Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat dalam sihat selalu.Sesungguhnya kita semua sebenarnya adalah guru , tidak kiralah samada kita dipanggil cikgu, bapa mahupun emak. Setiap anak yang dilahirkan kedunia ini , ibu dan bapalah yang menjadi guru pertama mereka. Oleh itu didiklah anak kita sebagaimana yang dikehendaki agama kita waimma kita dipanggil emak,ibu, mummy, ayah,bapa atau pun papa. Pada sahabat yang bergelar guru ,renunglah pekerjaan kita, adakah kita telah laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pelajar hari ini tidak sama dengan pelajar 30 tahun dahulu. Pelajar hari ini dicorak oleh satu sistem pendidikan yang menjadikan peperiksaan itu satu aras atau indikator menentukan kejayaan seorang pelajar. Pihak sekolah mahupun kementerian hanya memberi fokus terhadap matapelajaran matematik ,sains serta peratus kelulusan sesuatu peperiksaan yang dicapai samada peringkat sekolah mahupun kementerian. Kita hari ini dikejutkan dengan beberapa kejayaan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi bagaimana pula pelajar kita yang tidak mengenal tuhannya. Dewasa kini kita lihat bagaimana seorang pelajar tidak tahu menghormati gurunya, tidak tahu menghormati ibu-bapanya, tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya dan yang paling malang sekali dia tidak tahu menyembah tuhannya. Mengapa ini semuanya berlaku? Silap siapa? Hari ini tidak hairan kalau 85% pelajar tidak sembahyang dan yang lebih malang lagi ramai yang buta al-quran. Jangan kita menuding jari pada sesiapa kerana empat jari lagi menuding kearah kita. Oleh itu untuk peringatan kita semua, bekalkan anak-anak kita dengan ilmu agama dan didiklah mereka mengenal Allah ,insyaallah anak kita akan terpelihara dari perkara-perkara maksiat dan dijamin rezeki mereka.Renung-renunglah untuk anak-anak kita.
Asm,
ReplyDeleteMinta maaf terlewat mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat kekawan yang mendidik anak bangsa agar berjaya dan berguna demi ugama,bangsa dan negara. Semoga keikhlasan dan pengorbanan akan dibalas dihari kemudian nanti...
SELAMAT HARI GURU
Buat cikgu pendidik bangsa
Berilah ajaran dan juga ilmu
Dunia akhirat muridmu berjaya
Salam,
ReplyDeleteSusah nak kata...zaman la semua boleh berubah sekelip mata. SELAMAT HARI GURU kepada semua guru walaupun mengajarkan satu huruf..
Li Mehad