Assalamualaikum, semoga semua sahabat dalam kesihatan yang baik diberi Allah hendaknya. Ana baru terima tel. dari setiausaha yang mencadangkan kita ke Tg Dawai pekena ikan bakar pada 7 Mei 2010. Kalau cadangan ini diterima pakai agendanya mudah shj. Kita sembahyang isyak di masjid tg dawai kemudian kita pi pekena apa-apa shj atau makan digerai ditepi laut. Lepas tu sembang sampai pagi.
Sahabat-sahabat yang dekat dgn sg petani boleh lah turun sekali sperti Lan, Ce Ei, Baee (kalau dpt izin) Jai, Shafi , dan lain-lain lagi nama yang tak di sebut di sini.
Ini cuma cadangan saja, kalau ada cadangan lain boleh bincang disini.
Kesian aku tak dapat nak menyertainya.
ReplyDeleteMat We,
ReplyDeleteTak pa, aku jumpa hang di Shah Alam esok, jam 11pm, insyaALLAH. Boleh sembang sampai pagi, kita pakat-pakat tak tidoq.
Aslmkm.
ReplyDeleteCikgu HPH,
Tadi cikgu Kri Ahmad ada call tanya conporm ka nak pakat pi Tg Dawai tu pasai dia nak joint sekali ,kalu jadi dia nak ajak Dr Shal sekali la naik satu kereta dengan aku....aku ingat cadangan tu ok juga...kita kurangkan makan nasi macam Dr kata tu,kita pakat pi ratah ikan,tambah protin.....
Nanti SU balik nak pi pakat call la....Mat Wee hang boleh ikut Tuan kita balik mai sekali,kira amik cuti sat la....
Dari Brunai ke Alor Setaq
Jumpa kekawan antara agenda
Moha cadang kita kepelantaq
Hubungkan Silaturrahim sesama kita
OK...Wassalam
K....Wassalam.
Lan,hang nk pi dak?Lalau nak pi,kita pi satu gheta,aku abik hang kt rumah.Amacam?
ReplyDeleteWA,Che e
Salam,
ReplyDeletex sabar rasanya nk jumpa kekawan sambil pekena ikan bakar Tg. Dawai. Jamal aku ingat hg mmg akan order kerang...
Aku dah cuba hubungi beberapa sahabat kita terutamanya Tn Presiden kita, tp dia waktu tu tengah naik bas perjalanan blk dr KL...tp kalau nk seribu daya. Insyaallah boleh d usahakan.
Bakri Omar pula dia ada di Sarawak. Shafi Ali kena p KL ada function TM manakala Jai pula balik kg di Tunjang ada kenduri...dia wakil pd aku utk jemput semua member2 p kenduri d Pdg Perahu lepas zohor, hari Sabtu 8 Mei 2010 ni...kalau ada kelapangan lah.
Yang bg komitmen insyaallah akan join mini gathering ni...Pak Ya, Che E (insyaallah), Bae Kadir akan cuba usahakan...katanya. Sukarno akan p sendiri pasai mlm tu dia ada kt Sg. Limau...dia kata nk p sat, tunjuk muka. Li Mehad (x boleh nk jamin).
Yang dr Aloq Setar...aku dah serah kpd Jamal & HPH utk uruskan...dengar kata ada dua biji keta. Aku sendiri akan p dr Kuala Kangsar...kita jumpa di sana. Solat Isya di Masjid Tg. Dawai mcam aritu.
Ok...itu saja maklumat terkini sehingga jam ini...laporan terus dr KK. Terima Kasih
Aslmkm wrth.
ReplyDeleteSemoga ceria2 selalu dan sentiasa didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya kekawan semua...
Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah swt kerana dgn izinNYA jua dapat kita berkomunikasi sesama kita lagi dalam suasana yang harmoni ini....masih lagi dapat menyedut udara nyaman dan yang utamanya masih lagi mengizinkan kita untk terus berada didalam NIKMAT terbesarNYA yakni ISLAM itu sendiri....
Tentang nak pi keperjumpaan mini kita diTg Dawai tu,tadi Dr saltut ada la tepon kata dia on-call malam tu,so kalut juga kalau nak pi pasai tak dan nak patah balik kalau ada emergency call....so dia minta uzur dan kirim salam untuk semua ..kemarin Kri Saad conporm dah la,.. InsyaAllah boleh pi..Kri Ahmad pula mula tu nak sekali dgn Dr Shaltut, tapi dah Dr ada hal mustahak,nanti kita susun lain tengok camna pula la....camna pun aku ingat yang dari AS ni kita jumpa kat Masjid Taman Uda dekat umah Asri dalam pukoi 6.15~6.30pm lagu tu,pastu kita pakat berkonvoi sama2....
Ok...takat ni dulu dari AS
Wassalam......
lama dah tak tulis dalam blog ni jadi aku dah lupa nombor akaun google aku.Ni nak try balik kalau jadi.
ReplyDeleteNampak gaya jadi jadi boleh terus tulis.Aku ni rasa-rasanya tak boleh nak joint pasai masa tu dok dalam bas.La ni jadi lagi lambat sampai ke Alor setar kadang-kadang tu sampai pukoi 1.30 pg pasainya bas dari Stesyen Bukit Jalil dan jem pula dekat Istana Negara.Ada syor dari Moha suruh turun d RNR tapi rasa tak payah kot.Nanti dok tunggu aku pula pukoi berapa nak boleh makan ikan bakaq.Mungkin rezeki aku tak dak dengan Tuan pengiran dan kawan-kawan.Kalau ada masa nanti hari Sabtu dan Ahad memang aku ada d Asetar.Salam pada semua kekawan....bukan senang nak jadi orang.
ReplyDeleteAsm,
ReplyDeleteMacam yang Jamal cakap saya mintak maaf kerana tak dapat hadir nak berprotin tinggi kat pelantaq Tanjung Dawai tuu. Macamanapun saya berharap semua kekawan yang berkelapangan akan dapat menghadirkan diri mereka.Buat Pengiran selamat kembali kekampung halaman.
Pengarah Kemas kita Md Nan akan bertukar ke Selangor pula bermula 15hb ni. Mungkin nak ambik Selangor balik kot. Nampak dah tak banyak jalan kat Kedah barangkali. Selamat bertugas kat tempat baru.
Ratah ikan kat Tanjung Dawai
Jangan lupa kerang istimewa
Jumpa sahabat ramai-ramai
Ikatan silaturahim terus terpelihara
Aslmkm.
ReplyDeleteSemoga ceria2 dan sihat2 selalu dipagi Jumaat yang mulia ini....
HPH,contact hang tak dapat jawapan pun,hang contact aku kemarin tengah meeting kut tak perasan waktu tu pasai silent,camna jadika,hang ada contact ad brahim sekali kut....kalau boleh kita pi sekali dari AS....aku dgn kri ahmad n kri saad....Tuan Pengiran kita boleh la pi dgn aku,tapi balik moha kena naik kereta orang lain la,hang sediakan satu tempat kosong la untuk dia,ok.....
Semoga segala perancangan ini mendapat keberkatan dan pekenan dari Allah SWT....
ok...jumpa disanaaaa...
Wassalam...
Salam,geng2 Tikam Batu awat sonyap jo,tak nak join ke? Cikgu Mat bone,Lan,manakah kamu?
ReplyDeleteWA.che e
Salam, terkini...aku dah contact Mat Bone...dia akan p dan cuba usaha ajak Lan Siam dan Fakharuddin.
ReplyDeleteTK
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,perjumpaan malam tadi berjalan dengan meriahnya sampai ketulang rasanya.Antara yang hadir ialah Moha(SU),Ir Asri,Pak Ya,Bae & isteri tercinta,Art Brahim,HPH,2 Shukri (Saad & Ahmad),Ir Jamal dan Sukarno bersama isteri yang hadir agak lewat tapi sempat kena Fresh yang diorder khas untuk dia sorang.
ReplyDeleteApa yang dibincangkan sehingga habis 3 jug 'karot susu' adalah:
1)Program 'Jasamu dikenang'yang mana kita akan menubuhkan satu AJK bagi menjayakan program ini dan Sukarno ditugaskan untuk menjejaki guru2 kita yang hampir pupus itu.Butiran lanjut akan diberitahu oleh tuan SU kita.
2)Oleh kerana Sukarno aktif dengan NGO PAKSI,maka sebagai ex-SMDSO yang prihatin kita akan tubuhkan satu tabung bantuan yang akan diuruskan oleh Bendahari kita HPH dan koleksi tabung ini akan disalurkan kepada PAKSI sebagai bantuan kepada yang memerlukan.Saham kita untuk akhirat,sumbangan adalah ikhlas,ikut masing2.
3)Trip ke Brunai yang dijanjikan kepada pemenang2 keputusan cerita2 seram dan seru yang lalu.Sesiapa yang nak ikut pun boleh,tapi belanja duit sendiri,Tn Pengiran nak uji kesetiaan kita kepada Blog ni :(.
Selepas kedai dipagar dengan pukat pd jam 1 dan hujan renyai2,kami pindah masuk kedalam kedai dan dihidangkan air sejuk 1 jug,cerita bersambung lagi dengan kisah hidup Pangiran di Brunei yang penuh dengan ranjau berduri(ada ka?)sehingga Art Brahim teruja sampai nk pi Brunei keesokkan hari jugak (jangan marah no).Sampai jam 230 pagi,Pak Ya dah kenyit mata kat aku ajak balik pasal esok pagi nk kena hantaq anak dia pi Kem.Apa yang jadi lepas tu Jamal boleh sambung pasai dia pun dok khusuk jugak masa Tn.Pangiran dok cerita.
Apa2 pun dengan usia kita yang makin bertambah ini,marilah kita lakukan sesuatu yang akan dikira dihadapan Allah kelak yang man mungkin dengan amalan yang kita rasa tak seberapa itu disisi Allah adalah besar dan mungkin amalan itu yang bi=oleh menyelamatkan kita dari api neraka kelak.Na'uzubillah.
WA,Che E
Assalmkm Wrth.
ReplyDeleteAlhamdulillah,semoga semuanya didalam rahmat Allah dan didalam naunganNYA setiap masa,,,,,
Bersambung dengan cerita che E tadi,...lepaih Pak Ya ngan Che E balik kami pun dok bercerita lagi sat n pastu mula la bertolak balik ikut jalan Yan-Sg.Limau....dalam perjalanan tu aku,2kri n Tuan Asri satu keta na Moha,Ad n HPH satu keta...aku hanya jadi drebar saja masa dlm perjalanan tu...kri n Asri kira dok pelepas dendam lama tak jumpa pakat cerita macam2 la sambil kami follow kreta HPH....sampai di Petronas Tandop depa brenti dulu,kami truih strait pi antaq Kri Ahmad dulu pasai dia nak balik tdoq sat ,esok dia kena masak kenduri kat tmn,dia....tengok jam baru 4.30pagi,Asri kata lama lagi nak tunggu suboh,baik kita pi pekena teh kat pokok ceri dulu...Moha n gang truih ke Masjid Sultanah Qiamullail kat sana....Lepaih pekena teh tarik kat pokok ceri kami truih ke Masjid Sultanah solat suboh...pastu aku kena pi touch card dulu kat opis aku pasai aku kreja,..pastu kami sambung lagi pekena roti canai kat kedai pak lebai depan Bank Islam....jam 7.15am kami bawa haluan masing2,Moha ,HPH n Ad Brahim truih balik dan kri saad n Asri, aku bawa pi tengok surau yang sedang depa bina kat kg aku bagi Tuan Pengiran tengok untuk sahihkan duit yang dia sumbangkan tu benar2 pi kat surau tu,aku bawa truih jumpa abang aku Ust.Abdullah....rupa2nya Kri Saad dah biasa satu usrah dgn abang aku sebelum ni dgn.Ustaz Daud,Cigu Sukarno dlll...sembang sat dgn dia tak masuk umah pun kami truih perjalanan ke umah kri saad,samapai d umah dia dia ajak juga2 masuk pasai Asri dah 30thn tak jumpa dia,dia nak rai juga sikit,masuk pi umah dia pekena Teh o n cucuq dulu,borak pi borak mai sampai pukoi 9.15am camtu aku nak kena minta diri dulu pasai nak pi opis pula,Kri tak puaih lagi masih nak tanya habaq lagi ngan Tuan Asri tp terpaksa la juga minta diri dulu,lainkali ada rezeki jumpa lagi.....hantaq Asri sat kat umah dia,aku truih pederaih balik n mandi..pastu truih pi opis selesaikan beberapa kerja yang ada ataih meja dulu,hari sabtu ni tak banyak sangat kreja....bila jam 11.00 camtu,mata dah mula rasa nak pejam,..dekat pukoi 12.00 baru balik umah n dan la tidoq sat,tapi tak leh lama,bini gerak nak makan kenduri umah kak ipaq kawin anak menakan....dekat nak maghrib baru sampai umah...badan dah mula rasa letih...lpaih maghrib,abang pulak mai umah nak amik ank2 dia,paih tu rehat sat masa tu Moha n Dr ada call,tapi hajat tu nak rehat sat saja la untuk pi sambung balik kat pokok ceri ngan kekawan tp dia ruyub teruih...tghmalam kat nak pagi baru sedaq bangkit solat isya,maaf la kekawan tak dan nak pi sama2 discuss ngan Tuan Presiden kat pokok ceri......
Semoga segala yang kita buat ni akan mendapat keredhaan dari Allah SWT.....
Wassalam......
Ikhlas....Jamal..
salam semua kawan-kawan,
ReplyDeletesorry jauh di selatan... tak dapat ke tanjung dawai balik meraikan tn pengiran...
takda sapa-saa yg nak mai ke JB ka?
MKM
Salam semua kawan-kawan,
ReplyDeleteBersyukur ke hadrat ALLAH swt kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan ex SMDSO walaupun tidak semua semasa berada di Alor Setar baru-baru ini. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk hadir untuk bertemu di Tg Dawai pada malam 7 haribulan. Aku dah selamat kembali ke Brunei, dan kepada kawan-kawan yang ingin ke sini silalah beritahu, insyaALLAH akan menanti kehadiran semua dengan penuh ceria.
Wassalam.
Tukaq gambaq la pulak, kot ada gambaq baru...boh pi la sekeping dua
ReplyDeleteAssalmualikum, tuan pengiran. Semoga tuan berada dalam kesihatan yg baik bersama keluarga. Tujuan hamba tulis ni ialah hamba nak tahu e-mail tuan hamba. Dapatlah kiranya tuan tulis disini
ReplyDeleteHPH,
ReplyDeleteEmail address : irmohamad@gmail.com
Wassalam.