Melihatkan keadaan aku yang masih terpinga-pinga, salah seorang dari anakku telah menekan butang kecemasan menyebabkan beberapa orang doktor serta kakitangan hospital telah berada didalam bilik rawatan beberapa saat kemudian. Tubuhku terus diperiksa dengan begitu rapi sekali. Salah seorang doktor yang merawatku bertanyakan apakah aku masih dapat melihat keadaan sekeliling dengan jelas..... Aku menjawab "ya" dan pada ketika itu juga aku telah bangun serta terus duduk diatas katil. Aku memberitahu mereka bahawa isteri dan anak-anakku sedang menungguku untuk sembahyang berjemaah bersama-sama dengan mereka. Aku juga meminta mereka menanggalkan semua wayar yang masih ada di tubuhku bagi memudahkan pergerakan untuk aku berjalan menuju ke bilik air didalam bilik rawatan tersebut bagi mengambil air sembahyang.
Sehingga kini aku masih lagi terbayang akan kesemua wajah doktor serta kakitangan hospital yang kehairanan melihat tingkah laku serta keajaiban ALLAH yang telah berlaku di hadapan mata mereka. Aku bingkas bangun dari katil, terus menuju ke bilik air sambil diperhatikan mereka begitu juga dengan isteri dan anak-anakku.
Selesai berwuduk, kami telah solat subuh berjamaah. Tubuhku terasa amat segar walaupun masih terdapat kesan luka pada bahagian dada serta hampir keseluruhan bahagian pergelangan tangan. Isteriku terus memelukku apabila ucapan salam pada rakaat terakhir selesai. Kami empat beranak berpelukan antara satu sama lain sambil berlinangan air mata buat beberapa ketika. Aku menceritakan apa yang telah aku alami (mimpi) pada malam tadi. Aku amat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.....
Kedua-dua orang tuaku tiba di hospital pada awal pagi melalui penerbangan yang pertama dari Alor Setar. Suasana kembali menjadi ceria sehinggalah aku telah disahkan sembuh serta dibenarkan pulang beberapa hari kemudian. Salah seorang doktor yang merawatku memberitahu bahawa beliau sendiri masih tidak mempercayai apa yang telah berlaku keatas diriku. Namun semuanya telah di takdirkan oleh ALLAH SWT, tiada sesiapapun yang berupaya menyanggah kehendakNYA.
Sekembalinya aku ke rumah, hatiku menjadi amat gelisah. Setiap detik aku masih lagi terbayang-bayang akan apa yang telah dinampakkan oleh ALLAH didalam mimpiku ketika menghampiri maut. Hampir setiap malam aku akan bermimpi samada mengunjungi maqam RasulALLAH ataupun tawaf mengelilingi kaabah. Kerinduan untuk mengunjungi kedua-dua tempat tersebut makin hari makin sukar dibendung. Aku tidak sabar untuk menanti ketibaan waktu malam serta kerinduan yang sukar untuk digambarkan akan berterusan apabila menjelangnya waktu siang. Sepenantian menjelangnya waktu malam, aku tidak putus-putus menyebut nama RaulALLAH (berselawat ke atas baginda), begitulah keadaan diriku tiap hari dan kini ianya telah berlarutan selama hampir dua minggu. Rinduku semakin mendalam dimana perasaan yang sukar digambarkan ini semakin menebal pada setiap detik.
Assalmkm.
ReplyDeleteMula-mula baca ingatkan cerpen ka apa,syok juga cerita ni, banyak pengajaran,tapi kena tunggu siri akan datang..tapi bila baca lagi pastu baru tau ini cerita benar dari kawan kita ni,lagi la dok tunggu, nak tau cerita camna ending dia... Alhamdulillah hari ni dapat baca episod last...
Syukur kehadrat Allah SWT atas segala kekuasaan dan kebesaranNya...
Moga apa yang berlaku kepada kawan kita ni Tuan IrMASA sedikit sebanyak dapat memberi keinsafan kepada kita dalam mengharungi hari2 depan yang serba kemungkinan boleh berlaku...Hanya Allah SWT jua yang berkuasa atas segalanya...
Marilah sama-sama kita terus beristiqamah dan beriltizam untuk terus kekal didalam nikmat ISLAM yang telah dianugerahkan kepada kita ini...
`Dan sesungguhnya DIA yang memberikan kita sakit dan DIAlah jua yang bisa menyembuhkan..'
(Waaizamarirdna-Fahuwayashfiin...)lebihkurang maksudnya...
Wassalam..