Wednesday, June 5, 2013
Salam Ukhwah buat semua...
Salam buat semua sahabat2......
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi diri kini jari-jemari ini ingin meneruskan kembali coretan di blog kita ini yang kian hari kian menyepi tanpa ada maklumat2 baru dan juga coretan2 dari sahabat2 semua....
Kugagahi jua jari2 ini untuk mencoretkan rasa hati dan juga memaklumkan beberapa maklumat buat kita semua Ex-Smdso 78-80 untuk faedah dan tatapan kita bersama....
Adalah diharapkan semua sahabat2 Ex-Smdso dalam keadaan yang sihat2 selalu dan sentiasa hendaknya dalam naungan Allah SWT jua .....
Kabare semua....
Pilihanraya telah berlalu,kini kita sama2 mengharungi satu lagi fasa dalam fasa2 pemerintahan kerajaan lama yang dinafaskan semula untuk tempoh 5 tahun lagi.... mahu tidak mahu kita sebenarnya sedang berada dalam fasa ini....fasa dimana gulongan minoriti memerintah gulongan majoriti .... inilah hakikat yang ada... pahit atau manis, inilah M'sia kita..... Golongan yang yang Berjaya tidak kira bagaimana tetap bergumbira.... tapi bagi yang tidak bersetuju... harap dapatlah kita menahan kesabaran kita buat sementara kali ini... ada hikmah mungkinnya.... tapi yakinlah bahawa sekiranya kita dijalan yang benar, kita tak perlu risau akan semua perkara ini....Kebenaran itu akan muncul juga suatu hari nanti..."Al-Haq qumirrabbikum..walatakunannaminal..mumtarin"....lebihkurang gitulah bunyinya..."Kebenaran itu dari Tuhanmu maka janganlah kamu termasuk dalam gulongan orang yang ragu2 .."
Sahabat2 semua....marilah kita kembali bersatu dalam urusan kita ini..... kita tinggalkan sementara ketidaksamaan pandangan dan pendapat kita.... kita ikatkan kembali ukhwah sesame kita...kita satukan kembali ikatan hati2 kita... marilah kita bersama kembali.....
Sahabat2....
Sedar tak sedar dah separuh abad dah kita ni... ada sahabat yang sihat dan ada juga sahabat2 yang dah mula rasa sakit sana dan sakit sini.... bagi yang sihat,alhamdulillah,ianya adalah satu ujian dari Allah SWT jua begitu juga bagi yang dah mula rasa sakit2,itu pun ujian Allah SWT jua untuk kita..... yang pentingnya marilah sama-sama kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT dalam waaima apa pun kehidupan kita...kerana hayat kita sebenarnya telah semakin pendek jika dibandingkan dengan usia ummat Muhammad SAW.... berhati2lah kita dalam perjalanan ini.... pelayaran kita sebenarnya telah menghampiri dataran sebenar tak berapa lama lagi...
Sahabat2....
Hari tu Setiausaha kita ada mencadangkan untuk menghidupkan kembali Re-Union kita buat kali ke-2 ini... tapi Nampak gerakkerjanya masih lagi tidak begitu success.... mungkin ada beberapa halangan sementara yang mengganggu proses ini....moga ianya akan dapat juga kita laksanakan....
Baru-baru ni,adala beberapa sahabat yang menghadiri mini re-union di rumah kenduri Pak Menakan Lef. Kol. Yusof kita,antaranya Tuan Ramli,Dr.Shaltut,Dr.At Brahim,Moha,Pak Ya,Cikgu Li Mehat,Aku dan sorang lagi Pak Long Lengkuas.... lepas tu kami sambung lagi sampai Maghrib bersama diMasjid Sultanah sebelum bersurai....
Ada la beberapa berita yang suka dan duka yang dapat kita borak2kan....antaranya cerita pasai kawan kita Mid Titi Hj.Idris yang mengikut kata Tuan Ramli sakit sendi2,ikut kata Dr Shaltut nama dia Rhumotoroid...camtula..sakit jenis tangkap sendi-sendi... sapa ada peluang bolehla pi ziarah dia... sembang2 tengok...
Tuan Setiausaha kita pun Allah SWT uji juga dengan Isterinya selepas discankan mengidap Ketumbuhan di bahagian Otak ( Cerebellum ) gitulah yang memerlukan pembedahan katanya... Dr Shaltut ada la juga telah berbincang dengan Moha pasai hal ini..... bolehla kita contact Moha untuk membantu atau keterangan lanjut..kerana katanya ianya memerlukan pembedahan.... walaubagaimanapun Doa dari sahabat2 semua adalah diharapkan untuk semua sahabat2 kita ini.....
Akhirkata untuk kali ini segala yang baik itu adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan itu adalah dari diri ini sendiri....
Wassalam......
Jamal Nasir
Batu Kawan -2nd Penang Bridge
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aslmkm.
ReplyDeleteHari ni camna.. pakat2 nak pi kenduri Tuan Jai ka..... Aku kalu dan tu boleh la joint .. tengok dulu camna....
Assalammualaikum,
ReplyDeleteJadikan amalan bertanya khabar melalui SMS, telephone atau macam-macam cara lagi sebagai satu cara untuk berukhwah sesama kita. Ramai yang terlupa dan lepas pandang tentang hal ini. Berapa sen sangat yang RUGI kalau kita sesama kita berbuat demikian. Ada juga kawan-kawan kita yang kadang-kadang langsung tak jawab telefon ataupun SMS, mungkin kerana terlalu sibuk ataupun terlupa dengan urusan masing2. Apa salahnya tiap2 1 bulan hantaq sekali SMS "BERTANYA KHABAR" pada semua rakan-rakan, tak sampai pun berapa duit sangat? Tapi tak tau pulak lah, kadang-kadang kita ni terlalu ikut hukum METAMATIK, kalau buat benda2 macam ni, setan selalu dok bisik kot telinga (dia kata mesti rugi punya kalau dok buat macam tu). Semua orang bila kita tanya pasai kawan-kawan, depa mesti kata "INGAAAAAAT", tapi tahap ingatan yang sebenaqnya tuhan saja yang tahu. Tepuk dada tanya iman......
Wassalam.
Inshaallah, cuti ini saya bercadang untuk zizrah MID. Kalau sapa nak joint saya boleh call saya 0194806311
ReplyDelete