Tanggal 23.6.1999...... Aku dah tak sedap badan dah 2-3 hari. Suhu badan hanya dapat diturunkan melalui suntikan yang diperolehi dari sebuah klinik swasta berhampiran dengan kondominium yang aku diami.
Dalam masa 2-3 hari ini juga aku terpaksa tidur dalam "bath tab" yang diisi dengan air (aliran airnya tanpa henti) dari pancuran. Tak sampai 15 minit aku dapat rasakan air yang sentiasa keluar dari pancuran menjadi begitu panas hingga di suatu peringkat isteriku terpaksa mengambil ketulan ais dari beberapa bungkus plastik yang telah sedia dibeli di kedai berhampiran untuk diisi didalam bath tab. Inilah siksaan yang aku rasakan paling perit sehingga ke hari ini.... bayangkanlah apa yang akan kita lalui menjelang hari kiamat sementara meniti proses "penantian" ketika berada di alam barzah. Sesungguhnya manusia ini tidak mempunyai apa-apa kudrat untuk menanggung kesakitan serta siksaan walau sekecil ini kecuali dengan izin ALLAH swt.
Seperti biasa pada keesokan pagi aku terpaksa bangun dengan tubuh yang masih basah (dari bath tab) untuk meneruskan hidup seharian bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Seawal jam 9.00 pagi aku sudah berada di muka pintu sebuah bank bagi menyempurnakan sebahagian dari urusan duniawi ku. Dalam keadaan yang serba tidak selesa baju yang aku pakai terasa basah walaupun berada di dalam sebuah bank yang di kellilingi oleh beberapa penyaman udara. Nikmat untuk merasai kesejukan sudah di angkat oleh ALLAH untuk diganti dengan kepanasan yang amat membahang. Setelah urusan selesai, aku melangkah keluar dari pintu bank berkenaan...dan tiba-tiba aku telah jatuh pengsan...tidak sedarkan diri.. dan pada ketika inilah aku merasakan aku telah dipanggil oleh ALLAH untuk menemuinya.......bersambung
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Makhluq tak dak daya upaya...
ReplyDeleteMENCARI-CARI KEBAIKAN DALAM KEBURUKAN ORANG ITU ADALAH AKHLAQ
MENCARI-CARI KEBURUKAN DALAM KEBAIKAN DIRI SENDIRI ITU ADALAH IKHLAS
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)