Friday, September 3, 2010
Keyakinan
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (QS. Al-Imran: 104).
Kalau membaca sejarah, tidak sedikit di antara sahabat Rasulullah s.a.w. pada awalnya adalah orang-orang yang tidak dilahirkan dalam keluarga muslim. Mereka non muslim. Mereka kemudian beralih keyakinan, dari non muslim menjadi muslim. Termasuk Umar bin Khattab r.a., yang kemudian menjadi sahabat dekat Rasulullah, muslim taat, dan bahkan menjadi amirul mukminin. Bukan hanya di masa lalu, sekarang pun banyak yang demikian.
Biasanya, tidak mudah merubah keyakinan seseorang manusia. Kalau pun kemudian mahu diubah, itu karena sudah sekian lama berusaha untuk menjawab rasa ingin tahunya tentang Islam. Dibacanya kitab suci Islam, iaitu Al Quran dan segala yang membentuk keyakinannya, termasuk bertanya kepada orang alim sebanyak mungkin. Setelah terbentuk suatu keyakinan yang mantap, barulah menyatakan diri masuk Islam. Karena sudah yakin, umumnya mereka benar-benar menjalani hidup sebagaimana disuruh dalam agama Allah itu.
Lantas bagaimana dengan kita yang terlahir dalam keluarga muslim? Di satu sisi, kita beruntung dan sepatutnya bersyukur karena ditakdirkan demikian. Namun di sisi lain, sebahagian kita bagaikan merasa selesa saja dalam keluarga Islam, selalu mengambil mudah dan tidak mahu mempelajari Islam. Seakan-akan keyakinan itu terbentuk sendiri. Akibatnya, begitu mudah kita mengabaikan segala perintah Allah, semudah melakukan segala yang dilarangNya. Diakui atau tidak, inilah pertanda belum terbentuknya keyakinan diri tentang Islam, yang selanjutnya membentuk generasi yang lemah.
Generasi yang lemah ini, kalau tidak ada kepedulian dari kalangan umat tersebut, kembali menghasilkan generasi yang lebih lemah lagi. Karena itu, patut disyukuri di saat sedang merajalelanya kemungkaran yang mematikan nurani sebagai seorang insan, masih ada segolongan orang yang senantiasa perihatin terhadap nasib umat, menyeru kepada yang makruf dan mengajak untuk mencegah yang mungkar seperti ayat diatas. Kita amat bersyukur kerana SMDSO telah berjaya melahirkan beberapa orang insan yang masih berperanan untuk mengambil tanggungjawab yang mulia ini. Kita wajar berdoa agar mereka sentiasa istiqamah serta dianugerahkan keperluan yang secukupnya dari ALLAH didalam malaksanakan tugas tersebut.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Asm,
ReplyDeleteDah hari Jumaat pun. Insyaallah kemungkinan besar kita akan menyambut AidilFitri hari Jumaat yang akan datang. Didoakan semua sahabat dalam sihat sejahtera hendaknya dalam menjalani ibadah dibulan yang penuh kemuliaan ini dengan seikhlas hati dan penuh kenyakinan diri.
Seperti biasa ditahun-tahun lepas kita akan cuba mengadakan perjumpaan diPokok Ceri (atau ada Pot lain?). Dapat bertemu, bersalam-salaman...moga Allah terus memberkati pertemuan dan perjumpaan kita.
Adalah diharapkan sahabat semua dapat menyarankan atau mencadangkan tarikh dan waktu yang sesuai untuk perjumpaan Raya kita tahun ini. Tahun lepas-lepas main SMS saja.
Jom pakat cadang 'time' nak jumpa
Bila..dimanaaaa..
Nanti bila dah pekena juadah raya
Jangan pulak lupaaaaa...