Assalammualaikum semua kawan-kawan!!!
Syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH swt, sehingga kini kita masih lagi dapat berinteraksi di alam maya disamping dapat memanjangkan ikatan silatul rahim yang telah sedia terbina sejak zaman persekolahan lagi.
Pada hari ini genaplah usia blog ini selama 3 bulan lima hari, berjaya menghidangkan berbagai maklumat dengan gayanya yang tersendiri. Terima kasih kepada sahabat kita, Moharaziff yang telah berusaha mempertemukan semula semua kawan-kawan di alam maya setelah hampir 30 tahun berpisah, masing-masing dengan tugasan yang berlainan di dalam mengharungi saat suka-duka, pahit getir kehidupan.
Pada hari ini juga, genaplah 2 bulan pertemuan ex smdso di Sala Classic yang telah mencetuskan nostalgia yang amat berharga bagi kita semua. Semoga segala usaha murni ini diberkati oleh ALLAH swt serta mendapat rahmat dan petunjuk olehNYA.
Dan yang lebih hebat lagi, pada hari ini jugalah merupakan hari ulang tahun keputeraan serta kewafatan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
Sukalah saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menjayakan posting ini.
Sebanyak 301 komen diperolehi melalui 2 posting (yang sama) di samping sajian 56 cerita dari penulis telah menjadikan posting ini memperolehi 'rating' tertinggi sehingga kini. Syabas diucapkan kepada semua kawan-kawan yang meluangkan masa bagi menyumbang segala bentuk cerita, pendapat serta komen yang bernas di dalam posting ini.
Untuk makluman kawan-kawan, 4 pemenang yang dipilih akan dibahagikan kepada 2 fasa masa yang berlainan untuk datang melawat / bercuti selama 4 hari 3 malam di Negara Brunei Darussalam. Ini bagi membolehkan mereka memilih masa yang sesuai mengikut tugasan masing-masing disamping memberi peluang kepada saya untuk menyambut tetamu kehormat ini dengan lebih selesa serta mendapat layanan terbaik ketika berada di Brunei Darussalam. Hanya 2 pemenang akan datang ke Brunei pada satu tarikh, manakala 2 pemenang lagi akan datang pada tarikh yang lain (dalam tahun 2010), akan ditetapkan mengikut kesesuaian / kelapangan pemenang.
Jadual lawatan akan dipaparkan kemudian didalam blog ini. Juga dimaklumkan, peraduan menulis cerita ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, ianya sekadar sumbangan yang sangat kecil dari saya buat kawan-kawan semua, selain dapat berkongsi pengalaman hidup di perantauan bersama saya yang telah ditakdirkan oleh ALLAH swt untuk mencari rezeki di sini.
4 pemenang yang telah berjaya adalah...................
1) Mohd Roslan (Lan Siam)
2) Cikgu Li Mehad
3) Ir Jamal Nasir
4) Halim Pak Aji - HPH
Sila buat passport international segera (bagi yang belum ada), masing-masing bolih pilih partner masing-masing, dan sila cadangkan tarikh yang difikirkan sesuai untuk datang ke Brunei.
Tolong bagi - No. tel untuk dihubungi selepas ini. Kepada yang tidak berjaya, insyaALLAH tahun depan masih ada lagi peluang ................................... kita buat cerita lain pula dalam blog.....
Wassalam.
Assalamualaikum
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang-pemenang pertandigan mangarang.
Nampaknya ruangan ini sepi hari ini. Harap Moha dapat mengujudkan satu ruangan interaksi antara kita semoga hubungan silaturrahim diteruskan.
Taniah untuk 4 sahabat yang menang, semuga perjalanan sahabat-sahabat akan diberkati Allah
ReplyDelete