Wednesday, September 19, 2012

Undangan Ke Majlis Perkahwinan Buat Semua Sahabat EX SMDSO

Alhamdulillah dengan keizinan dan keredhaan Allah SWT
 Kami:

HAJI Ir. MOHAMAD  ASRI BIN HAJI AHMAD,
HAJAH HASLINDA BINTI MOHD HASNAN,
HAJI AHMAD BIN ABDUL RAHMAN,
HAJAH SHARIFAH JAHARA BINTI SYED ABDUL HAMID

Dengan segala hormatnya kami sekeluarga menjunjung Pengiran berangkat, mempersilakan Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang hadir ke Walimatul Urus 
Anak Kami

PUTRI FARHANA BINTI HJ Ir. MOHAMAD ASRI
Dengan
MUHAMAD ALIFF ARIFF BIN MOHD ZAIRI

Pada: Hari Sabtu
Tarikh : 8 Disember 2012 Masihi
bersamaan 24 Muharram 1434 Hijrah
 Bertempat di : Jeruton Hotel, Unit 1-12, Block C, Simpang 396, Lot 6905, Jalan Jerudong,
Sengkurong, Negara Brunei Darussalam.

 Aturcara Majlis

7.30 - 8.20 Malam : Menerima Jemputan / Kehadiran Tetamu
8.20 - 8.25 Malam : Ucapan Alu-aluan dari Keluarga / Wakil Pengantin
8.30 Malam : Ketibaan Pengantin
8.35 - 8.55 Malam : Upacara Ziarah Tetamu dan Hadirin
Pengantin Lelaki serta Keluarga akan bersalaman dengan semua tetamu lelaki
manakala Pengantin Perempuan serta keluarga akan bersalaman dengan semua tetamu wanita.
 9.00 Malam : Bacaan Doa Selamat dan Majlis Makan Malam Beradat

Semoga dengan doa restu dan keberangkatan Pengiran, kehadiran Pehin / Dato / Datin / Awang / Dayang nanti, akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah SWT.

Terima Kasih, Wassalam.

Wakil Berharap terdiri dari ahli keluarga pengantin.


Kehadiran EX SMDSO ke Brunei akan diuruskan oleh sahabat kita  Tuan Moharazif Bin Ramli.
Maklumat serta informasi lanjut bolehlah diperolehi daripada beliau melalui
 telefon no: 013 4307373


6 comments:

  1. Insya-allah kalau diizinkan saya dan Isteri akan turut sama berangkat keMajlis Tuan.... tiket dah beli tunggu hari saja lagi...harap2 tu jadilah...

    Semoga Allah merahmati majlis yang akan tuan adakan....

    ReplyDelete
  2. insyaallah aku dengan family semua akan ke sana(tiket dah ambik dah..bertolak 6/12 jam 1.15ptg dgn mas)..hang boleh layan kami semua ka pengiran asri

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah semua 2000 hadirin akan menerima layanan yang sebaik mungkin dari kami sekeluarga. Cuma tolong doakan kami sekeluarga sihat serta senantiasa mendapat rahmat dari ALLAH swt.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    ( Majlis Walimatul Urus )
    Terima kasih tak terhingga kerana tuan sudi melapang masa yg sempit itu untuk mengurus kedatangan kami exsmdso serombongan. Terima kasih juga kpd keluarga tuan, isteri, anak2 dan menantu.Moga kehidupan tuan anak beranak dan menantu sentiasa dilimpahi rahmat dan dan sentiasa dlm perlindungan Allah.Dgn izinNya jua...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih jugak dari kami sekeluarga di Penang..moga segala budi yang di hulurkan kepada kami dibalas dengan yang lebih baik lagi dari Allah taala.Inshaallah.
    Che E.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.... semoga jasa baik Tun Pengiran sekeluarga melayan kami akan diambilkira oleh Allah SWT jua hendaknya......4H3M disana penuh bermakna bagi kami wakil2 Exsmdso 78-80 dan rombongan PAKSI semua....bermula dengan Nasi Lelapan,Nasi Mendi Kambing & Ayam,Nasi aneka rasa ala Malaysia bersama Sup Kambing dan disudahi dengan makan nasi kenduri ala Brunai..... Alhamdulillah semuanya dibawa balik ke Malaysia dengan seribu kenangan.....Terimakasih dari kami semua buat Tun Pengiran Sekeluarga.....Moga dipermudahkan Allah jua dalam semua urusan....

    ReplyDelete