Friday, August 20, 2010

Muhasabah Diri

Terdapat seorang lelaki yang mengurus tunggangan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam yang di kenali dengan gelaran Kirkirah. Dia telah mati dan Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Dia di dalam neraka", Maka terdapat sahabat yang telah mengunjungi jenazahnya dan memerhati keadaannya dan mereka dapati sepasang pakaian luar yang telah diambilnya secara khianat.

Terdapat hadith yang maksudnya hampir sama:
لما كان يوم خيبر اقبل نفر من اصحاب النبى صلى عليه وسلم فقالوا: فلان شهيد وفلان شهيد حتى مروا على رجل فقالوا فلان شهيد . فقال النبى صلى عليه وسلم :كلا انى رايته فى النار فى بردة غلها او عباءة --مسلم

Tatkala di dalam Peperangan Khaibar beberapa orang sahabat telah mengadap Rasulullah Sallahu 'Alaihi wasallam dan mereka berkata: "fulan telah syahid, dan sifulan telah syahid", sehingga sampai kepada seorang lelaki. Maka sahabat-sahabat tersebut mengatakan : Sifulan ini (juga) telah syahid". Lalu Nabi Sallahu 'Alaihi wasallam mengatakan: "tidak sekali-kali, sesungguhnya aku telah melihat dia di dalam neraka memakai selendang atau baju luar yang diambilnya secara khianat"


1-Bagi hadith yang pertama disebut di dalam syarahnya yang Kirkirah adalah seorang hamba berbangsa Nuba (Afrika), dia berkhidmat menuntun haiwan kenderaan Rasulullah ketika perang. Selepas kematiannya, Rasulullah mengatakan yang Kirkirah berada di dalam neraka. Hal ini sangat mengejutkan para sahabat, lalu mereka telah pergi menyiasat untuk mengetahui kenapa Rasulullah bersabda sedemikian. Mereka dapati kesalahan Kirkirah hanyalah beliau telah mengambil sepasang pakaian luar (outer garment) dari harta rampasan perang secara senyap-senyap sebelum ianya diagih secara sah oleh Rasulullah . Perbuatan khianat itu walaupun tidaklah melibatkan nilai yang banyak telah menyebabkan Kirkirah disabdakan oleh Rasulullah sebagai penghuni neraka.

Di dalam syarah hadith ini dikatakan Kirkirah diseksa di neraka setimpal dengan perbuatan khianatnya ini, atau dia disiksa sekiranya kesalahannya itu tidak diampuni oleh Allah.

Perbuatan mengambil harta secara khianat (iaitu yang bukan secara sah dari segi syara') dikira daripada perbuatan dosa-dosa besar. Lihatlah bagaimana Rasulullah yang sangat mengasihani ummahnya telah membuat kenyataan yang keras dan tegas tentang akibat buruk perbuatan mengambil harta secara khianat, sedang yang diambil hanyalah sepasang pakaian luar, apa lagi diambil oleh seorang yang tidak berharta dan berstatus rendah dalam masyarakat. (Terdapat perbezaan pandangan semada Kirkirah dimerdekakan atau mati sebagai seorang hamba).

Bagaimana pula kita mahu menilai diri kita pada hari ini? Kita telah membenarkan pengkhianatan dalam pemilikan harta dibuat oleh diri kita, anak-beranak kita, kaum kerabat kita, sahabat handai serta penyokong kita, sedangkan yang dikhianati bukan sekadar sehelai pakaian luar, sedangkan kita tidak sedaif Kirkirah. Kita telah berselindung di sebalik peraturan dan procedures sedangkan kita tahu perbuatan kita itu tidak menepati piawaian yang diajar oleh Rasulullah.

Kita merasa diri kita terpelajar, diri kita berilmu, punya akhlak dan pekerti bangsawan, berkedudukan dalam masyarakat. Kita juga tidak semiskin Kirkirah dan yang kita mahukan kekayaan di atas kekayaan yang sudah dimiliki. Kita sudah memiliki kenderaan, tetapi sekadar mahu yang lebih baik. Kita sudah ada tempat kediaman tetapi sekadar mahukan yang lebih besar. Sedangkan Kirkirah, sebagaimana sahabat yang pergi menyiasat selepas kematiannya dapat mengesan kewujudan sehelai pakaian luar yang dimabilnya daripada rampasan perang; menunjukkan yang dia tidak mempunyai banyak pakaian. Sekiranya dia punya banyak pakaian sudah tentu terlalu sukar untuk diketahui asal-usul setiap helai pakaiannya.

Yang lebih buruk dan jijiknya ialah apabila kita masih menganggap yang kita adalah pejuang Islam, kita dakwa kita bertindak di atas nama Islam. Sekiranya Rasulullah menilai kita sebagaimana baginda menilai Kirkirah, agaknya di manakah kita dalam penilaian Rasulullah?

2- Di dalam hadith yang kedua disebutkan peristiwa ini berlaku selepas usainya peperangan Khaibar, para sahabat membilang nama-nama mereka yang telah gugur satu persatu di depan Rasulullah. Atau mungkin mereka menemui mayat mereka yang gugur, satu demi satu dan mereka menyebut bagi setiap jenazah itu yang mereka telah syahid sehingga para sahabat ini menyebut nama salah seorang yang telah gugur dalam Peperangan Khaibar itu. Rasulullah dengan tegasnya mengatakan orang itu adalah penghuni neraka kerana dia telah mengambil sehelai pakaian untuk dimiliki ketika pertempuran sedang berlaku sebelum menyerahnya sebagai harta rampasan perang untuk dibahagi-bahagikan secara sah. Rasulullah melarang para sahabat tersebut dari menyebut simati yang itu sebagai syahid, suatu darajat yang sangat mulia di dalam syara, dijanjikan kenikmatan syurga , dilepaskan daripada kesakitan menjelang kematian dan selepasnya.

Janganlah kita ambil mudah untuk beranggapan yang kita dari segi agamanya sudah selamat kerana bergabung dalam perjuangan Islam, sedangkan perjuangan itu sendiripun belum tentu menepati perjuangan Rasulullah ataupun tidak. Sekiranya pada perkiraan kita ianya menepati perjuangan yang diredai Allah dan Rasul-Nya, maka di mana pula kedudukan kita, walaupun kita mendabik dada mengaku pejuang Islam? Dimanapula pemimpin-pemimpin kita yang kita ingin bertumpang naungan ilmu dan amal mereka? Adalah sesuatu perbuatan yang menunjukkan kesedaran keinsafan tentang diri, beradab lagi berakhlaq untuk kita tidak mencari-cari dalih mempersamakan tindakan kita yang secara zahirpun jelas berkepentingan dunia dengan akhlaq Rasulullah yang merupakan penzahiran isi kandungan a-Quran yang mulia itu.

Membaca kisah-kisah sebegini, menyelusuri beratnya amaran Rasulullah seumpama ini menyebabkan terasa rendahnya langit seakan menimpa kepala, terasa sempitnya bumi seakan menghempit dada, bagaimanakah kita dapat selamat?. Ya Allah,, hanya Rahmat-Mu, Kasihan Belas -Mu, keampunan-Mu yang dapat menyelamatkan kami. Tiada daya dan tiada upaya kecuali Daya dan Upaya Engkau Ya Allah!

17 comments:

  1. Aslmkm.wrth.
    Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT krn dgn izinnya jua dapat kita meneruskan lagi baki2 kehidupan kita dihari2 terakhir 1/3 yang pertama dari bulan Ramadhan ini.
    Semoga sahabat2 semuanya didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya...
    Pagi tadi dengar kuliah subuh Ustaz Roshidi dari Pej.Agama Sg.Petani kat surau Taman Pulai Jaya, juga mengingatkan kita akan hal2 ini serta lain2 kelebihan dan janji2 Allah yg terdapat dalam Madrasah Ramadhan ini.
    Sahabat2 sekelian,hanya dengan Rahmat Allah SWT sahajalah yang akan memampukan kita untuk turut selamat dari azabNYA yang maha dahsyat itu begitu juga sahabat2ku hanya dengan rahmatnya jualah yang memampukan kita untuk berada dan beramal diRamadhan yang mulia ini....
    Ustaz juga mengingatkan kita akan baki 2/3 lagi yang ada yang masih menjadi medan untuk kita berpeluang mencari maghfirah/pengampunan Allah seterusnya dengan rahmatnya jualah yang akan memberikan pembebasan dari azab api neraka kepada mana2 hamba yang dipilihnya.....
    Oleh itu sahabat2ku sekelian apabila membaca artikel diatas,betullah macam sahabat kita ni kata,terasa macam menggeletar kita,terasa macam rendah langit ini,macam2 lagi la....mungkin kita ada buat salah tang mana2 yang kita tak tau...atau yang memang kita tau...tu yang takut tu...kalu ngan sahabat2 ni minta maaflah no...tapi kalau dgn orang yng kita dah tak jumpa dah ka..jenuh kita.....
    Jadi,ustaz juga ada mengingatkan kita bahawa disana ada satu malam yang lebih baik dari 1000bulan atau 83thun ++ yang akan Allah SWT anugerahkan pada sesiapa hambanya yang benar2 ikhlas dan terpilih....Ustaz sama2 mengajak kita agar berlumba2 mencari malam tersebut yg telahpun disebut oleh Rasullullah SAW...lebih2 lagi di 1/3 yang akhirnya.....
    Sahabat2ku sekelian,kebetulan kita kini berada diambang 1/3 pengampunan ini,maka berlumba2lah kita untuk mendapatkannya takut2 dosa kita yang tak tahu banyak mana dok ada tu kiranya tak diampunkan ...jenuh kita...macam sahabat kita katalah,didunia ni nampak hebatlah,tapi bila buka buku nanti....takut buku kosong..penuh dgn hat lain..nauzubillah....
    Wallahuallam.....
    Yang benar dari Allah dan yang kurang dari diri ana sendiri..mohon ampun pada Allah dan maaf dari sahabat2 sekelian....

    ReplyDelete
  2. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Aku hanya berdoa biar negara ini dipimpin oleh MELAYU ISLAM dan aku berbangga kerana aku dilahirkan di sini. Mungkin di antara kawan-kawan semua ada yang mengharapkan agar satu masa Malaysia dipimpin oleh lim kit siang, karpal singh, chua soi lek, lim guan eng atau sami velloo???????????? Tolong senaraikan negara islam mana di dunia ini yang tiada rasuah, tiada kroni dan tiada salah guna kuasa.

    ReplyDelete
  3. salam untuk semua
    aku teruja dengan cerita yang dipaparkan
    jom pakat nilai diri
    moga kita tidak terus tertidur dan terlalai
    rupanya dah 53 tahun baru tersedaq dari tidur
    masalah cina ... dah habis banyak mana tanah melayu kat cina .... melayu mana yang jual... baru sedaq .... melayu kuat rasuah...melayu mana yang dok minta rasuah kat cina... anggap harta negara dan negeri habuan diri dan keluarga...mie .. aku pasti hang lebih tau apa yang dok belaku dipejabat tanah.... tapi bukan nak menuding jari... renung pada diri jangan kita bersubahat... paparan cerita asri menarik... yakinlah melayu tetap kuat jika pegang dengan islam. Islam bukan kuat dengan melayu... tapi melayu akan selamat bila letak islam. maaf kalau tersinggung... aku cinta kalain kerana allah. jom pakat pi ngaji tambah ilmu ... buka kitab muktabar... jangan dok kerap baca surat kabar lupa buka quran

    ReplyDelete
  4. Mie,

    "Tolong senaraikan negara islam mana didunia ini yang tiada rasuah, tiada kroni dan tiada salah guna kuasa", soalan hang ni sama macam soalan actor filem porno Chua Soi Lek kepada umat Islam baru-baru ini......

    Mie,
    Aku cadangkan kpd hang sila buka dan baca buku-buku sejarah tamaddun kegemilangan Islam yang lampau. Masa di Tingkatan 4-5 di SMDSO dulu pun kita dah belajar serta menghayati zaman pemerintahan Islam bersistemkan KHALIFAH. ...........Banyak yang boleh di hayati dan di pelajari...........

    Islam bukanlah hak orang Melayu sahaja, tetapi ianya adalah untuk sekelian umat yang menumpang di muka bumi ALLAH ini.

    Apa perlunya orang Melayu yang hanya Islam pada nama saja yang memerintah negara sedangkan tingkah laku mereka lebih buruk dari orang bukan Islam. Inilah hasil ciptaan dongeng yang amat mujarab telah disemai oleh pihak yang telah memegang kuasa selama lebih dari 50 tahun.

    Saranan Cikgu Sukarno agar pakat-pakat pi tambah ilmu dengan kuliah pengajian, buka kitab muktabar dan juga Quran amat tepat sekali. Jangan dok kerap sangat baca UTUSAN MELOYA dan BERITA HAIRAN tiap-tiap hari..........

    Orang Melayu dah lama diperbodohkan dan di tipu selama ini.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Aku mintak hangpa tolong senarai negara islam la ni...betui ka yg lim guan eng kata dia perintah Pulau Pinang macam Khalifah Omar Abd Aziz???
    Betui ka N. GobalaKrishnan tu telah menerima wadah Islam???
    Aku tau isu yang dibincang ni sensitif...sebab tu kawan-kawan lain sunyi saja. Aku paham ramai orang Islam la ni hebat bercakap. Tapi tak menzahirkan praktikal dalam kehidupan.
    Dulu, seorang tokoh itu hebat sebab dia hebat bercakap, hebat mempraktikkan dan hebat dalam meninggalkan contoh dan ikutan. Dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad S.A.W pun tidak menjatuhkan bangsa Arab, bangsanya sendiri. Tapi di sini Melayu menghina bangsa Melayu yang seagama dengannya. Kalau kita asyik bertelagah, jadilah umat Islam di Thailand, di Filipina, di Iraq, di Afghanistan. Israel yang kecil pun kita tak boleh nak buat apa-apa. Kita banyak bercakap, kita banyak baca kitab, kita banyak berceramah, kita banyak bergaduh....akhirnya semuanya hilang.
    Minta maaf...ingat sesuatu itu harus dipraktikkan secara hikmah dan dizahirkan secara hikmah. Jangan kita menang sorak, kampung tergadai..
    Mungkin aku tak sehebat hangpa semua, tapi separuh negara2 Islam telah aku lawati.
    Mesir: negara yg melahirkan paling ramai ulamak, pun lintang pukang bahkan pro Israel.
    Arab Saudi: pro Amerika bahkan angkatan tenteranya diselia oleh US. Rasuah bermula dari airport lagi....
    Libya: sosialis
    Iraq: dah hancur
    Afghanistan: dah hancur
    Indonesia: rakyat menderita, sekali langkah sekali hulur.
    Orang kafir tidak akan ingin melihat orang Islam bersatu, jgn kita tertipu.
    Bukankah semua Islam itu bersaudara?? Tidak beriman seseorang kamu jika tidak mengasihi saudaranya, bukan mengasihi selain daripada itu (lim kit siang, lim guan eng, chua soi lek, sami vello etc.)
    Marilah kita zahirkan Islam kita secara praktikal dan konsistan, biar orang lain mencontohi kita. Berapa puluh tahun dah dok dengar khutbah Jumaat, tapi makmum dok lena serupa tu lah...
    Aku tutup polemik dan muzakarah ini.I'm not really interested in this matter, but once Asri got the ball rolling, somebody must response to it. We'll continue kat Pokok Ceri. Bila lagi???? Sukarno, di Mekah tak dak rasuah tapi ada "baksis" bila hang pi nanti hang akan paham apa yang aku cakap.
    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. Tuu dia aihhhh, aku tulis artikel diatas untuk kita semua termasuk diri aku sendiri muhasabah diri............
    Mie,
    Apa yang hang dok pi merapu sampai ke Mesir, Iraq, Libya............
    Isu nya mudah saja......di Malaysia......adakah kita mau diperintah oleh orang melayu ataupun bangsa lain?
    Jawapan aku mudah saja, biarlah kita diperintah hatta oleh seorang yang berketurunan / berbangsa Habshi (hamba abdi berkulit hitam) asalkan ianya pemerintah yang benar-benar mengikut / berpegang kepada syariat yang telah didatangkan oleh Allah kepada kita semua iaitu ISLAM. Walaupun pemerintah tersebut bukan melayu, jika dia adalah seorang yang beragama Islam serta memenuhi kriteria sebagaimana yang dikehendaki oleh agama, maka tidak salah jika kita menyokong malah wajib bagi kita untuk sama-sama membantu beliau untuk menjadi Ketua kita. Sesungguhnya hanya Islam saja yang dapat menyelamatkan kita, kerana bumi ini milik ALLAH, hanya hukumNya sahajalah yang dapat mensejahterakan semua umat manusia.
    Mie,
    Hang ada kata "jangan sampai menang sorak kampung tergadai", aku tak mau lah nak komen panjang-panjang pasai hang lagi tau dan lebih sedia maklum serta arif siapa selama ni yang dok pi gadai tanah kot kampung dan siapa pulak yang dok bersorak selepas itu.............
    Pohon maaf jika tersinggung dengan tulisan ini..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Aslmkm.
    Semoga semua sahabat2 berada dalam rahmat dan keampunan Allah SWT hendaknya dibulan yang mulia ini.....
    Teruja juga....tp tak dan lg nak menulih,...minta tolong HPH,Sheikh Ulwi ka,Dr kita ka,Prof ka tolong ulas sikit topik hangat ni biar sama2 kita peraluih dan bagi paham sikit ....
    Dah lama dahhh...nak kena bg paham sikit kita2 ni....

    Wassalam.....

    ReplyDelete
  8. Ha.. tu baru meriah! Pakat kalut nak dok hentam aku..kah kah.
    Cuma aku nak tanya zaman Islam di Madinah ada ka orang bangsa Singhalese jadi khalifah? Dalam kerajaan Umaiyyah ada ka orang bangsa Senoi Prak jadi khalifah? Dalam zaman Abassiyyah ada ka orang bangsa Italy jadi Khalifah? Arab Saudi la ni, ada ka menteri dari orang bangsa Penan Sarawak. Aku ingat semuanya orang bangsa Arab kuuuut! Dan aku berdoalah harap-harap ada seorang anak bangsa Melayu Kedah boleh jadi pemimpin di Brunei.
    Last sekali...aku nak habag aku bangga jadi bangsa Melayu beragama Islam. Hang kena baca Perlembagaan Malaysia. Hang kena baca Perlembagaan PAS. Hang kena baca Perlembagaan PKR, DAP dan MCA. Memanglah dah perintah 53 tahun tu ada masalah, berbanding kalau baru nak perintah...laaaagi banyak masalah!!! Tapi janganlah kita condem semua, takkanlah tak dak jasa langsung. Be rational la...takkan semua pemimpin masa dulu jahat. Tang Hitler hang puji, tang pemimpin Melayu Islam hang bantai. Kalau tak kerana dasar kerajaan dulu, aku dan hang pun tak tau jadi apa la ni. Kalau kita dok Singapore, kalau jadi polis hanya takat sarjan, kalau askar, takat leftenan muda, kalau kerja pejabat, takat peon…..sebab meritokrasi konon. La ni di Malaysia pun macam tu. DAP, MCA, MIC dok cakap pasai meritokrasi. Yang Melayu Bodo pun turut sokong.
    Aku nak habag kat hang, cara Ustaz Azizan perintah Kedah la ni aku cukup suka dan cukup sokong walaupun aku UMNO. Dia tak gopoh, tak gelojoh, tak keluag fatwa lintang pukang, tak maki hamun, tak bersandiwara, nampak ikhlas dan sentiasa mempertahankan MELAYU. Tapi kalau cara Nizar (Perak) perintah Kedah, aku bangkang hangit!!! Tambah-tambah kalau cara lim guan eng, lagi aku bangkang hangit!!!!!
    Aku kata dah tutup dah semalam, tak mau jawab..tapi kena jawab jugak sebab aku tak mau negara ni jadi macam Melayu Pattani di Thailand atau Melayu Islam di Philippine.
    Last lagi, anak2 aku ruang bangsa letak MELAYU ISLAM. Aku harap anak-anak hangpa kat ruang bangsa letak INTERNATIONAL MUSLIM. Kah! Kah!Kah!
    Aku nak habag sekali lagi, dalam konteks Malaysia ni aku bangga jadi bangsa Melayu beragama Islam. Dan akan pesan kat anak cucu supaya bangga jadi Melayu beragama Islam.

    ReplyDelete
  9. Mie,

    Kalau Allah takdirkan seseorang itu tak jadi Melayu macam mana? Sampai kiamat pun orang orang Bukan Melayu ni tak boleh jadi Melayu. Tapi kita semua boleh bersatu dan menjadi kuat apabila orang2 Bukan Melayu ini memeluk Islam. Depa ni sebenaqnya bukan tak minat dgn Islam, tapi bila tengok perangai /akhlak Pemimpin Melayu yang dok ada laaa ni, semua jadi FOBIA dgn Islam. Tok sah kata kat depa laaa, orang Melau yang mengaku Islam sendiri pun berlambak yang tak yakin dengan Islam itu sendiri.

    Laa ni yang hang pakat dok pi takut sangat dekat orang bangsa BM (Bukan Melayu) pasai apa? Depa dah buat apa dekat bangsa M (Melayu)?

    Yang dok aniaya orang Melayu di Kelantan tu sapa? Yang dok sekat duit royalti minyak Kelantan tu sapa? Tanah rezab Melayu di Malaysia banyak dah tergadai? BM ka yang buat semua ni????? Bangsa macam ni kah yang hang mau ada di Malaysia laa ni? Biaq bangsa macam ni yang perintah ngara kita???? Kalau bangsa lain peritah Malaysia selain UMNO......negara akan kucar kacir,berlaku ketegangan kaum dsb.......

    Inilah kepercayaan KHURAFAT yang telah ditanam sekian lama kepada orang2 Melayu di negara kita.

    PAS dah perintah Kelantan 20 tahun, tak pernah dengaq lagi ada pegawai pemerintah negeri masok jail pasai RASUAH.....ini fakta, bukan cerita kutip dari tepi jalan.

    Aku masih ingat lagi kata-kata seorang penulis yang telah ditemuduga oleh sebuah stesen TV antarabangsa.

    Soalan: What is the best you had found in this universe?
    Jawapannya: Islam

    Soalan: And what is the worse?
    Jawapan : MUSLIM

    Sama-samalah kita renungkan untuk dijadikan iktibar.

    ReplyDelete
  10. oiiii.. kekawan semua...aku sayang hampa semua kerana allah... tak salah kita berbeza fikiran... namun pastinya letak islam kat depan..
    apapun... allah taqdirkan malaysia nie berbilang kaum.... umno yang bagi kerakyatan pada cina ... jadi nak marah buat apa kat cina ... aku sokong hang suhaimi apa yang hang kata mei..
    "Marilah kita zahirkan Islam kita secara praktikal dan konsistan, biar orang lain mencontohi kita. " tang nei lah. tang lain tu kenabincang lain lah...
    kita buktikan islam adil untuk semua ... aku bangga hang sokong ustaz aku.. kembang sikit .. tapi aku pun akui ustaz azizan pun manusia biasa ada kekurangannya. kita lah pakat tolong pekemaskan ( bukan KEMAS MAD NAN) dan perkukuhkan jangan dengki nak pejatuh pulak ... kita dah tengok 50 tahun umno perintah... pimpinan umno sendiri tidak menggambarkan islam yang sebenar. akibatnya cina tak faham-faham islam. Guan eng dok dalam penjara pasai bela melayu kes rahim tambicik ( aku pun kena lokap pasaikes rahim nei... ada cerita syok juga masuk lokop sehari semalam) Dia dok dalam penjara .. ustazfazil bagi dia buku sejarah tentang umar abdul aziz. cuba kita tanya berapa cina yang kita bagi buku tentang islam. berapa banyak kita buat kelas bagi melayu sendiri faham islam. aKU tak mau hentam sapa-sapa... cuma nak hentam aku sendiri.... umuq dah 48 nak masuk separuh abad... kubuq pun dah dekat ... tapi banyak yang aku tak tau tentang islam... banyak yang aku tak buat tentang islam... banyak yang aku tak ajak jiran-jiran untuk dekat dan bersama islam... dosa aku dekat hampa ... tak ajak mai kat islam... sama-sama perjuang islam .. buat kerja islam. la baru nak mula ... mata pun dah tak berapa nampak. MAI LAH MEI. asri ..wie... semua kita ....kita pakat-pakat buktikan islam adil untuk semua. Kita tak boleh tolak cina... kita tak boleh bermusuh dengan cina.. itu realiti.. insya allah PAS telah buktikan seperti yang asri sebut dikelantan... tu dalam keadaan melayu umno sekat macam-macam .. termasuk sekat melaksankan hudud walau telah diluluskan oleh DUN. melayu mana sekat islam ? siapa yang memusuhi melayu yang perintah kelantan. Siapa yang sembunyikan keadilan pemeintahan melayu dikelantan.Guan eng kah... karpal sigh kah.... moga allah bagi hidayah kat dr mahadir... ada jasanya ... jasanya membuktikan umno tak mau islam ... jasanya rakyat dapat membezakan umno dan pas dalam perjuangan islam, Jom pakat isi borang PAS.... moga kalau aku mati sat gi pun depan allah aku dapat klim kata aku dah ajak hampa semua join untuk buat kerja islam. PAGI TADI KULIAH USTAZ AMIN KAT DWAN SERI MENTALOON..makin ramai .. aku cuma gurka ... susun kerusi .. jadi mc ... nak mengajaq tak hgeti PAKAT MAI LAH.... ada siaran mutaqin tv... tak dak alasan nak jawab depan tuhan nanti.... JOIN TABLIGH pun tak pa... tapi faham realiti.. nak mengundi .. PASti PAS. sayang kat brunai tak dak PAS. TAK pa ASRI 7.10.2010 nie kita jumpa kat brunai aku bawa raMAI. pi tengok NEGARA MELAYU PRINTAH tak DAK ARAK DAN JUDI.. mei jom kita pakat pi. maaf kekawan kalu salah... aku sayang hampa semua kerana Allah.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum semua!
    Moga semua sahabat berada dalam peliharaan Allah dgn rahmatNya.

    Aku pun nak tulieh jugak. Nak tulieh utk syok sendiri saja. Hangpa takyah laa baca. Saja2 nak asah bakat pasai dah lama dok peram..dah nak jadi budu dah!

    Bertepatan dgn peringatan yg disampaikan oleh RasulAllah saw yg bermaksud:"Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat. lalu ditanya,'Wahai RasulAllah bagaimanakah mengkhianatinya?'. Sabda bginda," apabila diserahkan kepimpinan bukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat".
    Justeru, pemimpin yg dilantik hendaklah meletakkan tanggungjawab menegakkan keadilan sebagai agenda utama dlm hidup mereka. Antara t/jawab itu adalah spt berikut;
    -berlaku adil dan memelihara keadilan sesama manusia
    -bermusyawarah utk mencari jalan terbaik menyelesaikan sesuatu masalah
    -memelihara hak2 persamaan manusia
    -membawa rahmat kepada manusia
    -melarang melakukan kemusnahan
    -menunaikan amanah dan janji
    -menjaga asas2 hubungan luar negara

    Inilah sebahagian tanggungjawab yg perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin politik demi menegakkan keadilan kepada semua. Oleh yg demikian bergelar ahli politik, YB, ADUN, maupun Ahli Dewan Negara bukan sahaja satu keistimewaan, bahkan datang dgn tanggungjawab yg besar utk menegakkan keadilan. Kemampuan utk memikul tgjawab besar ini memerlukan seseorang itu memiliki sikap amanah dan jujur serta tahap kelayakan yg tinggi. Sekiranya tahap kelayakan dari segi fahaman agama, akal, sikap dan kudratnya tidak dimiliki, dgn mudah mereka akan terpesong dgn naluri kerakusan kuasa dan kekayaan yg suatu hari nanti memakan dirinya sendiri.

    Matlamat utama institusi pemerintahan diwujudkan adalah utk menegakkan keadilan kepada semua rakyat. Wujudnya sistem ketidakadilan dalam sistem pemerintahan dan masyarakat adalah kerana agama dipinggirkan drp kehidupan masyarakat. Sekian. WaLLahuaklam..

    LiMehad, Baling..11 Ramadhan 1431

    ReplyDelete
  12. Aku amat setuju dgn pandangan Cikgu Li Mehad. Agama mestilah didahulukan..........bukannya bangsa.

    Cikgu,
    Bila nak mai Brunei???? Aku dah lama dok tunggu ni...bulan 12 ok kot?

    ReplyDelete
  13. Aslmkm.
    Semoga semua kita didalam rahmat dan maghfirah Allah hendaknya dimalam2 10 yg kedua ini...

    Ok la tu kekawan semua pakat bagi idea yg baik2 belaka...yg pentingnya Persaudaraan Islam hendaklah kita utamakan.....
    Teringat aku pasai macammana Imam Hasan AlBanna menyelesaikan masalah perbalahan antara dua orang pasai solat tarawikh 8 rakaat dgn 20 rakaat...hang kata aku betoi ..yg satu lg kata dia betoi ...bila mai tanya al-imam ,imam kata,hat hangpa dok bertengkaq tu sunat ka wajib..bila depa kata sunat...imam tanya yang persaudaraan hangpa ni sunat ka wajib,depa kata wajib..so...jagala hat wajib.....hat cabang tu ikutla,mana yg baik.....kalau tak tau mengaji lagi bg tau.....lama Insya Allah faham la tu....

    Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT atas perkara ini semua..

    Kulill-Haq-walaukanamurron..

    wassalam...

    Akhikum-fil-Islam..

    Jamal Nasir

    ReplyDelete
  14. Salam,Apa definasi 'Negara Islam'?
    Jamal,betoi hang kata,bab solat Tarawikh 8 atau 20 kena selesai dah,kalau tak selesai kalut oo..Kalau rajin nak buat 36 ke 40 pun tak pa...Nabi kata solat malam 2 rakaat,2 rakaat dan ditutup dengan witir jadi solat malam ni tak ditetapkan jumlah rakaatnya cuma ada hadis sahih sebut Nabi buat 8 dan 3 rakaat witir.Persoalannya macamana solat 8 rakaat Nabi tu ?

    WA

    ReplyDelete
  15. Salam untuk semua,

    Dah tulis panjang tadi, tapi hantar komen kena reject, tak tau pasai apa.

    Allah tak izinkan, mungkin komen aku tu tak berapa betul atau akan ada yang tersinggung.

    Apa-apa pun, kita kena taat perintah Allah dengan cara yang ditunjukan oleh RasulAllah SAW. Ini akan menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat.

    Banyakan amalan di bulan puasa ini sepertimana yang ditulis oleh saudara Jamal.

    Sekian, wassalam

    ReplyDelete
  16. salam semua ....
    posa kita dah 13 hari....
    sedaq-sedaq .. dah dekat separuh ..
    quran kita dah habis berapa muka ?
    solat tahajud dah berapa kali ?
    sedekah kita dah banyak mana ?
    kena naik giar 2 dah.... bagi laju sikit
    aku la.... cuma nak peringat aku
    MUHASABAH DIRI ... pesan asri kat kita semua
    moga diberkati
    ada rancangan jumpa sebelum dan selepas raya nie
    tuan pengerusi ... sebok ka ?
    tuan setiausaha .... kalut ka ?
    tak pa pakat-pakat ...

    ReplyDelete
  17. teringat aku ketika kita bincang hal kebajikan kat tg dawai
    aku dah kumpul sumbangan dalam pelbagai bentuk ..
    wang .... barangan keperluan dsb..
    pakaian terpakai.. yang banyak pakaian pompuan yang dah diterima ...
    kalau ada kawan-kawan nak sumbangkan .. Yayasan Paksi terima untk jadi penyalurnya saja...

    YAYASAN PAKSI AKAN TURUN DI DAERAH BALING SIK DAN PADANG TERAP untuk sampaikan sumbangan kpd fakir miskin..
    lie mehat
    insya allah .. hari isnin 6.9 di yayasan khairiah dan dimasjid kuala ketil ..insyaallah moga jadi...
    sik dan pdang terap hujung minggu nie dapat tau tempat dan jumlah
    Mei .... kalau ada yang hang nampak ... bagi tau ... kita pakat pi tolong sikit belah kulim tu...
    di brunai .. takpa.... jangan ada yg kena pecat sudah lah...
    pakat-pakat buat kebajikan dibulan berkat nie

    ReplyDelete