Friday, June 18, 2010
NASIB SEORANG YANG BERGELAR................EMAK
Mungkin ramai antara kita yang seharian sibuk mengejar kesenangan duniawi. Beribadah dah cukup lengkap. Solat tak pernah tinggal apa lagi sedekah amal jariah. Tetapi mungkin ada satu yang kita terlupa. Renungkanlah.
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon Mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak..
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah“. Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada….
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya……
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Huhu...huhuhu....kita masih beruntung kerana diusia begini masih ada MAK....sesetengah drp kawan kita mereka belum sempat kenal siapa mak mereka....huhuhuhuhu...waaa
ReplyDeleteSalam....dah berminggu2 dah....semua ghaib.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteSemoga semua sahabat2 didalam sihat2 dan dalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya....
Nak komen juga tapi tak berapa sempat lagi..... Insya Allah ada masa sikit kita tulih....
Wassalam....
Jamal Nasir
Aslmkm Wrth.
ReplyDeleteAlhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT krn dgn izin dan pekenannya jua kita masih lagi mampu untuk bernafas dan meneruskan sekelumit dari kehidupan ini......dan teramat syukur kita krn kita masih lagi dapat dan diberi kesempatan untuk berada dalam ISLAM sebgai nikmat yang terbesar ini....satu anugerah yang tidak ada nilainya didalam ribuan dan jutaan ummatnya diatas mukabumi ini.....satu pilihan yang semestinya kita jaga bersama...pilihan AGONG dari Allah SWT dengan bimbingan dari risalah yang dibawa oleh Arrasul MUHAMMAD SAW.....
Sahabat2ku sekelian....
Apabila kita baca dan renung apa yang ditulis oleh sahabat kita diatas,itulah hakikat yang ada dalam suasana dan masyarakat kita hari ini....namun bagi ana yang telah kembali kedua2 mereka ini pun masih lagi terbayang dan terkenang akan apakah yang telah dilakukan untuk mereka...apakah hadiah yang mampu untuk diberikan kepada mereka kerana kekadang didalam kesibukan kita dengan hal2 duniawi kita seolah2 kita lupa pada kedua2 ibubapa kita ini...apakah kita masih lagi mampu untuk mendoakan mereka....
` Ya allah Engkau Kesihanilah Kedua-dua Ibubapaku ini sepertimana mereka mengasihiku pada waktu kecilku.."
" Ya Allah Engkau jadikanlah Kubur mereka itu sebagai salah satu dari Taman2 syurgaMU bagi mereka disisiMu Ya Allah..Ampunkan Dosa2 Mereka Ya Allah,..Lapangkan kubur mereka Ya Allah......
Adalah menjadi harapan agar sedikit DOA ini tidak kita lupakan setiap kali lepas solat kita walaupun banyak lagi perkara lain yang tak mampu kita buat....moga kita termasuk dalam hadis rasullullah SAW yang bermaksud;
`Apabila matinya anak Adam itu akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu;
1.Anak yang Soleh
2.Sedeqah Jariah
3.Ilmu yang dipergunakan
Mungkin didalam kesibukan mereka membesar dan mendidik kita dahulu mereka tak sempat dan tak mampu untuk bersedeqah...mungkin juga mereka tidak banyak ilmu yang nak mereka taburkan...
Jadi...
Apa lagi tugas kita...inilah saja yang mampu dan dapat kita lakukan iaitu JADILAH kita anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk mereka agar kehidupan mereka di Alam Barzah sana didalam keadaan yang aman dan sejahtera...buatlah kebaikan dan kebajikan untuk dihadiahkan kepada mereka kerana tanpa mereka siapalah kita dihari ini...
Akhir kata sahabat2ku;
Ana mengajak diri ana dan marilah sahabat2ku untuk sama2 kita lakukan sesuatu untuk yang terbaik buat mereka dan marilah sama2 kita sentiasa menDOAkan untuk mereka agar mereka didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya...
Wallahuallam..
Yang benar dari Allah SWT jua dan yang lemah adalah dari diri ana sendiri...
Wassalam....