Saturday, March 10, 2012

Allahyarham DSP Muhammad Azim Khan Bin Abdullah ( Avtar Singh ) --Dalam Kenangan..


Tahun 1977,masa itu kami baru berada diTingkatan 2 SMDSO,tiba-tiba suatu petang kami didatangi seorang pelajar baru yang baru berhijrah bersama bapanya yang ditugaskan untuk bertugas sebagai anggota Polis diAlor Setar.Pelajar ini sedikit lain dari pelajar-pelajar lain diSMDSO pada masa itu.Badannya tinggi lampai serta rambutnya tersusun kemas dengan ikatan bola rambut dihadapannya,pelajar ini berketurunan Panjabi dan bernama Avtar Singh.Itulah kali pertama kami mengenali Avtar Singh yang menggunakan rambut yang diikat seperti bola dihadapannya dan kali terakhir juga beliau mengenakan rambut sebegitu kerana keesokannya rambutnya telah digunting dan disikat kemas seperti biasa sahaja sepertimana pelajar-pelajar lain.Perawakannya yang ceria dan senang berkawan dan bergaul membuatkan beliau tidak terasing bagi kami.
Gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya ......
Kenangan ketika dalam kelas 3A 1978


Beraya dirumah Salmi Mahmud

Dirumah Tok Presiden kita RAR
Bersama Cikgu Pelatih UTM.Duduk dihujung adalah Allahyarham Ikram



Beraya dirumah Allahyarham Junaidi Mahmud



Pasukan Hoki SMDSO bersama Chanan Din,Moha,Rahmat,Stepen,Halim Pak Aji






Minggu Orientasi Lower Six 1981 bersama Mat Wi,Moha dan Aku.....
Tanggal 7/03/2012...kami semua tergamam seketika,terkejut dengan berita dari Tuan Presiden kita,masing-masing tertanya akan kesahihan berita tersebut...
Kini Avtar Singh dulunya telah tiada dan Alhamdulillah Allahyarham Muhammad Azim Khan Abdullah walaupun telah terlebih dahulu dipanggil pulang tapi kita berasa kebersamaan tersebut lebih-lebih lagi bila persahabatan tersebut berakhir dengan persaudaraan Muslim sejati walaupun beliau telah tiada.....
Berita Kepulangannya mengadap ilahi itu turut tersiar dalam berita harian dan juga sabah news......
Alhamdulillah, pada malam 7/03/2012 itu ramai juga sahabat-sahabat Ex-Smdso yang hadir bersama untuk menyambut Jenazah Allahyarham tapi disebabkan penerbangan yang tertunda,kami cuma dapat pergi berjumpa dengan keluarga bapa mertua beliau sahaja.
Keesokannya Tuan Presiden dan Setiausaha mewakili kita semua, alhamdulillah dapat turut bersama menyambut ketibaan Jenazah sahabat kita ini dan turut sama menunaikan solat jenazah .....semoga rohnya Allahyarham Muhammad Azim Khan akan ditempatkan bersama dengan orang-orang mukmin disisi Allah SWT...WA
Gambar-gambar dihari pengebumian Jenazah yang turut dimemorikan oleh Saudara Tuan Setiausaha  untuk kenangan kita...









Alhamdulillah...itulah saja yang dapat ana muatkan untuk kenangan kita bersama ...AlFatihah....
* Seperti kata Tuan Pengiran kita,yang pergi tetap pergi bagi kita yang ada lagi baki kehidupan ini,marilah kita pergunakannya sebaik mungkin agar bekalan yang bakal kita bawa untuk bertemu dengan Allah SWT nanti adalah bekalan yang akan kita dapat sebgai gulungan Kanan.....agar kita kembali bertemu Allah nanti dalam keadaan Allah Redho kepada kita dan kita redho dengan Allah SWT..

" Pada hari yang tidak berguna hartabenda dan anakpinak melainkan mereka-mereka yang kembali bertemu dengan TuhanNya dengan hati yang bersih,ikhlas yang saliiimmm.."

Wallahualllam...

6 comments:

  1. asSalam.....
    Tiada perkataan... selain AlFatihah,..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah utk sahabat kita dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. Diharap Ex SMDSO dapat anjurkan satu majlis Tahlil buat Aruwah berserta dengan sahabat-sahabat kita yang lain yang telah kembali menghadap ILAHI. Pakat-pakat bincang dan laksanakanlah kerana ALLAH.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    terima kasih di atas cebisan kenangan ini...
    terima kasih kerana sudi menghadiri pengebumian arwah...
    semoga roh arwah dicucuri rahmat.
    al-fatihah.

    ReplyDelete
  5. From Allah he comes, to Allah he returns... and all of us too.
    Masih terbayang senyuman beliau.

    MKM, JB

    ReplyDelete
  6. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi , pinjaman rumah, kereta
    pinjaman, pinjaman pelajar , pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, usaha
    modal, dan lain-lain .. Atau telah anda menolak pinjaman oleh bank atau kewangan
    institusi untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang betul untuk
    penyelesaian pinjaman anda ! Saya seorang pemberi pinjaman swasta, saya memberi pinjaman kepada
    syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan
    2%. Faedah. Sila hubungi kami melalui e-mel divinegraceloanfirm@gmail.com

    PEMINJAM 'S DATA S

    1 ) Nama Penuh : .......................................................
    2 ) Negara: ...........................................................
    3 ) Alamat : ..........................................................
    4) Negeri : ..............................................................
    5) Seks : ................................................................
    6) Status perkahwinan: .................................................
    7) pendudukan: .....................................................
    8) Nombor Telefon : ................................................
    9) kedudukan Pada masa ini di tempat kerja: .....................
    10 ) Pendapatan Bulanan: .............................................
    11) Jumlah Pinjaman Diperlukan : .....................................
    12) Tempoh Pinjaman : ................................................
    13) Tujuan Pinjaman : ............................................
    14) Agama: ........................................................
    15) Pernahkah anda memohon sebelum ....................

    terima kasih,
    Puan Elizabeth Taylor

    ReplyDelete