Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi | |
|
Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan. sumber : Malaysiakini DIHARAP SEMUA EX SMDSO DAPAT MEMBERI PENDAPAT, HUJJAH SERTA KOMEN YANG BERNAS KEATAS PERKARA INI. SELAMAT BERSIDANG. |
Aslmkm wrth.
ReplyDeleteAlhamdulillah,semoga semua sahabat2 didalam ceria2 selalu dan sentiasa didalam rahmat Allah swt jua hendaknya...
Buka pi buka mai tengok tak dak sapa pun tulih pasai isu ni...awat pakat tak berani nak wak keluaq idea ka,mai la kita pakat2 tulih pi la pandangan kita sorang sikit, ni pandangan masing2 bukan nak salah apa.....negara demokrasi,boleh pa pakat2 wak keluar idea sorang sikit,hat baik kita kata baik,hat tak baik tu kita nak kata baik lagu mana...
Bagi ana la dalam isu ni,dalam kekalutan negara kita tengah dok pulun nak bagi Malaysia jadi negara MAJU pada tahun 2020 ni,tut2 Tok Derih ni kata kita mungkin bengkrap pada awai setahun dari 2020 iaitu kemungkinan 2019 kita akan bengkrap...pasai apa ? pasai bagi subsidi kat rakyat banyak sangat...betoi ka,boleh terima akai ka,lagu tu... dah berpuluh tahun rakyat marhain dok terima subsidi,tu pun bukan tera mana pun jika nak dibandingkan....Apakah slogan 2020 tu hanya satu retorik semata-mata untuk mengelabui rakyat....tapi bilamana kantung negara telah mulai kurang dek kerana gejala rasuah yang berleluasa dan bermaharajalela,serta sekali lagi ana nak katakan bahawa khazanah negara serta hasil mahsul negara yang banyak dan makmur ini telah berkurangan dek kerana ianya ditadbir secara yang tidak amanah...bak kata Tengku Razaligh yang bilamana ketika negara kita banyak hasil dan sumber pendapatan,pembesar negara membelanjakannya secara boros dan berjoli sakan,maka kini rakyat marhain yang tak bersalah akan dipaksa untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku dengan segala keperluan harian yang asasi seperti beras,tepung,gula,minyak masak dan sebgainya akan melambung harga naik berkali ganda demi untuk negara....apakah kita masih lagi sanggup untuk membiarkan keadaan ini berlaku...ini dihari ini,bayangkan pula dihari anak2 kita yang akan datang,yang dah lahir ataupun yang belum lahir,dah terpaksa menanggung beban hutang yang telah dibuat,terpaksa hidup dengan gaji kecil dan terpaksa berjimat untuk berbelanja kerana semua harga barangan keperluan telah melambung tinggi....pendapatan tak sama dengan perbelanjaan....apa akan jadi..kemungkinan disatu segi lagi pulak rakyat akan hidup dalam ketakutan kerana kemungkinan gejala rompak,samun,curi dan sebagainya akan turut berleluasa dek kerana keperluan yang tidak mencukupi....
Inilah akibat yang kemungkinan akan kita terima dek kerana tangan kita sendiri,silap memilih pemimpin2 yang tidak jujur dan amanah dalam mentadbir hasil mahsul negara.....fikir2kanlah wahai saudara2ku demi anak2 kita dan generasi akan datang....ambillah yang terbaik yang telah disarankan....pilihlah Pemimpin2 yang benar2 ikhlas,jujur,amanah walaupun ianya agak sukar....
Wallahuallam...
Qulilhaq Walaukanamurran
(Katakan yang benar walaupun ianya pahit )
AlHaq-qumirrabbikum-walatakununannaminalmumtarinn....
Wassalam....
Salam 2 all
ReplyDeleteIbarat tanaman...ada tanah,air, udara dan cahaya...asasnya akan tumbuh. Untuk suburkannya kena laa boh baja..nak hindar penyakit kena boh racun. Kalau salah satu drp keperluan asasnya tadak maka pokok itu mungkin mati atau segan nak hidup..baja yg ada tu kena boh. Baja tu kena kawai...kalau dia patut dapat 10 kampit dia kena ada 10 kampit. Lagi satu pokok yg dah suboq takyah la boh baja dah..boh kat pokok yg kurus kering ni.Tapi mungkin ka tidak kalau tak buat macam tu pokok tu hidup segan mati tak mau?
Aslmkm.
ReplyDeletesemoga sahabat2 semua ceria2 selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya...
Hebat bahasa Cikgu ni,sampai tak berapa nak boleh tangkap maksud dia tu....dalam maknanya....
tulah kelebihan dan kehebatan cikgu...kalu kita main hentam bahasa straight forward saja la...
tahniah cikgu....
terima kasih...ws
aku nak tulis tapi tak boleh post,pasal apa ha...dah dua tiga kali cuba tak boleh juga ....oop tunggu sat macam nak boleh ni..Salam semua pasal dah lama dok gatal tangan ni.Pada pendapat aku yang menjadi masaalah ni mcm kata Jamal adalah disebabkan tiada amanah dalam pengurusan khazanah negara.Nak dibandingkan dengan negara2 lain Malaysia dijadikan Allah Taala penuh dengan kemakmuran dan tiada bencana yang besar2.Tu la kita telah memilih pemimpin2 yang tau songlap saja jadi untuk menjamin kehidupan anak cucu kita yang lebih baik kita mesti membuat pilihan yang tepat dalam PRU ke 13 nanti.
ReplyDeletePersidangan menjadi semakin hangat, sila teruskan dengan hujjah yang bernas. Nak lihat sejauh mana pendapat yang dapat diberikan oleh EX SMDSO. Lepas ni ada lagi satu tajuk yang akan keluar untuk dibincangkan dalam blog ini. (Dah ready dah, dok tunggu masa yang sesuai saja untuk dikeluarkan).
ReplyDeleteYang lain-lain tuuuu...... pi mana? Tak berasa nak komen apa-apa ka?
Salam,lama tak jengok.Dashyat tajuk ni,tapi mantan PM kita Tun Mahadhir kata Malaysia tak akan bangkrap kerana subsidi.Bagaimana pun apa yang Malaysia perlu adalah satu sistem pengurusan kewangan yang cekap dan telus.Biasalah kompeni kalau rugi sikit yang kena potong dulu OT pekerjanya.Kita tak mau tuduh sesiapa yang tipu duit atau songlap harta kerajaan pasal kita tak tau dan tak dak bukti.Apa yang harus kerajaan lakukan salah satunya ialah mengurangkan perbelanjaan kursus,seminar,meeting dsb yang biasanya dibuat dihotel2.Elaun2 minyak,entertainment,elaun tugas2 luar yang kadang2 terlalu besar walaupun perbelanjaan sebenarnya jauh lebih kurang dari apa yang diklaim.Begitu jugak dengan pembelian keperluaan pejabat,peralatan kententeraan,peralatan sekolah dsb,perlu ada pemantauan,takut ada penipuan.
ReplyDeleteBagi aku perkara2 begini harus diberi perhatian oleh pihak menteri sebelum mengalih pandangan kepada subsidi,mungkin subsidi boleh dikurangkan sikit tapi kalau nak hapus terus akan menimbul satu chain-reaction yang serius dimana barang2 keperluan,makanan,pakaian akan melambung naik dan akan menimbulkan satu bebanan yang tinggi kepada rakyat.
Just my 2 cents.
WA,Che E.
Salam 2 all
ReplyDeleteAku tulieh sekali lagi..
Pandangan bankrap itu melampau kot..tak bankrap kot, tapi miskin saja.
Katalah exsmdso jadi kerajaan, jadi menteri...hehehe..Apa kita nak buat? Kita kena mula jimat dari atas (pimpinan) sampai bawah (rakyat) atau mungkin sampai tengah saja, golongan menengah. Jangan hanya tumpukan kepada menarik balik subsidi barangan keperluan harian,keperluan wajib spt minyak petrol,gas asli, gula, elektrik, tol, keperluan kesihatan , pendidikan, dll..yg rakyat teramai memilikinya. Penarikan ini akan menjejaskan rakyat miskin.Tak berkesan tarik subsidi kalau kita masih mendokong segelintir bumiptra/xbumiptra(?) yg akan terus kaya dgn terus bagi AP, terus naik tol, tariff elektrik...entah apa2 lagilaaa...juga buat jambatan kot, bakun kot, (tapi projek begini depa kata baguih-utk merancakkan ekonomi--yg ni tanya Jamal),apa tu..janakuasa persendirian tu aku lupa pulak..IPP kot. Sebenaqnya depa ni buat proposal kemudian bagi kat kerajaan dan kerajaan terima ni utk sapa? Perut sendiri ka utk rakyat? Apa yg C E cadang di atas tu betoi...potong dulu semua 'keistimewaan'pegawai tinggi kerajaan/GLC .Cth; Sekali keluaq negara satu rombongan...semua kementerian nak ikut, Sukan-atlet 2 orang yg mengiring 5...Ada jabatan di tempat aku...p makan angin hujung tahun...aku tanya kawan aku yg pi(ini sahih).."hangpa ambek duit mana?" Dia jawab.."lebihan bajet,peruntukan belanja tak habeh".Laa nak habehkan belanja, p makan angin....macamlaa takdak keperluan rakyat yg hendak didahulukan (tapi depa kata penghargaan kpd staff). Dll...yg pasti banyak cara lagi yg boleh dilakukan dan banyak lagi perbelanjaan yg boleh dikurangkan. Satu lagi...pemantauan dan telus..jangan tiris....mungkin menteri2 Exsmdso boleh pikiaq lebih lagi...mana tau bajet tahun 2011 boleh kurangkan defisit..Itu saja pandangan samar2 aku pasai ekonomi ni..pandangan peribadi...tidak ada kaitan dgn yg masih hidup atau yg telah tiada. Org bijak ekonomi kena perbetoi kalau memang aku tulieh menyimpang dari term ekonomi... aku kalut sikit no...hehehehe
Assalamualikum
ReplyDeleteDah lama tak menulis, hari ini teringin nak mencoretkan sedikit pendapat. Pinjam kata-kata Ir Jamal “BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT”
Saudara-saudaraku sekalian.
Saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan dan saudara-saudara agar mengambil perhatian dan iktibar dari apa yang akan diperkatakan nanti.
Tidak berhasrat untuk menyokong atau menentang mana-mana pihak, Cuma ingin mengajak kita sama-sama berfikir.
Subsidi ditakrifkan sebagai pemberian dari kerajaaan kepada rakyat. Pemberian ini adalan boleh juga disama ertikan sebagai bantuan, habuan, anugrah, sumbangan, saraan dan boleh juga dikatakan sebagai rasuah.
Terdapat beberapa persoalan mengapa perlu subsidi?
Kita perlu bantuan(subsidi) sebab kita lemah. Pendapatan kita terutamanya orang Melayu tidak cukup untuk membiaya kehidupan.
Dengan jawapan ini timbul satu lagi persoalan mengapa kita lemah? Di sini ingin dibincangkan hanya dalam bidang ekonomi dan kewangan sahaja, tidak mahu disentuh perkara-perkara lain.
Cuba kita bandingkan di masa kita kecil dahulu, orang cina menumpang tanah orang kampong melayu, pada masa itu mereka makan moi, pakai seluar pendek tak berbaju, kerja tanam sayur duduk dalam dangau. Tuan tanah masa itu makan nasi, pakai seluar panjang atau kain pelikat dan kepiah ada rumah.
Kini anak cina yang sama jadi taukeh walaupun tanpa subsidi dan tanpa ke menara gading tinggal di bungalow pakai kereta mewah. Anak melayu bahagi tanah pesaka semakin kecil sembang kedai kopi. Jika yang berjaya dalam pelajaran kerja makan gaji.
Tanah orang melayu jadi tanah cina. Kedai orang cina ditepi jalan dalam pekan, orang melayu berjalan ditepi jalan dalam pekan.
Adakah kerana orang cina dapat subsidi melayu tidak sedangkan melayu ada tanah pesaka, cina start from zero.
Bagi menjawab perbangdingan ini. Oleh kerana kita orang melayu adalah beragama islam. Duit yang banyak bukanlah satu perkara yang penting. Kita wajib berkerja tetapi rezeki adalah dari Allah. Allah akan mengurniakan rezeki berdasarkan kepada usaha kita. Firman Allah yang bermaksud kebih kurang” Allah tidak mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya”
(sambungan)
ReplyDeleteSelain dari itu sebanyak mana pendapatan kita tidak bermakna jika tidak ada “KEBERKATAN”. Bagi mengukur keberkatan ini, sekiranya pendapatan kita melebihi perbelanjaan dan berkembang itu tandanya berkat. Tapi sebaliknya jika kita dapat banyak duit, bnyak pula yang perlu dibelanja atau masaalah lain yang datang , maknanya pendapatan itu tidak berkat.
Antara punca rezeki tidak berkat:
Bai petani, adakah zakat dibayar dengan betul, adakah upah dibayar dengan betul, adakah keluasan tanah semasa bayar upah dinyatakan dengan betul adakah hasil dijual dengan betul tidak tipu. Sesunguhnya ulat, tikus, bena perang, angin rebut adalah makhluk Allah, mereka ini tidak akan menyerang tanaman tanpa izin Allah
Bagi peniaga. Adakah zakat dibayar dengan betul. Adakah timbangan dan bilangan jualan betul adakah memberi rasuah bagi mendapat business. Adakah kualiti barang menepati spesifikasi. Semua harta yang dimiliki dengan jalan haram akan hilang di dunia dan akan menjadi bahan api dalam neraka Sesunguhnya pelanggan yang datang adalah atas keizinan Allah.
Bagi pekerja . pasti masa berkerja yang ditentukan olah majikan digunakan untuk majikan. Adalah haram mengunakan masa yang dibayar gaji untuk kepentingan sendiri. Gaji yang dibayar semasa membuat kerja sendiri itu bukan hak kita. Duit ini yang akam menjadi pemangkin kepada tidak berkat dan tidak bahagia. Selain dari itu adakah kita menerima rasuah atau komisen dsb.
Ketidakberkatan pendapatan inilah yang menjadikan kita lemah dan terus lemah perlu dibantu.
Orang melayu kini terlalu manja. Bagi menilai orang melayu kita perlu lupakan seketika faham politik, keistemewaan orang melayu. Orang melayu akan rosak dan akan merempat dalam tempoh 15 tahun lagi kecuali yagnmempunyai perancangan dan bukan dikalangan yan akan dinyatakan nanti.
Mengikut perangkaan lebih kurang 100000 menganggur di Malaysia. Jika kita berjalan dikawasan kilang atau dalam pekan kita akan dapati kain rentang jawatan kosong dimerata-rata. Megikut kajian yang dibuat industri memerlukan pekerja melebihi dari bilangan pengangur. Maka perbezaan ini telah diisi olah pekerja asing. Penggangur ini kebannyaaakan melayu tak mahu kerja kerana mereka ini memilih kerja.
Mereka ini memilih kerja adalah kerana mereka berada dalam comfort shell yang penuh dengan kemewahan. Alasan yang diberikan ialah kerja tak sama dengan apa yang belajar.
Sebenarnya tidak ada satupun perkerjaan yang sama dengan apa yang belejar. Sebagai contoh kerja yang hampir sama dengan belajar ialah doctor, tetapi bila kerja penyakit baru pula datang .
Kalau tak silap saidina Ali berkata apa akan jadi akan dating lihat belia kini. Belia kini mewah dibantu maka jenerasi akan datang merempat kena bantu. Mereka ini tudak ada tekanan untuk berusaha.
Sekarang ini terdapat +/- 2 juta pekerja asing jika seorang bawa balik rm300 sebulan maka malaysia hilang 7.2 bilion setahun akibat belia yang mewah selesa akibat subsidi dari keluagga.
Marilah kita berusaha untuk memberkati rezeki kita dan berdoa agar generasi kira bahagia.
setuju dgn tn prof. majid...satu pandangan yg sangat berterusterang. syabas.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT krn dgn izinnya jua dapat kita menyedut Udara Nyaman buat seketika lagi....semoga semua Sahabat2 Exsmdso didalam ceria2 dan didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya.....
Alhamdulillah....tahniah Prof.Abd. Majid, satu pandangan yng bernas dan cukup baik...itulah hakikatnya...melayu merempat di TanahAir sendiri hasil dari buahtangan dan kerjabuat Melayu itu sendiri...pemikiran yang tak mahu diubah dan tak mahu berubah....
Betoi kata Prof.
" Allah tak akan merubah nasib satu kaum itu sekiranya kaum itu tak berusaha untuk MERUBAHNYA.."..
Lupakan sementara fahaman Politik,marilah kita fikirkan nasib yang akan menimpa ummat MELAYU ISLAM ini yang tak mahu mengambil iktibar dari kisah dan sejarah yang berlaku macam Prof kata tu...
...Anak CINA dah jadi Tokey dan kedai besaq dipekan, anak MELAYU masih lagi terkial2 merayau-rayau dan berjalan2 bersahaja ditepi kedai Anak Cina didalam pekan....( inikah HASIL yang lahir dari minda Sabsidi yang diterapkan penjajah selama ini ???.)..@ inikah buah2 yang lahir hasil dari satu perancangan yang halus dan cukup rapi..@ inikah hasil dari tiadanya keberkatan didalam kerjabuat kita sehari2 sebgai MUSLIM MUKMIN yang beriman kepada Allah SWT...
Kepada siapa hendak kita salahkan...??? Adakah
diri kita sendiri,ibubapa atau pemerintah..??
Tanpa perlu menyalahkan sesiapa,marilah kita sama2 keluar dari kepompong ini...buatlah sesuatu yang terbaik untuk hari ini dan generasi akan datang...rancang dari sekarang untuk masa depan yang lebih gemilang.....
Wallahualam....
Ikhlas:
Jamal Nasir