Aku tersedar apabila merasakan seluruh bahagian tubuhku seperti terkena renjatan elektrik. Bahagian dada ku dipenuhi dengan cairan seperti "gel" minyak rambut yang aku pakai tiap hari. Aku hanya berupaya melihat beberapa orang manusia (doktor) mengelilingiku sedangkan tubuhku masih kaku............... Setelah berhempas pulas bertarung dengan "sakratul maut"... aku masih diizinkan olih ALLAH SWT untuk terus hidup diats bumi ciptaannya. Setelah denyutan jantungku kembali menunjukkan ianya akan stabil, salah seorang doktor menghampiriku serta memberitahu mereka baru saja menjalankan prosedur terakhir bagi menyelamatkan nyawa seorang yang bernama manusia. Aku juga telah diberitahu bahawa aku telah tidak sedarkan diri selama 48 jam yang lalu. Mereka juga telah mengenalpasti aku sebenarnaya sedang diserang Demam Denggi Berdarah. (dimana peluang untuk aku terus hidup amatlah tipis sekali jika berpandukan data dari pemeriksaan yang telah dilakukan.)
Keesokan harinya aku telah dibawa keluar dari wad ICU dan ditempatkan disebuah bilik khas yang aku sendiri tak pasti dimana ianya berada. Pada ketika itulah aku dapat bertemu dengan isteri, anak-anak, kedua orang tua ku disamping beberapa orang sahabat termasuk adikku yang juga seorang doktor. Difahamkan beliau suami-isteri telah bergegas ke Kuala Lumpur dari Alor Setar apabila mendapat berita aku telah dimasukkan ke hospital. Daripada riak wajah semua orang yang ku temui, terutama isteriku, aku sudah dapat merasakan yang aku akan menemui ajal dalam beberapa hari saja lagi................ Aku meminta bantuan nya (adikku) untuk mengambil beberapa botol air mineral yang berada berhampiranku untuk "berwuduk" bagi menunaikan solat Asar. Beliau sendiri yang menyempurnakan wudukku sebelum aku bersolat. Itulah kali pertama aku bersolat dalam keadaan yang paling dhaif disepanjang hidupku. Seluruh tubuhku telah "mati" namun aku masih lagi mampu untuk berkata-kata dengan sesiapa saja yang mengunjungiku pada ketika itu. Adikku memberitahu, doktor hanya akan menjalankan 2 lagi ujian / cubaan - pada hari ini dan keesokan harinya jika cubaan pada hari ini menemui kegagalan. Aku pun tak pasti apakah ujuian yang dimaksudkannya dan hanya berserah kepada ALLAH. Adikku meminta izin untuk pulang ke Alor Setar bersama ke dua orang tua ku ketika waktu sudah hampir maghrib. Beliau juga telah memohon ampun akan segala dosa serta kesalahannya sambil menitiskan air mata. Perjalanan pulang mereka ke Alor Setar dalam keadaan yang tergesa-gesa ini sebenarnya adalah untuk membuat persediaan pengkebumianku yang pasti akan tiba dalam masa 2-3hari ini.
Didalam keadaan wuduk yang masih ada, aku amat bersyukur dapat menyempurnakan solat Maghrib ditemani olih isterku. Ke dua anakku menunaikan solat di surau yang telah disediakan di perkarangan hospital. Mereka kemudiannya bergilir-gilir menemaniku. Isteriku masih tidak berganjak dari ruangan menunggu dan hanya menunaikan solat bersebelahan dengan katil yang menempatkan diriku. Wajah isteriku amat tenang walaupun kedua-dua belah matanya kemerah-merahan menahan airmata yang sesekali mengalir tanpa disedari. Kedua-dua anakku hanya membaca ayat-ayat Al Quran yang kedengaran tak putus-putus di dalam bilik berkenaan..........bersambung

Assalammualaikum Asri,hang ni potong stim betul la tengah syok baca tiba2 akan bersambung.Bagi aku kisah2 sebegini atau kisah benar patut disiarkan bagi menjadi kenangan dan pengajaran bagi kita semua.Apa pun bila hang nak sambung balik cerita ni.
ReplyDeletePak Ya,
ReplyDeleteWaalaikumsalam!!!! Aku dok tengah laut laa ni. Jam 02.35am masih buat preparation untuk job commissioning esok pagi jam 10.00. InsyaALLAH 2-3 hari lagi aku balik. Lepas tu bolehlah sambung cerita..........
Ir Mohamad Asri
Asri,hang dah jadi orang laut dah la ni.Member aku ada dua tiga orang dok bawak Supply tug,sebelah Ganu sana.
ReplyDeleteHang nampak sihat,muka pun dah lain,aku x kenai.