Dengaq cerita Pilihanraya ke 13 dah dekat. Beberapa kajian telah dibuat diantaranya yang "famous dan Popular" adalah dari Merdeka Review dan lain-lain. Apa kata kali ini kita dengaq pula suara-suara dari rakan Ex SMDSO. Agak-agak BN ke PR yang akan memerintah Malaysia selepas Pilihanraya yang ke 13 nanti?
Assalamualaikum semua,
ReplyDeleteNampaknya tak ada yang berani nak bagi komen.
Dengar cerita pilihanraya Sarawak lepas raya puasa, untuk semenanjung pula katanya tahun depan sebab tak cukup 3 tahun lagi, tempoh untuk pilihanraya mestilah sekurang-kurangnya 3 tahun. Betul ke?
La ni banyak cerita yang menarik dalam TV dan surat khabar. Di selangor macam-macam cerita, kuil hindu, rumah setinggan dan macam-macam lagi. Terbaharu kes curi pasir heboh betul dalam TV, tapi orang selangor tak kisah pun, kes ni dah lama, bukan baru, dari zaman Dato Harun jadi MB pun dah ada kes curi pasir ni sampailah ke zaman Khir Toyo. Tapi tak heboh. Ini strategi nak ambil balik Selangor dari Pakatan Rakyat. Dari pengamatan aku, susah BN nak ambil balik selangor ni dari PR sebab rakyat dah pandai menilai yang mana betul yang mana menipu. Maklumat alternative boleh di dapati dari internet, lebih boleh dipercayai.
Harga gula, minyak dan gas masak baru naik, kerajaan dapat berjimat 120 juta, tapi kita rakyat yang ada kuasa mengundi nak tahu duit tu nak buat apa dan pi mana.
Ini pendapat peribadi aku, kalau nak tulis banyak lagi. Simpan dulu
Wassalam
Suara Ex SMDSO yang tidak bersuara????????? Langsung tak dak bunyi kaaaaaaaaaaaaaaa????
ReplyDelete