Thursday, November 11, 2010
Banjir..oh banjir....
Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya jua dapat lagi kita meneruskan kehidupan kita diatas mukabuminya ini......
Syukur juga kita kerana banjir yang melanda beberapa kawasan di kedah ini telahpun surut dan aktiviti harian dapat diteruskan lagi seperti biasa.....
Dalam tinjauan ana dikawasan banjir baru-baru ini dan dari beberapa pendapat orangramai, ramai yang mengatakan bahawa banjir kali ini adalah yang terbesar yang melanda utara kedah ini,kalau dulu banyak kawasan yang tak pernah ditenggelami air namun kini telah dinaiki ada yang sehingga paras pinggang seperti dikawasan Taman Uda ,Jalan Fajar,Anak Bukit ,Taman Golf dan beberapa Taman dan Kampong dikawasan Hutan Kampong,Lepai,Bukit Pinang,Bukit Tinggi dsbnya.
Kawasan Kilang Kicap ana di Taman Pulai Jaya turut dinaiki hingga keparas lutut,satu yang tak pernah berlaku sebelum ini.Air yang naik agak cepat menyebabkan ramai yang tak sempat bersedia dan agak kalam kabut dengan keadaan yang tak pernah dialami ini.
Tinjauan dan lawatan ana pagi tadi kerumah setiausaha kita dikawasan bukit tinggi juga turut dinaiki air hingga keparas lutut,turut kelihatan dihalaman rumah beliau adalah himpunan perabut-perabut rosak yang tak boleh digunakan lagi.Menurut beliau, pada masa berlakunya banjir ini beliau masih lagi berada diKuala Kangsar,Perak menguruskan Kilang Muslim Choicenya menyebabkan banyak barang yang tak mampu untuk diangkat dan diuruskan oleh isterinya.
Turut terlibat dengan banjir ini adalah saudara Shukri Saad yang tinggal diKampong Telok ,Bukit Pinang.Rumah beliau turut dinaiki air serta sawah padi yang telah diusahakan turut tenggelam dan perlu diusaha semula dengan kos yang agak tinggi.
Dalam pengetahuan ana, kawan-kawan lain yang turut terlibat ialah rumah pak mertua Tuan Presiden kita sendiri diAnak Bukit,rumah Ayah dan Mak Pengiran Asri di Taman Uda,rumah Mak Ayah Ir Mohd Khir,rumah mak Dr Shaltut dan kampong Tuan Syafie Ali. Kawan-kawan lain tu tak tau la termasuklah rumah Cikgu Sukarno kena ka tidak tapi sekolah Hutan Kampong jadi pusat penempatan la.Jalan masuk ke rumah Dr Shaltut nampak dinaiki air tapi rumah Dr kita masuk ka tidak tak tau la,harap-harap ok la kot.
Begitulah serba sedikit ujian Allah dalam bentuk banjir ni keatas beberapa kekawan kita seperti yang dapat ana ceritakan.Adalah diharapkan agar kita sama-sama tabah dan bersabar menghadapi ujian ini.
Disini ana ingin mencadangkan kepada kawan-kawan Ex-Smdso supaya apalah kiranya kita tubuhkan satu tabung untuk sama-sama kita bantu saudara-saudara kita yang terlibat dengan banjir ini dengan sedikit kemampuan dan lebihan yang Allah SWT berikan kepada kita agar musibah dan bencana yang telah dialami oleh kekawan kita ini dapat sama-sama kita rasai ibarat cubit paha kanan paha kiri turut terasa sakitnya,tambah-tambah lagi kita sesama Islam yang diibaratkan sebagai sebuah tubuh badan yang mana sakit disatu bahagian akan terasa sakitnya dibahagian yang lain,..Wallahuallam.
Akhikum fil Islam
Jamal bin Nasir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap Tuan Bendahari HPH dapat kut bagi no a/c untuk kekawan kita yang ingin nak bagi sumbangan ka apa.....
ReplyDeleteAssalamualaikum semua....
ReplyDeleteSetuju saja......bantulah serba sikit sorang takat mampu....InsyaAllah.
Asm,
ReplyDeleteInsyaallah rumah saya selamat dan tidak ada air yang naik. Sehingga dalam air tank dirumah pun tak naik. Selama 4 hari bekalan air terputus hanya sekali lori masuk hantar air. Yang lain terpaksa angkut dari kawasan Alor Mengkudu yang ada bekalan air SADA. Rumah mak diTmn Muhibbah dan mak mertua kat Tmn Uda dinaiki air dan mereka semua berpindah kerumah saya. Hampir 30 orang juga yang berada dirumah sepanjang tempoh tersebut.
Hospital Sultanah Bahiyah juga terlibat yakni tiada bekalan air. Elektrik hanya menunggu masa untuk ditutup jika substation dinaiki air.
Emergency evacuation pesakit-pesakit kritikal telah dilakukan pada hari Jumaat. Sebenarnya pada hari Khamis petang kami diunit kritikal sudah mula memikirkan plan jika banjir terus buruk. Hampir setiap hari saya terpaksa berda dibilik gerakan/operasi bencana. Jadi tak ada masa nak contact kekawan nak bertanya kabar. Minta maaf. Sebanyak 89 pesakit telah dipindahkan kehospital luar..Hospital Sg Petani, Kulim, Sbg Jaya, Pulau Pinang, Ipoh. 10 dengan helikopter dan yang lain dengan lori keTol Selatan(Star Gate) sebelum dipindahkan keambulan-ambulan dari hospital-hospital yang dinyatakan tadi. Inilah Hospital yang pertama melakukan proses emergency evacuation diMsia secara besaran.
Sekarang keadaan telah pulih dan pesakit kami dah ramai yang diambil balik. Harap semua dapat berjaga-jaga terhadap 'water borne diseases' sekarang seperti taun, leptospirosis, sakit mata, sakit kulit dan lain-lain. Jika anak-anak kena cirit-birit cepatlah kehospital. Baru kelmarin seorang kanak-kanak meninggal dalam perjalanan kehospital kerana kekurangan air yg terlampau teruk akibat cirit birit.
Saya mendoakan semua rakan-rakan yg terlibat harap bersabar dengan musibah yg menimpa. Seharusnya kita bersyukur masih bernafas sehingga saat ini. Insyaallah kita akan membantu mereka yg memerlukan. Wsm.
la nie.... fasa dok bantu bersih rumah
ReplyDeletepagi nie disepanjang jalan telok wanjah
tapi aku pagi nie kat kuliah
dok bagi bantuan ..kerja terpuji
bagi beras
bagi pempers
bagi macam-macam
aku sokong dan amat galakkan
aku pun hulurkan sumbangan dari warga paksi
jadi posmen .....
cuma ramai terlepas pandang
nak bagi kuat iman
nak bagi dekat dengan tuhan
nak bagi jiwa sabar
nak bagi bergantung kepada tuhan
jadi aku buat satu poster tengok dalam blog kedah la nie
edakan kepada peserta Kem banjir 2010 ( bukan mangsa)
satu yang join... boleh tumpang hulur untuk tambah cetak lagi banyak
takat la aku tempah cetak 5 ribu
ok aku terima call dari s/u kita
tanya khabar
rumah aku ok al hamdulillah
tak dak masalah
api ada air ada
bah tak sampai
sekolah aku jadi penempatan mangsa paling ramai lebih 3 ribu peserta
kelmarin ( 11.11.2010) masih ada 70 orang yang belum balik
la dok kalut untuk kem untuk anak-anak
ad dah call peringat nak masuk anak dia
kawan-kawan yang lain. nak join cepat aku nak booking tempat
Baru saja umum nak buat 'HUB HIBURAN' malam bagi pelancong luar negara, bala dah mai. Kalau buat betoi-betoi tak tau lah apa nak jadi.........
ReplyDeleteAssalamualaikum!
ReplyDeleteSALAM AIDIL ADHA kepada semua rakan taulan~semoga pengorbanan anda diterima Allah.
Tak ada ke gambar Raya Haji tahun ni? Tak dapat minum kat pokok ceri dengan sahabat-sahabat dapat tengok gambar pun dah ok.
ReplyDeleteSalam 2 all,
ReplyDeleteMakluman utk semua exsmdso,
Pakmertua Tn Jamal telah pergi meninggalkan kita semua...takziah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin....Alfatehah
No A/c Bank Islam jika hendak hulurkan bantuan ialah 02039010041888 dan SMS pada saya 0194806311 jumlah yang dimasukkan. Saya harap dapat senarai kawan-kawan kita yang kena banjir dari kawan-kawan dan tentukan jumlah yang patut kita beri setelah wang terkumpul. Harap tuan pengerusi boleh maklumkan dalam facebook tuan. Buat masa ini yang ana tahu ialah Moharazif yang kena banjir . Derma dr kawan-kawan amatlah diperlukan . Kutipan ini tamat sehingga 25 Dec 2010.
ReplyDeleteTerima kasih Sdr Jamal,
ReplyDeleteMemang rumah mak saya di Lorong 3 taman Uda (sama lorong dengan rumah keluarga Tuan Pengiran Asri) di naiki air hingga lebih paras pinggang macam tu.. lebih kurang 3-4 hari baru surut..