Assalamualaikum, diharap semua kawan-kawan semua dalam keadaan baik hendaknya diberi Allah. Pada pg ini saya ingin berkongsi cerita dialog antara Allah dan malaikat Jibrail.
Pada suatu ketika Allah s.w.t telah memanggil malaikat Jibrail datang mengadapnya. Allah s.w.t telah memberitahu malaikat Jibrail bahawa ia telah membina shurga dan meminta malaikat pergi melihatnya dan melapurkan apa yang telah dilihatnya. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t tanpa berlengah , malaikat Jibrail dengan segera menunaikan tanggungjawabnya meninjau keadaan Syurga.
Setelah beberapa ketika , kembalilah malaikat Jibrail dengan rupa yang teruja dan membuat laporan pada Allah bagaimana keadaan syurga. Malaikat Jibrail menyatakan bahawa ia belum pernah lagi melihat tempat yang begitu indah sekali dan yakin bahawa setiap makhluk ingin mendiaminya walaupun hanya mendengar ceritanya sahaja. Setelah Allah s.w.t mendapat laporan dari malaikatnya, ia menitahkan sekali lagi malaikat Jibrail melihat syurga untuk kali ke dua. Pada kali ini malaikat kembali dengan wajah yang muram dan memaklumkan bahawa , ia takut tidak ada seorang makhluk pun yang berupaya memasukinya kerana syurga itu telah dipagari dengan perkara-perkara yang mana makhluknya tidak suka melakukannya seperti, solat, zakat, berjihad, melakukan perkara yang diminta Allah menunaikannya. Oleh krn kesukaran ini malaikat merasakan bahawa agak sukar makhluknya (manusia) melepasi pagar yang memagari syurga tersebut
Setelah Allah s.w.t mendapat laporan berkenaan syurga dari malaikat Jibrail, Allah s.w.t menitahkannya pula untuk melihat pembinaan neraka. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t malaikat Jibrail pun segera membuat lawatan ke nereka. Sekembalinya dari pemantauan itu , malaikat Jibarail menyatakan bahawa belum pernah lagi ia melihat tempat yang begitu dahsyat siksaanya dan dia merasa yakin tidak ada satu makhluk pun yang ingin memasukinya walaupun hanya mendengar ceritanya shj.
Setelah Allah s.w.t mendapat laporan dari malaikat Jibrail tentang keadaan dan rupa neraka, Allah s.w.t telah menitahkan malaikat Jibrail mengunjungi sekali lagi keadaan neraka. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t , malaikat Jibrail pun pergi meninjau keadaan neraka untuk kali ke dua. Sekembalinya dari tinjauan itu, malaikat Jibrail menyatakan bahawa keyakinannya bahawa ramai manusia akan memasuki dan mendiami neraka kerana neraka telah dipagari dengan wanita cantik, arak, judi , berzina , berbunuhan , dan melakukan perkara-perkara maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Kesimpulannya dari cerita di atas, kalau hidup kita sekarang ini jauh dari syariat Allah dan kita merasa seronok melakukan kejahatan di dunia maka nerakalah tempatnya. Oleh itu renung-renungkanlah diri kita.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.
No comments:
Post a Comment