Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?
Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua?
Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.Bukan saja koridor dah hilang, beranda pun tak nampak sampai hari ini.
Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji-janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam-macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat.
Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!
Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak?
Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.
Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun.
Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!!
Copenhagen 6.30am
Aslmkm.
ReplyDeleteSemoga semua sahabat2 berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya....
Aku setuju 110%.......
Hat lain malaih nak ulaih lagi...kalut sikit ni....jenuh kita dgn semua benda naik ni....hat tu tak pa la naik...tapi hat lain kereja dok naik ni...jenuh..minyak naik,gula naik,...barang2 lain pakat turut naik.... kita yang dok buat produk alternatif untuk umat islam ni pun turut penin..tak naik harga kita penin..naik harga kesian kat pengguna... terhimpit dibuatnya.... buat Toyu ni kalau banyak orang tuang tu kira ok la kita tapi kalau dah harega mahai camna orang nak pakat tuang...
So..nak tengok ok ka tak ok.... kita kena sokong dulu apa yang Tuan Pengiran sarankan tu.... nak takut lagu mana sangat,cuba bagi pula tengok.. lama dah aihh...dok koi naik saja, dok bagi penuh temolok depa saja....
Ayuh cendiakawan dan cerdikpandai Ex-SMDSO,.. marilah kita berubah..... dari yang dok ada kpd yang lebih baik....
wallahuallam.....
Allahuakbar3.......
Wassalam......
Ayoh kawan-kawan kita berfikir secara rasional untuk kesejahteraan dan kemakmuran anak cucu kita nanti. Bangun dan bertindak, tangan anda boleh mengundi pada yang lebih baik, humbankan para-para perasuah, perompak harta rakyat, pembodek pada PRU akan datang.
ReplyDeleteSudah tiba masanya kita rakyat yang mempunyai kuasa mengundi ingin melihat perubahan. Ayuh jangan tunggu lagi, bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan semua orang.
Apa yang jadi di Selangor adalah contoh yang terbaik untuk di analisa. Kerajaan baru pakatan rakyat cuba sedaya upaya untuk berkhidmat pada rakyat dan memberikan yang terbaik pada rakyat selangor tapi UMNO selalu buat kacau, isu air belum selesai, kepala lembu pula di bawa mereka, isu kuil hindu, isu kepala babi dibaling dalam masjid dan yang terkini isu SUK dan Sultan.
Sebenar rakyat Selangor dah muak dengan isu puak-puak ni, dah MELUAT dengan perangai bodoh sombong mereka ni. Apakah mereka rasa dapat ambil balik Selangor. Pada penelitian aku, minta maaf sajalah. Mati beragan la depa ni.
Apa tujuan semua ni depa buat, pada pendapat peribadi aku, WANG DUIT FULUS DINAR DIRHAM itulah perjuangan mereka. Dulu projek boleh pi ambik macam tu saja, runding terus, harga boleh taruk saja. Masing-masing ada habuannya. Para-para juak kaki bodek tunggu kat bawah dapat tempias dah dapat drive mercedes. Rasuah berluasa tapi katanya komisen, KOMISEN tak pa kata depa
Mangsanya, KITA RAKYAT kena tanggung, harga barang naik sebab nak selaraskan, apa yang selaras aku pun tak faham. Yang aku faham adalah apabila sesuatu projek/barang atau benda dah bukan kos sebenar, maka kos yang selebihnya rakyat yang kena tanggung.
Ayuh kawan-kawan yang boleh berfikir secara rasional, mari kita buat perubahan kepada yang lebih baik. Bertindak sekarang,
Tapi apa pun 'BARANG' kena naik kalau tidak tak boleh .......
Maaf untuk semua jika ada yang terasa
Wassalam
Di Malaysia ada lebih 200 buah Kilang Sawit, sebahagian besarnya milik FELDA. Di samping itu ada lebih 30 buah 'refinery'- Kilang memproses minyak sawit mentah (CPO)untuk dijadikan minyak masak dalam tin. Yang pelik bin ajaib harga minyak masak dalam tin di Brunei lebih murah dari Malaysia sedangkan hampir semua jenama yang dijual di Brunei adalah di impot terus dari Malaysia. Inilah 'MAGIC' atau silap mata namanya. RAKYAT DIPERBODOHKAN, SILAP MATA DIUTAMAKAN.
ReplyDeleteNegara Pengeluar Minyak Sawit terbesar di dunia tapi minyak masak susah nak dapat. Tanda-tanda harga akan naik lagi la tu. Nanti kerajaan akan suruh rakyat masak lauk pauk bakar atau rebus saja. Harga gula naik hari tu kerajaan suruh kurangkan penggunaan gula takut kencing manis. Lani kena bakar atau rebus saja lauk takut kena sakit jantung pulak.
ReplyDeleteMacam-macam satu Malaysia, Malaysia boleh.
Ana harap dan berdoa supaya Pakatan Rakyat pula memerintah, mana tau lebih baik daripada yang dok ada. Kita mesti berani berubah jika kita mahu maju. Berilah peluang PR memerintah pula, mungkin rakyat semua akan merasai nikmat bernegara.Inshaallah.
ReplyDelete