Wednesday, May 26, 2010
Negara SEJAHTERA tanpa ARAK dan JUDI
Umum mengetahui bahawa arak dan judi adalah diantara penyumbang kepada segala bentuk kemaksiatan serta gejala sosial diatas muka bumi ini. Ianya bukan hanya diharamkan oleh Islam, malah dibenci oleh semua agama utama didunia.
Walaubagaimanapun, ianya adalah tetap menjadi kesukaan ramai tidak terkecuali kepada segelintir umat Islam.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman setelah hampir 11 tahun bermastautin di Negara Brunei Darussalam. Tidak terlintas walau sedikit pun untuk bersikap 'bias' ataupun tidak 'patriotik' ketika menulis rencana ini.
Tahukah anda semua, walaupun Negara Brunei masih belum lagi melaksanakan Hukum Hudud, ianya telah menjadi diantara negara yang paling rendah kadar jenayahnya didunia? Negara ini juga terdiri dari penduduk berbilang bangsa dan agama sebagaimana di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya, baru ada 1 kes bunuh disepanjang 11 tahun berada disini itu pun melibatkan warga asing. Rakyat bebas untuk melakukan aktivit harian mereka tanpa rasa takut dan bimbang.
Pada setiap akhir bulan, saya hanya membawa beg plastik (dari pasaraya) untuk mengambil gaji semua kakitangan dan pekerja dari bank. Ini adalah merupakan perkara biasa yang di NIKMATI bagi pemilik-pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan mereka di sini.
Amat jarang kita dapat melihat rumah-rumah yang memasang 'Grill' bagi tujuan keselamatan penghuninya. Bagi rumah-rumah yang diberi / disediakan oleh kerajaan pula, pemilik tidak dibenarkan membina pagar untuk memisahkan kawasan. Ini adalah bertujuan agar aktiviti kejiranan senantiasa berterusan dan harmoni.
Jika anda ke pekan/bandar, tak perlu bimbang kalau terlupa nak kunci kereta, insyaALLAH kereta takkan hilang.
Selain dari itu, pasukan keselamatan di sini (POLIS) tidak membawa senjata api ketika menjalankan tugas harian mereka. Mereka hanya dibekalkan dengan 'cota' untuk mengawal keselamatan.
Pusat-pusat rekreasi (taman bunga) memang banyak disini. Walaupun begitu, ianya tidak menjadi 'kegilaan' bagi muda-mudi untuk bergaul bebas sebagaimana di negara kita. Setiap petang, taman-taman bunga berkenaan akan penuh sesak dengan aktiviti riadah. Masing-masing akan berkumpul serta beriadah bersama dengan keluarga.
Pada setiap hari Jumaat pula, semua premis perniagaan bagi orang-orang Islam akan ditutup (sementara) menjelang Solat Jumaat dan dibuka semula selepas itu. Terasa macam berada di tanah suci pula bila menjelangnya hari Jumaat.
Bagi saya, apa yang dapat dinikmati dan dilihat disini adalah anugerah daripada ALLAH swt. Negara ini hanya MENGHARAMKAN JUDI DAN ARAK DI ATAS MUKA BUMINYA. Berikutan dengan itu, ALLAH telah menjaga serta memberi keberkatan, keamanan dan kesejahteraanNYA keatas Negara ini serta semua penghuninya. Sesungguhnya janji ALLAH itu amat benar, hanya manusialah yang selalu mendustakannya.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kawin >1 ada problem dak ? huhu
ReplyDeleteBENAR
ReplyDeleteHangpa dua-dua ni bila nak mai sini?
ReplyDeleteYang BENAR tetap BENAR
ReplyDeleteAmboi lama dah hang pa tak tulis. Mujur la ada Pengiran kita, yang cuba hidupkan blog ni. Lan hang ni pi mana. Janji nak p Tg Dawai tapi tak muncoi pun. Ap pumn tulis-tulis lah supaya blog ni tak sunyi. Tengah aku dok tulis bini aku tanya , pasai apa org laki-laki bila umur 4 puluhan mula dah sembang pasai kawin lebih. Beri pendapat anda.?
ReplyDeleteLelaki bila umur 40an, kejantanan dia mai semula, rasa macam 20an pulak. Kadang-kadang tu nafsu saja yang lebih, kemampuan kurang pulak. Jadinya sendiri mau nilai dan sendiri mau fikir.
ReplyDeleteSusah nak kata
ReplyDeleteUmoq dah dekat 50 dah........ Toksah lah dok perah otak nak pikiaq kot-kot boleh tambah satu lagi. Ni semua cerita nak cari bala. Lagi baik kalau kita semua pakat-pakat pikiaq macam mana nak pebetoi diri yang dok masih bengkok lagi ni......(terutama diri aku laaa). Kalau semua dah betoi, mai kita pakat-pakat pikiaq pulak macam mana nak bina rumah baru dalam khuboq nanti............cukup ka simen, batu, pasiaq, untuk nak dudok sampai hari kiamat nanti.........
ReplyDeleteBila baca komen tuan Pengiran tu ,bini aku cukup sokong betoi. Dia gelak besar betoi pasai komen hang tu.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteSemoga sahabat2 semuanya didalam sihat2 dan didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya....
Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita masih dapat lagi meneruskan sekelumit dari baki2 kehidupan yang ada pada kita.....sedaq tak sedaq kita semuanya dah menjangkau antara 46 @ 47 thn...bak kata kubuq dah kata Mai dan Dunia pun dah pelan2 dok tolak kita pi....lama juga dah no kita menyedut udara pinjaman dibumi Allah SWT ini,perhentian sementara untuk kita mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk kita bawa ke destinasi sebenar kita sebelum kita dipanggil pulang oleh tuan kita Allah SWT untuk diajukan beberapa soalan yang belum tentu kita mampu atau tidak mampu untuk menjawabnya...kalau formula yang kita guna pakai itu betoi,maka insyaAllah kita akan mampu untuk menjawabnya,tapi kalau formula yang kita guna tu tak sama dengan soalan yang ditanya ,jenuh berpeluh kita ....tu yang Tuan Pengiran kita suruh kita sama2 cari bekalan untuk kita bawa tu,kan apa takut juga kita tersilap ambik formula atau bekalan,buka2 pi disana nanti formula tak leh pakai,bekalan pun kosong saja...nak balik mai cari bekalan dan formula yang betoi dah tak boleh dah...ni yang kita dok risau ni....jadi mai la kita sama2 persiapkan diri kita dengan bekalan2 yang sebenar serta formula yang betoi yang telah di ajarkan dan ditunjukkan kepada kita oleh arrasul Muhammad SAW...contoh yang aula yang telah ditunjukkan oleh para sahabat r.a....serta tunjuk ajar yang benar dari Ulama2 yang muktabar yang jelas JIhad mereka itu dijalan Allah SWT....
Wallahualam....
Yang benar itu dari Allah SWT dan yang kurang itu adalah dari diri hamba sendiri.....