Friday, January 22, 2010

Renungan Pg Jumaat

Alhamdulillah , dengan izinnya ana dapat bersua kembali digerbang ciber . Pada pagi Jumaat ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin kita sama-sama boleh amalkan. Amalan yang baik kita amalkan selalu setiap hari dan di pagi Juamat seperti:

1. Bacaan setiap hari surah Al-Mulk kerana ayat ini akan menjadi peguambela kita setelah kita berada dialam Barzakh.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)


2. Bacaan surah Al-Quran pada setiap hari Jumaat -Surah Al Kahfi

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)

Ada 4 golongan manusia dikalangan kita.

i. Oarang kaya tapi berilmu (mengamalkanya)
ii. Orang kaya tetapi tidak berilmu
iii. Orang miskin tetapi berilmu.
iv. Orang miskin tetapi tidak berilmu

Renungan untuk sahabat semua. Diri kita dalam kumpulan mana?


Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. HPH,

    Hang telah dilantik untuk menjadi 'Kolumnis Setiap Pagi Jumaat' dalam blog ini. Adalah menjadi tanggungjawab hang untuk menerbitkan artikel ataupun bahan bacaan seumpamanya pada setiap hari Jumaat. Aku rasa semua kawan-kawan yang lain pun setuju dengan perlantikan ini. Teruskan menulis untuk memberi peringatan yang amat berguna kepada semua sahabat-sahabat kita serta beristiqamah dengannya semoga mendapat keredaan serta rahmat dari ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  3. Nak tambah sikit,
    Sabda Nabi SAW,"Janganlah kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam2 yang lain.Janganlah kamu menngkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari2 yang lain kecuali ia dalam puasa yang sesaorang kamu berpuasa." HR Muslim.

    Cik E

    ReplyDelete
  4. Cik E,

    Aku lantik hang untuk menulis artikel yang berupa hadis RasulALLAH yang ditinggalkan untuk diamalkan serta menjadi panduan untuk kita semua. Ianya bolehlah diterbitkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. MUTIARA UNTUK SAHABAT-SAHABATKU mungkin boleh menjadi tajuk ruangan penulisan buat hang dalam blog ni. HPH dah ada RENUNGAN PAGI JUMAAT.

    Moha, tolong contact Che E, untuk beri ruangan khas buat beliau.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Asri,tak payahlah nak ada column khas untuk aku,aku pun bukan pakar Hadis sangat,lagipun aku malas sikit nak tulis panjang2.Kalau boleh selit satu dua Hadis tu ntuk panduan kita bersama,Inshaallah aku akan tulis.
    Dok pi dengaq kuliah Riyadhus Shalihiin tu kena amal amalkan jugak,tak gitu HPH.
    Nabi SAW dah pesan nanti diakhir zaman akan ada banyak sekali perselisihan dan sesiapa yang berada dizaman itu hendaklah berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafah al Rashidin dan gigitlah kuat2 dengan gigi geraham kamu (pegang sungguh sungguh).

    WA
    Che E

    ReplyDelete
  6. Salam,alhamdullilah ada juga kawan2 yang sentiasa memperingati kawan2 yang lain.Aku sokong 110% cadangan asri tu seperti pepatah melayu ' sambil menyelam minum air' jangan lemas cukup la

    ReplyDelete