Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini.
Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang didewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen.
Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.
Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai dikalangan pemimpin UMNO kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya.
Baru-baru ini timbul keinginan setengah pihak untuk melihat PAS dan UMNO duduk dimeja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.
Muhyiddin nampaknya memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Muhyiddin mungkin ada kesedaran yang cadangan itu adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyak isu.
Tetapi disebaleknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus kedalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.
Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Dimana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.
Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuat kan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.
Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar bila beliau mengatakan UMNO masih kuat.
Dimana letaknya kekuatan UMNO itu? Bagi saya andaian itu, jika banar memanglah baik bagi parti, tetapi didalam naluri orang ramai mereka tidak langsung nampak kebenarannya.
UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi diSarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi diSemenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.
Sekarang tekanan terhadap BN dikedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.
DiSarawak kehadiran parti-parti pembangkan akhir-akhir ini mendapat sokongan dari orang ramai kerana kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk memimpin bumi kenyalang itu.
Sehingga kehari ini diSarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana Taib masih disana. Najib tidak boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.
Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4000 undi didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.
UMNO dicawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan tidak pastas bekerja untuk parti maka tidak ada asas bagi seorang pemimpin seperti Najib bercakap seperti orang yang takbur dan mendabik dada kerana mempercayai yang UMNO itu masih kuat.
Saya berharap apa yang saya fikirkan ini adalah salah. Jika apa yang saya fikirkan ini benar maka kita akan melihat satu demi satu kubu yang tinggal kepada kita jatuh berderai maka akan bermulalah episod baru politik tanah air.
Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.
Ahli-ahli UMNO ini serperti ‘ayam daging’, sentiasa mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampong’ yang biasa dengan mencari makan sendiri.
Itulah sebabnya ayam daging selalunya gemuk tetapi dagingnya lembik dan jika dimasak terlalu lama dagingnya akan hancur. Disebaliknya ayam kampong lebih keras dagingnya jika dimasak berjam-jam lamanya untuk dimasak rending rasanya lebih sedap.
Itu sebabnya ayam kampong harganya RM11 bagi satu kilogram tetapi ayam daging harganya tidak boleh lebih dari RM 7 satu kilogram seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri baru-baru ini. Harga ayam daging ini jauh lebih murah dari harga ayam kampong.
Ayam-ayam daging hanya berumur 38 hingga 40 hari sahaja, kerana apabila ianya berumur 40 hari ayam-ayam daging ini akan dihantar kepusat penyembelihan untuk dijual dipasar-pasar kerana tuannya hendak mengambil keuntungan.
Lagi pun jika ayam daging dilepaskan dari sangkarnya ayam itu tidak akan mampu mencari makan dengan sendiri dan jika kita kejar pun dia tidak akan dapat lari kerana terlalu gemuk disebabkan makan terlalu banyak.
Tetapi akhir-akhir ini ayam daging pun sudah tidak dapat makanan yang secukupnya kerana tuannya sedang menghadapi kegawatan ekonomi untuk memberi makanan ayam-ayam daging belaan mereka.
Salam,
ReplyDeleteNampaknya kebelakangan ni beberapa isu yg MASA naikkan tak ada respon, mungkin tidak menepati sasaran kot. Kena cari isu lain nih !!!!
Rasa kecintaan yang amat sangat terhadap negara tumpah darah sendiri membuatkan isu-isu seperti ini dipilih untuk diisi di dalam blog ini terutama apabila berada jauh di perantauan. Kalau dah respon dalam hati pun ........ jadi laaaaaa tu.........
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKalau gitu, bagus....lagipun itu saja lah harapan yg ada...harap2 kawan baca dan komen dlm hati....jgn ada yg jauh hati sudah laaaaaaaa....
Rencana yang disiarkan hanyalah pendapat peribadi penulis. Setiap orang bebas menilai, mengkritik, memprotes, mengolah dan sebagainya. Inilah yang dinamakan gelanggang siber. Percambahan fikiran amatlah dialu-alukan berserta hujjah yang bernas. Penulis tdak mempunyai apa-apa kepentingan ketika menulis rencana ini. Sifat lekas terasa atau "jauh hati" perlu di buang jauh-jauh kerana perdebatan ilmiah sebenarnya mempunyai nilai intelektual yang amat tinggi. Dah lebih 50 tahun tanpa disedari, kita telah dilatih hanya untuk menerima pujian dan amat jarang sekali bersedia untuk menerima kritikan. Zaman 'syok sendiri' dengan apa yang kita ada sebenarnya telah berlalu.................... Sama-samalah kita fikirkan agar tidak ketinggalan........
ReplyDeleteSemua senyap saja..........macam jauh hati lah tu. Macam aku takdak kawan pulak di sini.
ReplyDeleteSalam ,
ReplyDeleteHeran ,sejak 2 3 bulan ni bil ayak paip jd murah , kalau dulu tiap2 bulan rm3o keatas saja , la ni jd rm10 dan sewaktu dgnnya saja, meter sama pakai banyak tu jugak (hg pa jgn dok ingat aku adjust meter plak..hehe). check check rupanya SADA anak syarikat kerajaan negeri ambik alih ,..hebat jugak depa dapat bagi subsidi dalam dok kena tenyeh tu .
Salam untuk semua,
ReplyDeleteDi Selangor dah lama dapat subsidi air, anak dapat masuk IPTA/S dapat RM1000 cash dan macam macam lagi. Tu baru ambik selangor baru dekat 3 tahun. Bolehlah nampak perubahan yang berlaku walaupun asyik kena tenyeh dengan media yang pro gov, Tapi rakyat selangor tak mudah ditipu dan tak mahu diperbodohkan oleh media arus perdana. Rakyat macam aku yang tidak berkepentingan peribadi menerima perubahan ini dengan gumbira, tapi yang mana mana ada kepentingan peribadi akan jadi susah hati kerana
1, Projek kena open tender
2. Kroni dah tak ada banyak sangat
3. Projek kuota UMNO dah tak ada lagi
4. Projek kuota wakil rakyat dah tak wujud
5. Kos projek yang betul
6. Harga yang munasabah, tak boleh naikan ikut suka hati
Kalau dulu projek Kerajaan Tempatan mesti ada kuota UMNO, wakil rakyat dan ahli majlis. Ketua Bahagian dah boleh jadi multimillionaire. Kalau di Shah Alam ni ketua cawangan pun dah cukup handal, projek merata tempat, mercedes dah confirm pakai, yang jadi mangsa adalah genuine contractor yang sepanjang masa jadi subcon, kadang dapat duit kadang kena kencing meleleh leleh.
Di Shah Alam ayam daging dah makin kurus, makan dah tak cukup, makanan yang sedap dan berzat dah dapat pada yang layak terima dan dipulang semula kepada rakyat yang berhak menerimanya.
jadinya, sendiri mau pikir, kita perlukan perubahan kepada yang lebih baik. Keputusan pada tangan rakyat jika tiada penipuan waktu pilihanraya. Gunakan hak kita untuk menentukan siapa yang kita pilih
SENDIRI MAU PIKIARK!!!!!!!!!!
Wasalam
Salam semua,
ReplyDeleteLepas baca 2 komen di atas(dari Lan Siam & Mat Wee), teringin pulak rasa nak makan ayam kampong hari ni.........disini payah sikit, kena cari dulu, kot belah kampung Cik Gu Li Mehad tentu senang dapat....... Kalau aku balik Aloq Setaq, harap dapat melawat Cik Gu Li Mehad, sama-sama makan kari ayam kampung di rumah dia.....No problem kan???
Aslmkm.
ReplyDeleteSemoga kekawan semua dalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya.
Rasa nak menulih juga tapi tak berapa dan sikit lani....nak tulih biar tulih betoi2 baru syok sikit pelepaih apa yang ada....
Insya Allah lain kali jumpa lagi.....
Wassalam....
aku sentiasa membaca
ReplyDeletetulisan kalian
hebat
CERAHHHHH masa depan
aku ... sentoasa buat kerja
ReplyDeletesebelum pi umrah cuti lalu...
dato hassan ali pangge aku pi pejabat dia
kat shah alam ... aku pi lah
BUKAN NAK BAGI PROJEK HARTA TANAH...
tapi minta pandangan dan pengalaman dari Paksi
yang dok buat kelas pengajian untuk umum
dia nak buat macam paksi
aku yang kecil dan kerdil ni apalah ada sangat
tapi... bila dia minta aku bagilah...
al hamdulillah program menyemarak islam negeri selangor pun dilancarkan .. kuliah santai pada hari sabtu... khabar nya ribuan yang datang mengaji.... ok sekurang-kurangnya ada saham pahala bagi orang mengaji.... nak mengajaq tak ngeti.... aku lah ... hampakekwan aku memang ok selalu
untuk itu aku waq-waq juga program mega paksi selain program mingguan
ReplyDelete1, istiqbal ramadhan ( menyambut ramadhan)
6 hb.ogos 2010
masjid sultanah bahiyah
mulai jam 7.00 malam hingga 7.30 pagi
acara forum dan qiam pimpinan ustaz zainal asri
jamuan disediakan.
program percuma
2. klinik bacaan fatihah
7 ogos 2010
tempat Dewan seri mentaloon
kediaman rasmi MB
jama 9.30pagi hingga 11.30 tengahari
percuma tiada bayaran
jamuan disediakan oleh MB
aku hanya GURKA
ada lagi
ReplyDelete1. lawatan ke brunai .... 7 - 10 oktober
2. ziarah ke mesir, jordan syria ...16-26 disember 2010
3. jakarta .... 14-17 januari 2011
sapa-sapa nak ikut jom
bukan sekadar lawatan tapi ilmu dan tarbiiyah
ada lagi
ReplyDeleteumrah cuti bulan jun 2011 ....
Salam Semua,
ReplyDeleteIni dia contoh pejuang sejati. Tuan bukan GURKA, tuan sebnaqnya adalah WIRA yang telah dilahirkan oleh SMDSO. Aku sendiri pun tak mampu nak buat macam tu. Kami sentasa berdoa agar tuan dikurniakan kesihatan serta kelapangan masa untuk kerja-kerja yang amat mulia ini.
Wassalam..... nanti jumpa tuan serta lain-lain jamaah di Brunei, insyaALLAH.
Asklm, semoga kawan-kawan sihat semuanya diberi allah hendaknya. Maaf dalam kesibukan ana, ana tak sempat nak tulis, tapi ana selalu lawati blog ini krn ada kawan-kawan kita yang mampu tulis macam seorang ustaz. Tahniah pd kawan-kawan kita yang tulis selalu tulis. Ana tulis ni pun bukannya apa, cuma nak sahkan bahawa ana ni dok buka blog, takut kawan-kawan kata ana dah tak dak. Tentang wira kita tu ( Sukarno) dia ni memang lah hebat sebab kita selalu doa untuk dia iaitu dia tak pernah ada problem krn kita selalu doa untuk dia bila panggil nama dia.
ReplyDelete