Saturday, June 5, 2010

MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LAGI ??????? Part 2

Salam Semua,

Ada 2 perkara utama yang dibincangkan di sini.

1) Sabsidi

2) Bankrap

Kedua-dua perkara ini adalah 2 isu yang berbeza tetapi amat berkaitan antara satu sama lain.

Sabsidi : Ia amat berkait rapat dengan pendapatan. Istilah sabsidi ini akan wujud setelah pendapatan melebihi perbelanjaan. Bagaimana pendapatan boleh melebihi perbelanjaan? Ia nya hanya boleh berlaku jika kita mengamalkan urus tadbir kewangan yang cekap dan berhemah.

Contohnya: Sebagai ibu bapa yang mempunyai pendapatan (apabila berkerja), mereka berupaya memberi bantuan yang sempurna kepada anak-anak dan keluarga masing-masing. Bantuan yang mampu diberikan ini adalah merupakan sabsidi (secara sedar atau pun tidak, kita sebenarnya sedang memberi sabsidi kepada anak-anak dan keluarga kita selama ini sebelum mereka berupaya untuk berdikari mengikut kemampuan masing-masing). Masih ingat lagi ketika kita masih bersekolah di SMDSO pada suatu ketika dulu? Kita akan membawa duit poket harian (tak kiralah berapa pun....). Kebijaksanaan kedua ibu bapa kita mengurus kewangan membolehkan kita merasai nikmat ini selain dari keupayaan mereka membayar duit yuran sekolah, yuran peperiksaan, yuran PIBG dan sebagainya. Mereka telah berikhtiar untuk menyempurnakan persekolahan anak-anak mereka hanya dengan satu harapan iaitu akan memperolehi kejayaan dan kesenangan di masa hadapan.

Mereka selalu menasihati kita agar sentiasa berjimat cermat kerana "bukan senang nak cari duit". Kita akur dengan arahan yang diberikan oleh mereka (walaupun tak berapa faham pada ketika itu) kerana kita dapat melihat sendiri keikhlasan serta tanggungjawab yang amat tinggi yang mereka tunjukkan kepada kita. Sabsidi / bantuan yang diberikan kepada kita tetap cukup (kerana ada keberkatan). Mungkin ada sedikit rungutan daripada mereka tetapi tak lah sampai mereka mengishtiharkan bahawa mereka tidak lagi akan memberi sabsidi / bantuan kepada kita semua kerana mereka akan kehabisan sumber / duit dan akan bangkrap jika terus berbuat demikian.

Yang menjadi masalah disini ialah jika kita telah ditakdirkan mendapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, tidak peduli hal ehwal rumahtangga, kaki perempuan, kaki joli, penjudi dsb nya, kita sebagai anak-anak telah teraniaya kerana tidak mendapat "HAK" yang sepatutnya.

Inilah konteks perbincangan sebenar kita sekarang. SABSIDI adalah merupakan HAK kita (rakyat) manakala pengurusan wang secara berhemah dan beramanah adalah tanggung jawab ibu bapa (pemerintah @ kerajaan). Ini merupakan hak setiap rakyat tak kira bangsa, agama dan juga keturunan.

Kita BERHAK untuk membeli kereta Proton dengan harga yang lebih murah dari negara Arab Saudi kerana ianya kereta RAKYAT MALAYSIA, tetapi mengapa keadaan yang sebaliknya telah berlaku? Mesti ada sesuatu urus tadbir yang tidak kena.....

Tak perlu pergi jauh.... lihat saja pendapatan hasil balak Negeri Kedah yang dibentangkan baru-baru ini. Tahun 2007 - 9.21 juta, tahun 2008 - 28.14 juta, naik 205.5% untuk kawasan pembalakan yang mempunyai keluasan yang sama (tanpa pembukaan kawasan baru) - Ini fakta, bukan angka ambil dari tepi longkang. Inilah hak rakyat (sabsidi) yang sepatutnya dinikmati bersama di kampung-kampung, kawasan pendalaman yang perlu diberi / mendapat segala kemudahan prasarana, bukan untuk orang Melayu saja, tapi untuk semua bangsa dan agama.

Bankrap: Ia akan berlaku apabila perbelanjaan yang diamalkan melebihi pendapatan, dalam ertikata lain perbelanjaan yang tidak berhemah di mana jumlah hutang tertunggak gagal dijelaskan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Di sini kita sedang membicarakan soal tanggungjawab, amanah, ketelusan dsb nya. Jika sifat-sifat mulia yang telah ditetapkan oleh agama tidak ada pada pemegang amanah ini, BANKRAP akan berlaku.

Takkan lah ALLAH swt tak tahu yang Malaysia ni mempunyai 27 juta penduduk? DIA yang buat. Setiap manusia telah dijamin rezekinya ketika berusia 90hari dalam perut ibu, tak kira perut ibu Melayu ka, Cina ka, Benggali kaa hatta dalam perut ibu Dayak Laut yang dok tengah pegang Laptop dalam blog (baru-baru ini)semuanya telah dijanji oleh ALLAH swt untuk disempurnakan rezekiNYA.

Oleh yang demikian, kalau kita telah diberitahu bahawa Malaysia akan bankrap tak lama lagi, ianya tak ada kena mengena dengan sabsidi yang diberikan kepada rakyat. Pengurangan sabsidi hanyalah berupaya memanjangkan sedikit tempoh / masa untuk negara kita menjadi bankrap.

Oleh itu, saranan saya pilihlah pemimpin yang beramanah, bertaqwa serta bertanggungjawab yang mampu membawa hala tuju negara berasaskan garispanduan yang telah ditetapkan oleh syara'.

Yang lain-lain tuuuuuuuu, lu pikirlah sendiri..........

Wassalam.

1 comment: