Tuesday, August 24, 2010

Pinjaman kepada ALLAH

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja."
"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab Ali.
Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Sama-samalah kita hayati kisah ini dengan penuh keinsafan …… mudah-mudahan dianugerahkan kepada kita semua sifat suka bersedekah ……Sesungguhnya tidak akan berkurang walau sedikit pun harta seseorang itu jika ianya bersedekah kerana ALLAH.

7 comments:

  1. sambil dok tunggu isteri memasak untuk soq ... cerita yang baik dari insan yang terbaik ....
    peringatan buat diri dan isteri serta anak-anak keyakinan yang tinggi kepada yang maha kaya allah .... aku minta anak aku baca cerita ni kpd yang lain-lain soq nanti... terima kasih asri

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Semoga sahabat2 semuanya dalam rahmat Allah swt jua hendaknya....

    MasyaaAllahhh....hebatnya pinjaman Allah...1:50, kalau macam ni akupun nak jugak...tp berapa kerat diantara kita yang betoi2 berkeyakinan macam Sayyidina Ali ni....dah la cuma ada 6 dirham saja pastu bila diminta pinjam teruih bagi pulak....hebat2..

    Aku ari tu terlepaih peluang macam ni,bila dok main dalam fikiran bawa duit pun banyak ni saja kalu bagi habih la,satgi balik terawikh ingat nak minum ngan anak2 dulu...teruih tak bagi kat satu brother Palestin yg cacat kaki dia, mai minta sumbangan la kat Jitra ari tu....tut2 duit tu tak kemana pun....tu la,bila nak bagi tu macam2 dia mai,....so ,..dari cerita ni..tak payah dok sayang sangat la hat kita tu kalu ada sikit,bagi sikit ada banyak baguih la...

    Teringat cerita duit RM 1 dengan RM 50,...depa dok sembang 2-2 depa la...,tanya duit seringgit kat duit 50,apa habaq,camna...baguih ka,...jawab duit 50,..ok juga la dia kata kadang2 ada juga la chan naik kapai terbang,tapi selalu tak tahan sejuk la...dok dalam air-cond bank,cuma sekali sekala tu ada la kena himpit sikit terutama waktu ujung bulan...hang camna...duit seringgit pun habaq la..dia tak pi kemana..dok g2 jugak la,..pusing2 tak tabung masjid,tabung surau..g2 lah tak dak chan macam hang la nak naik kapai terbang....kadang2 kena dok tepi jamban lagi....

    Kan apa,teringat juga kita ni g2 la,..mungkin tu sifat manusia ni nak kena Tarbiah betoi2 baru hilang rasa kekikiran diri ni....nak kena proses betoi2 hati2 kita ni bagi rasa macam sayyidina Ali rasa tu...
    *Nak bagi tau Tuan Ir MASA ngan Sukarno,HPH dll...surau Kg Petani yg anta2 bagi sumbangan ari tu..Alhamdulillah depa dah boleh guna Tarawikh dah...satu hamba Allah dari KL bagi sumbangan dekat RM40K++.. campoq yg lain2 maka nisfu syaaban ari tu depa rasmi baca yasin ngan teruih jamaah sekali la...
    Ana bagi pihak penduduk Kg Petani mengucapkan Jazakumullahukhairankasira yang tidak terhingga diatas sumbangan anta2 semua...semoga apa yg disumbangkan akan mendapat ganjaran yg setimpal dari Allah swt....

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua.Topik pagi ni nampak ringan sikit.Tak perlu hujah panjang.........bab sedekah jariah ni satu amalan yang amat dituntut dalam Islam dan ianya mesti diiringi dgn ikhlas.Bab ni yang kita akan bawa keakhirat"harta yang dijariahkan",
    2.Guru aku Prof Mukhtar Lintang.pesan .Kalau nak rezeki berkembang macam pokok padi,kena sedekah pada Emak kita dan anak yatim.
    3.Masa aku pi Mekah pada tahun 2008,dlm Masjidil Haram.Ada Tok Arab tu dia asyik dok seluk karung duit bagi kat kadam dia.Dan kadam tu dok bagi kat orang.Dari zohor sampai asar.5 rial'''''Eh banyak sungguh.5 hari aku dok perhatiTok Arab tu.Aku ingat dalam hati..dia ni ada kilang duit kot.Terigin nak buat mecam tu.....tapi tak mampu
    4.Woi raya ni ....tak ada majlis perjumpaan ka ?
    5.Sukarno....bila mai Kulim bagi tau aku.Aku pi buka posa dgn MB di Mentalon kelmarin'Aku cari hang ...kot kot jumpa..tapi tak nampak pon.
    6.Mai kita pulon buat ibadat dan kebajikan ....posa dah masuk 15.Mungkin ini ramadan yang terakhir...........
    Salam untuk semua.Semuga kita bahagia bersama keluarga masing masing.Wassalam

    ReplyDelete
  4. aku nak bagi yang aku tak banyak .... jariah..tenaga ... fikiran dan masa tu pun sikit sangat ... malu bila renungkan MODAL Allah yang bagi... nak berniaga dengan allah kedekut .. itu lah aku. la dok salurkan sumbangan yang orang lain bagi... takad jadi posmen....
    mei... hang pi buka posa dengan mb tu .. majlis bersama KCS dan ahli majlis shj... aku bukan ada jawatan dalam kerajaan... takad gurka nak bagi pas menang.. lepas tu bagi depa buat jadi elok kira ok lah tu... la dok pikiaq nak pertahan supaya pr13 menang dan meneruskan agenda melatakan kerja islam. Untuk kerajaan negeri kerja aku bantu kelas dimentaloon(pejbat MB) kem anak soleh ( pelajar rendah) kem bina insan (pelajar menengah ) kem bina sahsiah ( remaja)- bawah exco pembgunan insan - gaji tuhan bagi... padan dengan akulah tu pun tak laghat nak menepis dah.

    ReplyDelete
  5. Aslamkm.

    Cikgu Sukarno.....apa yang buat tu kira hebat tu...berapa kerat sangat yang sanggup dan mampu buat macam hang....pesan aku hamba yang dhoif ni..hang teruskan saja kerjabuat hang tu dengan penuh keikhlasan....moga ganjarannya Allah yang bagi dengan rahmatnya ...kerja kita buatlah saja..macam aku ...aku rasa tak berapa boleh nak buat macam hang buat tu....hang memang hebat...Insya Allah teruskan...Islam memerlukan mujahid macam hang untuk meletakkan kembali ISLAM yang hahkiki ini pada tempatnya...

    Wallahuallam....

    ReplyDelete
  6. Asm,
    Dah lama sangat tak tulis kat blog ni. Aku amat tertarik dengan hujah dan nas-nas yang diberi. Alhamdlillah mempunyai semua kawan-kawan yang amat hebat. Moga kita semua diberi kejayaan dunia dan akhirat.
    Cuma aku amat terasa akan dugaan yang makin bertambah dalam perawatan dan penjagaan pesakit-pesakit aku kat ICU. Kes-kes denggi berdarah, leptospirosis (air kencing tikus), meleiodosis (pembentukan nanah didalam anggota badan olih bakteria dari tanah), penyakit yang tak tahu apa penyebabnya makin bertambah. Memang Allah lah yang menurunkan musibah kepada hamba-hambanya.
    Aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf serta selamat menjalani ibadah ramadhan yang tinggal separuh saja lagi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, semoga semuanya sihat-siahat belaka. Tentang rancangan kita untuk infaq sedikait rezeki kita tu, ana rasa buat masa ni kita beri pada Sukarno dulu tahun ni sebab ana tak buka akaun lagi. Maaflah krn tak buat sebagaimana keputusan kita hari itu. Malu ana pada Sukarna, nak buka satu akaun pun tak mampu buat lagi, sedangkan kawan kita ni mcm-mcm dia dah buat.Perjumpaan kita tahun ni mcm mana, dimana dan bila. Terima kasih ana pada MASA krn penulisannya yang menghidupkan balik blog kita , sekurang-kurangnya kita masih lagi ada.

    ReplyDelete