Sunday, September 5, 2010

Kelirukah kita?

i. Bulan Ramadhon berbondong-bondong manusia ke masjid, bagaimana bulan yang lain.
ii. Sembahyang tarawikh kita berjamaah di masjid, bagaimana pula sembahyang waktu?
iii. Sembahyang sunat tarawikh manusia pulun buat hingga ada yang mampu buat 20 – 30 rakaat semalam tetapi sembahyang sunat rawatib (2 rakaat sebelum dan rakaat selepas sembahyang waktu ) tak mampu kita lakukan.
iv. Bulan Ramadhon ramai yang mampu berqiamulail setiap malam tetapi bagaimana bulan yang lain.
v. Bulan Ramadhon tangan kita selalu bersedekah tetapi bagaimana bulan yang lain (sedekah-sedekah juga tapi tak selalu)

Bila direnung apa yang diatas itu dapatlah kita simpulkan itu adalah kelebihan ramadhoan yang dapat melembutkan hati kita. Apa pun kita mesti jadikan ramadhoan itu hospital pengubat jiwa kita dan marilah kita cuba beristiqamah dengan amalan bulan ramadhoan. Semuga kita diberi kekuatan , mendapat rahmat dan pengampunan dari Allah Subhanahuwataala.

1 comment:

  1. Jika umat Islam sendiri kadang-kadang keliru dengan agamanya, bayangkan apakah persepsi bukan Islam terhadap agama kita.???????

    ReplyDelete