Thursday, December 31, 2009
Analisis Gambar Malam Perjumpaan exsmdso
Yang Paling Stail - Capt Leh De Nero
Yang paling Besaq - Cikgu Roslisham
Yang Paling Laboh - Tuan ADO - Mi Tokwan
Janggut Paling Chun - HPH
Janggut Paling Putih - Ustaz Shafie Ali
Janggut Paling Panjang - M Ulwi BH
Janggut Imam Besar - Moha
Yang Paling Kecik - Ustaz Sukarno
Yang Paling Cute - E Pak Non
Yang Paling Banyak 'A' - Ir Jamal Nasir
Yang Paling Banyak 'B' - Man Bashah
Yang Paling Berkilau - Li Mehat
Yang Paling Waraq - Imam Mid
Yang Paling Renjong - Capt Chanan Din
Yang Paling Tua - Ahmad Sobri - Kuda (tua)
Yang Paling Tak Berubah - Lan Siam
Yang Paling Sekeping - Mat Saad Shamsudin
Yang Paling Bersahaja - Jai
Yang Paling Handsome - Dr Shaltut
Yang Paling Gempal - Leh - Ketua Cawangan....
Yang Paling Mantap - Che Rosli
Yang Paling 'Matured' - Prof Majid
Yang Paling Simple - Pak Ya
Yang Paling Cepat Hilang - BaE
Yang Paling Gelap (dalam gambaq) - Cikgu Badarudin
Yang Paling Di kehendaki (Wanted) - Chop - Engine Jet Hilang
Yang Paling Tak Guna (asyik dok bagi gelaran kat semua orang) - Aku laaa.
Tuesday, December 29, 2009
Kenangan di malam 25 Dec 2009 (1)
Asslamualaikum pada semua kawan-kawan.
Orang kuat kita sprt Moha, Shaltut, Jamal & Sukarno dengan bala tenteranya telah berada di Sala Klasik jam 5.00 petang untuk persediaan majlis ini. (Inilah pengorbanan kawan-kawan kita semoga allah memberi ganjaran pada mereka, insyaallah)
Jam 9.00 mlm, majlis dimulakan dan dipengerusikan oleh Ustaz kita, Ustaz Sukarno dgn dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya ucapan N.Pengerusi ex-smdso saudara Ahmad Shaltut yang merakamkan ucapan terimakasih pada semua kawan-kawan yang dapat menunaikan janji mereka untuk hadir. (ada kawan-kawan yang berjanji tetapi tak dapat hadir, hanya allah yang tahu sebabnya.)
Selesai ucapan Naib Pengerusi, majlis diteruskan dengan sesi Taaruf yang mana setiap orang perlu memberitahu nama, nama gelaran, tahun mula dan akhir di smdso, pekerjaan sekarang, status (bujang, kahwin, ank dan isteri berapa serta alamat sekarang) Suasana gelak ketawa diselang seli suara menyakat kawan-kawan apabila ada kawan-kawan kita yang cakap dia tak ada nicknamenya semasa di sekolah. Suasana masa ini sukar lagi kita nak perolehi (rugi kawan-kawan kita yang tak dapat hadir). Kawan-kawan kita yang cuba sembunyikan nickname mereka inilah yang menyebabkan majlis riuh rendah apabila hadirin meminta mereka menyebut nickname mereka semasa disekolah.
Majlis takruf ini berlangsung hampir 2 jam. (makanan dah ada depan mata dah sejuk tapi tak ada pun kawan-kawan kita menjamahnya, mungkin suasana kegembiraan berjumpa kawan-kawan dapat melupakan rasa lapar.) Jam menunjukkan pukul 10.15 mlm, barulah tuan Pengerusi majlis kita menjemput semua para hadirin menjamah makanan yang disediakan.
Setiap jemputan yang hadir telah diberi cenderahati oleh AJK... sumbangan dari saudara Jamal (barangan sos EHSAN), Ahmad Shaltut (pen), Sukarno (Buku catatan PAKSI) dan Moha Razif (Produk MUSLIM CHOICE & Cookies) serta sebuah buku maklumat Ex-SMDSO.)
Ada juga kawan-kawan kita yang terpaksa balik awal kerana ada urusan, dan ada juga kawan-kawan kita yang tiba-tiba hilang dari majlis, kita tau siapa dia walaupun dia tak maklum pada kita dia nak balik.
Walaupun demikian ana ucapkan terima kasih kerana datang juga menjenguk kawan-kawan kerana ada kawan-kawan kita yang janji nak datang tapi tak datang, mungkin pada mereka majlis ini tak penting buat mereka. Ana cakap begini bukannya apa krn mereka tak telepon pun kita bila tak dpt hadir dimajlis sedangkan semua kawan-kawan menunggu-nunggu mereka krn mereka maklum pada AJK hendak hadir. Itulah yang dinamakan manusia.
Ingatlah semua kawan-kawan, ana ingin sangat berpesan pada diri ana dan juga kawan-kawan apabila kita berjanji cubalah kita tunaikan, dan kalau kita tak dapat hadir, luangkan sedikit masa untuk telefon kawan-kawan maklumkan ketidakhadiran kita. malam itu kawan-kawan kita menunggu kehadiran kita krn kita maklum hendak datang. Janganlah kita meringan-ringankan janji kita pada Allah dan manusia. Jangan marah atas ingatan ini krn kita perlu ingat mengingat antara satu sama lain.
Berbalik kita pada senario pada malam tu, kawan-kawan kita masih lagi berbual-bual cerita-cerita lama dan bertanya khabar kawan-kawan kita yang tidak dapat dikesan. Berbual punya berbual jam telah menunjukkan jam pukul 1.30 pg (lebih kurang) dan masih lagi terdapat lebih kurang 10 orang lagi. Kami mengambil keputusan pergi ke port biasa (pokok cheri) untuk menyambung borak-borak kami.
Semasa kami hendak beredar saudara Ahmad Shaltut menerima telefon dari kawan kita Luth mengabarkan anaknya terpaksa dihantar ke hospital kerana lelah (penat) dan sebab itulah Luth tak dapat hadir malam itu. (ana doakan anaknya sihat seperti sediakala) Syabas pada Dr. Kita , beliau membatalkan ke pokok cheri dan terus ke hospital untuk membantu kawan kita selesaikan masalah di hospital. (Inilah kawan kita yang sedia membantu apabila diperlukan ) Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.
Bersambung....................Senario di pokok Cheri
Jangan KALUT, Bukak SLOW-SLOW, Tiup PELAN-PELAN...................................
Pada suatu hari, dihimpunkan semua raja-raja serta kaum kerabat di suatu upacara majlis santap malam hingga ke subuh di anjung Istana Negeri Tanjung Dawai bagi memberitahu akan rahsia kekuatan beliau mempunyai bala tentera yang amat ramai iaitu sebanyak 10 laksa.
"Hampa nak tau rahsia kekuatan aku?, "JANGAN KALUT, BUKAK SLOW-SLOW, TIUP PELAN-PELAN, Lepaih tu baru ngapppppp...........
Jangan salah faham, itu rahsia Jamal Makan Kerang Bakaq di Tanjung Dawai baru-baru ni. Tapi kalau hampa nak pakai petua ni untuk buat benda lain........ baguih juga!!!!!!!!!!!!!
Monday, December 28, 2009
Foto Majlis Jejak Silaturrahim Ex-SMDSO
Kehadiran amat menggalakan...jumlah semua adalah 44 orang walaupun ada yang memberi komitmen awal utk hadir tetapi ada aral yang melintang....kita hanya merancang Allah yg menentukan segala2nya. Dlm foto-foto ini ada yg tak sempat bergambar kerana tergesa-gesa kerana ada komitmen lain...tahniah & terima kasih sahabat2 kerana sanggup dtg. Insyaallah dilain masa & ketika jumpa lagi.
Foto-foto lain akan menyusul...tunggu
Friday, December 25, 2009
Renungan pagi Jumaat.
Setiap kita impikan kesenangan dan kekayaan. (lumrah pada setiap makhluk yang bernama manusia). Tetapi bagaimana kita mencapainya. Dibawah ini ana senaraikan bagaimana menusia mencapainya dan renungkanlah diri kita.
i. Golongan pertama ialah, manusia berusaha siang malam mencari rezeki dan meninggalkan suruhan allah. (golongan ini ramai). Rezeki yg diperolehi tidak pernah mencukupi dan sentiasa berusaha mencapainya tanpa mengira halal dan haramnya. Mereka ini sentiasa dihimpit dengan kesusahan.
ii. Golongan kedua ialah, Manusia ini mencari rezeki siang dan malam tanpa meninggalkan suruhan allah yang wajib. Perkara yang sunat tidak mampu dilaksanakan krn kesuntukan masa. Amalan wajib pun dilakukan tergesa-gesa. Mereka ini rezekinya ada tetapi masih lagi tidak mencukupi dan sentiasa dalam kesempitan hidup.
iii. Golongan ketiga ialah, manusia ini melaksanakan kewajipan beribadat mengikut sunnah rasullalah dan berusaha mencari rezeki yang halal. Kehidupan mereka sentiasa mencukupi dan sentiasa dalam keredhaan allah.
iv. Golongan keempat ialah, manusia ini adalah golongan yang meletakkan akhirat matlamat hidup dan dunia ini sebagai pentas mencari keredhaan allah. Hati mereka tidak pernah terpaut pada dunia dan mereka ini menyerahkan diri mereka pada jalan allah. Hidup mereka nampak susah dimata masyarakat kerana harta dunia tidak dapt dilihat pada diri mereka tetapi mereka ini sentiasa hidup dalam ketenangan jiwa, dunia ini tidak menjadi matlamat hidup mereka.
Renungan bersama.
Kita ini dlm golongan mana?
Tafsiran hamba ialah, apabila kita menolong agama allah dan sentiasa melakukan amal ibadat yang sempurna maka dunia ini diberi allah pada kita dan dia mencukupi semua keperluan kita di dunia.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT
Wednesday, December 23, 2009
Alhamdulillah…telah pastinya MAJLIS SILATURRAHIM PELAJAR SMDSO SRP’78 & SPM’80 di RESTORAN SALA CLASSIC TOMYAM & SEAFOOD, Jalan
Tarikh : 25 Disember 2009 jam 9.00 malam. (Peta Lokasi disediakan)
Maaf dihulurkan kepada semua rakan sahabat lantaran sy agak kalut & sibuk untuk menyediakan persiapan saat-saat akhir.
Syukur kepada Allah kami telah mampu untuk menjejaki Sahabat-sahabat hampir 70 orang kesemuanya…namun atas urusan keperluan peribadi dan keluarga hanya sekitar 60 orang dijangka hadir pada hari tersebut. Itu pun telah melepasi dari sasaran awal…iaitu sekitar 30 orang sahaja. Ramai yang teruja setelah mengetahui majlis ini namun mungkin kelewatan pihak kami yang sukar menjejaki mereka ini…mereka telah ada komitmen lain. Walaubagaimanapun kita berharap pada kesempatan akan datang kita dapat bersama lagi…INSYAALLAH.
Sahabat-sahabat kita yang tidak dapat bersama kerana komitmen lain ialah : IKRAM, FATHI ABU BAKAR, AZHAR IBRAHIM, MOHD KHIR MUHAMMAD & SUKRI SAAD.
Lainnya yang tak dapat dijejaki : AFFANDI (UNTA), ALI KASSIM, ASRI MD ZAIN, AZALI MUSTAPHA, HAMZAH HARUN (ORANG TUA), HARIS (LUBUK MERBAU), IDRIS AHMAD, KHAIRUL ANWAR, RAZIN RAMLI, MOHD. ZANI, SALLEH ABDUL RAHMAN, SHAUKI CHIK, SHUKUR AHMAD, ZAKI MAHMUD, ZAMUS ZAKARIA & ZULKIFLI KASSIM.
Pesanan kepada rakan-sahabat sekelian…pakaian adalah BEBAS (tutup aurat), tiada pengkhususan. Datang tepat pada masanya…kita akan buat sesi bergambar beramai-ramai (sebab ada yang kena bertugas nak balik awal).
Yang mana belum mengisi Borang Maklumat Bekas Pelajar SMDSO diminta mengisi pada hari tersebut dan membuat sumbangan RM20.00 atau lebih ikut keikhlasan masing-masing di kaunter pendaftaran.
Perlu diingatkan majlis ini adalah permulaan kepada suatu usaha untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim yang telah pudar…maklumlah hampir 30 tahun berpisah. Jadi jemputan kali ini adalah TANPA membawa keluarga…Insyaallah dalam kesempatan akan datang kita akan anjurkan majlis yang lebih menyeluruh lagi dengan jemputan termasuk bekas pelajar perempuan, yang masuk ditingkatan 4 dari St. Michael, Sekolah Kepala Batas & lain-lain lagi.
Akhir pertemuan, kami bagi pihak jawatankuasa penaja memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan dalam menganjurkan majlis ini. Semoga perjumpaan ini akan menambahkan lagi keakraban kita ke akhir hayat….HANYA KERANA ALLAH.
JUMPA …PADA 25 DISEMBER 2009 JAM 9.00 MALAM
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
Setiausaha
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
013-481 7373
JEJAK SILATURAHIM (TERKINI!!!) - LAKSA KEDAH & LAKSA JOHOR....
Salam kepada Moha (pengendali utama blog) dan semua rakan-rakan SMDSO lain.
Semakin hampir dengan hari perjumpaan Majlis Silaturahim 25 Disember 2009, blog ni nampaknya agak sunyi sedikit... Mungkin bolehlah tuan pengerusi kita dan rakan-rakan lain beri sedikit perkembangan terkini .... Walaupun saya tidak dapat bersama, di doakan semuga majlis akan berlangsung dengan lancar dan sempurna penuh dengan semangat dan ikatan persahabatan...Insyaalah
Wassalam,
MKM, Johor Bahru
Sunday, December 20, 2009
AIR ZAM-ZAM
AIR ZAM-ZAM Kelebihan dan Adab Meminumnya
- Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
- Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:
Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
Saturday, December 19, 2009
RAHSIA BULAN MUHARRAM
Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.
Friday, December 18, 2009
SENYUMLAH........... Wahai Sahabatku
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.
Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:
“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”
Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.
Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.
Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).
Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"
Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:
“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.
PERSAHABATAN YANG ABADI
Persahabatan yang hakiki ialah persahabatan yang lahir dari akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah persahabatan, ia adalah kuasa,tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan persahabatan. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan,membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum persahabatan perlu dipatuhi
agar maksud penciptaannya tercapai.
Bersahabatlah dengan sesiapapun, asalkan persahabatan itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai Allah. Persahabatan itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain.
Kedua, jangan sekali-kali melanggar batasan syariat Allah seperti 'dating' , melakukan perkara tidak senonoh dan sebagainya.
persahabatan suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan persahabatan ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah.
Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya persahabatan ini. Kebiasaannya, persahabatan suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau persahabatan seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan
perkara-perkara yang merugikan dan melalaikan, itu ertinya persahabatan nafsu. Persahabatan yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan.
Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang persahabatannya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu.
Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.
sahabatku yang dihormati,
marilah kita sesama muhasabah dan betulkan semua kesilapan yang lalu .. jadikan ia sebagai sempadan, ikhtibar dan pengalaman buat kita semua... ya!, memang manusia tidak akan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan... sebenarnya, manusia berhati waja kerana sanggup memikul bebanan sebagai khalifah sedangkan makhluk lain tidak berani memikul bebanan itu... di sinilah kelebihan kita dan di sinilah juga kelemahan kita.. . dalam tidak sedar adakah kita telah sempurna melakukan suruhan-Nya???? Tepuk dada, tanyalah iman kita... bukan asyik tanya selera.. takkan nak isi perut saja.... kenyang ker?
Rahsia AL QURAN - Untuk Renungan Bersama
AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekalterpelihara sehingga kini.
Isi kandungan al-Quran yang tidakpernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman,malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.
Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukanmenyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.
Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepadaayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab samawi terakhir ini bukan rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya dalam surahas-Syu’araa’, ayat ke-192:
“Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”
Selainayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan Allah adalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”
Al-Quran yang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun diMadinah (4,780 ayat).
Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam.
Hal ini diakui Allah sendiri menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama).
Ayat lainadalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: “(Surah) ini adalah(sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu(ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”
Pada zaman Rasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu.
Antara fakta sainsyang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88),pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas(Al-An’aam: 125).
Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan(Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32).
Selain diterangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran mendapati kitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan datang seperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Parsi.
Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun 614, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yang menyatakan bahawa bangsa itu akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun kemudian dan kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kira lapan tahun kemudian.
Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.
Antara perkataan berkenaanadalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yangturut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali),bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali).
Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu danketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18kali).
Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalahsolat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dandaratan (13 kali).
Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus.
Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.
Renungan pagi Jumaat
Assalamualaikum, semoga semua kawan-kawan diberi kesihatan yang baik oleh allah hendaknya. Terasa ana kita ini semakin dekat dengannya. Entah bila kita akan kembali padanya , meninggalkan apa yang kita sayang ( harta, keluarga dan para sahabat). Kematian itu sentiasa menggamit kita, cuma kita kadang-kadang teralpa dan terpedaya dengan keseronokan dunia. Walau bagaimanapun kalau kita mempunyai para sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang hari kematian tentu kita akan berada dilandasan yang benar.
Pagi ini ana ingin berkongsi sedikit peringatan bersama kawan-kawan semua sempena tahun baru hijrah 1 Muharrram.
- Perbaiki hubungan kita dengan allah. Baiki kekusyukan ketika sembahyang . Hadirkan sepenuh hati kita ketika sembahyang.
- Baiki amalan wajib dan banyakkan amalan sunat. Sesungguhnya kita akan dekat dengan Allah setiap kali kita menjalankan amalan wajib dan alalh akan sayang serta akan ingatkan kita jika ditambahkan dengan amalan sunat.
- Rasa tamak untuk melakukan ibadat pada allah. Sentiasa lihat muka-muka orang alim dan cetus rasa irihati pada mereka tentang amalan dan hubungan mereka dengan allah.
- Berazam untuk bersolat berjamaah. Tanamkan keinginan serta kuatkan iltizam supaya kita dapat solat berjamaah setiap waktu serta memohon pada allah supaya kita dapat beristiqamah dengan amalan yang baik.
- Membaca Al-Quran setiap hari serta terjemahannya.
- Berqiamullai sekurang-kurangnya seminggu sekali dan jadikan amalan ini berterusan. Insyaallah dengan izinnya.
Sekian dr ana untuk santapan rohani unk kawan-kawam pada pg Jumaat ini. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari ana yang lemah ini.
Tidak lupa juga ana pada kawan-kawan yang menalipon dan tolong doakan kesihatan ana. Berkat doa kawan-kawan semua ana sudah hampir pulih dan ana harap Allah izinkan kita berjumpa di Sala Klasik pada
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.
Thursday, December 17, 2009
DI KEMUNCAK RINDU ...... BHG TERAKHIR
Melihatkan keadaan aku yang masih terpinga-pinga, salah seorang dari anakku telah menekan butang kecemasan menyebabkan beberapa orang doktor serta kakitangan hospital telah berada didalam bilik rawatan beberapa saat kemudian. Tubuhku terus diperiksa dengan begitu rapi sekali. Salah seorang doktor yang merawatku bertanyakan apakah aku masih dapat melihat keadaan sekeliling dengan jelas..... Aku menjawab "ya" dan pada ketika itu juga aku telah bangun serta terus duduk diatas katil. Aku memberitahu mereka bahawa isteri dan anak-anakku sedang menungguku untuk sembahyang berjemaah bersama-sama dengan mereka. Aku juga meminta mereka menanggalkan semua wayar yang masih ada di tubuhku bagi memudahkan pergerakan untuk aku berjalan menuju ke bilik air didalam bilik rawatan tersebut bagi mengambil air sembahyang.
Sehingga kini aku masih lagi terbayang akan kesemua wajah doktor serta kakitangan hospital yang kehairanan melihat tingkah laku serta keajaiban ALLAH yang telah berlaku di hadapan mata mereka. Aku bingkas bangun dari katil, terus menuju ke bilik air sambil diperhatikan mereka begitu juga dengan isteri dan anak-anakku.
Selesai berwuduk, kami telah solat subuh berjamaah. Tubuhku terasa amat segar walaupun masih terdapat kesan luka pada bahagian dada serta hampir keseluruhan bahagian pergelangan tangan. Isteriku terus memelukku apabila ucapan salam pada rakaat terakhir selesai. Kami empat beranak berpelukan antara satu sama lain sambil berlinangan air mata buat beberapa ketika. Aku menceritakan apa yang telah aku alami (mimpi) pada malam tadi. Aku amat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.....
Kedua-dua orang tuaku tiba di hospital pada awal pagi melalui penerbangan yang pertama dari Alor Setar. Suasana kembali menjadi ceria sehinggalah aku telah disahkan sembuh serta dibenarkan pulang beberapa hari kemudian. Salah seorang doktor yang merawatku memberitahu bahawa beliau sendiri masih tidak mempercayai apa yang telah berlaku keatas diriku. Namun semuanya telah di takdirkan oleh ALLAH SWT, tiada sesiapapun yang berupaya menyanggah kehendakNYA.
Sekembalinya aku ke rumah, hatiku menjadi amat gelisah. Setiap detik aku masih lagi terbayang-bayang akan apa yang telah dinampakkan oleh ALLAH didalam mimpiku ketika menghampiri maut. Hampir setiap malam aku akan bermimpi samada mengunjungi maqam RasulALLAH ataupun tawaf mengelilingi kaabah. Kerinduan untuk mengunjungi kedua-dua tempat tersebut makin hari makin sukar dibendung. Aku tidak sabar untuk menanti ketibaan waktu malam serta kerinduan yang sukar untuk digambarkan akan berterusan apabila menjelangnya waktu siang. Sepenantian menjelangnya waktu malam, aku tidak putus-putus menyebut nama RaulALLAH (berselawat ke atas baginda), begitulah keadaan diriku tiap hari dan kini ianya telah berlarutan selama hampir dua minggu. Rinduku semakin mendalam dimana perasaan yang sukar digambarkan ini semakin menebal pada setiap detik.
Tuesday, December 15, 2009
DI KEMUNCAK RINDU 4.......
Di celah-celah ribuan manusia, aku menemui suatu ruang yang agak selesa untuk berdiri menunaikan solat sunat dua rakaat. Sebaik sahaja memberi salam pada rakaat yang terakhir, aku dihulurkan dengan segelas air oleh lelaki berkenaan. Beliau juga telah mengajarku bagaimana caranya untuk meminum serta menghabiskan air didalam gelas berkenaan mengikut sunnah RasulALLAH. Aku belum pernah merasai nikmat kelazatan yang amat luarbiasa ini ketika menikmati minuman tersebut, memang benar........... tiada tolok bandingnya didunia ini.
Setelah menghabiskan minuman yang diberi, suatu lagi keajaiban telah berlaku dimana dengan tiba-tiba keseluruhan tubuhku tidak henti-henti mengeluarkan peluh terutama pada bahagian atas dahi hingga ke pangkal kepala. Aku
Setelah menikmati minuman pada gelas yang terakhir, tubuhku kembali menjadi segar, kesegaran yang belum pernah aku rasai semasa hayatku. Rasa ingin tahu yang amat sangat akan minuman yang telah diberikan kepadaku melonjak-lonjak, dan seperti memahami hasrat yang terkandung didalam hatiku, lelaki tadi telah memberitahuku bahawa itulah AIR ZAM ZAM, air yang terbaik diatas mukabumi, penghulu segala air serta dapat menjadi penawar kepada segala jenis penyakit dengan izin ALLAH SWT.
Aku segera bangun untuk menadah tangan kepada ALLAH sambil sujud bersyukur akan kehebatan serta kebesarannya, sesungguhnya ALLAH itu maha agung dengan rahmatNYA. Setelah mengerjakan sujud syukur sekian lamanya, lelaki berkenaan telah mengeluarkan sesuatu dari kantung jubah beliau untuk diberikan padaku. Ianya berupa wangi-wangian yang sangat harum dan menyuruh aku untuk mengenakan wangian tersebut. Beliau memberitahu aku akan dibawa melawat / menziarahi ke suatu tempat yang menjadi idaman setiap insan yang beriman kepda ALLAH dan RasulNYA.
Aku segera mengekori lelaki tadi dimana kami telah berjalan hampir 15 minit di celah-celah ratusan ribu manusia untuk sampai ke destinasi yang telah dinyatakan. Setelah sampai, kami terus menunaikan solat sunat 2 rakaat. Aku dapat melihat betapa indahnya kawasan disekelilingku berserta dengan cahaya yang sukar untuk digambarkan. Aku diberitahu kami sebenarnya telah berada di salah satu Taman- Taman Syurga ALLAH. Disinilah terletaknya kediaman RasulALLAH, tempat (ruangan) baginda mengimamkan sembahyang berjemaah serta bersujud kepada ALLAH SWT. Selain dari itu aku juga dapat melihat dengan jelas Maqam junjungan besar Nabi Muhammad saw disebelah kiri tempat dudukku menghala kejalan keluar dari masjid berkenaan serta tempat Jibril menurunkan wahyu ALLAH untuk di sampaikan kepada RasulALLAH.
Aku menangis dengan sesungguh hati apabila diberitahu hal yang sedemikaian. Aku dapat mersakan manusia yang sangat hina seperti aku ini masih diberi peluang untuk berada di tempat yang amat mulia disisi ALLAH. Aku juga dapat merasakan yang aku langsung tidak layak untuk berada ditempat ini tetapi itulah ketentuan yang telah ditakdirkan oleh ALLAH keatas diriku. Semasa berada dihadapan maqam junjungan besar Nabi Muhammad SAW, aku terus mengucap / memberi salam kepada beliau. Aku masih lagi ingat akan sabda RasulALLAH ............ "Barangsiapa yang menziarahiku ketika wafatku, mereka sabenarnya seolah-olah telah menziarahiku ketika aku masih hidup"...
Pada ketika ini, air mataku jatuh bagaikan air hujan, dan pada ketika itu juga aku amat bersyukur kepada ALLAH dimana aku dapat merasakan akulah manusia yang paling hina diatas muka bumi ini telah diizinkan ole ALLAH untuk berdiri dihadapan kekasihNYA ... manusia paling mulia diatas mukabumi ini. Aku tidak berganjak dari tempat aku berdiri walaupun dirempuh serta dikelilingi ribuan manusia. Air mata masih mengalir tanpa henti. Aku juga dapat melihat dengan jelas maqam beberapa sahabat nabi bersebelahan dengan beliau. Ruangan bersebelahan yang amat sederhana besarnya merupakan kediaman RasulALLAH berserta keluarga baginda mampu menginsafkan sesiapa saja yang melihatnya. Jika ada diantara kita yang masih tidak bersyukur dengan rumah kediaman serta tempat tinggal yang telah dianugerahkan oleh ALLAH, maka disinilah pemandangan yang paling abadi yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk tatapan semua makhlukNYA.
Dengan linangan airmata yang masih bercucuran, aku terasa tanganku ditarik oleh pemuda tadi sambil membisikkan ada satu lagi tempat yang hendak dituju. Aku meninggalkan kawasan maqam dengan hati yang penuh sayu untuk menuju ke satu lagi destinasi yang aku sendiri tidak tahu. Jika diizinkan ALLAH aku sanggup untuk menjadi "penunggu" mengabadikan seluruh hidupku untuk menjaga maqam tersebut. Ketenangan luarbiasa yang diperolehi ketika berada dihadapan maqam Nabi merupakan ketenangan yang abadi idaman semua manusia.
Pada malam itu juga aku dibawa oleh lelaki berkenaan di suatu lagi tempat yang telah dijanjikan olehnya. Aku hanya mendiamkan diri sambil terkenang apa yang telah aku lalui sebentar tadi. Setelah sekian lama berjalan, aku dibawa masuk kedalam sebuah masjid yang jauh lebih besar dari tadi. Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke perkarangan masjid tersebut sehinggalah aku ternampak sebuah objek hitam betul-betul dihadapan mataku. MasyaALLAH, itulah KAABAH .............. rumah ALLAH hasil binaan Nabi Ibrahim AS setelah diperintahkan oleh ALLAH untuk mendirikannya. Tanpa membuang masa, aku bersama-sama pemuda tadi terus mengerjakan Tawaf mengelilingi KAABAH. Kehebatan Rumah ALLAH yang disaluti kelambu hitam bersalutkan benang emas benar-benar mengagumi diriku. Aku masih mengingati bagaimana kedua-dua belah tanganku memegang pintu kaabah serta keharuman "Hajar Aswad" masih lagi terasa keindahannya. Kedua-dua belah tanganku telah diizinkan oleh ALLAH untuk menyentuh batu yang istimewa dari syurga (dinding Kaabah). Setelah selesaikan mengerjakan TAWAF, aku terdengar laungan azan yang sangat merdu, menandakan telah masuk waktu subuh............. bersambung
DI KEMUNCAK RINDU 3.......
Mereka (doktor-doktor) juga telah menemui kesulitan untuk mengambil sampel darah dari tubuhku berikutan kepekatan kandungan darah pada ketika itu amatlah tinggi.......dalam ertikata lain peredaran darah dalam tubuhku pada ketika itu amatlah perlahan dan seolah-olah ianya akan berhenti pada bila-bila masa sahaja. Oleh yang demikian ujian / rawatan (treatment) yang terakhir terpaksa dibuat dengan kadar segera sebagai melengkapi prosedur perubatan bagi pesakit yang menghidapi Denggi Berdarah. Mereka (doktor) juga telah memberitahu aku untuk menghadapi segala kemungkinan (biasanya akan berakhir dengan kematian) selepas rawatan yang akan diberikan.
Aku dibenarkan untuk bersama dengan isteri dan anak-anakku salama beberapa minit. Kami masih lagi sempat berbual-bual mesra walaupun dalam hati masing-masing hanya ALLAH saja yang tahu. Aku telah berpesan kepada kedua anakku agar dapat menjaga ibu mereka setelah dewasa nanti disamping taat dan patuh kepada semua ajaran yang terkandung di dalam Al Quran. Jangan sekali-kali mendurhakai ibu kecuali dalam keadaan yang telah diizinkan oleh Syarak. Dengan linangan air mata, kedua-dua anakku mencium kedua belah tangan dan pipiku sebelum diarah meninggalkan bilik berkenaan bersama isteriku.
Dalam masa 15 minit, aku dapati keseluruhan tubuhku di penuhi dengan wayar yang telah disambungkan ke beberapa buah 'apparatus' perubatan yang aku sendiri tidak pasti akan kegunaannya. Beberapa orang doktor pakar telah bersiap sedia untuk melakukan rawatan terakhir. Mereka memberitahuku mereka akan
Aku benar-benar telah merasakan bahawa aku telahpun berada di penghujung hayat pada ketika itu. Hanya dengan gigitan seekor nyamuk sahaja ALLAH mampu memudaratkan sesiapa saja yang di kehendakiNYA. Hanya dengan gigitan seekor nyamuk juga, manusia telah hampir kehabisan ikhtiar untuk mengubatinya. Pakar-pakar perubatan di seluruh dunia bergabung tenaga untuk mengubati serta menangani pesakit yang hanya terkena gigitan makhluk yang sangat kecil ini. Begitu kerdilnya ilmu yang ada pada manusia jika dibandingkan dengan penciptaNya. Aku telah melafazkan kalimah syahadah buat kali yang terakhir dan telah bersedia untuk ke alam yang baru selepas ini...........bersambung
Cuti hujung minggu ni aku infaqkan utk menjejaki sahabat-sahabat SMDSO. Tujuanku utk mendapatkan maklumat lengkap keluarga depa & confirmation utk hadir program kita dgn membuat sumbangan RM20.00 serta foto famili terkini. Tapi ada yg beri lebih dari RM20 (itulah hebatnya sahabat-sahabat kita).
Hari Sabtu…Mulanya dengan perjalanan pulang dari Kuala Kangsar…aku bercadang utk singgah di umah Bae Kadir tapi dia x available. Lalu aku terus contact Pak Ya & aku berjaya sampai k umahnya di Sbrg Jaya…dia excited utk menghadiri majlis kita. Kemudian Bakri Omar call…aku
Dari situ aku bergegas ke umah Bakri d Tikam Batu dgn hasrat dpt jumpa Sobri Zainol (Md Bone) sekali..tp dia p makan kenduri umah Kakak dia. Maklumlah musim cuti sekolah ni…atau musim mengawan. Bakri maklum Lan
Aku call
Aku duduk lepak dgn dia kat kedai makan favourite spot nya….sampai kul 10.00 mlm. Md Khir pun tak sabar-sabar utk berjumpa kekawan di hari tersebut…dia cancel abih segala urusan sedara-maranya hanya utk perjumpaan ini. Alangkah mulianya hati-hati sahabat kita silaturrahim hanya kerana ALLAH.
Hari Ahad…aku dah buat temujanji dgn Jamal Nasir nak turun p Pendang. Cari Zahari Zainol, Badrudin & Rahmat. Dalam perjalanan
Kami terus kona ke Kg. Teluk, Bukit
Kami bergegas ke Pendang melalui pekan Langgar…melepasi Titi Haji Deris. Jamal teringat umah Mid (Zukkri Ali). Call dia…dia nak p kenduri. On the way balik nanti kami akan
Sampai Pendang, umah Cikgu Badruddin Zainol Abidin…kami ajak IEE Pak Non mai sekali jumpa di situ kerana kesuntukkan masa. Sesampai IEE Pak Non..dia tanya Badruddin…hang pun Syed Umaq jg…depa tak perasan. Rupa-rupanya dok mengaji kelas tajwid Al-Quran sekali…bukan sekadar satu sekolah tapi satu kelas di tingkatan 3A pun tak perasan..itulah dia apabila kita telah lama berpisah. Aku dan Jamal tumpang gelak dan gembira dapat bertemu dgn mereka. Depa habaq Rahmat Arshad mengajar di sekitar Pendang juga…Sekolah Guar Kepayang. IEE Pak Non ambil tanggungjawab ni utk p cari Rahmat sampai dapat…
Kami bertolak balik sbb Jamal nak kena p kenduri d Jitra…lalu Titi Haji Deris sekali lg kami
Telefon Jamal berbunyi….zaujahnya habaq dah siap dok tunggu nak pi kenduri Jitra. Kami pun bersegera pulang. Tp berjanji utk bertemu pulak malam nanti nk p umah Sukarno…..bersambung.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
Thursday, December 10, 2009
DI KEMUNCAK RINDU 2.......
Keesokan harinya aku telah dibawa keluar dari wad ICU dan ditempatkan disebuah bilik khas yang aku sendiri tak pasti dimana ianya berada. Pada ketika itulah aku dapat bertemu dengan isteri, anak-anak, kedua orang tua ku disamping beberapa orang sahabat termasuk adikku yang juga seorang doktor. Difahamkan beliau suami-isteri telah bergegas ke Kuala Lumpur dari Alor Setar apabila mendapat berita aku telah dimasukkan ke hospital. Daripada riak wajah semua orang yang ku temui, terutama isteriku, aku sudah dapat merasakan yang aku akan menemui ajal dalam beberapa hari saja lagi................ Aku meminta bantuan nya (adikku) untuk mengambil beberapa botol air mineral yang berada berhampiranku untuk "berwuduk" bagi menunaikan solat Asar. Beliau sendiri yang menyempurnakan wudukku sebelum aku bersolat. Itulah kali pertama aku bersolat dalam keadaan yang paling dhaif disepanjang hidupku. Seluruh tubuhku telah "mati" namun aku masih lagi mampu untuk berkata-kata dengan sesiapa saja yang mengunjungiku pada ketika itu. Adikku memberitahu, doktor hanya akan menjalankan 2 lagi ujian / cubaan - pada hari ini dan keesokan harinya jika cubaan pada hari ini menemui kegagalan. Aku pun tak pasti apakah ujuian yang dimaksudkannya dan hanya berserah kepada ALLAH. Adikku meminta izin untuk pulang ke Alor Setar bersama ke dua orang tua ku ketika waktu sudah hampir maghrib. Beliau juga telah memohon ampun akan segala dosa serta kesalahannya sambil menitiskan air mata. Perjalanan pulang mereka ke Alor Setar dalam keadaan yang tergesa-gesa ini sebenarnya adalah untuk membuat persediaan pengkebumianku yang pasti akan tiba dalam masa 2-3hari ini.
Didalam keadaan wuduk yang masih ada, aku amat bersyukur dapat menyempurnakan solat Maghrib ditemani olih isterku. Ke dua anakku menunaikan solat di surau yang telah disediakan di perkarangan hospital. Mereka kemudiannya bergilir-gilir menemaniku. Isteriku masih tidak berganjak dari ruangan menunggu dan hanya menunaikan solat bersebelahan dengan katil yang menempatkan diriku. Wajah isteriku amat tenang walaupun kedua-dua belah matanya kemerah-merahan menahan airmata yang sesekali mengalir tanpa disedari. Kedua-dua anakku hanya membaca ayat-ayat Al Quran yang kedengaran tak putus-putus di dalam bilik berkenaan..........bersambung