Cuti hujung minggu ni aku infaqkan utk menjejaki sahabat-sahabat SMDSO. Tujuanku utk mendapatkan maklumat lengkap keluarga depa & confirmation utk hadir program kita dgn membuat sumbangan RM20.00 serta foto famili terkini. Tapi ada yg beri lebih dari RM20 (itulah hebatnya sahabat-sahabat kita).
Hari Sabtu…Mulanya dengan perjalanan pulang dari Kuala Kangsar…aku bercadang utk singgah di umah Bae Kadir tapi dia x available. Lalu aku terus contact Pak Ya & aku berjaya sampai k umahnya di Sbrg Jaya…dia excited utk menghadiri majlis kita. Kemudian Bakri Omar call…aku
Dari situ aku bergegas ke umah Bakri d Tikam Batu dgn hasrat dpt jumpa Sobri Zainol (Md Bone) sekali..tp dia p makan kenduri umah Kakak dia. Maklumlah musim cuti sekolah ni…atau musim mengawan. Bakri maklum Lan
Aku call
Aku duduk lepak dgn dia kat kedai makan favourite spot nya….sampai kul 10.00 mlm. Md Khir pun tak sabar-sabar utk berjumpa kekawan di hari tersebut…dia cancel abih segala urusan sedara-maranya hanya utk perjumpaan ini. Alangkah mulianya hati-hati sahabat kita silaturrahim hanya kerana ALLAH.
Hari Ahad…aku dah buat temujanji dgn Jamal Nasir nak turun p Pendang. Cari Zahari Zainol, Badrudin & Rahmat. Dalam perjalanan
Kami terus kona ke Kg. Teluk, Bukit
Kami bergegas ke Pendang melalui pekan Langgar…melepasi Titi Haji Deris. Jamal teringat umah Mid (Zukkri Ali). Call dia…dia nak p kenduri. On the way balik nanti kami akan
Sampai Pendang, umah Cikgu Badruddin Zainol Abidin…kami ajak IEE Pak Non mai sekali jumpa di situ kerana kesuntukkan masa. Sesampai IEE Pak Non..dia tanya Badruddin…hang pun Syed Umaq jg…depa tak perasan. Rupa-rupanya dok mengaji kelas tajwid Al-Quran sekali…bukan sekadar satu sekolah tapi satu kelas di tingkatan 3A pun tak perasan..itulah dia apabila kita telah lama berpisah. Aku dan Jamal tumpang gelak dan gembira dapat bertemu dgn mereka. Depa habaq Rahmat Arshad mengajar di sekitar Pendang juga…Sekolah Guar Kepayang. IEE Pak Non ambil tanggungjawab ni utk p cari Rahmat sampai dapat…
Kami bertolak balik sbb Jamal nak kena p kenduri d Jitra…lalu Titi Haji Deris sekali lg kami
Telefon Jamal berbunyi….zaujahnya habaq dah siap dok tunggu nak pi kenduri Jitra. Kami pun bersegera pulang. Tp berjanji utk bertemu pulak malam nanti nk p umah Sukarno…..bersambung.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
Alhamdulillah atas kerja buat kalian mengusuli rakan rakan kita. Ana pun rasa kerugian krn tridak dapat bersama krn kesihatan yang tak mengizinkan. Semuga kalian mendapat keredhaan allah atas kerja ini. Insyaallah.
ReplyDeleteAna tak kenaipun mamat-mamat yang diatas.
salam, aku rasa gambar diatas tu macam gambar mamud malim saja..betul atau tak
ReplyDeleteMahmud Malim aku pernah terjumpa dia sekali beberapa tahun lalu di Masjid Rahman Pantai Baru (Masjid kat pintu masuk UM), dia nampak dah macam ustaz. Kalau tak salah aku dia mengajar di Kuala Selangor.
ReplyDeleteSalam dari,
ulwi
Yang ni gambaq Mohd Khir Ibrahim. Aku dah confirmed dgn Moha.
ReplyDeleteIr Mohamad Asri
Asri,aku rasa bukan md khir pasal badan dia tak lah sesihat yang ni. Md Khir ada gempal sedikit tapi tinggi macam tu jugak(sorry)
ReplyDeleteAsm,
ReplyDeleteHari ni kawan kita Halim Pak aji akan menjalani pembedahan pada bahagian belakang badannya diKMC. Terdapat parachute (carbuncle istilah perubatannya)atas komplikasi diabetes yang dialaminya.Marilah sama-sama kita berdoa agar sahabat kita akan sihat secepat mungkin.Aku cuma mampu telefon dan bercakap dengannya sebelum pembedahan.
Aku juga dapat bercakap dengan Ikram. More bagi kat aku nombor telepon dia (dapat dari Md Khir). Member kita ni ada kat Surabaya menghadiri conference. Dia masih ingat kat Hussein Ghulam yang selalu tunjuk wayang kat sekolah dulu dan bertanyakan Chombi anak Hussein Ghulam. Aku dah lupa tapi kalau sapa-sapa masih ingatkan Chombi tolong flashback balik. Dia kat ITM Segamat laa ni dan ada 3 orang anak. Dia tak dapat hadir majlis silaturrahim kita nanti tapi berjanji akan terus contact dan berjumpa dimasa-masa akan datang.
Assalamualaikom,
ReplyDeleteUntuk HPH,
Semuga cepat sembuh InsyaAllah, sesungguhnya makhluk tak ada kuasa untuk beri mudharat dan manafaat, segala-galanya dengan kuasa Allah Ta'ala
Shal,
Tolong bagi no tel ikram, manalah tau kot-kot tersesat kat segamat.
Salam,senjata utama orang islam ialah berdoa dan aku berdoa semoga halim pak aji selamat menjalani pembedahan terdebut dan insyaallah dapat bersama kita diperjumpaan yang dirancangkan pada 25/12/2009 nanti
ReplyDeleteSemoga HPH selamat dalam menjalani pembedahan.
ReplyDelete"Ittaqullaha Wassobiriin"
Asslmkm.
ReplyDeleteSemoga Allah merahmati kawan kita HPH,sorryla baru tau tak dan nak p tengok lagi....
`Tiada tuhan melainkan Engkau Ya Allah,sesungguhnya Aku termasuk dalam golongan orang2 yang yang dzalim'....
Moga cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan spt biasa,lepas ni boleh la cerita lagi pasai siling emas tu,abang aku dok tanya bila boleh jumpa....
Alhamdulillah .Terimakasih semua pada kawan-kawan yang berdoa untuk ana. Sesungguhnya dengan doa kalian semua , ana telah selesai menjalani pembedahan dan ana telah pun keluar dr hospital dan sekarang berada disamping keluarga. Semoga kesihatan semua kawan-kawan kita baik hendaknya supaya kita semua dapat berkumpul pada 25 Dec sebelah mlmnya. Ana mengharapkan supaya kawan-kawan cuba memberi sedikit masa untuk perjumpaan kita kali ini, manatau ini mungkin perjumpaan kita kali pertama atau akhir utk kita. Hanya allah yang tahu segalanya.
ReplyDelete