APA SEBENARNYA KITA..............
Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 febuari daripada 12 Rabiul Awal..
Kita sebenarnya lebih membesarkan hari sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada menunaikan solat..
Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada Assalamualaikum..
Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid memuji Ilahi..
Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri..
Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah-majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, tempat yang menghiburkan daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya lebih suka mengumpat daripada menceritakan kebaikan sebagai ikutan..
Kita sebenarnya lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..
Tetapi bila orang tanya arah tuju kita,
Kita pasti akan jawab
Kita sebenarnya lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..
Layakkah kita ke syurga milik ALLAH s.w.t..
Tepuk dada, tanyalah iman…
Amal kita akan menjadi jawapan..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDah agak lama aku tak menulis ni, hanya iman dan amal saja yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
Kejayaan yang sebenarnya adalah apabila kita dapat masuk syurga Allah swt yang kekal abadi
Innalillah.......
ReplyDeleteUntuk makluman semua sahabat , seorang dari kawan kita telah dijemput pulang menemui penciptanya iaitu Saudara Ikram (tenaga pengajar UITM) Alfatihah. Kita tidak sempat bertemu beliau walaupun kita selalu mengingatinya setiap kali perjumpaan. Kita doakan semoga roh sahabat kita dilimpahi rahmat dan kita juga akan menyusul kemudian. Bilakah hari itu? Apapun buatlah persediaan yang cukup sebelum kita bertemu pencipta kita. Wassalam
Al Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.
ReplyDeleteSahabat kita ni seorang manusia yang baik, satu kelas dengan saya dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
ReplyDeleteSemuga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan dihimpunkan dikalangan orang-orang yang mendapat kejayaan yang abadi iaitu syurga Allah swt. Amin