Monday, September 6, 2010

Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita



RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.

Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun.

Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya.

Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa.

Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh.

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

2 comments:

  1. Pesan ana pada diri ini dan sahabat semua. Amalan yang sedikit tetapi beristiqamah dengannya adalah lebih baik dari melakukannya banyak ibadat tetapi tidak istiqamah. Bulan puasa kita banyak lakukan perkara sunat dan istiqamahlah dengan segala bentuk ibadat yang dilakukan dlm bulan ramadhon walaupun ramadahoan akan meniggalkan kita.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.wrth.

    Alhamdulillah,marilah sama2 kita mengucapkan jutaan terikasih dan rasa penuh kesyukuran yang tidak terhingga kita diatas anugerah dan rahmat Allah SWT yang telah mengizinkan kita terus lagi bernafas sehingga kini dalam meniti saat2 akhir Ramadhan karim yang semakin meninggalkan kita dengan seribu harapan ini......semoga sedikit yang kita buat akan mampu kita teruskan dibulan2 lainnya....betul kata HPH tu sedikit yang berterusan adalah lebih baik dari banyak tapi terputus-putus....
    Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita hendaknya.... adakah akan berjumpa lagi kita diRamadhan akan datang...hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya...
    Wallahuallam
    *Dikesempatan ini inginlah bagi pihak diri ini dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Batin kepada semua warga Ex-SMDSO 78-80 diatas pergaulan dan perkenalan kita selama ini...
    ..Taqabbalallahuminnawaminnkumm....
    (Semoga Allah menerima Amal Kami dan Amal Kamu ).

    Wassalam....
    * Camna Presiden tak cadang pun perjumpaan hari raya kali ni.....ramai dok tanya tu....pokok ceri lagi ka...atau dimana?????

    ReplyDelete