Thursday, July 29, 2010

Harga Sebuah Keimanan

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.


“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”


Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.


Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

3 comments:

  1. Salam 2 all

    Moga dalam perlindungan Allah,

    Tahniah, paparan cerita teladan yg sngat baik utk panduan para penganut agama suci ini, Islam. Klaulah semua orang boleh berakhlak seperti itu?

    Wsalam.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Alhamdulillah....semoga sahabat2 semuanya berada didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya....

    Syukur kita,dalam kesibukan kita sama2 meniti kehidupan ini,sama2 mencari rezeki keluarga kita tanpa mengira siang dan malam demi sesuap nasi untuk anak isteri kita,alhamdulillah kita dihidangkan dengan cerita2 tarbawi ini..cerita yg menyentuh hati dan merentap perasaan dan lamunan kita akan hakikat sedikit keimanan yang ada dalam diri kita.....kekadang kita dilalaikan oleh kesibukan kita hingga lupa akan matlamat kita yang sebenar kita dujadikan diatas mukabumi ini....apakah kita sedari hakikat ini;

    " Tidak AKU jadikan JIN dan MANUSIA itu melainkan untuk mereka itu mengabdikan diri mereka kepadaKU.."
    Kalau tak silap =( Adz-Dzariyat :56 )

    Kekadang dalam mengejar karier kita,dalam mengejar impian kita,kita dilupakan akan hakikat hamba ini....kita lupa tanggungjawab kita kepada Tuan kita Allah SWT sehingga kita sanggup melakukan maksiat kepadaNYA....kita terleka dengan berbagai-bagai agenda yang dihidangkan didepan kita....kekadang kita juga terpedaya dan sanggup juga terlibat untuk turut sama menggadaikan sedikit IMAN kita yang ada hanya kerana bujukan indah nilai2 duniawi yang mengelabui mata HATI kita.......kita tertewas dan lupa bahawa DUNIA hanyalah ALAT untuk kita mencapai KEBAHAGIAAN hakiki dihari AKHIRAT...

    Jazakumullahukhairan atas artikel yng baik dari Ir MASA ini....
    Wallahuallam...
    Wassalam..
    Yang baik dari Allah SWT dan yang kurang adalah dari diri ana sendiri....

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Semoga semuanya didalam sihat2 dan didalam rahmat Allah jua hendaknya....

    Alhamdulillah dipagi yang hening ini kita masih lagi dapat menyedut udara segar dan masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini setelah Allah SWT mematikan kita dan semoga kita termasuk dalam kalangan hambanya yang bersyukur...

    "Alhamdulillahillazi-ahyaana-bakdama-amaatana - wailaihinnushuz "..

    Sahabat2 sekelian,marilah sama2 kita menilai diri kita dalam usia kita yang rupanya telah menghampiri setengah abad ini untuk sama2 kita mengabdikan diri kita sepenuhnya kpd RabbulJalil Allah SWT dalam seluruh kerjabuat kita waaima apa pun jawatan kita,krn semuanya nanti akan ditanya didepan Allah SWT...semuanya akan bangkit mengadap Allah SWT dalam sehelai sepinggang dan yang akan menjadi saksi hanyalah amalan dan kerjabuat kita ....hendaknya baiknya kita didunia moga baiklah juga kita di Akhirat nanti...
    Ikhlaskanlah diri kita hanya sanya kepada Allah SWT semata-mata,takutlah kita kepada AZABNYA yang maha hebat itu.....

    Carilah sedikit IMAN dalam diri kita agar sedikit itu akan membawa erti yang besar nanti disisi Allah SWT....

    Wallahualllam.....
    Kulillhaqwalaukanamurran..
    Yang Benar dari Allah SWT jua yang kurangtu tolonglah tegur yg memangnya dari diri ana sendiri...

    ReplyDelete