Friday, January 29, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT 13 Safar 1431

RENUNGAN HARI JUMAAT

Assalamulaikum kawan-kawan semua. Ana harap semuanya dalam kesihatan yang baik. Meriah sungguh blog ini dengan cerita-cerita dari kawan-kawan kita. Alhamdulillah dalam kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu apa yang ana dapat di pagi Jumaat.
Pada masa manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar manusia telah berhujah dengan Allah atas sikap lalai manusia diatas muka bumi. Manusia berhujah mengharapkan Allah menerima hujjah mereka dan memasukkan mereka kedalam syurganya, tetapi setiap hujjah yang disampaikan oleh manusia dipatahkan dengan Hujjah dari Allah.


Hujjah pertama.

Manusia yang kaya. Mereka ini memberi hujjah bahawa mereka tidak dapat melakukan suruhan Allah kerana Allah telah memberi kekayaan kepada mereka di dunia. Oleh sebab kekayaan itulah mereka terpaksa bekerja untuk mengurus kekayaan itu siang dan malam sehinggakan tidak ada masa untuk menyembah Allah.
Hujjah Allah pada manusia seperti ini ialah sesunggunhnya Nabi ku Nabi Sulaiman telah diberikan kekayaan yang banyak tetapi kekayaan itu tidak sedikit pun melalaikan ia dari menyembah aku (allah) malah menjadikan nabi sulaiman seorang yang mulia di sisi allah.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.


Bersambung diminggu hadapan..............................

Renungan bersama.
Apabila kita beroleh kesenangan serta keseronokan hendaklah kita bersyukur padanya (ALLAH) dan apabila kita menerima musibah hendaklah kita redho dengannya..

3 comments:

  1. Alhamdulillah, peringatan yang berguna untuk kita semua.........

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikm semua,

    Terima kasih dengan peringatan tu. Apapun bagi aku kekayaan itu adalah tidak bergantung kepada banyaknya harta tetapi sesorang itu kaya apabila orang itu dapat menunaikan zakat hartanya dan membelanjakan pada jalan yang diredhaiNya. Walau kaya manapun kalau tak keluaq zakat- miskin lah tu.

    LiMehad. Seri Malaysia, Kulim

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.

    Pagi ni dok tengok kut ada Kuliah Jumaat.....tapi tak dak lagi..pi mana menyepi diri lama tak bersahut cerita..takkan menghilang diri begitu lama ....teruskanlah dengan Al-Kuliah ante ya sheikh ......Moga Allah SWT mempermudahkan ante.....wassalam

    ReplyDelete