Saturday, August 28, 2010

Malam Lailatul Qadar


Apakah itu malam Lailatul qadar ?
Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Firmannya lagi:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam yang diberkati.” (Ad-Dukhaan: 3).

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (
Al-Baqarah: 185).

Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa:
“Allah SWT menurunkan Al-Qur’anul Karim keseluruhannya secara sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks berbagai peristiwa selama 23 tahun.”
Malam itu dinamakan Lailatul Qadar karena keagungan nilainya dan keutamaannya di sisi Allah SWT. Juga, kerana pada ketika itu ditentukan ajal, rezeki, dan lainnya selama satu tahun, sebagaimana firman Nya:

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(Ad-Dukhaan: 4).

Kemudian, Allah SWT berfirman mengagungkan kedudukan malam Lailatul Qadar yang Dia khususkan untuk menurunkan Al-Qur’anul Karim:
Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu?”
Selanjutnya Allah SWT menjelaskan nilai keutamaan malam Lailatul Qadar dengan firman-Nya:
Lailatul Qadar itu lebih baik dari pada seribu bulan.”

Beribadah di malam itu dengan penuh rasa ketaatan, penuh rasa penghambaan, penuh rasa pengabdian, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya menyamai dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu yang lainnya dimana seribu bulan adalah sama dengan 83 tahun 4 bulan.
Allah SWT juga menyatakan keutamaan-keutamaannya yang lain, juga keberkatan yang melimpah luah dengan banyaknya malaikat yang turun hadir di malam itu, termasuklah malaikat Jibril ‘alaihis salam. Mereka turun dengan membawa semua perkara, kebaikan mahupun keburukan yang merupakan ketentuan dan takdir Allah SWT. Mereka turun dengan perintah dari rabb mereka yakni Allah SWT. Selanjutnya,Allah SWT menambahkan lagi keutamaan malam tersebut dengan firman-Nya:

“Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar”
(Al-Qadar: 5)

Maksudnya, malam itu adalah satu malam yang penuh dengan keselamatan dan kebaikan seluruhnya, tiada sedikit pun yang tidak baik di dalamnya sehinggalah terbit fajar. Di malam itu, para malaikat termasuk malaikat Jibril mengucapkan salam kepada orang-orang beriman.
Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW ada menyatakan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Sabda Baginda SAW:

“Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan hanya sanya pahala dari Allah SWT, niscaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadits Muttafaq ‘Alaih)

Tentang waktunya, Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Yang dimaksud dengan malam-malam ganjil yaitu malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dan malam dua puluh sembilan.

Adapun qiyamul lail itu adalah di dalamnya kita menghidupkan malam tersebut dengan bersolat tarawih, bersolat tahajjud, membaca Al-Qur’anul Karim dengan penuh tadabbur, berzikir, berdoa, memohon keampunan dengan beristighfar dan bertaubat kita dengan rasa rendah diri dan penghambaan sepenuhnya hanya sanya kepada Allah SWT.

Wallahualllam....

** Diedit dan diringkaskan agar mudah difahami,semoga yang baik adalah dari Allah SWT jua,yang kurang adalah dari hamba sendiri..

Ikhlas dari Akhikumfiddeen,

Jamal Nasir

5 comments:

  1. jom ... ikut aku hidupkan 10 mlm terakhir di sepuluh masjid ...
    anjuran YB nasir mustaffa adun kg rotan
    minta aku pimpin qiam ...
    aku bukan boleh sangat pun
    tapi hajat YB
    aku bawa anak buah aku...
    mula jam 3.00 pg
    jadual...call aku ...
    atau paling tidak pun
    kat masjid sultanah

    ReplyDelete
  2. Insya Allah....kita cuba sma-sama hidupkan malam2 10 akhir ini dgan segala kemampuan yang ada.....
    * Gambar kecik depan masjid zahir tgh dok amik gambar tu adalah abang hang sukarno dengan anak beranak dia....solhi tagore n family

    ReplyDelete
  3. Salam,terima kasih lah diatas maklumat ilmu yang disampaikan semoga ia akan menguatkan semangat bagi kita untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini.Hati ini ingin tapi kadang-kadang badan ni malas tapi tahun ni aku bertekad nak cuba juga untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan Al Mubarak ini.

    ReplyDelete
  4. Semoga ALLAH menyempurnakan hajat kita semua.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. mengintai lailatulqadar
    bersama YB nasir ADUNKubang Rotan

    20 ramadhan - masjid kubang jawi alor janggus
    21 rdhan - mjid kubangjambu
    22 rdhan - mjid kubang rotan - kuala sungai
    23 rdhan - mjid Kg. baru - pekan kuala kedah
    24 rdhan - mjid Lorong mayat - pekan kuala kdah
    25 rdhan - mjid rahman putra -jln kuala kedah
    26 rdhan - mjid telpk cengai - jln kuala kdah
    27 rdhan - mjid tambak bunga - jln kuala kedah
    28 rdhan - mjid tongkang yard - sebrang perak
    29 rdhna - mjid lama akar peluru - alor setar

    aturcara majlis
    12.30 taklimat
    1.00 rehat
    2.45 zikir munajat
    3.00 pagi solatsunat
    4.30 sahur
    6.00 solat subuh
    6.30 kulaih subuh
    7.30 bersurai

    insyaallah aku akan ada pada 9 malam sebab malam 20 di kolej metrik pendang

    ReplyDelete