Friday, February 5, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT

Bersambung kita tentang hujjah manusia pada Allah

Renungan bersama.
Apabila kita beroleh kesenangan serta keseronokan hendaklah kita bersyukur padanya (ALLAH) dan apabila kita menerima musibah hendaklah kita redho dengannya..

Hujjah kedua

Manusia yang miskin.
Golongan ini memberi hujjah bahawa mereka terpaksa bekerja mencari rezeki siang dan malam untuk mencukupkan keperluan mereka yang tidak pernah cukup. Oleh sebab kemiskinan, menjadikan mereka itu lalai terhadap kewajipan pada Allah. Allah menempelak manusia ini dengan kata nya bahawa nabinya iaitu nabi Isa lebih miskin dari manusia yang ada dimuka bumi tetapi kemiskinannya tidak menghalang ia menjadi manusia yang taat pada perintah Allah. Manusia tunduk malu setelah Allah memberi hujjahnya.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.


Hujjah ketiga.

Ia terdiri daripada pemimpin yang diberi kuasa. Mereka ini memberi hujjah bahawa Allah telah memberi kuasa serta sifat kepimpinan dalam diri mereka. Oleh kerana itu mereka menjadi terlalu sibuk mengurus organisasi atau negara sehinggakan lalai utk menjalankan tanggungjawab kepada Allah. Allah menempelak dengan menyatakan bahawa Nabi Sulaiman merupakan pemerintah kepada jin , haiwan serta manusia. Ia juaga adalah raja segala makluk diatas dan dilaut tetapi ia masih dapat sujud pada penciptanya dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.


Bersambung diminggu hadapan..............................





Hujah ke empat

Golongan ini pula adalah golongan yang menjadikan keuzuran serta penyakit yang dihidapi oleh mereka sebagai alasan mereka tidak menyembah allah. Mereka ini sentiasa sibuk mencari ubat serta penawar serta mengeluh dengan musibah penyakit yang mereka hadapi sehinggakan mereka tidak mampu menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Hujjah Allah pada mereka ini bahawa Nabi Ayub telah ditimpa penyakit sehinggakn masyarakat serta isteri beliau meninggalkannya tetapi ia masih lagi ingat pada tuhannya. Nabi Ayub bersabar dengan musibah yang menimpanya tanpa menggugat keimanannya pada Allah.
Akhirnya setelah keempat-empat gfolongan ini tewas dalm hujjah mereka , mereka ini kemudiannya dicampakkan kedalam neraka jahhannam.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.

No comments:

Post a Comment