SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
Baik gunakan.........ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Wa’alaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.” Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan jawab salam - "Wa’alaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah "WA’ALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM."
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASRI ye" contoh lerr. Dan bukannya : "Kirim salam kat ASRI yer.” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana As Salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".
Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope." Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu." Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalammualaikum." Tolong sebarkan kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Semoga kita sama-sama beroleh manafaat.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBuat semua sahabat2 Ex-SMDSO 78-80,Semoga kita semuanya sentiasa didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.
Alhamdulillah Tuan Pengiran diatas nasihat dan peringatan yang amat bermanfaat untuk kita bersama..
Semoga segala peringatan ini bermanfaat untuk kita semua.....
" Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat..."
Wassalam....
Lain tempat,lain maksud bahasanya,kalau nak dikaji semua bahasa yang dituturi semua bangsa diseluruh dunia,letihla kita.Macam nama Benazir Bhuto kalau ditukarkan kebahasa kita apa jadinya :O.
ReplyDeleteKalau macam tu jgn guna "ibu" sbb dlm bahasa ibrani ia bermaksud "hidupkan Israel", jgn sebut "melayu" sbb dlm bahasa aramaic ia bermaksud "yahudi ketua kami"...
WA.Che E.
Assalammualaikum,
ReplyDeleteAku sekadar bagitau apa yang aku tau untuk kebaikan kita bersama. Sapa yang nak ikut - ikutlah............... sapa yang tak mau ikut dan nak pertikai apa yang ditulis ....... itu ikut suka hangpa laaa. Yang penting aku dah bagitau satu amalan yang kita selalu buat dan ianya bertentangan dengan syariat........ bukannya susah sangat nak buat benda ni.....
Salam,Mohon maaf jika tulisan aku menyinggung sesiapa saja disini.Memang artikel yang ditulis oleh MASA memang baik dan berguna untuk kita semua.
ReplyDeleteAku tidak mempertikaikan perkataan 'salam' tu cuma bab perkataan konspirasi seperti 'Bye' dan 'A'kum' tu.Sebenarnya apa yang aku tulis tentang perkataan 'Ibu' dan 'Melayu' tu adalah DUSTA semata mata,ini menunjukkan betapa senangnya kita membuat satu2 perkataan konspirasi di sesawang internet ni.Macam juga dengan perkataan Coca Cola dulu di buat sampai jadi 'La Mekah,La Muhammad" dan konspirasi 'Freemason' yang sampaikan ketupat tiga segi pun dikatakan ada kaitan dengan Freemason.
Walallahuaklam,ini sebagai peringatan untuk diri aku dan kita semua.Maaf sekali lagi.
Tentang bab salam tu aku tak mau ulas apa2 pasal aku pun kurang ilmu tentangnya cuma boleh aku kongsikan petikkan dari website sahabat yang aku jumpa :
"Salam,
Ada beberapa ayat Al-Qur'an yang menggunakan perkataan salam dalam ucapan.
Faqul salamun `alaykum kataba rabbukum `ala nafsihi rahmah' [Al-An`am: 54]
'Wanadaw ashaba l-jannati an salamun `alaykum'[Al-A`raf: 46]
'Watahiyyatuhum fiha salam'[Yunus: 10]
'Walaqah ja'at rusuluna Ibrahima bil-busyra qalu salaman qala salam' [Hud: 69]
'Tahiyyatuhum fiha salam' [Ibrahim: 23]
'Yaquluna salamun `alaykum' [An-Nahl: 32]
'Qala salamun `alayk' [Maryam: 47]
'Salamun `alaykum' [Al-Qasas: 55]
'Tahiyyatuhum yawma yalqawnahu salam'[Al-Ahzab: 44]
'Salamun qawlan min rabbi l-`alamin' [Yasin: 58]
'Waqala lahum khazanatuha salamun `alaykum tibtum' [Az-Zumar: 73]
'Waqul salam'[Az-Zukhruf: 89]
'Iz dakhalu `alayhi faqalu salaman qala salamun qawmun munkarun' [Az-Zariyat: 25]
Boleh dilihat bahawa ada dua versi iaitu:
1- Salam.
2- Salamun `alaykum."
WA,Che E.
Tak dak sapa2 marah kat sapa2 pon. Sekadar nak provoke Che E.......... Ni baru seronok, kalau tak blog ni dok makin sunyi sepi...... Apa yang Che E tulis tu memang betoi, aku pun dah check... Diucap ribuan terima kasih....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan kawan-kawan semua.
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan kawan-kawan.
ReplyDelete