Saturday, December 5, 2009

MAJLIS SILATURAHIM DI SALA CLASSIC, ALOR MENGKUDU, ALOR STAR, KEDAH


Salam,

Akhirnya…confirm kita akan buat Majlis Silaturrahim Pelajar SMDSO SRP’78 & SPM’80 di Restoran Sala Classic Tomyam & Seafood, Lot 5468, Plot 5&6, Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Star, Kedah.

Tarikh : 25 Disember 2009 jam 9.00 malam
Sumbangan RM20.00/seorang (Bank-in AC. Abd Halim Ahmad BIMB 02039010041888 - Bendahari)

Bertemu kembali setelah hampir 30 thn tamat alam persekolahan. Ramai yg akan turut serta sejauh dr Brunei & Sabah.

Harap dpt turut serta dgn membalas sms ini serta memberi alamat lengkap utk kad jemputan. Julung2 kali diadakan. JANGAN KETINGGALAN.

SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA. BALAS SMS DENGAN MENYATAKAN ALAMAT LENGKAP SEKARANG.

HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...

Setiausaha
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
013-481 7373

14 comments:

  1. Salam Moha,
    Terima kasih kerana dah muatnaik gambar klasik ni (terutama Form 3A - saya di barisan hadapan, pertama dari kiri (duduk).
    Kalau boleh bagi nama sekali (nama penuh dan nama glamor sekolah).
    Mungkin ramai jug ayang nak tahu, sebab tu semua gambar masa muda.. macam saudara Ramli kita, lain rambut dulu dan lain rambut sekarang...

    Mohd Khir, JB

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam Moha,aku rasa yang ada koleksi gambar kita ni ialah Mat Nan. Cuba hang call dia tengok. Anak2 aku bila tengok gambar abah dia yang slim tu macam tak percaya saja.

    ReplyDelete
  4. Salam Geng ,insyaAllah , kita jumpa disana .

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak menitik ayag mata teringat kisah silam. Main bola sepak ataih padang bola keranjang, pakai bola tenis.Habeh huih tapak kasut.Pemain paling jahat adalah LUT.KAH KAH KAH.Aku akan hadir.
    md shuhaime bin abd rahman.

    ReplyDelete
  6. kerja hebat yang nampak kecil-tahniah -ahmadghozalimehad,baling

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikom,
    InsyaAllah jumpa 25/12 nanti, tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan lama.
    Lan Rahman di mana, kalau masih di Shah Alam telepon aku 013-3365136.
    Fathi masih di Shah Alam, Sek 7.
    Ghozali Mehat apa khabar, lama betoi tak jumpa, Mid (Zukri Ali) pun lama betoi tak jumpa, 25/12 ni mai ramai-ramai kita jumpa di sana sana,

    Salam dari,
    ulwi

    ReplyDelete
  8. mat ulwi, aku rajin jugala singgah rumah orangtua hang di omarbom tu tapi hang takpenah pula aku ketemu, adala dok tanya depa pasai hang.kita jumpa kot disana ramai-ramai.(ahmd ghozali,baling 0194441164)

    ReplyDelete
  9. salam , dok tengok hg pa posting ni mcm terasa muda kembali ..md wi , aku dah lama balik keja penang , dok s.petani ...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikom,

    Lan,
    anak dah berapa la ni, seingat aku last sekali jumpa hang di komplek pkns anak baru satu. InsyaAllah nanti kita jumpa 25/12 ni. Aku anak enam, meninggal satu yang ada lima, 2 perempuan 3 lelaki

    Ghozali'
    aku ada dengar cerita hang jadi cikgu tapi tak pernah jumpa. Aku balik kampung kerap juga tapi tak lama. Raya selalunya gilir balik kpg dengan isteri, aku kahwin orang batu pahat johor.

    ReplyDelete
  11. salam , ank 4 je , 3 pmpuan 1 jntn . hebat jgk hg no diam2 tengok dah 6 org . power .

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Dalam ramai kawan-kawan kita ni yang paling handal Saudara Jamal Nasir, 10 anak satu isteri, kalau ada yang baru, mungkin dapat lagi 10. (Jamal jangan marah)

    ReplyDelete
  13. Banyak geng2 kita aku dah lupa nama,harap jangan marahla,dok lama sangat kena angin laut kot,otak bekarat :)

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Bapa tak marah...,kalau ada calun yang sesuai tu habaq mai la Mat Wi, kut-kut boleh tambah sungguh,pekara baguih....

    Salam Lan,
    Lama juga tak jumpa hang,hang balik tak mai join sama,..teringat masa dok kerabat moto hang pi umah Li Kassim dulu,sampai nak jatuh aku lalu kut bataih ban tu...tapi Li Kassim,aku cuba juga nak pi cari kut umah dia tapi tak berapa ingat, dengar kat dak kahwin dengan Dr.....
    K...InsyaAllah jumpa lagi 25/12 ni...

    ReplyDelete