Tuesday, December 29, 2009

Kenangan di malam 25 Dec 2009 (1)

Asslamualaikum pada semua kawan-kawan.

Alhamdulillah, majlis yang kita rancang pada 25 Dec 2009 sebelah malamnya telah berjaya kita laksanakannya. (dgn izinnya) walaupun mungkin terdapat kekurangannya.

Orang kuat kita sprt Moha, Shaltut, Jamal & Sukarno dengan bala tenteranya telah berada di Sala Klasik jam 5.00 petang untuk persediaan majlis ini. (Inilah pengorbanan kawan-kawan kita semoga allah memberi ganjaran pada mereka, insyaallah)

Kawan-kawan yang dijemput mula hadir jam 7.30 mlm. Senarionya semasa ana dan beberapa AJK menyambut kehadiran kawan-kawan kita yang baru hadir bermacam-macam gelagat. Ada yang masih dapat dikenali dan ada yang tak dapat dikenali, masa ini lah yang syoknya kerana setiap orang akan memaksa mengimbau kisah-kisah lama untuk mengingat kawan-kawan kita. Masa ini macam-macam cerita, ada yang dapat ingat kawan apabila disebut nama nickname (gelaran) semasa sekolah, ada yang dapat ingat apabila dicerita kenakalan masing-masing, ada yang dapat diingat apabila disebut kehebatan semasa di sekolah (sukan) dan bermacam-macam lagi. Rasa teruja ana melihat gelagat kawan-kawan kita yang berpeluk-pelukan sesama sendiri untuk melepaskan rindu masing-masing, maklumlah 30 tahun tidak bersua. (terasa macam salah satu dari program TV3

Jam 9.00 mlm, majlis dimulakan dan dipengerusikan oleh Ustaz kita, Ustaz Sukarno dgn dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya ucapan N.Pengerusi ex-smdso saudara Ahmad Shaltut yang merakamkan ucapan terimakasih pada semua kawan-kawan yang dapat menunaikan janji mereka untuk hadir. (ada kawan-kawan yang berjanji tetapi tak dapat hadir, hanya allah yang tahu sebabnya.)

Selesai ucapan Naib Pengerusi, majlis diteruskan dengan sesi Taaruf yang mana setiap orang perlu memberitahu nama, nama gelaran, tahun mula dan akhir di smdso, pekerjaan sekarang, status (bujang, kahwin, ank dan isteri berapa serta alamat sekarang) Suasana gelak ketawa diselang seli suara menyakat kawan-kawan apabila ada kawan-kawan kita yang cakap dia tak ada nicknamenya semasa di sekolah. Suasana masa ini sukar lagi kita nak perolehi (rugi kawan-kawan kita yang tak dapat hadir). Kawan-kawan kita yang cuba sembunyikan nickname mereka inilah yang menyebabkan majlis riuh rendah apabila hadirin meminta mereka menyebut nickname mereka semasa disekolah.

Majlis takruf ini berlangsung hampir 2 jam. (makanan dah ada depan mata dah sejuk tapi tak ada pun kawan-kawan kita menjamahnya, mungkin suasana kegembiraan berjumpa kawan-kawan dapat melupakan rasa lapar.) Jam menunjukkan pukul 10.15 mlm, barulah tuan Pengerusi majlis kita menjemput semua para hadirin menjamah makanan yang disediakan.

Setiap jemputan yang hadir telah diberi cenderahati oleh AJK... sumbangan dari saudara Jamal (barangan sos EHSAN), Ahmad Shaltut (pen), Sukarno (Buku catatan PAKSI) dan Moha Razif (Produk MUSLIM CHOICE & Cookies) serta sebuah buku maklumat Ex-SMDSO.)

Ada juga kawan-kawan kita yang terpaksa balik awal kerana ada urusan, dan ada juga kawan-kawan kita yang tiba-tiba hilang dari majlis, kita tau siapa dia walaupun dia tak maklum pada kita dia nak balik.

Walaupun demikian ana ucapkan terima kasih kerana datang juga menjenguk kawan-kawan kerana ada kawan-kawan kita yang janji nak datang tapi tak datang, mungkin pada mereka majlis ini tak penting buat mereka. Ana cakap begini bukannya apa krn mereka tak telepon pun kita bila tak dpt hadir dimajlis sedangkan semua kawan-kawan menunggu-nunggu mereka krn mereka maklum pada AJK hendak hadir. Itulah yang dinamakan manusia.

Ingatlah semua kawan-kawan, ana ingin sangat berpesan pada diri ana dan juga kawan-kawan apabila kita berjanji cubalah kita tunaikan, dan kalau kita tak dapat hadir, luangkan sedikit masa untuk telefon kawan-kawan maklumkan ketidakhadiran kita. malam itu kawan-kawan kita menunggu kehadiran kita krn kita maklum hendak datang. Janganlah kita meringan-ringankan janji kita pada Allah dan manusia. Jangan marah atas ingatan ini krn kita perlu ingat mengingat antara satu sama lain.

Berbalik kita pada senario pada malam tu, kawan-kawan kita masih lagi berbual-bual cerita-cerita lama dan bertanya khabar kawan-kawan kita yang tidak dapat dikesan. Berbual punya berbual jam telah menunjukkan jam pukul 1.30 pg (lebih kurang) dan masih lagi terdapat lebih kurang 10 orang lagi. Kami mengambil keputusan pergi ke port biasa (pokok cheri) untuk menyambung borak-borak kami.



Semasa kami hendak beredar saudara Ahmad Shaltut menerima telefon dari kawan kita Luth mengabarkan anaknya terpaksa dihantar ke hospital kerana lelah (penat) dan sebab itulah Luth tak dapat hadir malam itu. (ana doakan anaknya sihat seperti sediakala) Syabas pada Dr. Kita , beliau membatalkan ke pokok cheri dan terus ke hospital untuk membantu kawan kita selesaikan masalah di hospital. (Inilah kawan kita yang sedia membantu apabila diperlukan ) Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Bersambung....................Senario di pokok Cheri

17 comments:

  1. Tuuuuu dia.......ini cerita baru dari bendahari. Aku setuju 200% RAR kena pecat sehingga surat rayuan dibuat. Bila dapat surat rayuan suruh Moha "scan" masok dalam blog bagi semua orang tengok. Yang janji tapi tak mai suruh depa tulis surat tunjuk sebab kalau tidak jangan mimpi nak jadi ahli ex-smdso 78-80.

    Ir Mohamad Asri

    ReplyDelete
  2. Aslmkm,
    Alhamdulillah sama2lah kita panjatkan kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua dapat juga majlis yang kita anjurkan itu diraikan dengan suasana penuh kegembiraan, keterharuan, keterujaan dan macam2 rasa lagi....
    walaupun dalam suasana yang serba sederhana, Terima kasih pada saudara Setiausaha yang bekerja keras bagi menjayakannya,Cikgu Sukarno dan anak2 yang turut membantu dan lain2...
    pada kekawan yang dapat menghadirkan diri pada malam itu pun dikira satu pengorbanan...dan semoga pertemuan silaturrahim ini akan diamabilkira oleh Allah SWT jua diatas semua pengorbanan tersebut....
    Malam tu lepas semua dah balik,lepas selesai solat isya'berjemaah bersama,kami sambung lagi ditempat biasa Pokok Ceri...Lut pun mai join sekali,tapi balik awai sikit pasai pinjam topi keledar kawan dia....tum-tam2 sembang sampai dengaq azan awai pukoi 5.05pagi sejam sebelum suboh,dekat nak suboh baru pakat2 beredar....
    aku balik terus mandi bagi segar, p suboh disurau dekat umah,balik tu terus siap2 untuk p kerja pula tak cuti pasai ramai kekawan ofis aku cuti....sampai ofis duduk saja depan komputer, mata sudah terlelap,sampai kawan aku yang baru masuk tegur awat kusyuk sangat depan komputer tu...pukui 12.00tghari baru ada can balik tidoq sampai pukoi 3.00ptg,..bangkit tidoq p kenduri jiran sat,pastu dah janji dengan Moha nak p amik dia kat umah dengan Halim Pak Aji lepas asar...pastu amik Mat Wie ngan Pengiran Asri kita n terus p maghrib d Tanjung Dawai,Moha kata nak ajak Dr Shal sekali takut dia on call jauh sangat pulak satni...pastu pakat p pekena ikan bakaq..sambil call Jai dengan Shafi mai joint sekali,depa mai...tapi tunggu punya tunggu Mat Khir yang janji awai nak mai,tak mai2 juga...kami terus balun sajala pasai Pengiran kita order sakan...sembang punya sembang kedai pun dah tarik grill nak tutup,..Syafi ajak p pekena kopi kat umah dia d Aman Jaya SP, angok p angok mai pakat setuju pula pasai Syafi kata nak pekenai umah dia untuk senang bila panggil kenduri kedepan ni...pastu sembang pula kat umah Syafi..tum2 sampai 3.00pagi baru betolak balik,kawan kita ni bagi hadiah kain pelikat cap Gajah duduk sorang selai pula...dia ni Manager kat TM tapi buat bisness kat UpTown SP tu....Alhamdulillah pkul 4.30pagi baru sampai umah..dan la lagi perebah badan pasai suboh lambat lagi...
    Akhir kata walaupun tidoq lewat,tapi Hati rasa puas dapat bersama kekawan sambung semula Silaturrahim yang telah lama ni....
    Semoga segala kenangan ni menjadi ingatan kita bersama dan diambilkira jua disisi Allah SWT...
    Indahnya Hidup Bersyariat dan bersahabat...
    Wassalam....

    December 28, 2009 9:34 AM

    ReplyDelete
  3. Moha,
    yang janggut putih tu Md Shafi ke?

    ReplyDelete
  4. Yes, yg tengah dok belek buku cenderahati tu...Shafi Ali. Dia tinggai di Amanjaya SPetani, keja di TM Point Alor Star.

    Puas cari dia rupa2nya dok kot Kedah aje...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Suasana malam tu tak dapat digambarkan dengan perkataan, perasaan pun tak boleh diuraikan dengan perkataan.

    Lama betul tak jumpa kawan-kawan, banyak yang dah berubah, ada yang dah gemuk, botak separuh, botak semua, berjanggut dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti semuanya dah nampak berumur (tua le tu...)

    ReplyDelete
  6. Mat Wi , hang ni tak tidoq ka. Aku tengok hang post jam 1.02 am. Walau bagaimana pun aku nak bagi tau kat hang yang Pengerusi kita dah letak semua jawatan, rasa-rasanya macam parti politik pula. berjangkitlah tu. Walau bagaimana pun bila aku pkianq punya pikianq aku rasa apa yang kita buat krn allah cuma mungkin kita terasa ketiadaannya pada mlm itu satu kekurangan krn RAR selalunya hadir setiap kali perjumpaan kita tapi bila mlm tu tak dpt hadir kiota rasa kurang seronok la. Tak pa la lain kali kita jumpa lagi, mungkin RAR takut nak berucap depan kawan-kawan kita, sebab tu la dia tak hadir. Wallahhualam

    ReplyDelete
  7. HPH,

    Kita semua berbaik sangka saja terhadap dia. Aku tau dia tak hadir sebab malu rambut dia kurang dari aku.

    ReplyDelete
  8. Aslmkm.
    Awat Tuan Presiden kita sunyi sepi tanpa suara ni, tak kan merajuk lama sangat kot...bagi chan kat depa dok buboh hang saja ka...mai la joint sekali,hang tak kata apa, kami pun haru juga,ok ka, tak ok kan majlih malam tu....
    Tuan Presiden,bersuara sikit eah....

    ReplyDelete
  9. Merajuk tak abih lagi. Orang tua, kalau merajuknya memang panjang.

    ReplyDelete
  10. Tuan Presiden,
    Dah masuk tahun baru ni, takkan senyap tanpa apa-apa komen. Yang pastinya umur kita bertambah lagi setahun. Makin tua le kita semua ni.

    Moha,
    Mana cerita sambungan (pokok ceri). Gambar yang lain-lain bila nak masukan dalam blog. MKM lepas mana, senyap aje, lepas p Sudan ke apa atau dok pekena laksa johor tak habih-habih.

    Salam dari,
    Ulwi, Shah Alam

    ReplyDelete
  11. Aslmlkm wrth.
    Hari2 dok buka la blog kita ni nak tau perkembangan terkini, tapi ramai yng sibuk kot, kalut dengan anak sekolah...k lah tu,tapi lepaih ni mai la kita perancakkan balik blog kita ni, kalau tidak sunyi saja la, lama2.....???
    Kemarin Ahad 03/01/2010 Lan Siam ada mai umah aku masa dia nak balik p umah ayah dia d Aloq Pak Ngah,Titi haji Idris dengan anak2 dan bini dia...kami pekena nasi d simpang masuk umah aku, pastu borak2 sat kat umah baru dia bertolak ke umah ayah dia...
    Terkenang juga masa lalu dok p mai-p mai dgn dia ke umah kawan2 kerabat moto kap cai ayah dia..
    ni lah lanjutan dari program silaturrahim yang kita buat tu,dah berapa lama tak jumpa tapi lani bila kawan kita balik kampong boleh la juga dia call sembang2,syook rasa hati...
    Dia pun cerita kata Cek Eei( Kapt. Solehi) ada singgah umah dia baru2 ni,dia habaq, dan lagi la bini cek Eei tempah tudung kat bini dia...Sapa2 nak tempah tudung ka apa ka bolehla berhubung dengan Lan Siam kita ni....
    Tu lah Indahnya hidup kita ni bila kita bersahabat .....
    Wassalam...

    ReplyDelete
  12. Salam,aku ni boleh kata tiap2 hari jengok blog kita ni..mana tau kalau2 Asri ada ceita baru ...hang la ni dok tengah laut ka pasal blog kita ni kurang rancak lah kalau hang tak tulis apa2..dan Mejar Yusuf aku rasa hang mesti dok sibok cari enjin kapalterbang tu ..d Malaysia ni segalanya boleh

    ReplyDelete
  13. Hang kalu jenguk saja tak jadi la. Tulis lah sikit pasai saham apa nak beli.Ap-apa aje lah. Mana p kawan-kawan kita yg lain ,lepa ni ada yang tak jenguk langsung.

    ReplyDelete
  14. Selamat Tahun Baru untuk semua. Raya China tak balik Kedah ka? Atau aturk jumpa di Pokok Cheri pu jadilah! Kawan-kawan kita yang tak dapat pi Haji lagi tu, harap-harap pi lah sebelum mati....Apapun perjumpaan yang kita buat di Sala Classic tu adalah yang paling istimewa dalam sejarah hidup. Teman-teman yang lalu kut Kulim, singgahlah di pejabat.

    Md Shuhaime Abd Rahman (Tok Wan)
    Pentadbir Tanah Kulim

    ReplyDelete
  15. Mie,aku mintak maaf kalau tak cakap sangat dengan hang malam tu,aku cuba nak 'recall' sapa hang pasal hang banyak berubah dah.Lepas malam tu baru aku perasan hang sapa,kawan kamcing aku masa kat Tkt 3 dulu.Orang Kubuq Panjang.
    Sori no.

    ReplyDelete
  16. Salam Che E, sama lah kita. Dok segheyau... takut terpa tak kena. La dok di mana? Anak dah berapa? Kalau lalu Kulim, singgah la kat pejabat. Kalau lalu Kubuq Panjang, singgah la rumah.

    ReplyDelete