Thursday, December 19, 2013


Khamis 19 Disember 2013

Kisah Moden Penuh Teladan





















Aku ingin kongsi kisah-kisah kehidupan masa kini... kisah ini aku terima dari seorang teman melalui e-mail.. dan aku rasa tersentuh bila membaca email ini... terima kasih ya Allah.. kerana masih beri peluang kepada aku untuk membaca kisah-kisah teladan.. terima kasih ya Allah.. kerana memberi kesempatan untuk aku menyampaikan dan berkongsi kisah ini dengan teman-teman.. semoga hati kami Engkau sucikan dan dipermudahkan menerima perkara kebaikan.. dan di permudahkan untuk melakukan perkara kebaikan... Amin..

Kisah-1 

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya. 9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2 

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.... Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri..
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3 

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini... 

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik- adik mereka ??? -Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah... semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua..

Wednesday, December 18, 2013

Ada aku kisah cerita ini. Tentu aku kisah kerana ianya melibatkan ramai sahabat-sahabat aku yang dihimpit kesempitan.

January 2014 agak pelik kali ini!

Luahan"January datang lagi, walaupun kita pejam mata ini dalam2, january pasti datang juga. Walaupun kita sibuk mana sekalipun, january pasti datang. Walau kita kaya ataupun kita masih kurang duit, january pasti datang. 

Walupun kita masih belum renew roadtax kita yang mati bulan lepas,january tetap datang. Walaupun bonus belum dibayar oleh majikan kita, january pasti datang. Walaupun anak2 masih bermain dipadang permainan, january tetap datang. Walaupun ibu dikampong masih sakit dan memerlukan sedikit masa untuk dilawati, january tetap akan datang. Kenapa kau datang juga wahai january!!!!!!

Keluh kesah ibu bapa menempoh january 2014 ini. Keluh macamna sekalipun, january tetap datang juga. Mana mungkin untuk menahan masa dari tidak berputar hingga january 2014 tidak lagi datang buat selamanya.
ARGHHH!!! january, untuk bertemu dengan january 2014, sekurang2nya setiap keluarga memerlukan hampir rm1000/seorang anak yang bersekolah. Andai anak itu ada 5 orang, Manakan mampu ibubapa untuk menghadapi january ini. Aku juga lumpuh bila january semakin hampir. Pendapatan aku cuma tidak tetap, ada kala rm500, adakala rm1000, tapi selalunya rm200. Manakan aku mampu menghadapi january ini YaAllah.
Sedetik masa berputar, seringgit tidak lagi berharga. 8 jam kerja, pulangannya hanya rm39. Manakan mampu untuk membayar yuran anak2 ini yang mencecah rm1000. Selangkah kaki ini bergerak, secekak duit itu di lebur. Semuanya perlu dibayar kini. Wahai january, kenapa engkau terlalu mahal berbanding bulan yang lain. Kenapa menghadapi engkau memerlukan kos yang sangat tinggi.
YaAllah, berilah setitik dari 'lautan kekayaanMu' agar kami mempu menghadapi january yang kini dimuka pintu.. 
Susahnya hidup dibumi sendiri.
yang tersirat

Dari blog Tranungkite untuk renungan kita semua.

Saturday, November 16, 2013





Umur dah 50 tahun. terasa sangat aku telah menghampiri MATI.


Suasana setelah Kiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, June 5, 2013

Salam Ukhwah buat semua...

Salam buat semua sahabat2...... Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi diri kini jari-jemari ini ingin meneruskan kembali coretan di blog kita ini yang kian hari kian menyepi tanpa ada maklumat2 baru dan juga coretan2 dari sahabat2 semua.... Kugagahi jua jari2 ini untuk mencoretkan rasa hati dan juga memaklumkan beberapa maklumat buat kita semua Ex-Smdso 78-80 untuk faedah dan tatapan kita bersama.... Adalah diharapkan semua sahabat2 Ex-Smdso dalam keadaan yang sihat2 selalu dan sentiasa hendaknya dalam naungan Allah SWT jua ..... Kabare semua.... Pilihanraya telah berlalu,kini kita sama2 mengharungi satu lagi fasa dalam fasa2 pemerintahan kerajaan lama yang dinafaskan semula untuk tempoh 5 tahun lagi.... mahu tidak mahu kita sebenarnya sedang berada dalam fasa ini....fasa dimana gulongan minoriti memerintah gulongan majoriti .... inilah hakikat yang ada... pahit atau manis, inilah M'sia kita..... Golongan yang yang Berjaya tidak kira bagaimana tetap bergumbira.... tapi bagi yang tidak bersetuju... harap dapatlah kita menahan kesabaran kita buat sementara kali ini... ada hikmah mungkinnya.... tapi yakinlah bahawa sekiranya kita dijalan yang benar, kita tak perlu risau akan semua perkara ini....Kebenaran itu akan muncul juga suatu hari nanti..."Al-Haq qumirrabbikum..walatakunannaminal..mumtarin"....lebihkurang gitulah bunyinya..."Kebenaran itu dari Tuhanmu maka janganlah kamu termasuk dalam gulongan orang yang ragu2 .." Sahabat2 semua....marilah kita kembali bersatu dalam urusan kita ini..... kita tinggalkan sementara ketidaksamaan pandangan dan pendapat kita.... kita ikatkan kembali ukhwah sesame kita...kita satukan kembali ikatan hati2 kita... marilah kita bersama kembali..... Sahabat2.... Sedar tak sedar dah separuh abad dah kita ni... ada sahabat yang sihat dan ada juga sahabat2 yang dah mula rasa sakit sana dan sakit sini.... bagi yang sihat,alhamdulillah,ianya adalah satu ujian dari Allah SWT jua begitu juga bagi yang dah mula rasa sakit2,itu pun ujian Allah SWT jua untuk kita..... yang pentingnya marilah sama-sama kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT dalam waaima apa pun kehidupan kita...kerana hayat kita sebenarnya telah semakin pendek jika dibandingkan dengan usia ummat Muhammad SAW.... berhati2lah kita dalam perjalanan ini.... pelayaran kita sebenarnya telah menghampiri dataran sebenar tak berapa lama lagi... Sahabat2.... Hari tu Setiausaha kita ada mencadangkan untuk menghidupkan kembali Re-Union kita buat kali ke-2 ini... tapi Nampak gerakkerjanya masih lagi tidak begitu success.... mungkin ada beberapa halangan sementara yang mengganggu proses ini....moga ianya akan dapat juga kita laksanakan.... Baru-baru ni,adala beberapa sahabat yang menghadiri mini re-union di rumah kenduri Pak Menakan Lef. Kol. Yusof kita,antaranya Tuan Ramli,Dr.Shaltut,Dr.At Brahim,Moha,Pak Ya,Cikgu Li Mehat,Aku dan sorang lagi Pak Long Lengkuas.... lepas tu kami sambung lagi sampai Maghrib bersama diMasjid Sultanah sebelum bersurai.... Ada la beberapa berita yang suka dan duka yang dapat kita borak2kan....antaranya cerita pasai kawan kita Mid Titi Hj.Idris yang mengikut kata Tuan Ramli sakit sendi2,ikut kata Dr Shaltut nama dia Rhumotoroid...camtula..sakit jenis tangkap sendi-sendi... sapa ada peluang bolehla pi ziarah dia... sembang2 tengok... Tuan Setiausaha kita pun Allah SWT uji juga dengan Isterinya selepas discankan mengidap Ketumbuhan di bahagian Otak ( Cerebellum ) gitulah yang memerlukan pembedahan katanya... Dr Shaltut ada la juga telah berbincang dengan Moha pasai hal ini..... bolehla kita contact Moha untuk membantu atau keterangan lanjut..kerana katanya ianya memerlukan pembedahan.... walaubagaimanapun Doa dari sahabat2 semua adalah diharapkan untuk semua sahabat2 kita ini..... Akhirkata untuk kali ini segala yang baik itu adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan itu adalah dari diri ini sendiri.... Wassalam...... Jamal Nasir Batu Kawan -2nd Penang Bridge

Tuesday, February 19, 2013

SURVEY PILIHAN RAYA MALAYSIA YG KE 13. BN OR PAKATAN RAKYAT?

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Rasanya lama jugak agak sepi. Harap-harap posting tajuk ni dapat menghangatkan kembali blog EX SMDSO.

Harap kawan-kawan semua dapat beri pandangan masing-masing. InsyaAllah aku akan UPDATE rekod dari masa ke semasa. Semoga entry kali ni akan disertai oleh ramai kawan-kawan kita, selain menjadi sejarah ramalan EX SMDSO berhubung dengan Pilihan Raya yang paling bersejarah di MALAYSIA.

Wassalam.

Monday, December 17, 2012

Kembara keBumi Barakah II

Alhamdulillah, pertamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kalimah syukur yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT diatas anugerahnya yang tidak terhingga keatas kita sebagai hambanya diatas mukabuminya ini.....diberinya kekuatan untuk kita bergerak,bernafas dan masih lagi diberi kekuatan untuk memampukan diri kita berada dalam nikmatnya yang terbesar yakni Islam itu sendiri.... Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita akan kembali...... Tanggal 6 Desember 2012,dengan penerbangan Air Asia,kami bertolak dari LCCT terus ke Miri,... sesampai diMiri kami disambut oleh sahabat-sahabat lain bersama dengan kenalan-kenalan dari PAKSI yang terlebih dahulu sampai dari kami.....kami kemudiannya disambut oleh wakil sahabat kita Tun Pengiran Asri dengan sebuah bas yang disewa khas untuk membawa kami selama 4H3M menjelajah bumi barokah Brunai Darussalam dan kawasan sekitarnya..... Disebabkan oleh penerbangan kami telah tertunda menyebabkan sebahagian dari program petang yang telah diatur oleh Ketua Rombongan terpaksa dibatalkan... Kami-kami yang agak kelaparan ini telah dibawa untuk menikmati makanan istimewa diMiri ini iaitu Nasi Lelapan.... Setelah semua temolok telah berisi,kami kemudiannya dibawa untuk menyeberangi sempadan Malaysia ke Brunai melalui Kuala Belait.... masa yang agak mencemburui kami menyebabkan kami agak tergesa-gesa untuk terpaksa menunaikan Solat Jamak & Qasar disurau Imigresen Miri yang agak kesulitan air kerana merasakan sudah agak terlewat dengan masa yang ada.....Alhamdulillah,semua selamat dan kami dibenarkan memasuki sempadan pada kira-kira hampir maghrib.... Perjalanan lebihkurang 120km dari sempadan Miri ke Jeruton Hotel,Jerudong,Bandar Seri Begawan mengambil masa kira-kira hampir 2 jam....kami yang keletihan,ada yang sempat melelapkan mata buat menghilangkan penat perjalan merentasi Laut Cina Selatan sebelum tiba ditempat penginapan yang telah ditempah khas untuk kami kira-kira 13 bilik @ keluarga di Jeruton Hotel..... Setelah selesai solat,telepon dibilik berbunyi,ketua rombongan memaklumkan yang Tun Pengiran ajak bersembang sambil pekena Teh Tarik Halia diLobi ..... sembang pi sembang mai sampai pukui 12.30 malam juga,Tun yang melihat kami keletihan meminta diri untuk balik......Kami pun bagaikan orang mengantuk disorongkan bantai la .....badan yang letih dan meminta untuk direhatkan terus saja terlelap apabila berada saja dipembaringan...... Esok pagi,7/12/2012,alhamdulillah.... kami sempat berjemaah bersama disurau Hotel yang telah disediakan...Kami turut merasa bertuah kerana bersama dengan kami ada Ustaz Khairul,cucu menantu Almarhum Tuan Guru Pak Ya Junid yang turut bersama dengan rombongan kami, beliau adalah muallim kami disana.....
Selesai breakfast dihotel.... pagi itu kami dibawa untuk kerumah Tun Pengiran sahabat kita untuk berkenalan dan beramahmesra dengan beliau dan ahli keluarganya....sebelum Jumaat kami dihidangkan dengan Nasi Mendi Kambing dan Ayam,Mee & Bihun Sup dari Royal Brunai Catering.....eeghh ..
selera sekali kami menjamahnya...Cikgu Kri Ahmad yang ada ghout pun hilang ghoutnya...... disini rombongan kami ditambah lagi dengan kehadiran Cek Ee tiga beranak yang telah telepas flight pagi kemarinnya,beliau terpaksa membeli semula tiket dengan harga yang agak tinggi demi untuk bersama meraikan sahabat sekelasnya Exsmdso serta anak lelaki dan isteri kesayangannya.... Alhamdulillah setelah selesai menjamah makan tengahari itu kami terus dibawa untuk solat Jumaat di Masjid Sultan Hasanul Bolkiah,Bandar Seri Begawan..... suasa masjid yang berhawadingin serta hujan yang turun turut terasa sejuknya......
Selesai solat Jumaat & jamak Takdim... Ustaz Khairul sempat mengepalai kami mengadakan sedikit tahlil buat semua muslimin dan muslimat sempena dengan lawatan ini. Kemudiannya kami dibawa untuk membelibelah sekitar Bandar Seri Begawan,...para-para ibu yang agak sibuk untuk menyediakan sedikit buah tangan untuk dibawa pulang keMsia. Kami singgah dikedai yang boleh dikatakan ok jugalah harganya kalau pun diconvertkan ke RM.... sempat juga kami pekena Durian Musang King Brunai yang cantik warnanya.....tapi...rasanya tidak menyelerakan...agak cengih/tengik sikit...macam durian hutan... Malam itu tadak ada acara special yang dirancangkan,peserta diberi peluang untuk acara bebas bersama keluarga..... Esok,8/12/2012, selesai Subuh berjemaah, kami diingatkan dengan Tazkirah@ kuliah subuh dari wakil paksi Tn.haji Qadir.....alhamdulillah.... Tiada sarapan yang disediakan oleh Hotel pada pagi ini,kami ke restoran Kayu Nasi Kandar Brunai untuk sarapan... selesai sarapan kami ke Muzium Brunai.... Alhamdulillah , ada banyak jugalah terdapat bahan sejarah ketamadunnan Islam disana yang dibawa keBrunai.... alangkah bagusnya kalau ianya dapat banyak lagi dibawa kesana,sesuai dengan Negara Brunai yang kaya-raya itu.....
Kemudian kami keKg.Air....menaiki bot menjelajah sekitar Kg.Air...kali ni Che Ee yg selalunya mengemudik kapai... hanya jadi penumpang bot kecik saja.....2 bot yang disediakan membawa kami mengemudik sekitar Kg.Air...RB6/seorang tambang untuk naik bot ini.... kanak2 nampaknya pakat2 seronok dengan pengalaman ini.....
Selesai menjelajah Kg.Air..pakat2 sibuk membeli cenderahati berupa Key Chain dsbnya untuk kawan2 dan anak2...... Kami kemudian dibawa menjamah masakan Malaysia Anekarasa diRestoran orang kita Malaysia yang telah ditempah khas oleh Tun Pengiran... Alhamdulillah,..pakat sengkak pekena nasi dan sup kambing +++..... Petangnya sekali lagi kekedai kain untuk borong bawa balik ke Malaysia,.... Moha,Ramli dan Cikgu Li Mehad terpaksa pakai Consultant untuk pilih kain bagi kat anak bini depa....terima kasih kat bini Che Ee yang yang sedia memberikan khidmat untuk kawan2....
Malamnya tibalah acara kemuncak iaitu Majlis Perkahwinan anak sulong Tun Pengiran dan pasangannya..... ramai hadhirin mengambil tempat dan memenuhi ruang dewan Jeruton Hotel... hujan yang lebat tidak menghalang tetamu untuk datang kemajlis pada malam itu.... Kami semua masing-masing mendapat pengalaman baru majlis perkahwinan ala masyarakat Brunai Darussalam.....
Esoknya,pukul 3.15pagi semua bilik dikejutkan oleh deringan telepon dari Ketua rombongan kerana pukul 4.00pagi Bas akan mula bergerak meninggalkan bumi Barokah Brunai Darussalam...... Kami kesemua anggota rombongan dari Ex-Smdso dan juga sahabat Paksi merasa terharu dan amat berterimakasih diatas layanan yang telah diberikan oleh Tun Pengiran sekeluarga sepanjang kami berada disana.... semoga ziarah kami dalam rangka untuk memenuhi hajat sahabat dan menghubungkan tali silaturrahim ini akan turut juga dikira sebagai amal soleh kami disana..... Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada Tun Pengiran sekeluarga dan juga turut dilimpahi kepada kami semua..... Wassalam.....

Wednesday, September 19, 2012

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Buat Semua Sahabat EX SMDSO

Alhamdulillah dengan keizinan dan keredhaan Allah SWT
 Kami:

HAJI Ir. MOHAMAD  ASRI BIN HAJI AHMAD,
HAJAH HASLINDA BINTI MOHD HASNAN,
HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN,
HAJAH SHARIFAH JAHARA BINTI SYED ABDUL HAMID

Dengan segala hormatnya kami sekeluarga menjunjung Pengiran berangkat, mempersilakan Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke Walimatul Urus 
Anak Kami

PUTRI FARHANA BINTI HJ Ir. MOHAMAD ASRI
Dengan
MUHAMAD ALIFF ARIFF BIN MOHD ZAIRI

Pada: Hari Sabtu
Tarikh : 8 Disember 2012 Masihi
bersamaan 24 Muharram 1434 Hijrah
 Bertempat di : Jeruton Hotel, Unit 1-12, Block C, Simpang 396, Lot 6905, Jalan Jerudong,
Sengkurong, Negara Brunei Darussalam.

 Aturcara Majlis

7.30 - 8.20 Malam : Menerima Jemputan / Kehadiran Tetamu
8.20 - 8.25 Malam : Ucapan Alu-aluan dari Keluarga / Wakil Pengantin
8.30 Malam : Ketibaan Pengantin
8.35 - 8.55 Malam : Upacara Ziarah Tetamu dan Hadirin
Pengantin Lelaki serta Keluarga akan bersalaman dengan semua tetamu lelaki
manakala Pengantin Perempuan serta keluarga akan bersalaman dengan semua tetamu wanita.
 9.00 Malam : Bacaan Doa Selamat dan Majlis Makan Malam Beradat

Semoga dengan doa restu dan keberangkatan Pengiran, kehadiran Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang nanti, akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT.

Terima Kasih, Wassalam.

Wakil Berharap terdiri dari ahli keluarga pengantin.


Kehadiran EX SMDSO ke Brunei akan diuruskan oleh sahabat kita  Tuan Moharazif Bin Ramli.
Maklumat serta informasi lanjut bolehlah diperolehi daripada beliau melalui
 telefon no: 013 4307373


Thursday, August 9, 2012

Aidilfitri 1433H / 2012

Salam,

Aidilfitri Hari Kemaafan
Menghapus Kesalahan Sesama Insan
Memupuk Perpaduan Sesama Rakan
Mengikat Tali Persahabatan

p.s. Hari raya ni ada perjumpaan pokok cheri ke Tuan Presiden?

Sunday, July 29, 2012

Kerja Sosial

9 Ramadhan, 1433H.

Salam kepada semua sahabat-sahabat SMDSO. Semuga semua dalam keadaan sihat mengerjakan ibadah puasa.

Saya sertakan satu rencana penulisan saya yang di terbitkan oleh NST Johor Section pada 24.07.12 untuk di kongsi bersama (sini).

Penulisan ini bukan bermaksud untuk menonjolkan diri sendiri tetapi berkongsi pengalaman dan semoga menjadi motivasi kepada masyarakat terutama kepada generasi muda.

Selamat membaca dan semoga kita dapat berjumpa di Alor Setar semasa cuti hari raya nanti.

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Aidilfitri 1433H.

Mohd Khir, JB

p.s. Mana Tuan Pengerusi, sudah lama menyepi.

"It Takes a Special Person to Care"
(NSTJohor 24.07.12 - Your Say column) 

Saturday, July 21, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H




"Allahummabariklana fi Rojaba wa Sya'abana waballighna Romadhona"


"Ya Allah berkatilah akan kami didalam bulan rejab ini serta juga bulan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan "


Assalamualaikum wrth.
Ex-Smdso 78-80 semua.........
Lama juga tak berceloteh dilaman ini,sibuk dengan bermacam-macam aktiviti harian sehingga tak dan nak duduk tang ni....tapi tak pa la.....semuanya Alhamdulillah masih lagi dalam naungan dan lindungan Allah swt jua hendaknya....

Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah kita rupanya....masa berlalu cepat sekali... tu lah kita ni....hari tu ada dengar ustaz kata kalau masa kita sibuk dengan benda-benda yang kurang manfaat dia akan terasa cepat masa tu berlalu tapi kalu ianya bermanfaat, insya-Allah tak la terasa cepat macam tu saja.....moga masa-masa kita yang berlalu adalah masa yang bermanfaat hendaknya.....



Sahabat-sahabat Ex-Smdso 78-80 semua....

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini diharapkan adalah ramadhan terbaik kita hendaknya, pun tidaknya ianya adalah lebih baik dari tahun sebelum ini..... macamana dengan kualiti Puasa kita, camana dengan Tadarrus kita...macamana dengan solat tarawikh kita....qiam kita dan lain-lain lagi ibadah yang nak kita gilapkan kembali setelah sebelas bulan kita bergelumang dengan amal-amal harian kita yang ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun rendah...... semoga kita termasuk kedalam gulungan yang apabila turun iman nya itu ianya kembali kepada Al-Quran dan juga Sunnah Rasullullah SAW..... begitulah yang juga kita harapkan dari TAMRIN ILAHI RAMADHAN ini.... semoga kita dapat tingkatkan amal-amal qhowi kita yang dapat kita buat apabila berakhirnya Ramadhan kali ini.........


Akhirul kalam marilah kita sama-sama rebut peluang yang terhidang ini dan juga raikan sebaik mungkin TETAMU yang telah datang ini sebaiknya kerana tetamu ini membawakan kita berbagai macam hadiah yang tak ada tolok bandingnya.....



" Rahmat diawalnya,kemaafan dipertengahannya dan pembebasan dari API NERAKA diakhirnya .."

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang Terbaik yang mampu kita laksanakan...

Salam Ramadhan untuk semua......



Wassalam......



Jamal Nasir


Saturday, March 10, 2012

Allahyarham DSP Muhammad Azim Khan Bin Abdullah ( Avtar Singh ) --Dalam Kenangan..


Tahun 1977,masa itu kami baru berada diTingkatan 2 SMDSO,tiba-tiba suatu petang kami didatangi seorang pelajar baru yang baru berhijrah bersama bapanya yang ditugaskan untuk bertugas sebagai anggota Polis diAlor Setar.Pelajar ini sedikit lain dari pelajar-pelajar lain diSMDSO pada masa itu.Badannya tinggi lampai serta rambutnya tersusun kemas dengan ikatan bola rambut dihadapannya,pelajar ini berketurunan Panjabi dan bernama Avtar Singh.Itulah kali pertama kami mengenali Avtar Singh yang menggunakan rambut yang diikat seperti bola dihadapannya dan kali terakhir juga beliau mengenakan rambut sebegitu kerana keesokannya rambutnya telah digunting dan disikat kemas seperti biasa sahaja sepertimana pelajar-pelajar lain.Perawakannya yang ceria dan senang berkawan dan bergaul membuatkan beliau tidak terasing bagi kami.
Gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya ......
Kenangan ketika dalam kelas 3A 1978


Beraya dirumah Salmi Mahmud

Dirumah Tok Presiden kita RAR
Bersama Cikgu Pelatih UTM.Duduk dihujung adalah Allahyarham Ikram



Beraya dirumah Allahyarham Junaidi Mahmud



Pasukan Hoki SMDSO bersama Chanan Din,Moha,Rahmat,Stepen,Halim Pak Aji






Minggu Orientasi Lower Six 1981 bersama Mat Wi,Moha dan Aku.....
Tanggal 7/03/2012...kami semua tergamam seketika,terkejut dengan berita dari Tuan Presiden kita,masing-masing tertanya akan kesahihan berita tersebut...
Kini Avtar Singh dulunya telah tiada dan Alhamdulillah Allahyarham Muhammad Azim Khan Abdullah walaupun telah terlebih dahulu dipanggil pulang tapi kita berasa kebersamaan tersebut lebih-lebih lagi bila persahabatan tersebut berakhir dengan persaudaraan Muslim sejati walaupun beliau telah tiada.....
Berita Kepulangannya mengadap ilahi itu turut tersiar dalam berita harian dan juga sabah news......
Alhamdulillah, pada malam 7/03/2012 itu ramai juga sahabat-sahabat Ex-Smdso yang hadir bersama untuk menyambut Jenazah Allahyarham tapi disebabkan penerbangan yang tertunda,kami cuma dapat pergi berjumpa dengan keluarga bapa mertua beliau sahaja.
Keesokannya Tuan Presiden dan Setiausaha mewakili kita semua, alhamdulillah dapat turut bersama menyambut ketibaan Jenazah sahabat kita ini dan turut sama menunaikan solat jenazah .....semoga rohnya Allahyarham Muhammad Azim Khan akan ditempatkan bersama dengan orang-orang mukmin disisi Allah SWT...WA
Gambar-gambar dihari pengebumian Jenazah yang turut dimemorikan oleh Saudara Tuan Setiausaha  untuk kenangan kita...









Alhamdulillah...itulah saja yang dapat ana muatkan untuk kenangan kita bersama ...AlFatihah....
* Seperti kata Tuan Pengiran kita,yang pergi tetap pergi bagi kita yang ada lagi baki kehidupan ini,marilah kita pergunakannya sebaik mungkin agar bekalan yang bakal kita bawa untuk bertemu dengan Allah SWT nanti adalah bekalan yang akan kita dapat sebgai gulungan Kanan.....agar kita kembali bertemu Allah nanti dalam keadaan Allah Redho kepada kita dan kita redho dengan Allah SWT..

" Pada hari yang tidak berguna hartabenda dan anakpinak melainkan mereka-mereka yang kembali bertemu dengan TuhanNya dengan hati yang bersih,ikhlas yang saliiimmm.."

Wallahualllam...