YB Dato' Syed Omar
Apabila membaca cerita dari kawan-kawan semasa berada di SMDSO sekitar tahun 1976-1980, tidak dapat dinafikan hampir semua cerita adalah berkisar pada guru-guru yang mengajar kita suatu ketika dulu.
Oleh yang demikian, saya merasakan masih belum terlambat bagi kita semua menganjurkan suatu majlis bagi menghargai jasa-jasa guru SMDSO (yang masih ada) yang telah berusaha sedaya upaya mereka mendidik serta memberi ilmu kepada kita semua. Pak Ya Long, Cikgu Syed Mahmud, Cikgu Tahir, Cikgu Md Ghani, Ustaz Fadzil, Ustaz Yusof, Cikgu Salmah, Cikgu Radzi, adalah diantara beberapa nama yang dapat saya nyatakan disini yang masih sihat dan percaya masih belum terlambat bagi kita semua untuk memberi satu penghargaan buat mereka semua.
Selain dari itu, diharapkan kita semua juga dapat bertemu dengan kawan-kawan yang tidak dapat menghadirkan diri pada majlis 25hb. Disember yang lalu. Segala usaha murni ini bolehlah dimulakan dari sekarang dan tarikh yang dicadangkan adalah pada 25hb. Disember 2010.
InsyaALLAH semua perbelanjaan ketika berlangsungnya majlis ini akan datang dari ALLAH melalui saya.
Dapatlah kiranya semua kawan-kawan berkumpul untuk membentuk suatu jawatankuasa (harap dapat dikekalkan saja jawatankuasa yang lama) bagi menjayakan majlis ini. Maklumat-maklumat mengenai guru bolehlah kita sama-sama cari semoga usaha murni kita ini akan diberkati serta di rahmati oleh ALLAH SWT.
Apa komen kawan-kawan semua.........??????
Assalamualaikum semua!
ReplyDeleteMai kita pakat-pakat setuju dengan kerja baik ini. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan berpanjangan daripada apa yang akan kita sempurnakan kepada ex-guru smdso.
Berkaitan cerita kenangan ex-smdso yang dulu tu.. dengarlah sedikit lirik lagu RAMLI SARIP.
(bukan kerna nama)
.........
....
.
dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangMu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan.
Itu saja niat baik saya,
LIMEHAD, BALING.
Assalamualkum!
ReplyDeleteAku, LiMehad mencadangkan supaya AJK Silaturahim Sala Clasic dikekalkan untuk majlis ex-guru smdso. Minta sokongan atau cadangan ditutup.
LiMehad. Baling
Assalamualaikum semua!
ReplyDeleteMalam makin larut. Mata masih takmau lelap.
Dengarkan satu motivasi(kalau boleh dipanggil motivasi) untuk kita semua sebagai bekas murid pada sesiapa yang bergelar guru.
Saya terjumpa ini,
-kalau saudara hendak seronok dan bahagia untuk sehari, adakan parti
-kalau saudara hendak seronok dan bahagia untuk seminggu, pergilah bercuti
-kalau saudara hendak seronok dan bahagia untuk setahun,berkebunlah
-kalau saudara hendak seronok dan bahagia sepanjang hayat, majukan manusia
Saya jumpa dari tulisan guru saya dulu.
Dengan pengenalan itu, rupa-rupanya dia ingin bagitau bagaimana murninya menjadi pendidik, lebih drp berparti,bercuti atau berkebun malah melancong.
Dulu dengan beban tugas sebagai guru, aku seolah-olah tidak terasa kebenaran ungkapan itu. Aku kerap merasa terbeban dan beratnya tugas itu. Baru sekarang-bila aku banyak berurusan dengan orang/jabatan luar baru ada benarnya.
Kini aku mula sedar betapa benar kata dia, sana-sini ada saja bekas anak murid. Mereka bukan sekadar menyapa malah memberi pertolongan mana patut.
Pendek kata ada saja yang membantu. Urusan sentiasa mudah dalam suasana ceria,. Tahniah Dr.Shal., tuan banyak membantu masalah kesihatan ex-guru smdso. Moga-moga ex-guru smdso terus diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti dan beribadat kpd Allah. Amien!!!
Kepada yang tiada, AlFatehah untukmu,,.
LiMehad.ex-smdso76. Baling
Assalamualaikum , semua kawan-kawan semoga di beri alalh kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAna amat bersetuju sekali dengan cadangan tuan Pengiran. Sesungguhnya itulah anugerah Allah pada tuan Pengiran kita yang sentiasa mempunyai idea-idea yang menarik supaya kita sentiasa dapat menjalinkan persahabatan yang berpanjangan. Insyaallah benda yang baik itu akan ditulis sebagai amalan dan mendapat keredhaan dari Allah. Amin!.
INDAHNYA KALAU HIDUP BERSYARIAT
Salam,oleh kerana Limehad mencadangkan maka aku menyokong program yang hendak dirancangkan itu kerana perkara yang hendak dilakukan adalah perkara baik.
ReplyDeleteAku bersetuju dengan semua cadangan diatas
ReplyDeleteaku setuju... dan teramatlah setuju...
ReplyDeletemai kita pakat tulis senarai cikgu kita
lepeih tu
pakat cari dok tang mana
yang dok ada kita bagi penghargaan
yang dah meninggal kita buat majlis tahlil untuk depa
atur cara cadangan
1. solat maghrib berjamaah
2. bacaan yasin dan majlis tahlil
3. solat isyak berjamaah
4. majlis jasa di kenang sambil menjamu selera dan ucapan-ucapan
5. bersurai
ajk sapa pun tak pa
aku sedia membantu
tingkatan 1
1. bahasa malaysia - cikgu ahmad bahrin -dah meninggal
2. bahasa inggeris
3. sains paduan
4. agama islama
5. matematik
6. sejarah
7. geografi
8. pendidikan kesihatan
9. sivik
10.seni perusahaan
10.1 cikgu sanusi - aku dok jumpa
10.1 cikgu smasuddin deraoh - aku dok jumpa
10.2 cikgu onwi - aku dok jumpa
11. seni lukis
12. pendidikan jasmani
13.
tingkatan 2
1. agama _ ustaz yusuf - ada lagi aku dok jumpa
2. seni perusahan
1. pak tuan syed - ada lagi tmn uda tapi lama tak jumpa
3. sejarah cikgu nasirah - mengajar dengan aku di smk hutankg
2. sains paduan : cikgu spy din - dah meninggal
tingkatan 3
1. agama - ustaz ku muhammad - aku dok jumpa
tarikh tu aku amat setju
ReplyDeletesenang ..... masa cuti
bukan 16 mei -tarikh ni bagi can kat sekolah dan kementerian palajaran buat
kita buat 25 disember 2010
habaq awai pasti senang nak set
( satu lagi modai yang aku dapat dari asri.... modai untuk cermah motivasi aku dan kelas sivik aku........ KENANGKAN JASA GURU KITA
Assalamkum semua!
ReplyDeleteCerita dlm kelas
"Mak tadi cikgu tempat lahir semua murid dalam kelas". Apabila sampai giliran Edi, dia tengok tempat lahir Edi lain sikit, dia tanya Edi dalam bahasa inggeris,"Where were you born?"
Edi jawab,"I was born in Wisconsin."
Cikgu terus tanya,"Which part?"
Edi jawablah, "All of me."
Cikgu tu ketawa tak terkata, cukuplah sila duduk.
Mendengar ceritanya mak pun turut ketawa.
Mak pun sama, betulkan edi tidak lahir sekerat sekeratkan?
Tidak salahpun jawapan kamu, sepatutnya untuk pelajar darjah 2 macam kamu cikgu tu patut tanya,"In which part of Wisconsin were you born?"
Ooooo....
(betoi kaa bahasa inggris aku?)
Li Mehat.ex-smdso at Baling Town.
Salam untuk semua kekawan ex-smdso
ReplyDeleteAku memang setuju dengan cadangan pengiran asri.Insyaallah kita akan cuba menjejaki cikgu smdso yang masih ada.Kalau cikgu Ahmad bin Ghani aku memang jumpa dan dah pi kenduri khawin anak dia tahun lepas.Yang lain kita akan susul kemudian insyaallah......
setuju
ReplyDeleteAssalamualaikum wrth kekawan semua,
ReplyDeletePasai hat kekawan nak buat ni benda baik ,ana tu InsyaAllah sedia menurut le...bantu mana yang patut....macam cikgu Limehat tulih lirik lagu Ramli Sarip tu...aku menulis bukan kerana nama,kerana sifat kasih pada sesama insan......cuma yang ada hanyalah satu kehidupan..
Semoga segala perancangan yang baik tu akan mendapat keberkatan dari Allah SWT...
Wassalam
Alhamdulillah, kalau semua dah pakat setuju, laa ni kena pakat-pakat pulaklah buat kerja. Mana dia Tuan Setiausaha Kehormat Seumur Hidup (MOHA)- hang kena start buat meeting dan bagi-bagi kerja kat semua kawan-kawan......pasai buat kerja ni, aku tabik dekat hang (MOHA)sejak zaman dulu-dulu lagi. Hang memang dianugerahkan ALLAH kebolehan semulajadi ni, istiqamah dengan kerja yang bersistemmatik disamping ada usaha yang bersungguh-sungguh, begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Aku setakat pakai ayaq lioq boleh laaa...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTn Pengiran & rakan2, aku sebagai Setia & Usaha insyaallah bersedia utk berkhidmat dgn cdgan yg baik ini.
Sememangnya aku sentiasa suka utk memenuhi keperluan sahabat2 sekelian...cuma pagi td hg call aku Asri, aku x dpt jawab pasai tinggai HP d pejabat. Semalam p KL balik kul 3 pg.
Asm,
ReplyDeleteAlhamdulillah nampaknya satu lagi cadangan yang baik dari kekawan semua. Cikgu Hasni yang selalu bawa rotan dok kat rumah mak saya kat Tmn Muhibbah. Insyallah takdak problem kalau nak jemput dia.
Salam ,
ReplyDeleteMKM pi mana ,lama tak komen.Memang hebat lah sahabat2 kita ni , ingat batch lain antara depa jumpa pun dah tak kenai , tapi kita ni mcm baru lepas SRP saja..Mat We tak pa ka jumpa cikgu Tahir ...nanti terkenang penampak tambang pi balik plak ..hehe
mulakan operasi..jejak guru kita....
ReplyDeleteAssalamualaikum!
ReplyDeletePisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
Pulau pandan jauh ketengah
gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang juga
Pergi mengail berumpan lokan,
Anak puyu berenang-renang,
Budi guru takdapat dilupakan,
Mulut menyebut hati terkenang.
Wasalam,
LiMehat
Aku bersetuju dengan segala cadangan di atas.
ReplyDeleteLimehad,
Lagu Ramli Sarip tu memang aku suka tuuu!!!!!
Lan Siam,
Aku InsyaAllah tak apa, kalau jumpa cikgu tahir aku nak peluk dia pasal antara ramai anak murid d smdso akulah antara yang kena penampar tambang p dan balik. Bukan semua orang boleh dapat macam tu. Tn Pengiran dok cari hang, nak buat arrangement untuk p bercuti di Brunei
MKM,
p mana, sunyi sepi saja. Dok pekena laksa johor kot?
Salam Semua,
ReplyDelete1. Cadangan adakan majlis 'Guru- jasamu dikenang' insyaaalah akan beri sokongan 100%.
2. Lan & Mat Wie, sunyi sikit 1-2 minggu ni. Minggu lepas, kena operate nak buang batu karang. Mula masuk tiub stenting. Masuk hospital juga 2 hari juga. Lepas tu buat ultrasound (yg orang dok kata laser tu).
3. Saiz batu 8mm. La ni masih MC lagi.
Jadi, tak sempat la nak makan laksa johor...
Wassalam,
MKM JBahru
1. Ada berjumpa dgn Cikgu Tahir & isteri masa balik cuti Raya Cina baru ni masa dia mai kenduri di rumah abang saya di Jln Tun Razak AS.
ReplyDelete2. Cikgu Tahir nampaknya masih sihat dan nampak masih muda belia. Dia kata la ni depa dok 2 orang saja di AS . Anak-anak semua kerja di KL.
3. Cikgu Tahiaq dok tunggu Mat Wie nak pi peluk dia...
4. Lan, hang dah siap beg besaq nak pi jumpa tuan pengiran.
5. Li Mehad & dll, sorry tak sempat nak berpantun. Tengah MC lagi ni.
MKM,
J Bahru...
aku jumpa cikgu yan shaari (matematik) diapelajar tetap kelas pengajian paksi
ReplyDeleteselalu juga berbual dengan dia
teringat masa lepasperiksan srp. kita semua dok dalam dewan. cikgu yan dok main piano. ada yang menyakatkacau dia main.
minta moha buat posting baru
ReplyDeleteMAI PAKAT INGAT CIKGU KITA
1. biodata
2. kisah dia dengan kita masa sekolah dulu
3. masuk gambaq
4. kini - hidup atau meninggal
apa macam moha...
boleh terima cadangan nie
teringin nak tengok cikgu Maisarah diusia emas dan adegan Mat We berpeluk dgn cikgu Tahiaq ...
ReplyDeleteAna doakan MKM sihat hendaknya. Sesungguhnya rasa sakit itu tandanya Allah masih lg. sayang kita. Harap anda dapat bersabar atas sedikit ujian ini.
ReplyDeleteTerima kasih pd shahalim63.
ReplyDeleteJuga pada tuan presiden RAR kita, walaupun tak komen di sini, tapi terus call saya bila baca blog ni.
Insyallah, sihat sekarang, cuma kena follow-up 2 minggu lagi.
Wassalam, MKM
Assalamulaikum!
ReplyDeleteMKM,
Moga diberi kekuatan untuk terus berjuang dan berbakti serta melakukan amal baik. InsyaAllah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Aminn!!
Assalamualaikum Wrth.
ReplyDeleteIr.MKM,
Semoga cepat semboh dan dapat menjalankan aktiviti dan tugas harian seperti biasa selepas ini...macam kekawan kata la..itu semua tandanya Allah SWT masih bagi peluang dan sayangkan kita lagi...
Jejak Cikgu,
Kemarin masa balik dari tapakerja on the way nak pi amik anak kat Sek. Sri Alor Setar aku singgah sembahyang Asar kat Masjid Alor Semela berIMAMkan ustaz kita la,Tn Guru Ustaz Ku Muhammad Ku Ariffin....lepaih sembahyang habih aku sengaja tunggu nak jumpa dan salam dengan dia,pekenai diri kata bekaih anak murid dia...dia tanya kat syed omar dulu ka...aku habaq kata ustaz ajaq saya pada tahun 1977 masa tingkatan 2,saya ni sebaya dengan Prof.Abdul Majid Percetakan Siaran,Cikgu Sukarno dll la...teruih dia angguk kenai....aku habaq jugala kata Avtar Singh dulu tu pun dah convert to Muslim dgan nama Azim...dia nampak seronok la..lani umur dia pun kalu tak silap dia kata dah 72tahun,tapi nampak masih ok lagi la,sibuk dengan program2 masjid dsbnya,tak silap ustaz kita ni Hafiz la...maybe itulah kelebihan orang2 yang BERIMAN ni...aku mansion jugala kata kita cadang nak jemput semua bekaih cikgu2 untuk majlis kita tu,..dia kata ok boleh minum ayaq pun jadila...
Dia pakai spekmata hitam masa sembang dengan aku tu pasai dua2 mata ustaz kita ni baru lepaih buat operation buang selaput kat Hospital Sultanah Bahiyyah...aku ada juga la tanya dia tak jumpa Dr kita ka,dia kata dak kot pasai operation sikit saja...aku habaq la kata anak murid dia dah jadi pakar bius kat situ biaq cikgu kita ni rasa proud sikit la dengan bekaih2 anak murid dia ada dimana2....Last sekali aku kata nanti kita akan jemput secara resmila Insya Allah untuk majlis kita tu...
Semoga Ustaz kita ni cepat sembuh dan terus berbakti kepada Agama dan masyarakat amnya...
Wassalam..
Assalamualaikm!
ReplyDeleteJamal dan semua!
Alhamdulillah..dengaq cerita hang pasai Ust. Ku Muhamad tu, berasa seronok kerana dia masih ada dan terus kuat berbakti. Moga terus diberi Allah kekuatan untuk meneruskan kerjabuat baiknya itu. InsyaAllah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah ungkapan perumpamaan Melayu kita sejak zaman berzaman. Ayah saya dah kena penyakit batu karang ini suatu ketika dulu. Sukar nak gambarkan penderitaan yang ditanggung oleh beliau. Semoga MKM cepat sembuh dan ikut semua arahan doktor yang merawat beliau. Kami sekeluarga disini mendoakan agar MKM senantiasa dirahmati ALLAH swt.
ReplyDeleteAslmkm.Semua,
ReplyDeleteSemoga ceria2 selalu dan didalam rahmat Allah jua hendaknya,
Amik kesempatan kat sini nak habaq kat kawan2 kata Aku dengan Moha sekarang ni sedang promosi barang2 keluaran IKS kami di Karnival IKS zon utara kat Star Parade Alor Setar....sapa2 ada kesempatan mai la pekena Kuah Rojak dan Acar Campuran Aku dan kalu terasa pedaih jom kita pi minum Kordial Roselle Moha pula bagi hilang rasa pedaih tu....
Jom Kita Pi Karnival IKS Zone Utara.....
Terima Kasih...
Assalamualaikum semua!
ReplyDeleteCerita bilik guru.
Mai kita imbau kenangan lama.
Hangpa semua perasan dak masa sekolah dulu bila lalu dekat bilik pengetua atau penolong kanan ada ternampak satu papan plywud yang digantung di dinding penuh dengan chips warna-warna yang berbagai. Ada yang bulat dan ada yang petak. Beratus dan mungkin beribu biji chips tu yang tergantung pada paku di papan tu. Dalam chips tu ada tulisan. Dulu aku pernah heran juga. Apa benda?
Nak tau? Itulah jantung/nadi pergerakan guru sekolah tersebut. Itulah antara kerja yang aku buat selama ini. Dah berbelas tahun. Sudah jadi pakar susun chips. Itu dulu sebelum ada ICT.
Susun benda ni sangat remeh dan memenatkan. Ditambah dengan kerenah guru, lagi letih. Masa tu ada 60 orang guru tapi la ni ada 105 orang guru. Pendek kata kami(3 org) kena kerja lebih awai drp orang lain. Kerja buat jadual waktu.
Dalam pada itu ramai pula kawan-kawan yang tak puas hati dengan agihan masa yang diberi. Masing-masing nak selesa.
Tetapi dengan kekangan yang ada seperti pagi dah tentu utk guru PJ, peruntukan makmal, bengkel, kelas berkongsi guru dan macam2 kekangan lagi mustahil dapat memenuhi semua keperluan. Mana nak tengok sendiri punya, kroni punya, pengetua punya....adussss.
Nak jaga hati punya pasai aku pernah suruh depa boh tang mana depa suka. Mai pakat2 letak.
Apa lagi depa pakai letak saja. Clash berpuluh-puluh, semua pakat nak masuk awai- kelas tengah hari sapa pun tak mau. Terpaksa mengambil masa berhari untuk menyelesaikan first degree clash tersebut.
Yang pastinya kawan tetap bersungut bila dah siap pasai jadual yg keluaq tak sama macam depa cucuk chips pada papan tu.
Itu dulu, la ni senang kerana dah ada ICT. Boleh buat sorang2 di rumah.La ni aku buat sorang saja. 3 hari boleh serah kpd pengetua. Beres. Yg tak berubah ialah cikgu tetap tak puas hati dgan jadual depa..biaqpilah.
Sekian, ccerita dr bilik guru. Wasalam
Cikgu Li Mehad,
ReplyDeleteHang, Lan Siam, HPH dan Jamal bila nak mai Brunei? Aku disini pun dok susun chip jugak, aku rasa lagi hebat ..... pasai takut berlaga kapai terbang time hangpa nak mai nanti. Bagi tau awai-awai, aku boleh susun chip dari sekarang, takut pakat semua nak mai sama timing jenoh aku nak pi cari chip pasai jadual kapai terbang dengan jadual kerja aku tak pakai ICT.... Jangan marah ya..... gurau saja....
dulu masa makan kat kantin .... dok kat luar meja panjang..... kerusi panjang...kalau tak silap Mak kuda (ahmad sobri) yang masak. tengok cikgu dok makan dalam kantin.
ReplyDeletela nie.... aku boleh makan dalam kantin pulak..... tapi...tabiat makan kat luaq kantin tetap ada.... dok ramai-ramai hujung kantin kat luaq senang....sebelum budak rehat
Saya sokong usaha dan perihatin sahabat2 semua.
ReplyDeleteSemuga Allah merahmati kita semua ....
Ahmad Sabri (Baie)
Assalamulaikum semua!
ReplyDeleteBaie pun dah mai, sampai dah no.
.....ada sikit lagi pasai pasang chips tu.
Pernah satu ketika tu, tengah sedap dok rehat sambil kena te ais dalam bilik kerja tu- bilik tu sempit, panas laa sikit jadi kami bukala tingkap luas-luas supaya angin banyak masuk (masa tu sekolah tak mampu pasang econd lagi).
Entah apa silap jampi tak tau tak semena-mena angin kuat mai mana tak tau. Pang!!! semua satu papan jatuh berderai. Berselerak semua chips di lantai, semua bercampur. Semua tepuk dahi.Macam nak teriak. Semua kerja berminggu 'selesai' dalam masa beberapa saat saja.
Kutip dan susun balik. Macam buat kerja sia-sia saja. Nasib baik ada bekap.
Zaman tu sebulan Januari tu selalunya cikgu pakai jadual sementara saja. Lepaih tu baru kami edar jadual sebenar. La ni mudah- 3 hari boleh siap. Nak cepat lagi 'autorun',.
La ni, hari ni 8 Mac kena buat jadual baru pulak pasai 3 orang guru masuk. Dok tengah proses lah ni. Sambil tu selak jugak blog ex-smdso. Kot ada cerita baru.
Wasalam,
LiMehad
Aslmkm.Kekawan,
ReplyDeleteSemoga semuanya sentiasa berada didalam Ketakwaan dan Rahmat Allah SWT jua hendaknya walau apa pun kerja buat kita wa-aima kerjaya apa pun kita samada kita seorang atasan ataupun kita orang bawahan kerana apa yang penting disisi Allah ialah apa yang dapat kita persembahkan apabila kita dipanggil pulang nanti untuk bertemu denganNYA...
` Pada hari yang tidak berguna lagi hartabenda dan anak pinak kecuali mereka yang kembali bertemu dengan Tuhannya dengan membawa HATI yang SALIM(yang suci bersih )...( Al-Quran:...)
Wallahuallam...
Kemarin kalut sikit pi sana pi sini,macam2 aktiviti dok ada...tapi dalam dok kalut tu tiba2 ada juga terjumpa kawan kita Izham Khalil yang baru2 ni masuk hospital buat sikit minor operation kat dagu dia tu...kemarin nampak masih dok tampai plaster lagi la kat dagu dia tu tapi dia kata dah koi sembuh dah,isi dah koi tumboh balik...lani makan sup ikan haruan bagi cepat tumbuh isi dia kata....
Aku jumpa dengan dia sembang pun sambil pakat dok ataih motor saja,mula tu ajak juga la dia pi pekena teh tarik tapi tiba2 bunyi telepon ada lagi kerja nak kena buat,dah hari pun nak koi gelap maka lain kali saja la dia kata,aku pun setuju la..Insya Allah ada masa lain kali call lain...
Semoga kawan kita ni cepat semboh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa...
wassalam.....
Assalamualaikum!
ReplyDeleteMKM, Izham Khalil dan semua yang berkenaan.
Dalam umoq la ni macam tu la. Koi dok letih sedia kalau kita tak jaga. Ada saja yang dok mai. Apa lagi kalau dulu kita tak berapa nak kisah, semua main balun. Masa tu memang kita sehat tak berapa nak perasan pasai benda yang nak mai bila umoq meningkat. Tapi apapun semua tu ada ganjaran dan hikmah drp Allah. Redha dan bersyukur. Mudah2an diberi kekuatan utk terus berbakti dan beramal ibadat. InsyaAllah.
LiMehad
Asm,
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh buat kekawan yang sedang menghadapi ujian Allah.. Buat MKM hanya minum air dengan banyak sahaja dapat mengurangkan gejala kejadian 'renal calculi'. DJ stenting hanya sementara sebelum definitive treatment untuk memecahkan batu tersebut. Besar kemungkinan kaedah Lithotripsy (memecahkan batu karang dengan menggunakan peralatan yang menggegarkan dan memecahkan batu tersebut)akan dilakukan. Selepas itu mungkin terpaksa memakai urinary catheter (tiub saluran kencing) buat sementara waktu untuk mengelakkan batu yang dipecahkan tadi akan obstruct perjalanan proses perkumuhan. Peluang calculi akan recur balik ada jadi kenalah berjaga-jaga.
Baru tadi ada berjumpa Cikgu Pak Syed kat klinik. Dia datang untuk f/u kes urology dia. Ada dimaklumkan tentang rancangan kita nak menjemput dia kemajlis nanti. Dia cakap sempat ka tidak kerana kubur dah panggil mari. Insyaalah saya cakap Cikgu dapat hadir untuk berjumpa dengan semua bekas anak muridnya. Dia seronok dengar kita masih pakat ingat kat dia terutama 'kereta buruk' dia.
subhanallah... pak syed masih ada sihat .. aku nak jumpa sangat dengan dia... teringat naik jeep dia tengah padang.
ReplyDeletesatu cerita yang pernah dia cerita aku tak lupa
dia cerita pasai parking jeep dia tu... sapa driver aku tak ingat.. dia dok bagi isyarat untuk undoq .. kawan tu undoq punya undoq dan sampai nak belaga dinding ... pak syed pi tahan dengan tangan dia .... bila sakit baru perasan awat tak tepok body bagi driver dengar yang pi tahan dengan tangan buat apa.... boleh sakit saja katanya.
satu lagi.. cerita kawan aku tentang pak syed .. masa mengajar kat sm darul aman.. ada cikgu kh bunuh diri dengan mambakar dalam bilik kh pada waktu malam. Pagi tu pak syed sampai kelas dulu bila dia masuk bilik dia tengok cikgu dah mati terbakar. pak syed keluar buat do no. kat sapa pun dia tak habaq. bila ada cikgu lain masuk punya lah terkejut... yang pak syed buat tak tau saja....
aku pi kursus dan taklimat kh selalu jumpa dia. tapi sejak 4... 5 tahun nie dah tak jumpa.
SEMOGA SIHAT SELALU CIKGU KITA .. DAN JUMPA UNTUK KITA RAIKAN MEREKA
TERIMA KASIH CIKGU
salam chegu LiMehat,
ReplyDeleteaku dah terima ANTOLOGI CERITA tu ptg tadi , terima kasih banyak2 , rajin hg dok compile
cerita2 tu , baguih jugak buat kenang kenangan .Tuan Pengiran dok tunggu hg nak bawa pi
tengok Dayang!!
aku pun dah terima
ReplyDeletehebat kawan kita nie
sempat buat buku
edit lagi...
terima kasih banyak-banyak
tadi aku sembang dengan cikgu samsuddin deraoh mengajar kita masa seni perusahaan masa tingkatan satu bersama dengan cikgu omar. la nie dia pegawai kat PPD kota setar unit HEM kalau tak silap aku.
aku bagi tau kat dia kita nak buat majlis raie cikgu-cikgu.
aku tanya cikgu omar dokmana. dia pun dah terputus hubungan.. dengan cikgu maisarah dia pun tak ingat tapi setahu dia rumah kat taman uda pun cikgu maisarah tak dok situ .
dia minta aku tanya dekat cikgu nasirah yang mengajar dengan aku.
insya allah aku akan tanya
Aslmkm.
ReplyDeleteEn.Lan & Cikgu Limehad,dah buat passport ka? Tuan Pengiran dok tanya nu sapa nak pi dulu? Aku passport hilang dulu tu tak buat2 lagi,cikgu Halim kata ari tu kalu pakat pi ramai2 macam rombongan tu syok juga,Tuan Presiden pun ada cadang nak join sekali....boleh la kita set date buat rombongan la senang pakat pi ramai2,Tuan Presiden kata kalu boleh tu nak pi sampai Somporna sekali...boleh pekena Rusa Somporna sekali lagi....amacam ...k..
Assalamkm!
ReplyDeleteJamal, idea nak pi semua buat rombongan tu baguih. Aku setuju.Kalau semua pakat joinpun baguih, bukan ramaipun 10 orang saja. Aku pun macam hang jugala pasai pasport tu-aku pindah rumah 3 kali dah. Dok tang mana pun tak tau.Aku ingat hilang dahkot. Depa kata kalau hilang payah sikit prosesnya.
SukarNo dengan Lan jaga baik-baik kitab tu, dah tak dak lain lagi dalam dunia ni. Hanya ada kat ex-smdso yang sepuluh orang tu saja.
Wasalam,
LiMehad. exsmdso
woit ...lie mehat
ReplyDeletekalau buat cetak rompak
boleh ka ?
tapi apa pun
terima kasih atas kiriman hang tu
anak isteri aku pun tumpang baca
tadi aku pi rumah halim
aku bawa buku tu
dia kata dia tak sampai lagi pun
aku kata ... akan sampai juga lah nanti
Aku baru pagi tadi sampai buku tu, terima kasih Limehad!!!! rajin hang compile cerita-cerita tu, boleh simpan untuk cucu baca sejarah tokwan depa.
ReplyDeleteMKM,
Semuga dah sihat sejahtera, penyakit yang hang kena tu, 1997 aku dah kena, sakit jangan cerita, p hospital 3 kali tapi tak boleh detect, kencing berdarah juga, sakit masih ada. Aku makan macam-macam ubat, apa saja petua, akhirnya dia keluar berbutir-butir. Lega rasanya, aku pun tak tau mana satu ubatnya. Penyakit ni dia akan berulang kalau tak minum air banyak. Dua tiga minggu lepas tanda-tanda batu karang tu mai pula, aku mula makan madu asli dengan minyak habbatul sauda, Alhamdulillah, hari ahad lepas keluar pula berbutir-butir, tapi rasanya tak habis lagi, pinggang ada lagi rasa tak selesa, la ni aku masih teruskan makan madu asli dengan habbatulsauda pagi dan malam.
Kalau nak tau lebih lanjut mengenai madu campur habbatulsauda ni, tanya MOHA, dia pakar.
Macam Dr Shaltut bagitau, air kena minum banyak baru InsyaAllah OK.
Assalamulaikum!
ReplyDeleteWoi SukarNo, mana boleh cetak rompak. Bagi hang memang tak sukar (sukar no)., Hantaq p kat majid. Dapat royalti sikit pada penulis kira ok laa, tu pun kalau depa setuju, he..he..he...
Pada yang pakattulis hari tu...tunggu di peti surat anda. InsyaAllah sampai kalau posmen tak sesat.
LiMehad. exsmdso d'Baling
salam,
ReplyDeletesapa shahalim63 tu , sekali-a dok komen ??
harap MKM semakin pulih , boleh la kita
berpantun lagi ..ekk
salam ,
ReplyDeletePak Ya pi mana , senyap saja ,..merajuk ka?
jam 5.30 pagi......
ReplyDeletepunya la rindu dengan kekawan
bukak cari blog nie dulu
pak ya dok tidok lagi
BAKEK.... MU TAK BAKEK LAGI KE
Aslmkm,
ReplyDeleteSemoga ceria2 selalu dan sentiasa didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya kekawan semua,
Kemarin tengah dok buat kerja kat ofis,tiba2 phone berbunyi,amik tengok Tuan Moderator kita yang call,dia kata tak jadi nak balik ke KK pasai sakit kepala,migrain...aku pun bagi tau dia kekawan kata sakit kepala tu pasai migrain ka atau pasai tengok kain telekong tak basuh lagi....hehe..Pukoi sebelaih lebih aku pi amik dia mai round2 kot Alor Setar n janji dgn Tuan Syafi nak makan tengahari..tuan sibuk pukoi satu baru habih meeting...lepaih solat zohor bersama kat pusat dakwah kami pun cari port utk makan tengahari...borak2 nak pasang streamyx dgn Tuan Manager nak guna nama anak pasai nama sendiri dah kena blaklist dgn TM pasai tak bayar AC lama...tut2 dekat pukoi 2.30 baru kami bersurai ke destinasi masing2..aku dgn Moha terus balik mai sembang kat umah aku pulak sampai asar...
pasai nak kena amik anak dan moha dok tunggu anak buah dia nak pi buat promosi pulak d karnival 2 tahun Pakatan rakyat kat batu 9,aku drop moha kat Masjid Sultanah dan teruskan aktiviti harian aku.......
Wassalam....jumpa lagi Insya Allah...
Asklm,
ReplyDeleteTq, pada cikgu Limehat. Ana dah terima buku cermin gerumit hari ni. Surat sampai di sekolah. Ana ni tak pernah terima surat dari kawan, kalau ada pun dari bank adalah. Ada kawan ana kata ada surat kat opis sekolah,dan bila ana buka alhamdulillah cenderahati dari kawan kita ana dah terima. Buku tu akan jadi buku kisah hidup kita dsmdso dan boleh jadi tatapan anak kita dimasa lapang.
Sebelum ana undur diri, ana nak bagitaula pada semua kekawan kita bahawa kawan kita Sukar No telah mengalami kemalangan jalanraya ketika ia hendak menyampaikan satu ceramah di masjid di Perlis. Dalam kemalangan itu beliau selamat tetapi keretanya cedera parah dan dimasukkan ke ICU di Perlis. Ana tau ni pun pasai Sukar No mai rumah ana naik motor. Sekarang ni Cikgu Sukar No cikgu bermutu la ni .
Ana ada satu cadangan untuk semua ex smdso, itu pun kalau setuju. Ana cadang kita buat satu tabung umrah untuk setiap orang dan bila duit dah cukup ,kita sewa Air Asia ke Mekah. Bayangkan kalau idea ini berjaya, kita semua pi dalam satu kappal terbang dan buat amalan umrah bersama, alangkah indahnya. Malam di Mekah kita boleh sembang dibawah lampu sambil pekena roti arab dgn susu unta , lepaih tu kita sama -sama berjalan ke kaabah untuk tawaf sunat, woi tentu seronok. Kalau setuju kita boleh mula kumpul duit dari skrg dan tentukan bila nak p. Urusan umrah jgn risau krn Cikgu Sukar No ada dan boleh uruskannya . Macam mana setuju ka kawan-kawan.
HPH,
ReplyDeleteAku lebih drp SETUJU. Habaq mai saja bila nak pi.
Asm,
ReplyDeleteAlhamdulillah Cikgu Sukarno selamat untuk meneruskan perjuangan. Pasal keretanya yang cedera parah dan masuk ICU tuu maaflah tak dapat nak bagi nasihat dan pendapat. Kalau orang bolihlah..
Terima kasih kat Cikgu Li Mehat kerana kompilasi cermin gerumitnya telah selamat diterima hari Rabu lepaih kat hospital. Kalau kulit keras tentu lebih uummphh..Sori melawak saja. Dah habihh baca seround sebaik saja sampai kat tangan. Thanks a lot..
Cadangan HPH memang baik sangat. Tapi Haji pun tak naik lagi. Tolong bagi pendapat kekawan?
Li,terima kasih atas buku "Cermin Gerumit"yang hang hantaq tadi.Aku ingat tak dapat pasai cerita aku pun ada satu saja dalam tu,tak sangka pulak aku dapat spesial delivery dari hang petang tadi.
ReplyDeleteAku salute hang atas usaha hang tu dan semoga buku ni jadi penghibur kita dikala sepi :).
Apa yang penting kita masih dapat berhubung diantara satu dengan lain walaupun sibuk dengan tugas masing2.
WA.
Che E.
Assalamualaikum
ReplyDeleteDah lama tak join, hanya setiap hari dok baca apa yang sahabat-sahabat dok tulih. Rasa teringin juga nak komen juga apa yang di ketengahkan oleh Dr Ahmad Shaltut iaitu haji tak pi lagi macam mana nak buat umrah.
Pada asasnya salah satu daripada syarat wajib haji ialah cukup belanja perjalanan termasuk semasa di Mekah, Madinah dan segala urusan berkaitan juga belanja peninggalan di Tempat bermastautin
Dari syarat ini maka setiap muslim wajib mengutamakan peruntukan untuk menunaikan haji terlebih dahulu. Kalau nak dikirakan tidak boleh berbelanja kepada yang tidak wajib sebelum menunaikan haji bukan sahaja belanja untuk menunaikan umrah.
Ketidakcukupan perbelanjaaan kewangan atau masa untuk pergi menunaikan tidak dikira sekiranya seseorang muslim itu telah berbelanja kepada perkara lain yang tidak wajib.
Oleh yang demikian umrah yang dikerjakan sebelum haji sekiranya ia menggunakan peruntukan kewangan dan masa yang perlu untuk haji adalah tidak boleh.
Bagi seseorang lelaki wajib baginya mengerjakan haji setelah dia berpendapatan sendiri yang simpanan mencukupi untuk perbelanjaan haji sebelum memiliki kenderaan mewah dan isteri.
Walaubagaimana pun haji boleh ditunaikan sekali seumur hidup tetapi kita tidak tahu akan hidup sampai bila.
tuntutlah lima perkara sebelum datang lima perkara
HIDUP SEBELUM MATI
SIHAT SEBELUM SAKIT
KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK
MUDA SEBELUM TUA
Sabda Rasullallah SAW yang maksud lebih kurang "Berkatalah yang benar walaupun pahit"
Akan ditanya di akhirat nanti, Harta yang ada bagaimana diperolehi dan kemana dibelanjakan. Begitu juga masa yang hidup kita apa yang kita buat.
Semoga kita semua mendapat kejayaan dan keberkatan
Wassalam
Asslmkm 2 all!
ReplyDeleteTadi(petang) p rumah Che E, pekena teh tarik dengan pulut udang panaih-panaih.Menyelerakan. Terima Kasih.
Terima kasih pada yg dah terima antologi cermin grumit- itu saja yg dapat saya sumbangkan pada kawan2.
Wslm. LiMehad
Benar apa kata Tuan Prof,tapi memandangkan kita diMalaysia terikat dengan kuota yang ditetapkan oleh KSA maka jadilah orang yang mendaftar tahun ini akan dapat mengerjakan haji 7 atau 8 tahun kemudian.
ReplyDeleteDalam situasi begini Umrah sunat tidak dilarang kerana ia dapat dilakukan sepanjang tahun selagi kita mempunyai belanja yang cukup apabila tiba masa mengerjakan Haji nanti.Lagipun umrah dapat melatih diri kita untuk persediaan mengerjakan Haji nanti.
Selagi kita mempunyai niat mengerjakan Haji dan berusaha untuk memunaikanya,inshaallah niat kita akan dikira oleh Allah walaupun kita tak sempat menunaikannya.
WA,
Che E.
Assalammualaikum,aku bukannya sibuk pun cuma seronok baca apa yang hampa dok tulis.Cadangan HPH tentang umrah tu memang menarik dan aku bersetuju 100 percen.Cuba survey balik dalam group kita berapa banyak lagi yang belum pernah ketanah suci Makah AlMukaramah.Syok oi dok disana tak dapat nak cerita.Aku cadangkan supaya dibuka satu tajuk baru iaitu pengalaman berada ditanah suci...bukannya apa nak bagi semangat kat kawan2 yang belum pernah kesana.Macam HPH kata selepas Isya pi kena teh tarik kena kebab,nasi mandi dan kemudiannya melakukan tawaf sunat...payah nak gambarkan.Terima kasih
ReplyDeleteSdr Li Mehad,
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak, dah terima cermin gurmit minggu ni..
Wassalam,
MKM
Johor Bahru
Aslmkm wrth.
ReplyDeleteAku dok tengok jugala posbox aku tiap2 hari pasai ramai kawan2 lain dah dapat,kat aku tak dak sama ka,teringin jugala nak terima antologi cerita Cermin Gurumit tu.....rupanya posman kemarin baru dia antaq mai kat umah aku....Terima Kasih la Cikgu Limehat pasai baling mai buku tu juga kat aku ni....Terima Kasih ataih usaha tuan tu....moga tuan boleh tingkatkan usaha tuan ini untuk benar2 menjadi penulis antologi cerpen yang tersohor satu hari nanti....Tahniah Cikgu Limehat...
Jamal,
ReplyDeleteWaalaikumsalam.
Aku ingat buku tu sampai kot-kot dia pi alamat rumah yang lagi satu??? Jangan marah....
Assalamualaikum!
ReplyDeleteAsri, hang punya pun ada. Lambat sikit kot, tiket habieh.Nak naik kapai selam tak boleh selam, nak naik kapal terbang enjin kena curi. Posmen kena naik sampan kayuh.
hehehe.... Kalau posto tak sesat adalah tu, InsyaAllah.