Alhamdulillah…telah pastinya MAJLIS SILATURRAHIM PELAJAR SMDSO SRP’78 & SPM’80 di RESTORAN SALA CLASSIC TOMYAM & SEAFOOD, Jalan
Tarikh : 25 Disember 2009 jam 9.00 malam. (Peta Lokasi disediakan)
Maaf dihulurkan kepada semua rakan sahabat lantaran sy agak kalut & sibuk untuk menyediakan persiapan saat-saat akhir.
Syukur kepada Allah kami telah mampu untuk menjejaki Sahabat-sahabat hampir 70 orang kesemuanya…namun atas urusan keperluan peribadi dan keluarga hanya sekitar 60 orang dijangka hadir pada hari tersebut. Itu pun telah melepasi dari sasaran awal…iaitu sekitar 30 orang sahaja. Ramai yang teruja setelah mengetahui majlis ini namun mungkin kelewatan pihak kami yang sukar menjejaki mereka ini…mereka telah ada komitmen lain. Walaubagaimanapun kita berharap pada kesempatan akan datang kita dapat bersama lagi…INSYAALLAH.
Sahabat-sahabat kita yang tidak dapat bersama kerana komitmen lain ialah : IKRAM, FATHI ABU BAKAR, AZHAR IBRAHIM, MOHD KHIR MUHAMMAD & SUKRI SAAD.
Lainnya yang tak dapat dijejaki : AFFANDI (UNTA), ALI KASSIM, ASRI MD ZAIN, AZALI MUSTAPHA, HAMZAH HARUN (ORANG TUA), HARIS (LUBUK MERBAU), IDRIS AHMAD, KHAIRUL ANWAR, RAZIN RAMLI, MOHD. ZANI, SALLEH ABDUL RAHMAN, SHAUKI CHIK, SHUKUR AHMAD, ZAKI MAHMUD, ZAMUS ZAKARIA & ZULKIFLI KASSIM.
Pesanan kepada rakan-sahabat sekelian…pakaian adalah BEBAS (tutup aurat), tiada pengkhususan. Datang tepat pada masanya…kita akan buat sesi bergambar beramai-ramai (sebab ada yang kena bertugas nak balik awal).
Yang mana belum mengisi Borang Maklumat Bekas Pelajar SMDSO diminta mengisi pada hari tersebut dan membuat sumbangan RM20.00 atau lebih ikut keikhlasan masing-masing di kaunter pendaftaran.
Perlu diingatkan majlis ini adalah permulaan kepada suatu usaha untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim yang telah pudar…maklumlah hampir 30 tahun berpisah. Jadi jemputan kali ini adalah TANPA membawa keluarga…Insyaallah dalam kesempatan akan datang kita akan anjurkan majlis yang lebih menyeluruh lagi dengan jemputan termasuk bekas pelajar perempuan, yang masuk ditingkatan 4 dari St. Michael, Sekolah Kepala Batas & lain-lain lagi.
Akhir pertemuan, kami bagi pihak jawatankuasa penaja memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan dalam menganjurkan majlis ini. Semoga perjumpaan ini akan menambahkan lagi keakraban kita ke akhir hayat….HANYA KERANA ALLAH.
JUMPA …PADA 25 DISEMBER 2009 JAM 9.00 MALAM
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
Setiausaha
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
013-481 7373
Asslamualikum, Ana harap semua akan hadir tanpa ada alasan yang kukuh. Pada semua AJK pastikan kehadiran anda kerana kita perlu menunjukkan bahawa kita serius menganjurkan majlis ini. Pada Pengerusi Ex-SMDSO jangan jadikan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri anda walaupun seketika krn kehadiran anda amat diperlukan
ReplyDeleteAsm, Alhamdulillah majlis silaturrahim semalam berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi hadir. Bagi pihak AJK, kami berharap smua sahabat menerima majlis semalam seadanya kerana itulah yang mampu kami lakukan dengan kudrat dan masa yang ada. Kepada semua sponsor jazakallah hu khairan kami ucapkan. Kepada yang akan pulang ketempat kediaman selamat jalan dan sentiasa berwaspada dijalanraya. Jangan lupa contact kekawan lagi nanti.Kalau jumpa sahabat yang masih belum menjadi ahli ex-smdso 78-80 tolong dapatkan contact mereka dan masukkan dalam forum kita ini. Begitu juga kalau ada hebahan yang dirasakan perlu untuk pengetahuan dan tatapan semua sahabat. Kalau ada yang mempunyai agenda dan perancangan untuk kemajuan kumpulan sila lahirkan juga.
ReplyDeleteSemoga pertemuan semalam menjadi pencetus untuk perteman-pertemuan seterusnya, insyaallah.
Wsm,
Ahmad Shaltut
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete