Antara banyak sahabat-sahabat Rasullallah s.a.w, Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling hebat, selain seorang sahabat beliau juga adalah bapa mertua Rasullallah s.a.w. Allah azzawajalla telah mewahyukan kepada Rasullallah s.a.w, bahawa Allah telah menyediakan istana didalam syurga utk Abu Bakar assiddiq. Para sahabat tertanya-tanya apakah kelebihan Abu Bakar Assiddiq di sisi Allah, malah Rasullallah s.a.w pernah menyatakan bahawa iman semua manusia di dunia ini jika ditimbang , tidak akan dapat menandingi keimanan Abu Bakar Assiddiq. Rasullallah s.a.w menyatakan kelebihan Abu Bakar Assiddiq terdapat pada 5 perkara,
i. Jika ada dua kumpulan manusia, satu kumpulan mengingati dunia dan satu
kumpulan lagi mengingati akhirat maka beliau memilih berada dalam kumpulan
mengingati akhirat.
ii. Beliau tidak pernah makan sehingga kenyang setelah beliau Islam.
iii. Beliau tidak pernah minum sehingga hilang dahaga setelah beliau Islam.
iv. Beliau hanya mengerjakan pekerjaan yang membuatkan hatinya mengingatkan
Allah,
v. Beliau tidak pernah meninggalkan solat berjamaah.
Marilah kita ambil sesuatu dari lima perkara diatas untuk pedoman hidup kita.
Bila dah baca cerita2 yang macam ni,memang benarlah terutama sekali diri aku sendiri, rasa-rasa nya besaq kuman pun tak dak jika dibuat perbandingan dengan sahabat2 baginda RasulALLAH saw.
ReplyDelete