Friday, December 18, 2009

Renungan pagi Jumaat

Assalamualaikum, semoga semua kawan-kawan diberi kesihatan yang baik oleh allah hendaknya. Terasa ana kita ini semakin dekat dengannya. Entah bila kita akan kembali padanya , meninggalkan apa yang kita sayang ( harta, keluarga dan para sahabat). Kematian itu sentiasa menggamit kita, cuma kita kadang-kadang teralpa dan terpedaya dengan keseronokan dunia. Walau bagaimanapun kalau kita mempunyai para sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang hari kematian tentu kita akan berada dilandasan yang benar. 

Pagi ini ana ingin berkongsi sedikit peringatan bersama kawan-kawan semua sempena tahun baru hijrah 1 Muharrram.

  1. Perbaiki hubungan kita dengan allah. Baiki kekusyukan ketika sembahyang . Hadirkan sepenuh hati kita ketika sembahyang.
  2. Baiki amalan wajib dan banyakkan amalan sunat. Sesungguhnya kita akan dekat dengan Allah setiap kali kita menjalankan amalan wajib dan alalh akan sayang serta akan ingatkan kita jika ditambahkan dengan amalan sunat.
  3. Rasa tamak untuk melakukan ibadat pada allah. Sentiasa lihat muka-muka orang alim dan cetus rasa irihati pada mereka tentang amalan dan hubungan mereka dengan allah.
  4. Berazam untuk bersolat berjamaah. Tanamkan keinginan serta kuatkan iltizam supaya kita dapat solat berjamaah setiap waktu serta memohon pada allah supaya kita dapat beristiqamah dengan amalan yang baik.
  5. Membaca Al-Quran setiap hari serta terjemahannya.
  6. Berqiamullai sekurang-kurangnya seminggu sekali dan jadikan amalan ini berterusan. Insyaallah dengan izinnya.

Sekian dr ana untuk santapan rohani unk kawan-kawam pada pg Jumaat ini. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari ana yang lemah ini.

Tidak lupa juga ana pada kawan-kawan yang menalipon dan tolong doakan kesihatan ana. Berkat doa kawan-kawan semua ana sudah hampir pulih dan ana harap Allah izinkan kita berjumpa di Sala Klasik pada 25 Dec 2009. insyaallah.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrth.
    Selamat menyambut Awal Muharam 1431H...
    Pagi tadi p subuh kat surau dan dengaqla Tazkirah subuh ustaz,...banyak juga dia pesan sambil mengingatkan kita semua tentang kisah tahun Hijrah ni dan kaitannya dengan kita...
    Alhamdulillah,kita bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan usia dan masih lagi dapat bersama ditahun Hijrah 1431 ni...
    Menurut ustaz tahun Hijrah ni dimulakan pada masa pemerintahan Amirul Mukminin Sayyidina Umar Al-Khattab r.a...dan dikira dari tarikh bermulanya hijrah Rasullullah SAW dari makkah ke madinah ..setelah dibincangkan didalam syura'utk ingatan umat Islam kemudiannya......
    Banyak lagila yang ustaz tu cerita....
    Lastnya ustaz mengajak kita semua untuk sama-samalah kita berHIJRAH dari keadaan yang BAIK kepada keadaan yang LEBIH BAIK ditahun ini....
    Yang benar itu dari ALLah dan yang tak baik tu dari diri ana sendiri....
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam sahabat ,
    selamat meyambut tahun baru , semuga jalinan persahabatan kita berpanjangan hingga keakhir hayat dan perjalanan hidup ini diredhaiNya .

    ReplyDelete