Salam semua sahabat,
Esok 25.12.2010, genaplah perjumpaan bersejarah ex SMDSO selama 1 tahun. Dalam sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu namun ingatan pada malam perjumpaan bersejarah itu tetap abadi sebagai kenangan manis semasa hayat masih di kandung badan. Jam disini menunjukkan tepat 5.20 petang - waktu di Copenhagen Denmark, dah nak masuk waktu Isyak. Suhu disini sekitar 0-2darjah Celcius.........warga disini masih lagi berpusu-pusu di sekitar pasaraya membuat persediaan terakhir menjelang Krismas esok.....
Ketika bersendirian begini, aku teringat juga akan semua kawan-kawan serta keluarga. Urusan perniagaan hanya akan bermula pada minggu pertama tahun baru. Diharap kawan-kawan semua dapat mengembalikan keceriaan BLOG ini yang semakin menyepi.
Mana pi Cik E, Moha, Mat Wee, Halim Pak Aji, Ustaz Sukarno, Mi Tokwan, Cikgu Li Mehat, Lan Siam, MKM, dan lain-lain...?
Mau tak mau, kita semua sedang menuju ke penghujung 2010.....Semoga tahun 2011 dapat mengembalikan keceriaan BLOG ini, itu pun dengan penyertaan semula dari semua kawan-kawan.
Di sini sukalah aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU, semoga kita semua dikurniakan ALLAH kesihatan yang berpanjangan disamping kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Panjang umur kita jumpa lagi.
Wassalam.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAku selalu singgah di sini setiap hari...cuma bila tidak ada orang susah la aku nak dok lama2.....aku harap pon biaq la meriah balik.
Sari dua lagi kita pi tahun 2011....harap semua kerja lebih kuat dan amalbaik makin bertambah..
Out dulu..Wasalam....fr: Baling:desa pedalaman Kedah
Asslmkm wrth.
ReplyDeleteSemoga sahabat2 sekelian berada dalam keadaan yang baik hendaknya....
Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya jua kita masih lagi mampu bernafas dan meneruskan sisa-sisa baki kehidupan yang semakin menguncup ini...
Kalau dicongakkan usia kita semua boleh dikatakan dah 3/4 ++ dah dari usia umat Nabi Muhammad SAW ni...bak kata dunia dah kata pi dan Kubur dah kata mai dah la.....
Syukur dan beruntunglah bagi yang dah bersedia tapi bagaimana dengan yang masih dok lagho dan leka lagi dengan keseronokan dan tipudaya dunia yang menghiburkan ini,meralitkan ini,......
Sahabat-sahabat sekelian, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dan tanya diri kita dimanakah kita dalam hal ini....dah tak berapa hari lagi berdasarkan tahun masihi usia kita akan meningkat setahun lagi...ada yang dah 48 dan ada yang 47 dikalangan kita....kiranya dah lama juga kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk merasai nikmatNya diatas mukabumi ini,dah berbundle-bundle experience yang kita ada...
Sahabat-sahabat sekelian marilah kita tanya diri kita sama-sama apakah kita telah terjawab atau sememangnya kita memang sedia menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan ini....
i.Dari mana kita datang
ii.Untuk apa kita didatangkan
iii.Kemana akan kita bawa diri kita ini
Diamabang tahun baru ini marilah kita renung persolan2 diatas dan kita fikirkan bersama siapa kita sebenarnya diatas bumi Allah SWT ini...
Adalah diharapkan sahabat2 sekelian,semoga persediaan kita untuk tahun baru dan tahun2 mendatang ini sekiranya diizinkan Allah SWT akan lebih bermakna buat kita sebagai persedian seorang HAMBA untuk kembali bertemu dgn TUANnya...yakni Pada hari yang tidak berguna lagi hartabenda dan anakpinak kecuali mereka2 yang kembali bertemu dgn TUHANnya dengan hati yang salim/sejahtera dan dalam keadaan REdHO MeredHoi....
Marilah sama2 kita renungkan....Semoga Tahun Masihi 2011 ini akan lebih bermakna dan bersinar buat kita semua.....
Wassalam.....
*Peringatan untuk diriku dan sahabat2 semua....
Yang baik dari Allah SWT jua dan yang kurang tu adalah dari hamba jua,mohon ampun pada Allah dan maaf pada sahbat2 sekelian...
Asslamualaikum, Suadah lama kita tak menulis dalam blog kita. Sebenarnya ana selalu buka tapi malas nak menulis, tak seperti Tuan Pengiran dan saudara Jamal kita ,yg masih aktif menulis. Shabas ana ucapkan pada dua sahabat kita. Walau bagaimanapun ana ambil kesempatan ini mendoakan kejayaan semua sahabat dalam kerjaya masing-masing. Jalinkan semula persahabatan kita yang kian longgar. Pada Tuan Pengiran semoga urusan perniagaan anda sukses hendaknya.
ReplyDelete