Thursday, August 5, 2010

Penyakit 'TB'


Dah lama tak menulis (lebih kurang 1 minggu dah kot), tak tau pulak tiba-tiba dapat idea nak tulis tentang Penyakit TB ni lepas tegok cerita DO RE ME semalam dengan bini aku…………………. Hangpa pakat-pakat laaa komen sorang sikit nak bagi blog ni tambah meriah………… tak lama lagi dah nak posa……..

Penyakit TB (Takut Bini) merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang takut pada bini dia. Perasaan takut pada bini timbul apabila bini dia memuncungkan bibir mulutnya sehingga 2-3 inci, atau perasaan takut kena belasah dek bini dia (mungkin sebab bini dia berbadan besar dari dirinya), atau takut kena tidur di luar ruang tamu, atau pun takut muka bininya akan bertukar kepada muka singa betina ataupun takut bininya merajuk.

Mana datangnya istilah takut bini ni, mengikut kajian aku pun tak tahu siapa yang mula-mula mencipta istilah ni. Aku rasa kita semua pernah tengok movie Tan Sri P.Ramlee cerita Do Re Mi.. masa scene gang ahli mesyuarat tingkap AR Tompel dan AK Jailani. AR Tompel menurut semua kehendak bininya hingga AK Jailani kata “takut bini rupanya…”

Cerita tu berterusan bila bini AK Jailani datang dan menarik telinganya pulak kerana hanya ‘over acting’……. Tak takut bini konon bila bersembang dengan AR Tompel.

Hari ni, aku juga dah berbini macam orang lain yang berbini. Jadi istilah takut bini ni masih ada cuma yang penakut pada bini ni dah tukar kepada sayang bini. Aku pelik juga kenapa orang takut pada bininya, kalau muka bininya macam muka hantu ada ler logiknya jugak kan..

Contoh bila tengah lepak-lepak minum air tengok jam dah pukul 11.00 malam, kita nak blah jer kawan-kawan perli kita ‘takut bini marah la tu’ …

Contoh lagi, bila ada perempuan lain hantar SMS, cepat jer kita delete SMS tu walaupun SMS tu hanyalah SMS berkenaan hal kerja. Kenapa takut bila bini baca SMS tu? Awat dah jadi sampai macam tu haaaaa…….?

Aku tak takut bini, dan bini aku pun tak takut kat aku …..ha ha ha……. Buat apa ler nak takut kat dia, atau dia nak takut kat kita kan.

Ada seorang kawan lama, dia kata bukan dia takut pada bini dia tapi dia malas nak dengar bebelan dan leteran biniiiii dia, korang pun sendiri mau ingatlah kalau kaum perempuan ni membebel.. pot pet pot pet dan pot pet so kawan aku ni kena balik awal setiap kali pulang dari kerja.. nak nak kalau bebelan tu diakhiri dengan kata-kata ‘tidur luar ler’ ………………..

Jadi bila aku sendiri tengok nasib kawan-kawan aku ni yang ‘teraniaya’ ni, aku pun berfikir. Lelaki yang takut bini ni salah satunya memang penakut dengan bininya, takut macam …………… macam apa eh? Alah memang takut bini lah…………… tak berani angkat muka punya depan bini…………. hahaha aku terfikir jugak camana dia orang dapat anak eh…………….. kena sergah jer terus lembik. Ni kalau ada jenis lelaki macam ni, memang memalukan kaum lelaki ler. Kalau terkantoi apa-apa sekalipun memang mati kutu lah……………... nampak macam ayam bodo.

Jenis yang lainnya, bukan takut pada bini tapi malas nak dengar orang tu membebel pot pet pot pet dan pot pet………………. sebab tu ler ada yang delete SMS perempuan, cover sana sini, terpaksalah duduk dalam rumah, kalau nak keluar kena mintak izin bini dulu…………

Laa ni memang dunia dah betoi-betoi terbalik………………………..


3 comments:

  1. Salam,
    Susah nak cakap laa pasai tb ni....org lain tau, depa yg cakap macam2, tuan badan tak tau apa pun. Tapi yg malas bising2 tu aku setuju, memang ramai, apa2 pun masing2 perlu tahu tanggungjawab masing2 dah la. Jgn tanggungjawab tu beralih..betullah tu......

    ReplyDelete
  2. Asslamualikum

    Kembali setelah agak lama menyepi,

    TB ini munkin akibat suami:

    1. sayang isteri lebih pada peringkat awal perkahwinan
    2. tak mahu bising
    3. ada sesuatu yang di sembunyikan
    4. janji tidak ditepati menyebabkan isteri menjadikannya sebagai bahan ugutan
    5. suami tidak berdisiplin tetapi mahukan isteri berdisiplin, ini menyebabkan isteri memberontak

    Apabila perkara ini terjadi tindakan dari isteri adalah pot pet atau perkara lain yang seumpamanya .

    Penting dalam kehidupan ialah kejujuran. Berbaik dengan mertua adalah yang paling utama.

    sekian semoga menjadi renungan bersama

    ReplyDelete
  3. Takut bini atau pun bini tak takut kita? Mana satu?

    ReplyDelete