan yang penuh leberkatan ini. Semoga ianya menjadi madrasah tarbiyatun nafsi bagi semua. :)


Sumber Rujukan:
1) Badar, menyelusuri sirah perjuangan kekasih Allah,Azrul Azlan Iskandar Mirza.
2) Sirah Nabawiyah, Raheq Makhtum.

Wallahuallam…….
Semoga artikel dari penilis murabbi.net yang sedikit ana editkan ini memberi manfaat untuk kita semua..

AkhikumfilIslam…

Jamal bin Nasir