Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri Dari Brunei



Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH swt kita sekali lagi diizinkanNYA untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini.

Pada hari yang mulia ini, aku serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya khas buat sahabat-sahabat ex SMDSO serta kepada semua umat Islam tidak kira di mana berada. Aku tak balik raya pada tahun ini memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, semua adik beradik telahpun berada di sini (sejak kelmarin)termasuklah kedua ibu bapa aku untuk meraikannya di Brunei.

Sebagai manusia biasa, aku dan seisi keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin seandainya terdapat salah dan silap terutama sekali ketika mengendalikan blog ini melalui tulisan-tulisan yang telah dimuat turun untuk tatapan bersama.

Perjumpaan hari raya yang telah di syorkan bagi ex SMDSO sebagaimana cadangan HPH, perlu diadakan bagi mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita. Kalau dapat lihat gambar terkini kawan-kawan (harap Moha dapat masukkannya sempena perjumpaan di Pokok Cheri nanti)pun jadilah walaupun tidak dapat bersama. Aku tumpang gembira kerana kita masih lagi berhubungan serta dapat memanafaatkat hubungan yang murni ini untuk menjadikan kita semua seorang Muslim yang lebih baik pada setiap masa.

Akhirkata salam Aidilfitri untuk semua kawan-kawan serta keluarga, pohon diberi keberkatan dibawah perlindungan ALLAH swt.

Wassalam.

12 comments:

  1. Aslmkm.

    Salam Eidul Fitri untuk Tuan sekeluarga.....
    "Taqabbalallahuminnawaminnkum "

    Balik Kedah jemputla mai umah.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    "Kullu 'amin waantum bi khair"

    Salam Eid - fitri untuk seluruh saudaraku sekalian.

    semoga ramadan yang baru meninggalkan kita membawa kebaikan yang banyak dan hari-hari mendatang penuh dengan keberkatan.

    Marilah kita berdoa agar seluruh urusan kita dikira sebagai amalan kebaikan diakhirat nanti.

    Amiin....

    ReplyDelete
  3. Semoga tuan berbahagia hendaknya diberi Allah. Tahniah pada tuan sekeluarga kerana telah melalui Ramadhon dengan jayanya. Semoga tuan mendapat barkahnya.

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri tuan pengiran asri & keluarga.. rumah hang di Tmn Uda sapa ada raya ni...

    ReplyDelete
  5. MKM,

    Sapa pun tak ada. Semua mai raya di Brunei......Tuan MKM kena mai sini......

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam tuan pengiran.yang dua diatas tu aku tengah cuba masuk blog pasai tak ingat password.dok cuba nak masuk.baru boleh.Raya ni tak dan nak buat perjumpaan malam.try punya try akhirnya dapat juga buat masa breakfast d pokok ceri.yang mai aku,chanan,mat khir kecik,dr shal,pak ya,att brahim,ir jamal,mat wi dan member lama kita Azali mustaffa.dok bersembang dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 3.00 ptg.Ada ambil gambar nanti mat khir akan masuk dlm blog.Kita ada juga contack Ketua polis Semporna saudara Azim kita yang tak dapat balok beraya d Kedah.Tu la serba sikit laporan yang aku dapat bagi untuk tuan pengiran d Brunai.Akhir kata Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin dari aku dan keluarga diKedah

    ReplyDelete
  8. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Presiden. Ucapan Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga di sini...... Moha tak mai ka? Aku tau Mat Wee (menantu mithali) mesti sampai punya.

    ReplyDelete
  9. Salam Idul Fitr utk semua.MKM jangan lupa gambaq kita dua kat simpang jalan tu hehe.

    WA,Che E.

    ReplyDelete
  10. Moha tak mai pasai kena buka gerai dia kat RNR highway Utara Selatan.Pak aji dia posa 6 .yang lain tu tak start lagi boleh la mai gebang pagi tu.Ptg ni Ir Sheikh Jamal buat open house.masa aku sampai tu ada azali mustafa.Yang lain belum sampai.aku tak duduk lama pasai bawa mem besar dengan anak-anak.Yang kecik 2 tahun tu dah mula buat hal,mengantuk.Kalau nak borak dan gebang lama memang tak boleh bawa depa.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah....syukran jazilan kepada sahabat-sahabat yang dapat meluangkan masa untuk hadir bersama dimajlis yang serba ringkas dan sederhana saja tadi ( Azali,Ramli,Md Wi,Dr Shaltut,Cikgu Kri Ahmad,Kri Saad,Ad Brahim dan Cikgu Sukarno)...just tumpang sekali dengan anak2 dan adik beradik serta anak2 saudara ....
    Walau macamanapun kira sembang2 punya sembang start dari 4.30pm dia lajak pi sampai 10.00pm lebih jugala baru pakat bersurai..dari air kordial Rozel bandung ais,teh tarik,teh o dan malam sambung sembang kita bagi Radix panaih bagi tahan lama sikit.....sayang gambar terlupa nak ambik....
    Insya Allah ada rezeki kita buat lagi tahun2 depan.....
    Kawan2 yang tak sampai jemputan tu minta maaf la...last minit juga plan pun....mana yang ada no kontek sajala..
    Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan hidup kita...

    ReplyDelete