Friday, January 15, 2010
3 Hadiah Percuma : Lawatan 4 Hari 3 Malam Ke Negara Brunei Darussalam
Hadiah berupa lawatan ke Negara Brunei Darussalam 4 Hari 3 Malam berserta penginapan (termasuk makan & minum) kepada sesiapa yang berjaya menulis "Pengalaman yang tak dapat di lupakan semasa kita sama-sama berada di alam persekolahan SMDSO". Tulisan pengalaman (kisah benar ini) hendaklah di paparkan di dalam blog ini.
Tajuk : Pengalaman Yang Tidak Dapat Di Lupakan Semasa Di SMDSO 78-80
Panjang Tulisan : Ikut Suka
Penyertaan : Terbuka kepada semua ex SMDSO 78-80
Tarikh Lawatan: Boleh runding ikut kesesuaian / kelapangan penulis yang berjaya.
Jumlah Hadiah : Untuk 3 penulis / pemenang yang terbaik.
Perbelanjaan: Di tanggung sepenuhnya ketika berada di Brunei (Bawa baju dan badan saja)
Keputusan Hakim adalah muktamad (Bukan Hakim Cokelat HACKS)
Hadiah Tajaan : Ir Mohamad Asri
Tarikh Tutup penyertaan: 25.2.2010
Selamat menulis, Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalmulkum,Tu dia haih, dok tunggu pa lagi, jom balun tuleh. Aku jadi juri awam bolehlaaa. Manatau kot ada tiket free untuk juri. Apapun terima kasihlaa kat Tuan Pengiran yang sponsor hadiah tuh! limehad,baling.
ReplyDeleteWalaikumsalam Li Mehad,
ReplyDeleteHang takkan tak teringin nak mai Brunei. Tuleh laa cerita sikit masa kita sama-sama di SMDSO dulu. Takkan takdak cerita langsung kot?
sslamualaikum semuaSaya akan kembali
ReplyDeleteAssalamualaikum semua. Sudah lama ana tidak menulis.Bukannya apa, sibuk dan ada masalah teknikal. Walau bagaimana pun ana sentiasa masuk jenguk blog kita ni. Meriah sungguh kawan-kawan kita berpantun. Reasa seronok tapi sayang ana tak boleh joint sekali krn masalah teknikal.
ReplyDeleteINDAHNYA HIDUP INI JIKA HIDUP BERSYARIAT
Jom kita pakat-pakat tulis, tengok sapa yang berjaya.
ReplyDeleteHPH,
ReplyDeleteKalau ada masalah teknikal, jumpa engineer kita cepat-cepat. Yang paling dekat, Ir Jamal Nasir. Dia boleh pebetoi mana skru badan yang dah longgaq. Dalam banyak-banyak engineer, dia yang paling berpengalaman dan berkebolehan. Bukti dah ada.............. 10 orang ooooiiiiii... murah rezeki, amin.....
Asslmkm! Mana pi habeh kawan yang ghamai2 pi sala clasic dulu tu, dok tengok yang dok jengok di sini nama yang sama saja? Aku nak mula cerita aku ni. Mai pakat baca...tapi jangan baca dulu sampai aku habis karang nanti hangpa menyesal pasai baca cerita sekerat-sekerat. Biaq elok habeh baru boleh baca lepaih tu pakat bagi markah berapa dapat. Aku pesan dulu supaya nanti jangan menyesal bila baca cerita aku ni rupanya takdak apapun yang aku nak cerita. Janji no! Jangan baca. Kalau dah sampai tangni dah maknanya tu hangpa dok baca lahni, tak boleh pegang pada janji ni. Sapa suruh baca ni,bukan awai tadi AKU DAH PESAN tapi hangpa degil mesti nak baca juga sebab tu kalau terkena jangan marah kat aku pasai awai-awai lagi dah pesan jangan baca. Dok baca lagi ka..... he..he..he..!!!
ReplyDeleteSumber: Li Mehad. Baling
Cerita macam ini pun aku rasa ada peluang nak menang. Yang lain tu dok tunggu apa lagi, bila lagi nak karang cerita?
ReplyDelete1NEGARAKU
ReplyDeletealkisah ini terjadi sekitar kita di form 2 atau 3 , kebiasaanya setiap awal minggu kita ada perhimpunan (semua orang tak suka , pasai masa tu lah cikgu nak check rambut , stokin pakai sebelah , rambut ada ekoq dan mcm mcm lagi yg tak kena hehe .
sebelum cikgu besaq nak briefing apa apa , kita semua sama sama nyanyi lagu Negaraku , tapi disatu pagi tu ada suara SORANG SORANG DIA punya kuat nyanyi negaraku , sat sat bunyi kat sebelah sini , sat sat timbul sebelah sana ..hehe , aku dah tau sapa DIA , sebab dia mai nyanyi sebelah aku lepas dia menyelinap tunduk pi tang lain pulak .
Dalam hati aku dia ni memang cari nahas..habih saja Negaraku , dia buat bodo saja , dia ingat dia teror tapi dia kantoi pasai kat belakang sana ada pengawas , hehe ..apa lagi kena pi depan dgn lagaknya dan dapat la habuan .....sapa tu hg pa ingat dak ..apa khabaq saudara Kamarulzaman sarajul (LUT)..? Hang memang brutal !!!
Tuu dia.... cerita pertama dah muncul. Kawan-kawan yang lain.... Che E, Moha, Mi Tokwan, Cik Gu Mid, E Pak Non, Mejor Yusof, BaE, Cikgu Roslisham, HPH, MKM, Pak Ya, Ustaz Shafi, Ir jamal, Jai, Mat Wi dan lain-lain...........mana cerita hangpa semua. Harap semua kawan-kawan dapat tulis satu cerita untuk di kongsi bersama, buat kenang-kenangan. Hadiah dok tunggu ooooooiiiiiiiiiiii. Jangan lepaskan peluang.
ReplyDeleteLan,
ReplyDeleteceghita hang memang baguih, plot dah ada cuma perlu diperendang lagi saja. Watakpun cukup kuat tu. Ada peluang ni...Mat Wie tunggu pa lagi. Hang dengan Rosjan dulupun hebat juga.
Juri boleh bagi 8.5markah untuk Roslan. (1 biasa hingga 10 paling luarbiasa) - Juri awam.
Assalamualaikum wrth.
ReplyDeleteApa habaq semua, harap2 semuanya sihat2 la no...
Banyak hari juga tak tengok blog ni,cuti sultan kedah, bawa anak cuti2 malaysia,jalan santai2 pelan2 bertolak dari A/S ptg Sabtu melalui Gurun,Jeniang terus ikut Highway Kupang -Grik,rest sat kat RNR Grik terus drive melalui highway timur/barat n bermalam di Jeli..esok jalan2 di Kota Bharu,beli budu,kropok n lain2 pas tu drive dari KB melalui Gua Musang,Loging n terus ke Cameron Highland melaui highway baru Loging ke Simpang Pulai,bermalam di C/Highland bagi anak2 rasa udara sejuk pasai tak dak chan nak p oversea..esok shoping strawberry n beli apa yang patut terus balik A/S melalui highway Utara Selatan...sampai umah dalam pkul 5.00ptg dgn lbihkurang 1040KM perjalanan...
Saja nak cerita kat kawan2 syok jugak bawak anak2 jalan macam tu tak tension sangat,belanja pun tak mahai, sambil santai2...
Mula tadi ingat nak tulih cerita2 lama,tapi tak dan lagi,idea tak mai,jadi tulih hat ni dulu la, pasni haa..baru nak masuk pertandingn 4 hari 3 malam la pulak....
Jom kita pakat2 p Brunai ...
Ikan sepila dibuat kering
Baca Pi la jangan boring
Wassalam...
Jamal Nasir
Asalamualalaikum! Aha,..ni cerita jenis pengembaraan, banyak pengalaman yang dapat dikutip oleh anak-anak. Lancar dan sesuai untuk bacaan santai. Sesuai untuk anak kita yg tengah dok nak besaq. Juri awam boleh bagi 5 markah saja.- Juri awam.
ReplyDeleteSalam,aku dok usha2 kalau2 cerita benar yang nak aku ceritakan akan diceritakan terlebih dahulu ole member2 lain tapi sampai saat dan ketika ini belum ada jadi aku nak cerita lah ni.Masa tu kalau tak silap dalam tingkatan 4 pasal masa tu ada marka(awek) dalam kelas.Cerita ini melibatkan ramai pelakonnya saperti Ramlee,Unta,Shal(minta maaf kalau silap),aku dan pelakon utama Lut dan ada heroin nya iaitu ......saspen la sikit. Dalam cerita ni Lut yang plan segalanya.
ReplyDeletePagi lagi aku,unta dan shal bertolak ke Pekan Langgar kerumah ramlee dgn menaiki basikal(masa tu mana ada motor).Kira2 berpeluh juga lah nak sampai.Sampai disana Ramlee bagi tau yang Lut dah dua tiga kali mai rumah dia tapi kami tak sampai lagi.Selepas menunggu hampir sejam Lut tak sampai juga jadi kami ambil keputusan meneruskan perjalanan kami.Destinasi nya ialah rumah heroin kita la iaitu (bersambung)
Sambungan...Destinasi kami ialah kerumah Jaliza di Pekan Bukit Pinang. Yang syoknya orang yang plan tak boleh ikut tapi tak apa lah. Bila sampai kerumah Jaliza orang tua dia tengok semacam saja(masa tu mana ada orang jantan berani pi rumah perempuan) dan kebetulan pulak dia anak imam disitu(kalau tak silap aku la). Si Jaliza ni dah siapkan macam2 kueh untuk hero2 yang pi rumah dia tu. kami ni apa lagi balun la apa saja yang dok ada atas meja tu(lapar la ooi pasal kayuh basikal punya jauh. Selepas itu kami semua pergi naik ketangki proses dan simpanan air berdekatan.Aku tak berapa ingat tapi ada seorang lagi budak perempuan ikut serta.Nak naik ketempat proses dengan basikal tak boleh pasal jalan curam jadi kami tinggalkan basikal kat bawah la.Selepas naik menikmati suasana dipuncak tangki air tu kami pun turun. Yang syoknya bila turun saja kami dapati tayar basikal kami dah tak ada angin dan tempat duduk basikal pun orang cabut.Hero semua cool saja,selepas mencari seat basikal yang diletakkan berselerak dan menolak basikal kekedai basikal di Pekan Bukit Pinang kami pun pulang.Antara pengajarannya kalau plan sangat2 mungkin tak jadi. Salam
ReplyDeleteDah ada 2 cerita. Kalau yang lain tak tulis, kedua-dua penulis ini mesti menang. Tuleih, jangan tak tuleih.!!!!!!!!
ReplyDeleteSetiap penulis boleh menulis lebih dari satu cerita / pengalaman yang telah dialami semasa berada di alam persekolahan SMDSO dulu. Jom ramai-ramai pakat tuleih..........bagi memeriahkan lagi blog ini.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletemana pi juri awam kita..? . sebenarnya banyak lagi cerita2 nakal kita dulu , hai ..mat wi diam saja ,layan..hehe
Tudia, cerita Yahaya cukup menarik, penuh dngan unsur suspen. Ada peluang...yang lain tunggu apa lagi. Markah kena simpan dulu takut org lain tak berani tulis. -Juri awam
ReplyDeleteTentu kawan-kawan masih ingat kawan kita Sukri Saad orang Telok Bukit Pinang. Bila musim buah durian, dia akan jemput kita p makan durian di dusun dia. Aku boleh katakan tak pernah tak p. Ramai kawan-kawan yang p makan durian kat dusun dia, kalau tak salah aku Moha, RAR, Azhar Ibrahim, Bae, Bakri, Dr Shal, SukarNo dll pernah p dusun dia di Telok.
ReplyDeleteMak dan ayah kri cukup-cukup baik. Bila sampai di dusun, ayah dia dah longgok buah durian, manggis dan rambutan untuk kami semua makan. Lepas makan, balik rumah mak dia jamu pulut durian lagi, nasi pun ada. Aku masih ingat semua. Dah kenyang mulalah merayau kat kampung tu, zaman tu ada yang naik moto dan ada yang naik gerek.
Ada sekali tu Bae bawa basikal, turun gon pun dia kayuh, macam india baru dapat basikal. Laju jangan kira, apa lagi terbabas, jatuh basikal, menyulur atas batu lada, luka sana sini, tapi yang teroknya tulang tangan dia patah, muka dah pucat lesi. Balik rumah kri, ayah dia bawa p jumpa tukang urut. Tapi Bae bila balik rumah dia di Langgar, dia p jumpa bomoh urut di Alor Rela (Hj Man Patah).
Cerita 4 Sains3 dan 5 Sains 3
Guru kelas kami nama Loh mengajar Matematik moden. Ada yang panggil dia kominis (termasuk aku) sebab sifat perkaumannya yang cukup kuat. Bila masuk kelas kami, dia malas mengajar, murid nakal-nakal, dia tulis ada yang baling kapur. Selalunya buat kerja sendiri, dia duduk depan buat kerja dia. Dua kali dia nak kena penumbuk, sekali dengan Mat Akhir Ibrahim dan sekali lagi dengan Kri Saad.
Ketua kelas kami Ismail Zakaria, budak baik. Kedatangan dia yang tanda. Mat Khir selalu ugut dia suruh tanda kedatangan mai walaupun dia ponteng sekolah. Mat khir ni cukup-cukup nakal, ada sekali tu dia bawa rokok dalam kelas, cikgu tak dak, dia hisap rokok dibelakang (dia memang duduk belakang sekali sebelah Asri) Mail punyalah merayu suruh dia padam rokok takut cikgu mai, dia buat muka selamba saja. Ada juga sekali tu, dia bawa rokok bidi (rokok india) bahagi dalam kelas, aku, rosjan, salehi ada bahagian masing-masing.
Cek E pun boleh tahan juga, kena tangkap koyak buku gambar burung dalam library, cik gu Radhi penolong kanan rotan dia di makmal fizik, kena serotan, dia suruh cikgu berhenti, sebab sakit, gosok buntut dulu, tunduk balik, kena lagi sampai habis 3 rotan.
Dalam kelas kami ada Kevin Keegan, dia mengulang sebab BM dan geografi dapat 9, subject science dan matematik dia sapu bersih, semua A. Dalam kelas kalau cikgu tanya, jawaban dia, nama Kevin Keegan pemain bolasepak. Aku ada jumpa dia beberapa tahun lalu di Puduraya, dia dah jadi saudara baru, dah kahwin dan waktu tu dia kerja di hospital Seremban.
Ada sapa-sapa yang nak cerita kisah cikgu Baretta. Dulu Rosjan kata kalau dia dapat kredit Mat tambahan, dia akan junjung Baretta bawa keliling satu sekolah.
Banyak lagi kalau nak cerita, tapi cukup setakat ni dulu. Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Li Mehad,
Jangan jadi juri saja, banyak cerita di sekolah dulu, tulislah untuk memeriahkan lagi blog kita ni.
Perhatian
Ada sapa-sapa nak cerita bagaimana kita kena tangkap dengan Inspector Nato di Jalan antara taman Uda dengan Taman Muhibbah. Moha yang kena tangkap dulu, dia patut cerita.
salam sahabat ,
ReplyDeleteBaca cerita Mat Wi pasal kevin keegen tu , aku teringat kisah dia ni ,selekeh, cakap melayu pun telo saja ,dia pelajar mengulang pasal b.m 9 , yg lain math , add math , science subject dia dapat 1 atau 2 saja , cukup hebat zaman tu.Aku dok mengutuk dia la , apa la b.m senang saja pun tak boleh pass ka? .
Masa periksa spm 2nd time, aku tengok dia lukis gambaq lembu saja utk subject geografi . Nasib baik dia dpt 8 utk b.m sama mcm aku .Padan Muka aku dok kutuk dia ..hehe
Salam semua sahabat,
ReplyDeleteDah ada 5 cerita dari 3 orang penulis.
Mohd Roslan : (2) - NegaraKu, Kevin Keegan
Pak Ya : (1) - Jaliza
Mat Wee (2) - Dusun Kri Saad, 4&5 Sains 3
Semua ada peluang untuk menang. Yang lain mana lagi? Mana cerita Che E dan lain-lain sahabat. Mi Tokwan, bila lagi nak tuleih? HPH tentu banyak cerita dok di asrama dulu dengan arwah Pak Chot? Moha lama sangat dok diam, hang lena kaaaaa?
Salam,
ReplyDeleteAsri, Aku bukanlah dok lena tp dok teringat Mas'Leena' ...pasai baru ni p jumpa dia di konti radio ikim...
Hangpa sabar sat, aku tengah dok karang 2 citer ni...tapi Mat Wi pi habaq pasai aku kena tangkap dgn inspektor Nato lak, dah jd 3 citer.
Tunggu...
Aku ni cerita tak la banyak ingat sangat,tu pun Mat Wee dah karau semua sampai aku kena sebat pun dia dah habaq.
ReplyDeleteYang aku masih ingat masa Tkt 3 dulu,masa hari Guru kut kalau tak silap.Aku pi depan menyanyi satu lagula,konon nak hadiah kat cikgu.Kalau tak silap lagu 'I can't live' dari 'Air Supply'.,punyalah penuh perasaan sampai loceng tamat sekolah pun aku duk pulun nyanyi lagi.Budak budak kelas lain yang lalu tepi kelas nak balik pun naik heran aku dok renggah kat depan kelas tu.Sampai la ni pun kalau ingat kisah tu aku tergelak sendiri.
Tu la zaman persekolahan kita dulu,semuanya yang kita buat langsung tak pikiaq apa,main boh saja,janji happy.
Salam,Cik E.
Mat Wi, citer hg pasai p umah Krie Saad makan durian tu aku memang ada.
ReplyDeleteHg tau lah Bae, naik gerek...bukan macam india baru dpt basikal, Gurka pun kalah tau
Tp mmg best waktu makan durian tu...walau pun aku x makan durian
Moha,
ReplyDeleteSampai hati hang kata kat BaE Gurka. Untuk makluman hangpa semua, di Brunei ni ramai askar Gurka. Depa makan durian telan dengan bijik-bijik sekali. Kalau BaE dok sekali dalam group depa, aku percaya dia pun akan buat benda yang sama. Hang setuju dak Moha? Apa dia? BETOIIIIIIII...............
Oiiiiiii BaE, hang pi mana? Lama tak dengaq cerita!!!!!!!
BaE,
ReplyDeleteKe mana saudara menghilang diri, setelah bertemu terus menyepi, adakah tuan hamba sembunyikan diri, takut kawan-kawan kidnap dan bawa lari. Inilah dia gurindam Asri, buat penghibur hati yang sunyi, tulehlaaaaaaa sikit pengalaman yang dirasai, buat tatapan sebelum mati. Pengalaman tuan hamba amatlah dihargai, meniti masa silih berganti, aku disini sabar menanti, cerita BaE tak keluaq lagi.........
Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba terbuang lalu.
ReplyDeleteOoooopppppsssssssss.......
Kena stop takat ni, ada orang nak jumpa aku di office la ni............jumpa lagi..
......macam cerita DAMAK dalam Sri Mersing pulak...
salam, nanti juri bagi markah- sat lagi saja. lani kerja dok banyak.
ReplyDelete-tahniah pada yang dan tuleh
Update
ReplyDeleteDah ada 6 cerita, terbaru dari Che E - "I ca'nt live" - Air Supply
Yang lain, balun tuleh cepat-cepat. Bagi yang dah tuleh, sila tambah lagi.......
HPH,
ReplyDeleteKemana menghilang diri,sambungan cerita pokok ceri takdak pun? Dah merajuk macam RAR ke? Orang tua merajuk buruk rupanya.
CERMIN GRUMIT
ReplyDeletecerita ni berlaku masa kita darjah 3A .Masa subjek english lah yg paling aku tak suka , pasai tak faham apa.
sebenarnya bukan aku sorang sj tak reti , banyak lagi .Nasib baik la cikgu pompuan cina ni jenis slow dan cool sj . Suatu hari ada sorang kawan kita tanya pasai tak faham , hak lain mula pi berimpun kat meja dia sambil cikgu tu dok terang.
Aku perasan ada sorang member kita dok pasang cermin grumit kat kasut (selit kat tali kasut)..kononnya nak tengok cikgu tu punya . .tapi entah mcm mana cikgu tu perasan . Dia sound apa , balik la pi tengok mak hg pa punya ..nasib baik dia tak hantaq kat cikgu displin tahir ..hehe ..sapa tu
Salam, tudia kita dah dapt cerita MatWi, bukan satu malah dua. Cerita 1 juri awam boleh bagi 5 saja pasai ceritanya agak pi jauh sangat dari smdso sampai ke dusun kri saad, tetapi cerita hak ke 2 tu, ha..cerita yang macam ni yang kita dok tunggu. Juri Awam boleh bagi 8 markah. Cerita Yahaya-Jaliza, tu pun hebat juga dengan unsur suspennya tapi dok jadi di bukit pinang sana- depa and the gang saja yg seronok. Jadi juri boleh bagi 5 jugala.
ReplyDeleteMat Ulwi,
aku bukan tak mau tuleh cerita tapi bila dok pikiaq markah sendiri pun setakat 5 saja lani, nanti aku pikiaq tengok cerita lainlaa pula.
-Juri Awam
SAVE
ReplyDeleteAda lagi cerita ni ,...
Dulu masa sekolah dari bulan 1 sampai bln 3 lah yg aku paling aku tak syok , pasai masa tu ada aktiviti sukan . Sekolah pagi, petang nak kena pi berlatih sukan pulak.
So kami yg dok jauh ni , lepas sekolah lepak lah bawah pokok rhu sampai 4 ptg ,..lepas tu pi berlatih . Aku rumah Hijau .
Suatu hari MD NAN ajak aku pi lepak rumah sewa dia (rumah sewa dia kat kpg jalan Day tepi pdg sekolah tu saja ),Dia layan aku mcm tetamu , masak nasi dan lauk .Dia goreng ikan kembong , aku tengok saja . sebab kat rumah biasanya semua tu dah siap mak aku buat .makan saja .
Dia goreng ikan kembong tu sat saja , ikan tu pun masih lembik lagi ,dia dah angkat . Dalam hati aku 'tak lalu' aku nak makan ikan lembik mcm tu...hehe .Aku tanya dia, hoi belum masak lagi daa..apa katanya 'Save Minyak' .Lepas tu kami sama sama makan berkuahkan toyu saja .sedap jugak ! boleh suruh bini hangpa cuba tengok !!
Aku tabik dia ni , cukup berdikari dan berwawasan ...LanSiam
Tu dia, dah 8 cerita ...............
ReplyDeleteTerkini :
Mohd roslan (Lan Siam)- (4 Cerita)
Mat Wee - (2 Cerita)
Pak Ya - (1 cerita)
Cek E - (1 cerita)
Blog semakin meriah. Sila tambah lagi cerita, penganjur sedang mempertimbangkan untuk menambah lagi hadiah........ mana yang belum tuleh, jangan lepaskan peluang anda!!!!!!!!
Betapa kreatifnya sahabat-sahabat kita dulu, semasa dibangku sekolah lagi dah jadi JAMES BOND 007 - Cerita Cermin Grumit Lan Siam.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteLan, Hang memang kreatiflaa. Pala hotak hang masih boleh ingat lagi cerita cermin germit tu. Aku bila hang sebut baru aku ingat. Akupun dok tempek sekali di meja tu. Pasai cerita cermin germit tu JA boleh bagi lagi sekali kat hang 8.5 tapi cerita ikan kembong save minyak tu okla tapi markah JA boleh bagi biasa-biasa saja,5. CikE yang dok renggah nyanyi sampai habis masa tu JA bagi 7. Tahniah. Harap Ir. Mohamad Asri tidak terpengaruh dengan Juri Awam pulak.
-Juri Awam(JA)
MKM,
ReplyDeleteSenyap saja, p mana pulak. Mana cerita waktu tkn 3 dulu, aku rasa waktu Inspector Nato tangkap kita, hang pun ada sekali. Ceritalah sikit.
Moha dan LiMehad,
Aku tengah tunggu cerita hangpa dua orang.
LanSiam,
Banyak betul yang hang ingat waktu sekolah dulu, Taniah. Cerita cermin gurmit tu , bila baca cerita hang baru aku ingat. Aku sama macam Limehad, dok tempek sekali pasal cikgu tu pakai baju belah dada luas. Dok teropong tengok......
Macam Cik E tulislah, waktu sekolah dulu, nak buat apa pun tak pikiar dulu, main boh saja, janji happy dan dapat apa yang kita nak. Itulah kehidupan, pengalaman baik atau buruk mengajar kita menjadi lebih matang dan berubah kepada yang lebih baik.
Apa agaknya hadiah tambahan dari pihak penganjur?????
Salam, Mat Wie
HPH,
ReplyDeleteKami semua dok tengah tunggu cerita hang niiiii.
Assakamualaikum semua.
ReplyDeleteCerita 1; Spirit of the coin.
Pagi itu, Isnin. Tempat kelas 3A bahagian belakang yang dihuni oleh Asri, MatWi, Jan, Cek E , Kri, Matkhir ,Ikram dll yang tak berapa jelas. Pagi tu cikgu entah apa yang tak masuk kelas tu waktu tu, maka apa lagi kelas pun berteraburlaa dengan beberapa meja menjadi tumpuan kawan-kawan. Salah satu meja yang selalu jadi tumpuan selalunya meja geng belakang nilah. Hari tu dengan sekeping kertas yang ada lakaran di atasnya depapun mulalah operasi. Sejenis permainan berhantu. Tauke dia tau sapa? Asri. Punyalah kalut pakat-pakat tolak syiling tu lepas ramai-ramai jampi panggil roh "orang mati" tu - spirit-spirit of the coin......(macamtula kalau tak silap aku) dengan jari telunjuk letak atas duit tu. Penuh jari atas duit tu. Tapi ramai yang tak berani pasai Asri warning- kalau hantu ni tak mau balik dia ikut hang pa balik rumah- tu yang ramai dok tengok tak berani sua jari. Selalu yang tunjuk berani ni, Asrilaa.Lagipun waktu tu yang pandai sikit omputih ni kalau tak silap Ikram, Asri,Ganeson(?) dan sorang dua yg tak berapa ingat. Budak kg macam kami ni......! Yang peleknya roh ni pandai cakap omputih saja. Tu yang aku malas joint tu. Macam Lan jugalaaa dan ramai kawan yang lain- bahasa inggeris cukup leceeee... Tenung pi tenung mai aku dapat jugalaa hapai jampi serapah dia tu..akupun cuba dengan Shauki. Akupun tonyoh sakan dengan dia. Aku tanya hantu tu,-hang reti melayu dak- dalam BI tunggang langgang aku tu, hantu jawab,"yes".Apa lagi akupun tanyalah sesoalan dua. Sampai giliaq Shauki dia balun pi tanya pasai Tok Wan aku, waktu umur macam tu memang kita pantang pasai sebut pak dgn tokwan ni. Panas jugalak.
Dalam seminggu tu penuh dengan aktiviti panggil hantu tu-taktau dari mana dia dapat idea berhantu tu. Depa ni yang jadi riuhnya bila ada Lut, Jan, MatWi- saja buat riuh, pakat tuduh masing-masing yang tolak duit tu, si Asri ni pertahanlaa mana ada tolak duit tu jalan sendirilaa-cuba angkat jari? Bila angkat jari apalagi duit tu pun diam sajalaa. Baru terkena. Yang dok kalutnya ketua kelas kita- Idris.
Maaf! kalau ada yg terganggu.
Li Mehad. Baling.
Li,cerita tu hang kena hantaq pi Mastika,orang lani suka sangat dengan cerita2 tahyul ni :(
ReplyDeleteCik E
Aku dengan bini gelak besaq bila baca cerita hang. Laa ni hantu spirit of the coin dah pindah dok di Brunei. Hari-hari guna spirit, tapi bukan spirit yang hang cerita tuu, MINYAK SPIRIT guna untuk cuci tangan lepaih habih buat kerja overhaul pump.
ReplyDeletesalam ,
ReplyDeleteBila baca citer dari LiMehad tu ,teringat aku mcmana duit tu bawa jari berjalan ,tapi memang real la , sampai kesudah pun aku tak berani try ..apa trick depa pun tak tau ...hehe
Tadi aku terjumpa BaE kat masjid , just angkat kepala saja sbb dia dihujung sana dan aku sebelah sini ...hidup lagi dia ..LanSiam
Asslmkm wrth.
ReplyDeleteBila buka tengok blog ari ni,tu dia dah 42komen yg ada dah,baguih sungguh kawan2 pakat berlumba2,macam ni nak cerita apa ni....
tapi Lan dalam senyap2 hang ada banyak cerita rupanya...ok la cerita hang,baguih nostalgia tu..Limehat punya cerita pun kira ok,itulah kenakalan dan pengalaman kita masa dulu2...
la dah besaq dah ok dah...,tak merajuk lagi...???
Ni aku nak cerita juga la,masa d Sekolah dulu ada 2 peristiwa yang sampai hari ni aku tak lupa dan masih dok ingat kat cikgu tu,satu dah pi dan satu masih ada lagi...bukan pasai apa,tapi pasai aku rasa aku tak salah tapi kena free saja...
CERITA 1
Tanggal Januari 1976 masa mula2 masuk dulu,aku ni budak kampong,mai pun dari sekolah kampong macam kawan2 yang lain juga sorang dua tu,camna tak taula ada nasib baik jawab pun kena kut bolehla masuk kelas 1A sekali dengan kawan2 aku yang mai dari sekolah pekan macam Asri,Moha, Chanan Din,Pak Ya,...dan geng Langgar macam Mat Wi.Meli,Mat Saad,Lut dll.
Takdir kata setelah pakat2 pilih tempat aku ni dok sebelah Moha,maka pekenailah diri aku ni sekian2 dari sekian2, dok dibelakang kami pula Fauzi Basir kawan Moha satu sekolah Halim...
Duduk tepi Moha ni,masa yang aku lega sikit ialah masa Bahasa Inggeris,bukan apa boleh tanya dulu jawapan nak isi tempat kosong tu,boleh la jawab kira lega la...macam kawan2 aku yang mai dari sekolah kampong lain juga...Cikgu B.Inggeris masa tu kalau tak silap nama Cikgu Khor atau apa tak tau aku pun dah lupa...
Cerita dia satu hari masa cikgu Khor ni tengah dok mengajaq, Fauzi Basir ni nakai sikit, dia suka usik kami macam2, kebetulan masa cikgu pusing depan dia kacau aku dgn Moha,kebetulan masa tu aku pusing belakang, cikgu ni dah tengok, apa lagi dia pun panggil la aku pi kedepan dia,..`panggg'...satu penampaq jepun free2 aku kena,sunyi sepi satu kelaih,tebai muka aku tak kira dah la,senyap2 aku mai dok tempat balik, dalam hati macam2 aku sumpah kat cigu tu, bukan apa pasai aku rasa aku tak salah tapi aku sorang saja yang kena,Fauzi yang dok kacau aku selamat,demi kawan2 aku terpaksa jadi mangsa....geram sungguh masa tu rasa macam nak tumbuk balik cigu tu..tapi aku ni pelajar baik juga,tak la nakai sangat sampai tera tu dan aku pun tak berani sama....cuma geram saja la...tapi aku tetap sabaq,nasib baik juga la ada Moha lepaih tu boleh la `fill in the blank'....
Lama lepaih tu selang berapa tahun aku dapat tau kata cikgu tu pun lumpuh sebelah tangan....dalam hati aku masih ada lagi rasa geram tu,padan muka cikgu tu sapa suruh tampaq aku sangat dulu,rasa marah tu dia mai juga, tapi dalam hati kecik yang lain kesian juga kat dia pasai dia tu cikgu aku juga walaupun aku tak pandai Bahasa Inggeris ni, siapalah aku tanpamu Guru....whatever you are and what you did to me in the past,all become my very valuable experience that I still remember till today..Thank you SIR...
Dan aku pun dapat tau yang cikgu kita ni dah pun tak dak dah....
Itulah diantara pengalaman aku masa mula2 masuk sekolah syed omar dulu...
Dah terlanjur tulis teringat pula kenangan semasa d Tingkatan 3. Aku ingat masa tu kelas kita tak ada cikgu jadi apa lagi hingar satu kelas. Masa tu aku masih ingat yang Bang Lebai kita tengah lawan tangan(arm wrestling) kalau tak silap aku dengan Fandi unta.Masa tu ramai lah orang keliling meja memberi sokongan dan kita lupa yang bilik guru besar (arwah pak tuan syed) ada dibawah. Masa dok tengah rancak tu aku dengan bunyi *bedebop* kat belakang.Aku terkejut ingatkan sapa2 jatuh tapi rupa2nya Mahmud Malim kena hentam belakang dengan pak tuan.Oleh kerana terlampau bising,kita semua tak sedar masa tu pak syed dengan Omar (ketua pengawas-abang Idris)sedang melakukan rondaan. Kesian kat Mahmud. Kalau Mahmud hisap rokok macam Asri dok hisap la ni aku rasa boleh keluar *gelema* dari badan dia pasal aku rasa kuat pukulan pak syed tu. Aku mencadangkan supaya kita semua pada malam ni mensedekahkan al fatihah dan berdoa supaya guru2 kita yang telah meninggal mendapat keampunan Allah swt. Amin
ReplyDeleteSenarai Cerita Yang Telah Di Terima Hingga 22.1.2010 - 11 Cerita
ReplyDelete1) NegaraKU - Lan Siam
2) Kevin Keegan - Lan Siam
3) Dusun Kri Saad - Mat Wee
4) Kelas 4&5 Sains 3 - Mat Wee
5) Jaliza - Pak Ya
6) I can't Live - Che E
7) Cermin Grumit - Lan Siam
8) Save Minyak - Lan Siam
9) Spirit of the coin - Li Mehad
10)Cikgu Khor - Jamal
11)Arm Wrestling - Pak Ya
Aku masih dok tunggu cerita no.2 dari Jamal. HPH, jangan lupa tuleh cerita hang.
Assalamualaikum! JA dah mai. Mula dengan cerita Spirit of the coin- ha! citer ni tak boleh bagi markah pasai -payahlaa nak bagi markah , taktau pula nak bagi berapa. Tapi agak-agak dalam 6.5 - 7.5 macamtu sajakot. Cerita Jamal sangat baik untuk renungan. Tapi aku kesianlaa bila tersalah kena macam tu. Aku lani pun dok buat kerja tu juga, jadi akupun sangat berhati-hati takut silap macam tu- cerita sedih ni JA boleh bagi 7.5 mrkah. Cerita arm wrestling tu baguih dan terkejut bila dengar bunyi bedebop tu, sedak agaknya si Mahmud Malim- Mahmud hari tu ada telefon dari selangor, dia kata payah sikit nak balik pasai laani dia imam masjid tempat tu,- citer ni JA boleh bagi 8.5markah.
ReplyDeleteCik E,
Cuba cari satu cerita pasai panjat bas Gunong ka(bas Kubu) ikut tingkap masa rebut bas nak balik dulu, kalau ada laa. Aku masa tu perati dari jauh saja pasai bas aku mai 2.30.
-J Awam
salam ,
ReplyDeletewa .. sambutan amat mengalakkan .mcmana MKM org johor diam seribu bahasa selepas petah berpantun .?? Tak de ke citer citer lama ?
KISAH CIKGU
ReplyDeleteCikgu Robert - cikgu mat salleh kelas aku 1D, dia ni mai sekolah pakai basikal racing sj, ajar math , suka cubit perut ,perut gelebeh mcm aku dia cukup suka.
cikgu salmah - ajar b.m , hari2 mai sekolah rambut basah , dlm hati dok mengata mandi junub kuat projek
cikgu Baretta-ajar add math , masuk kelas terus ajar , dia tak kisah hg reti ke dak
cikgu Maisarah-cutting sempoi , tak syoknya suka denda berdiri atas bangku , malu ooo!!!
cikgu Khor - dia ni pelik sikit . mula mula dia lukis bulat kat papan hitam , suruh kita cium dan dia tembak belakang telinga kita .celaka betoi !
pak chot- ajar sejarah ,masuk kelas sorang sorang baca satu perenggan .
cikgu Tony - kaki kecik sebelah , budak2 ramai takut kat dia . pasai ap tak brpa ingat
ustaz fadzil -ustaz yg paling syok . kalau dia tak mai kelas kita pi cari dia dlm bilik guru .pasai apa dia banyak cona , cerita sgt menarik .dia ada tulis buku... , la ni dah jd doktor ,sambung belajar open u .
cikgu Rahimah -cikgu gila bulan , ajar sejarah , suka suka dia nak ajar ke dak .sekali dia tenong , budak2 lari .hehe
cikgu Goon- ajar english , dia suka lukis lidi bila nak bagi kita faham .
Aslmkm.
ReplyDeleteAsri..semalam aku dah tulih dah cerita no.2 tu tapi bila mai nak post aku pi silap tekan pulak...hilang p cerita tu,nak tulih pulak,adoi kena amik masa baguih pulak la...
Tapi tengok la,ada masa kita try again...
Aslmkm wrth.
ReplyDeleteOK lani masa free kita sambung balik cerita yang terputuih tak dan nak antaq kemarin tu...dok tengok kawan2 lain pun tak antaq2 nak tumpang nostalgia lama, yang Tuan Presiden tu cerita cukup banyak teruih menyepi tak mau tulih dah...awat camtu, lama sangat....???
CERITA 2
Alkisah cerita ni berlaku juga kat aku sendiri masa kita ditingkatan satu 1976 dulu juga la,..masa tu subjek seni perusahaan,kita semua kelaih 1A masa tu kena beratur panjang pi ke bengkel seni perusahaan la, jauh dekat asrama nu....
Bila samapai dsana,pakat2 bedak/pecah kumpulan la,aku dan beberapa kawan2 lagi kalau tak silap yang mula dgn abjad A sampai K kena bahagian kerja logam....bila samapai dsana cikgu tak mai lagi,jadi murid2 dilarang masuk kebilik atau bengkel sehingga cikgu mai,mungkin takut barang2 atau alat yang ada kena gabus atau sapu oleh budak2...jadi pakat dok tunggu la...
Dalam dok tunggu tu pun ada la juga kawan2 kita ni yang agak rajin dok pi jengok dan belek alat dalam bilik bengkel tu,amik main la,tapi bila depa nampak cikgu mai depa lari dan depa lupa nak pi letak balik alat yang depa amik tu kat tempat dia,..jadi aku yang tengok ni kononnya nak tolong la,pi ambik dan letak kat tempat barang tu balik....bila cikgu tu mai yang dia nampak ialah aku...jadi bila masuk saja dalam kelaih dia dah beletiar macam2 dan kata ada orang nak cuba curi barang dalam bengkel sambil dok tengok kat aku...aku yang tak makan cabai pun rasala juga pedaih dia...nak jadi orang baik,sekali lagi dah terkena....
Bila cikgu sudah kenen kita macam tu,walhal kita ni dilatih dan diajaq oleh mak kita tak bagi buat kerja2 macam tu dia cukup terasa la...jadi sejak hari tu aku dah rasa tak syok kat cikgu tu walaupun ramai kawan2 lain cukup selesa dengan dia,dia baik bagi chan anak2 murid dia bawa kereta antik dia round satu padang bola pi tolong buat kerja untuk hari sukan tapi aku tetap rasa tak puas hati...dok teperap juga rasa marah tu,terpendam...
Sekali lagi aku jadi mangsa kerana kenakalan kawan2 aku, mungkin juga aku yang bersalah,awat dok pi rajin sangat...tapi itulah nostalgia yang aku ingat sampai lani...
Cikgu ni aku selalu juga dok jumpa dulu,dia rajin naik gerek ada injin kot batas ban mada belakang Taman Uda lalu kot umah kawan kita Syafi Hj Ali tu..aku pun dah tak marah dah kat dia,tegur dia juga habaq kata aku bekas murid dia...Siapakah aku ni tanpamu GURU...tapi lama juga lani aku tak pernah nampak dia...
Baru2 ni masa minum kat pokok Ceri dgn Dr Ahmad Shaltut,Dr ada bagi tau kata,cikgu ni baru2 ni ada admit kat hospital dan dia rioh nak suruh anak murid dia mai jaga dia,Shal pi la kat dia take care dia,...bukan main seronok lagi cikgu kita ni bila ada anak murid dia take care dia macam tu...
Tulah cerita aku dengan cikgu ni Pak Tuan Syed...
Yang baik dari Allah dan yang tak baik tu mai dari diri aku sendiri...
Wallahuallam...
Ikhlas : Jamal Nasir
Salam,
ReplyDeleteHebat citer kekawan dok tuleih. Ada yg x pernah aku tau…rupa-rupanya Asri Tok Bomoh Orang Putih Klentong..
Lan Siam,
citer hg pasai Lut nyanyi Negaraku tu waktu Form 4…aku dah jd pengawas (Asri pekena Cikgu Zainol Rashid suruh ambil aku jd pengawas…hebat cikgu pun dia pekena). Lut memang brutal…dan memang gentlemen, pasai kalau dia tak mengaku, semua kena tahar kat perhimpunan tu…tp tak kena penampar…dia kata ‘sabar cikgu sabar cikgu’, Cuma kena lari 8 round padang bola x silap aku.
Mat Wie,
Citer hg berkenaan Kevin Keegan…kalau x silap aku nama dia Kevin Veelayuthan. Aku sempat dengan dia ni waktu Tingkatan 6 Rendah. Masa tu yg masuk Tingkatan 6 Rendah…Mat Wie, Cik E (Leh D’Nero), Jamal, Jai Beleh, Ganesan, Azim (Avtar Singh) & Kevin. Yang lain aku dah x ingat. Waktu minggu Orientasi…senior suruh kami buat macam-macam. Kevin ni kena buat bunyi ayam jantan berkokok. Hangpa tau dia jawab apa dengan slang dia, telo dia, slow dia…AYAM SAYA TAA DAAK KOKOK…senior tak terkata apa-apa dgn mamat ni. Tapi Alhamdulillah syukur bila dengar Mat Wie kt dia dah masuk ISLAM.
Citer 1…BAGAIMANA HALIM DAPAT GELARAN PAK HAJI
Aku kelas Sains 1…bukan pasai pandai pun. P kelas masalah aku suka mengantuk…leena. Lainlah Bae dan Art Pak Ein (Azhar Ibrahim). Cikgu kelas kami…cikgu Mat Ghani. Dia selalu bagi perhatian kepada depa dua orang tulah. Aku duduk sebelah Thanasegaran, depan aku Azim dgn Bae, belakang aku Halim Pak Haji dgn Shukri Md Zain (Lubok Merbau).
Boleh kata tiap hari ni..HPH suka dakwah…maklumlah dia mai dari Daerah Yan, Sg. Limau…citer pasal solat dan agama. Secara jujur aku banyak terkesan dengan dia…dan aku lekat sembahyang pun pada ketika tu hasil bersembang dgn dia.
Satu hari, HPH bagi cadangan kita pakai ketayap lebai mai sekolah. Aku tak jd pengawas lg waktu tu. Aku dengan Art Pak Ein sambut cadangan tu. Dan kami pun nekad esok nk pakai lebai mai sekolah. (Razali Lebai Awang…Bang Bai pun tak pakai lebai mai sekolah)
Esok tu aku pun bawalah lebai putih yg boleh lipat tu…pagi-pagi seghelom atas kepala rasa malu pun, ada segan pun jugak. Maklumlah budak-budak pompuan dok tengok…Suzana, Zakiah, Salmah, CT Mariam, Che Tom dsbnya. Tiba-tiba HPH sampai kat kelas bukan setakat pakai lebai…rupanya dia balun SERBAN. Lega aku. Taklah segan sangat. Kami 3 orang pun selamba je jd Tok Lebai dengan Tok Haji waktu tu…
Entah waktu bila…ketika mana pun tak tau. Tiba-tiba cikgu disiplin, Pak Non Rashid lalu kut kelas kami…kelam kabat aku dgn Art Pak Ein lipat lebai masuk poket. HPH selamba je buat tak heran.
Pak Non Rashid masuk dia panggil…’Mana yg td pakai lebai mai keluaq depan…’ Bila kami sampai dekat dia…dia tanya ‘Pakai lebai buat apa?’ Aku dgn Art Pak Ein jawab ‘Takdak cikgu saja jaaa…’ Dia tanya HPH lak…HPH tegas jawab memang dia nk pakai. Nu semua kelas dok tengok…Pak Non Rashid kata kalau macam tu pakai sampai tamat sekolah. HPH sahut cabaran tu dgn mengenakan SERBAN sepanjang persekolahan & sejak itu kami panggil dia HALIM PAK HAJI….
Tunggu…ada 2 citer nak mai
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Jamal,
ReplyDeleteAku ada jumpa Cikgu Pak Tuan Syed masa aku balek Aloq Setaq June 2009. Aku jumpa dia dalam masjid masa solat subuh. Lama jugak dia dok bercerita dengan aku, maklumlah dah lama tak jumpa. Selain dari itu aku jumpa dengan Pak Ya Long (Cikgu Zakaria Long), dia dah dilantik jadi Imam Masjid Rafeah Taman Uda. Sempat jugak kami pi pekena nasi kandaq di Pekan Langgaq tepi bendang lepas solat suboh di masjid dengan orang tua aku sekali. Dia nampak sihat dan masih macam dulu jugak. Bila Cikgu Pak Tuan Syed masok hospital?
Baru-baru ni kaaaa?
Salam,Asri aku minta maaf la kalau Pak Tuan Syed masih hidup kerana ia mungkin kelemahan diri kita tapi rasa aku pernah diberitahu berkenaannya oleh seseorang(lupa pula nama orang itu) masa dok beratur nak beli roti canai dekat kedai mee abu jalan sultanah tu
ReplyDeleteSalam kawan-kawan semua,
ReplyDeleteLan, Bukan diam, tapi dok follow juga cuma tak sempat nak masuk lagi.
Hari ni tengah berkabung sultan johor... Nanti ada juga sikit nak cerita... tapi tengah nak cuba ingat... maklumlah saya hanya boleh cerita 76-78 saja kut...
Pak Tuan Syed tu juga kawan baik arwah bapak saya... sama-sama geng cikgu...
Mat Wie...
ReplyDeleteAlamak, cerita Inspektor Nato tu aku ada jugak ka?.. tak berapa ingat pulak. Nanti cuba ingat.
Aku dok simpan cerita ni Moha , rupanya hang dah balaih. La ni aku kena buka CD lain pula. Aku saja simpan dulu. Nasib badan
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSorry HPH, hg lambat sangat..tp takpa, hg kan banyak citer geng-geng asrama...
Boleh tuleih lg tu, main wayang kulit la...citer kena buang asrama la.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Asm,
ReplyDeleteNii pasai Cikgu Pak Tuan Syed kita. Tahun lepas banyak kali jugak dia masuk bilik bedah. Masaalah batu karang dalam buah pinggang dan saluran kencingnya. Alhamdulillah dah settle lepas 3-4 kali pembedahan. Itulah setiap kali masuk dewan bedah dia mau anak murid dia yang bagi bius dan jaga dia. Alhamdulillah kerana dapat berbakti kepada seorang guru.
Mungkin kawan-kawan ingat masa Form 3 dulu Pak Syed ada bagi soalaan percubaan SRP seni perusahaan. Dia kata akan bagi hadiah kepada mereka mereka yang mendapat markah tertinggi. Tertunggu -tunggu jugak hadiah apa yang Pak Syed nak bagi...rupa-rupanya PISANG..Kalau tak silap pisang bunga dan pisang tu pulak yg ditanam didepan rumah dia. Dah tuu seorang sebiji saja..Hampeh. Seni perusahaan ni favourite ahli astrologi kita..Pak Majid..segala pahat, ketam semua dia tau..patutlaa la nii dok kontrol mesin cetak
Asalamkm semua! Alangkah baiknya kalau masa ini semua kawan dari 3A'78 tu yang pakat berpenglipurlara dblog ni, tentu lebih meriah. Mana depa ha?
ReplyDeleteBila baca cerita LanSiam tentang cikgu-cikgu tu, aku teringat satu alkisah. Tahun 1977, waktu tu dalam kelas 2A yang aku ingat, masa mata pelajaran lukisan, cikgu Maisarah cutting sempoi gurunya. Aku tak berapa minat sangat mata pelajaran lukisan ni dari dulu-dulu lagi.
ReplyDeletePada hari tu, aku tak bawa water colour, memang aku tak ada pun water colour, tak pernah beli, sebab aku tak mampu beli. Kena berdiri atas meja, mula-mula dalam class. Aku macam protes dia sebab rasa tak puas hati, aku memang tak ambik subject tu dlm SRP. Cikgu maisarah naik angin, dia suruh aku angkat meja ke kerusi (tak berapa ingat) letak di luar class depan pintu depan. Dia bagi topeng yang murid-murid buat, suruh aku pakai dan berdiri atas meja di luar tu. Berdirilah aku sampai habis mata pelajaran tu. Murid yang lalu dekat class tu tengok aku semacam saja. Rasa malu adalah, tapi sikit saja, yang banyaknya rasa geram dekat cikgu tu.
Bila class habis aku kena angkat meja tu bawa masuk balik dalam class, waktu nak letak meja tu, aku lepas geram, aku hempas atas lantai saja, bunyi berdentum, terkejut cikgu maisarah sampai terjatuh barang yang dia pegang. Dia mai dekat aku, marah dekat aku, aku lawan cakap dia, dia lagi marah, aku lagi kuat lawan cakap dia. Dia terus keluar class. Puas hati aku, geram dah boleh lepas, mulalah rasa seronok dan bangga diri sebab boleh lawan cikgu dan cikgu boleh belah keluar class, macho konon.
Tapi... keseronokan dan kemachoan tu tak lama, ada student mai turut, katanya cikgu TAHIR nak jumpa di bilik guru, berderau darah aku. Aku pun turun dan p ke bilik guru jumpa cikgu tahir. Dia tengah duduk atas kerusi, aku berdiri betul-betul depan dia. Dia tanya pasai apa aku lawan cikgu maisarah, baru buka mulut nak jawab, tak sempat jawab pun, paanngggg penampar naik muka, paaannng sekali lagi, lagi sebelah muka kena penampar. Dia bagi aku tambang p dan balik. Sakit, tebal rasa muka, lekat lima jari sebelah muka, campur dua dah jadi sepuluh jari. Malu rasanya dengan cikgu-cikgu lain yang dok tengok aku, tapi rasa malu tu skit saja, marah dan geram lagi banyak rasanya, nak lawan balik rasa tak mampu, badan aku kecik waktu tu, nak tumbuk dia balik takut kalah, aku cuma mampu dok diam saja. Cikgu Tahir marah aku lebih kurang dan bagi aku warning. Aku terus balik ke kelas dgn hati yang sedih, sayu, marah dan geram dekat kedua-dua orang cikgu ni.
Kemarahan aku tu, lama juga dok ada dalam diri aku ni, sampaikan aku berfikir kalaulah aku jumpa kedua-dua cikgu ni jatuh longkang ke, accident ke, kalau dah nak mati pun aku tak akan tolong. Perasaan tu aku bawa sehinggalah aku dah kerja. Aku marah sangat sebab aku tak mampu nak beli water colour waktu tu, aku orang kampong yang dhaif. Keduanya aku memang tak nak ambil subject tu waktu SRP. Aku ambil subject ugama.
Perasaan marah aku dengan kedua-dua cikgu tu dah tak ada lagi la ni, kalau aku jumpa depa, aku akan minta maaf dan dengan bangga bagi tau yang aku ni adalah bekas anak murid depa.
Selepas kejadian tu, aku terus tak pandang dah subject lukisan ni, tapi terpaksa belajar, apa nak buat. Sampailah sekarang ni, aku tak suka sangat dengan lukisan-lukisan ni. Naik tingkatan 3A, cikgu Zainol ajar lukisan, buat orang lidi. Aku belajarlah sebab terpaksa.
Bagitulah alkisahnya, yang kena rotan, luku kepala, pulas perut, jentik telinga dll tu aku dah tak berapa ingat sangat tapi penampar naik muka tu sampai sekarang ni aku masih ingat.
Inilah kehidupan, pengalaman membuat kita lebih dewasa dan berubah kepada yang lebih baik. Lihat kesalahan diri sendiri sebelum nak salahkan orang lain. Muhasabah diri.
Terkini...... (sehingga 23.1.2010 @ 13.20hrs) cerita2 yang telah di terima...dah 16 semuanya :
ReplyDelete1) NegaraKU - Lan Siam
2) Kevin Keegan - Lan Siam
3) Dusun Kri Saad - Mat Wee
4) Kelas 4&5 Sains3 - Mat Wee
5) Jaliza - Pak Ya
6) I Can't Live - Che E
7) Cermin Grumit - Lan Siam
8) Save Minyak - Lan Siam
9) Spirit of the coin - Li Mehad
10)Cikgu Khor - Ir jamal
11)Arm Wrestling - Pak Ya
12)Kisah Cikgu - Lan Siam
13)Cikgu Seni Perusahaan - Ir Jamal
14)Gelaran Halim Pak Aji - Moha
15)Pisang - Dr Ahmad Shaltut
16)Cikgu Maisarah - Mat Wee
MKM, HPH dan lain-lain sahabat, bila cerita hangpa nak keluaq?
salam ,
ReplyDeleteHg rupanya Mat We kena penampak dgn cikgu Tahir tu , penampaq dia special punya ,....pang kok depan balas patah balik kok belakang pulak(tambang pi balik) kesian hg noo. ...kami dok perhati dari kelas ... kepada cikgu LiMehad , jgn dok ikut style tu pulak .. dunia lani depa saman oo!!
Lan,
ReplyDeleteCikgu Li Mehad baik orang nya. Mana dia nak ikut style cikgu Tahir. Laa ni dia dah bukak klas ko korikulum baru "Kelab Spirit of The Coin" versi bahasa siam di sekolah.
salam ,
ReplyDeleteTuan Pengiran , tak dak apa2 cerita ka...sj la nak meriahkan lg blog ni ..mana tau Tuan Presiden kita nak sponsor plak ..hehe
Salam.kalau tak silap aku Cikgu Maisarah dgn Cikgu Tahir ni suami isteri kan?
ReplyDeletePak Ya,
ReplyDeletebukan suami isteri... Rumah cikgu Tahir di Lorong 3, Taman Uda (sama lorong dengan rumah aku dan rumah Asri).
Isteri dia cikgu juga (terlupa pula nama, nanti aku tanya mak aku, atau mungkin Asri ingat kot).
Rumah cikgu Maisarah di Tmn Uda juga tapi di belakang sikit, rasanya sebelah substation TNB.
Suami dia cikgu juga (nama lupa).
Salam semua,
ReplyDeleteSebagai menyambut seruan Mat Wie, Lan, Asri dan lain-lain saya cuba karangkan juga satu cerita ringkas pasal cikgu Pak Tuan Syed Mansor kita.
Cerita ni pun ingat-ingat lupa, tapi dah talipon tanya Mat Wie juga nama pak tuan syed tu.
Ringkasan ceritanya begini:
" Semua orang ingat kot Pak Tuan Syed Mansor ada volkswagen (?) jeep rugged terbuka (yg tak ada dinding) dan bumbung kanvas saja.
Dia mai sekolah pakai kereta rugged ni.
Bawa kereta boleh tahan laju juga dalam kawasan sekolah.
Pak Tuan syed kita ni juga rambutnya kurang sangat-sangat. Rasanya ada satu ketika tu, dia pakai rambut palsu (wig).
Jadi nak jadi cerita pada satu hari, dia tengah memandu kereta tu dalam kawasan sekolah, sikit punya laju rambut palsu wig dia tu tercabut sikit... nasib tak melayang....
kelam-kabut dia tekan brake, berhentikan kereta dan perbetui rambut dia...
dia sempat juga toleh kiri-kanan tengok sapa yang nampak...
Rasanya ramai juga pelajar-pelajar yang ternampak insiden tu..."
Asri, itulah cerita ringkas seingat saya.
Nak kata ada peluang menang tu mungkin kurang yakin sikit la...
Secara realistik, banyak cerita lain yg hebat dan berkualiti lagi bertanding disini ...
Tapi, kawan-kawan semua, yang penting dah saya sumbangkan satu cerita... Ramai lagi yang belum, tuan presiden, pak aji..mana dia...
Tunggu cerita Inspector Nato dari Moha, atau Mat Wie atau sapa yang ingat...
Wassalam,
MKM JB
Salam semua,
ReplyDelete1. Pak Ya, Dah ingat, isteri cikgu Tahir namanya cikgu Fatimah (orang Tmn Uda panggil cikgu timah tahiarq).
2. Tuan Pengiran, macamana cerita tu boleh diterima ke?
3. Tuan Juri awam - tolongla tengok-tengok sama, mana tau, ada peluang... kurang-kurang dapat hadiah minum susu segelas kat pokok ceri masa raya cina 14 feb ni...
Wassalam,
MKM JB.
Tuan Pengiran Asri,
ReplyDeleteTahniah, thread ini dapat sambutan komen yang menggalakkan... Rasanya boleh sampai 200 kalau dilihat dari tarihk tutup penyertaan. La ni pun dah dekat 100.
Cadangan: komen yang ke 200 kita bagi hadiah istimewa.
MKM, JB
MKM,
ReplyDeleteTerima kasih kerana kawan-kawan semua pakat dok tuleh cerita masing-masing. Kalau tak silap, masa tu aku ada sama. Rambut dia hampir melayang tapi nasib baik dia dan cover. Yang paling penting, sama-samalah kita berkongsi pengalaman semasa di alam persekolahan dulu melalui cerita dari kawan-kawan semua.
Cerita yang ke 17 dari MKM - Rambut Palsu
Salam,
ReplyDeleteHangpa Jamal & Mat Wie…kecian huhu. Citer kena penampaq aje. Kiranya hangpa ni mangsa yg dizalimi lah….pasai tu dpt jd engineer. Allah Taala anugerah berkat sabaq tu. Tp mcam Cik E katalah…waktu tu bukan dia ingat apa, zaman persekolahan kita dulu, semuanya yang kita buat langsung tak pikiaq apa, main boh saja.
Cikgu Maisarah ni mmg aku ingat…cutting sempoi. Asyik dok pakai baju kebaya aje. Dia ajar lukisan. Aku pun dpt perhatian dia jg pasai bolehlah melukis sikit-sikit, tp x dak pandai macam Chop & Cik E. Cuma aku ambil ugama, jd aku tak brapa kisah sgt subjek Lukisan tu. Mat Wie bla hg kena denda dgn dia? Aku x brapa ingatlaaaa
Citer Pak Tuan Syed ni aku x brapa join sgt…sbb subjek Seni Perusahaan ni aku x brapa nk boleh. Maklumlah mai dr pekan. Nk gaji kayu, nk ketam papan pun x brapa nk menyekoh. Tu yg jelous tengok projek kekawan mengelit mengelap je dpt markah tinggi. Tp aku teringat ROSLISHAM ada citer pasai cikgu cina ajar logam (maaf nama x ingat) gelaran dia “TEMBAKHA”. Oooi Leesham mana hg….masuk mai lah citer kt dlm blog ni…
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
MKM,
ReplyDeleteCikgu yang dimaksudkan dalam cerita tadi bukannya Pak Tuan Syed Mansor, tapi yang sebenarnya Syed Mahmud.......kalau tak silap aku.... Amacam kawan-kawan yang lain, betoi tak?
Khas buat HPH,
ReplyDeleteIshhhh...hang sebok sunggoh noo... takkan dok kira MAS tak habeh-habeh lagi. Kami semua dok tunggu bila cerita hang nak keluaq dalam blog ni? Tulong tuleh cepat-cepat sikit...... ramai peminat sedang menanti...
BAE.... hang pi mana.... takkan pi Sumatera pulak kot ...promosi album tak habeh lagi kaaa.. Hantaq mai laa 2-3 cerita, blog ni makin hari makin ceria. Takkan hang pun dah hilang sekali dengan enjen-enjen jet?
Assalamualaikum
ReplyDeleteBila baca cerita kawan-kawan, terpanggil juga nak tumpang tulih. Cerita mat wi pakai topeng tu, pada masa yang sama aku pun kena juga dengan Cik Gu maisaroh.
Antara Subjek yang aku paling meluat adalah lukisan. hari tu Cik gu Maisaroh suruh lukis topeng. Oleh kerana tak minat aku lukis cincai saja dan sudah awal. Jadi aku sudah tak ada kerja, oleh kerana kertas lukisan tu besar, topeng sebesar muka sahaja, jadi aku ambil berus contiang tepi kertas lukisan.
Bila Cik gu Maisaroh tengok aku dok saja. dia tanya sudah dak lagi. Diminta aku bagi kertas dekat dia. Bila dia tengok kertas ada contiang dia marah, dia suruh aku pakai topeng dan berdiri atas kerusi. Tapi aku berdiri dalan kelas.
Cik gu Maisaroh ini adalah isteri kepada Cik gu Zul. Cik gu Zul baru sahaja meninggal.
Cerita yang menarik semasa kelas 2A ialah cerita kawan kita Nawidin yang tukar mai kalau tak salah aku dari Perak dengan perniagaan kasut penthernya, yang mana banyak yang terkena tapi aku tak terlibat kerana aku tak ada duit.
ReplyDeleteAku pi sekolah bawa 2 kupang sahaja macam mana nak bagi duit kat dia.
Cerita selanjutnya aku kurang ingat, boleh sapa-sapa tolong sambung
Tu dia Profesor Majid dah mai...tahniah. Hang tambah ceria lg blog nii. Ada can menang hadiah p Brunei...makan Lelapan dekat Miri Waterfront.
ReplyDeleteAku rasa betoi...Pak Tuan Syed Mahmud..bukan Syed Mansor...Dr Shal hg tentu tau
MKM, hg kena tunggu aku dok karang citer pasai Inspektor Nato. Hg mmg ada. Aku ingat...bersama Ikram, Mat Wie, Pak Ya, Unta, Art Pak Ein & Azim. Tunggu...
Assalamlakm semua!
ReplyDeleteAsri- hantu spirit hang memang hebat sampai boleh tau aku buka kelab Spirit versi Siam, dulu pakai syiling Malaysia la pakai syiling Brunei kot. Betoi kata Lan Siam Tn Pengiran tak kan takdak cerita-paling koman pun citer Bola tenis gelanggang Basketbol.
Lan- aku nak tambah satu-Cikgu SpyDin. Kisah Cikgu JA boleh bagi 7M.
Jamal-Cerita ni juri suka sebab juri minat SP apalagi tang buat talam dengan tonyoh kupram tu.
Oleh kerana juri suka dengan ni JA bagi 8.5M
Moha-Cerita HPH dapat gelaran tu sangat baik, baru aku tahu camtu citernya. Utk citer ni JA boleh bagi lebih sikit 8.75M.Tahniah!
Dr(Mohd)Shaltut- cerita yang guna laras bahasa dokto ni padat dan terus ke poin- hebat tu bila Dr tukar propesen ke penulis, oleh itu dapatla 6M.
Mat Wie- Aku bila baca cite ni mai balik wo ayaq mata, terkedu aku pasai akupun nampak hang kena waktu tu-tumpang ayaq mata wo. Dengan sedi hnya JA boleh bagi 9.0M pasai aku sedihlaaaa....
dah berapa kali dah kena- dengan Cikgu Tony tak ingatka berapa kali kena? berapa kilo penumbuk dia...!?
MKM- ni pertama kali JA dirayu untuk menilai cerita yang ringkas dan menarik ni dan sesuai untuk hiburan semata-mata ni. Dah MKM buat rayuan maka dengan rendah hati juri bagilah juga markah untuk minum segelas susu kambing pada 14Feb nanti, 5 markah dan kira OKlah tu. Teruskan MKM. Juri menyokong anda. Juri pun dah letih dah dok menjuri peserta yang sama saja- mana pi yg lain.
Juri Awam
Majid,
ReplyDeleteJuri Awam terus bagi banyak sikit la pasai dok tunggu lama- 7Msaja. Nawidin tu hebat, ma sat saja tapi ramai dah kena.
salam,
ReplyDeletewa makin rancak nampak .. go back to school. sambung citer majid pasai nawidin , rambut dia kerinting , aku ingat lagi ..sapa2 nk jd geng dia kena cantum darah ...toreh sikit dgn pisau asah pencil ,lepas tu calit dekat jari dia.., cuak jgk aku
Dah pagi ni, tapi mata tak ngantok lagi.
ReplyDeleteMajid,
Betul kata hang, suami cikgu Maisarah tu cikgu Zul, cikgu sukan di SMDSO dulu ni, orangnya kecik saja, hitam manis, selalu pakai track bottom dgn t-shirt saja waktu mai mengajar.
Laa... rupanya hang yang kena berdiri sama-sama dengan aku, nak teka dah tapi takut silap pulak. Bila ingat balik seronok pulak walaupun kena penampar tambang pi dan balik. Sebenarnya waktu sekolah dulu kita yang nakal. Main boh saja, risiko belakang kira, janji puas hati dan happy macam Cik E kata.
Nawidin ni, baru aku ingat, betul kata Lansiam, rambut kerinting, badan kecik saja, orang dia hitam manis. Aku tak tau pulak kes toreh-toreh tangan cantum darah ni, dia tak mai jumpa aku waktu tu, kalau tidak, boleh juga aku nak toreh tangan dia sekali atau potong terus jari dia. Aku pun tak terlibat dengan dia sebab tak dak duit zaman tu.
MKM,
aku minta maaf, silap bagi maklumat dekat hang tentang cikgu Pak Tuan Syed tu, betullah kata kawan-kawan tu. Inilah gunanya kawan kalau silap tolong perbetul. Tentang kejadian rambut palsu dia tu, aku pun ada menyaksikan peristiwa tersebut. Itu dia MKM dah keluar cerita dia. HPH bila pulak??????
Mi tokwan, tuan DO kita takkanlah tak dak cerita langsung. Gigi dah penuh tak pandai cerita pulak.
Pakai baju warna merah
Tuan DO jangan marahhhhh.
Limehad,
Takkan sedih kot, cerita tu penghibur lara. Bila aku baca tulisan majid, tergelak sendiri aku, pasai aku dok cari sapa yang sama-sama kena dengan aku, rupa-rupanya Prof. Majid.
Cikgu Tony ni, banyak kali juga aku kena dgn dia pasai terlebih pandai BI, semua gila kata dia. Dia tabuh bunyi saja kuat, sakit tak macam mana pun. Murid-murid takut dgn dia ni, SukarNo lari p sek teknik sebab takut dgn dia ni. Waktu kelas dia Asri jadi ketua kelas, kena p turut dia kalau ada kelas dia. Kalau mai lambat, jangan ketuk pintu, terus masuk dari pintu belakang dan duduk diam-diam, dia tak marah. Kalau ketuk pintu nak masuk, dia nanti jerit GILAAAA, come here, terus tabuh dgn penumbuk 100 paun dia. Kadang-kadang tu ada murid dari kelas lain yang mai ketuk pintu nak buat pengumuman waktu dia tengah mengajar kami, memang kena jerit GILAAAA dgn dia punya, silap-silap haribulan kena tabuh pula dgn dia.
Student kesayangan dia Asri dan Ikram, depa dua ni kira handallah BI dalam kelas. Yang lain tu macam aku juga termasuklah juri awam kita Limehad. Ramai yang kena dengan dia, aku ingat Zahari Zainol (E Pak Non) kena panggil p depan, tak boleh jawab soalan dia, dia jerkah GILAAA terus tabuh tengah belakang, terhoyong hayang E Pak Non, pucat lesi muka. Bila ingat-ingat balik tergelak aku.
Cikgu Tony ni nama penuh dia Anthony Sibert. Perkataan GILAA memang kegemaran dia, rasanya kalau dia tak sebut gila dalam satu hari, dia sendiri yang jadi gila.
Pada aku dia ni baik cuma dia ni kuat gempar, sebab tu murid takut dgn dia. Dia tabuh tengah belakang tu taklah sakit sangat, bunyi saja kuat sebab dia kembungkan tapak tangan. Aku tau la sebab banyak kali juga aku kena. Limehad, hang besa kena dak, kalau besa kena tu ceritalah sikit.
Salam Semua,
ReplyDelete1. Tak ada cerita kenangan dengan Cikgu Zainab (arwah), guru kelas masa Tkt 3A?
Mat Wie mesti ada kot, ingatan Mat Wie antara yang terbaik.
Nak tunggu tuan presiden kita, dia pun dah macam hilang terus...
2. Mat Wie, Moha, bila lagi nak keluarkan kisah Insp. Nato tu?
Kalau buka kesah tu, mungkin ada peluang menang pertandingan ni.
Kisah tu rasanya ada kena mengena dengan gambar group photo dalam blog ni... gambar kita yang ramai-ramai ditepi bendang dekat Taman Uda tu...
Wassalam,
MKM JB
Salam,
ReplyDeleteWah...semakin rancak blog kita ni pelbagai rancah zaman sekolah.
Mat Wie, hg mmg banyak citer & banyak kenangan d SMDSO...tp Lut pun banyak jg. Mana dia tak masuk mai dok citer dgn kita.
Nawidin ni mmg aku ingat pasai dia dok tumpang umah makcik dia dekat kuarters LPN Anak Bukit. Jd aku slalu lalu situ kayuh gerek p balik sekolah mmg slalu selisih dgn dia. Dia mmg licik pekena duit orang jual kasut panthers...lps tu dok habaq brg tak sampai-sampai lg. Nasib baik aku x terlibat sama...
MKM, hg betoi...mmg kisah Inspektor Nato tu ada kaitan dgn foto group tu. Cuma foto ramai-ramai tu bukan tepi bendang dekat Taman Uda...tu depan umah Deris kepala Jln Day. Lepas depa pindah dr kuarters penjara.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Asalamualaikum semua!
ReplyDeleteCerita 2- Kelas Geografi
Aku ni memang minat gila dengan geografi-la ni pun aku guru georafi(ilmu alam),pasai tu aku pilih geografi drp sejarah. Ada laa satu hari tu matapelajaran geografi kelas cikgu zainab. Bagi aku waktu tu cikgu ni mengajar tak berapa seronok- dok citer benda aku dah tau, boringlaa. aku buat kacau dok sembang dengan kawan sebelah." Tu yang dok sembang tu bangun!" Aku bangun dan dia tanya 3 soalan, aku jawab betoi pasai soalan tu benda yang aku tau/ mai soalan keempat dia pi tanya soalan tahun kemerdekaan Thailand (soalan sejarah tu).Aku tak tau pasai sejarah ni.Kena. Aku kena duduk bersila depan kelas bawah papan hitam sambil junjung(letak buku atas kepala) buku geografi sampai habeh waktu. Klau jatuh buku tu kena- punyalaa lengoh dok imbang- sat senget sana sat senget sini. AlFatihah untuk arwah Cg. Zainab.
Tingkatan 4sc3- kena lagi bila kelas Geografi. Kali ni dengan cg.Zalilah Zakaria(?). Waktu tu tengah belajar tentang Amerika Utara. Dia dok gebang pasai dia tour pi sana."Eleh..ada duit boleh la pi". " Sapa cakap mai sini" sambil mata dia jege kat aku. "Sapa cakap tadi berdiri," suara makin tinggi sambil dok jege kat aku lagi. Akupun pelan-pelan bangun. Cikgu tu minta aku bagitau kat dia 50 negeri United State of America tu. Aku ingat nak jawab ka dak, pasai aku tau tapi tak comfirm sampai 50 tu- sampai jadi cikgu la ni pun tak tentu cukup 50 tu, boleh jadi sasul merata-.Akupun tak jawab dan habuannya sekali lagi kena junjung buku teks tapi sat sajalah.Sebelum masa tamat hukuman aku tamat lebih awal. Kesian juga dia kat aku. Hasilnya la ni aku pula jadi guru geografi. Terima kaaaseeeeeeh cikgu.
Mat Wi, SpyDin ada lagi kaa?
Li Mehad. Baling.
Salam,
ReplyDeleteLi Mehad,Cikgu SpyDin dah meninggal lebih kurang 2 thn lalu...aku dpt info pasai dia kahwin dgn Mak Penakan Pupu...Che Putih (Kerani sekolah kt dulu...wife no. ?) & Depa tinggal dekat umah aku...selalu jg dulu aku ternampak Cikgu SpyDin waktu solat Jumaat...tp x dan tegor dia sbb dia kluaq awal..AlFatihah untuk arwah.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Aslmkm semua.
ReplyDeleteAlhamdulillah,sambutan begitu menghangatkan, macam2 cerita keluaq, baguih juga macam ni kalu macam Limehad kata tu, mai kita pakat2 berpenglipurlara serta bernostalgia citer2 lama tu, tenang baca seronok mengimbau kembali kenangan lalu .....mai lagi yang lain sama join...pakat2 sorang sikit...
Aku tengah dok pikiaq cari 1 atau 2 lagi crita2 kalau ada....
Asri,
Pasai Cikgu Pak Tuan Syed Mahmud tu Dr Shal dah jawab...dia lagi maklum.
Mat Wi, hang pun ada kena penampaq jepun juga ka, ingat aku saja kena, tapi hang punya lagi sakan pi dan balik sekali....sekali pi sampai Tokyo, patah balik pula sampai Aloq Setaq...
Camnapun itu semua jadi kenangan kita belaka....
Ok...jumpa lagi,hari ni idea tak mai,letih sikit kot...
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian
ReplyDeleteSemasa kelas 3A, waktu yang palig sibuk adalah waktu pagi sebelum mula kelas waktu pertama. Bagaikan pasar ikan.
Ada yang bersendirian
Ada yang kerumun keliling meja
Ada yang sapu sampah
Ada yang cuci tingkap
Ada yang tiru homework
Ada yang jadi hakim
tetapi hampir tidak ada yang study
Yang kerumum keliling meja itu biasanya membawa berbagai cerita. tetapi adajuga yang kerumun tu tengah dok salin homework daripada kawan-kawan yang rajin, biasanya yang satu buku disalin oleh 4 ke 5 org. Antara yang rajin buat homework ialah Dr Shaltut, Idris, Ikram Mat Saad, Ir Asri, Moha, Chanan. Aku termasuk dalam golongan penyalin.
Golongan yang menjadi hakim pula BERKUMPUL di koridor belakang memerhati cikgu turun kereta dengan pelbagai pakaian. Masa itu cik gu mana ada yang pakai tudung. Sapa yang selalu buat kerja ini tentu ingat.
Mat wi
Betuilah cikgu zul yang hang kata. Aku dengar us Ku Mohammad bagi tahu dia meniggal kalau tak silap aku dalam masjid.
Aku selalu jumpa us Ku Mohammad kerana bini aku orang qaryah masjid dia. Dia imam Masjid Alor Semela
Salam,
ReplyDeleteProf Majid, hg baru balik keja kah...
Citer 2…ASRI PEKENA CIKGU ZAINOL RASHID SAMPAI AKU JD PENGAWAS
Aku kelas Sains 1 dan Asri Ahmad kelas Sains 3. Kita ada sorang lg Asri Md Zain kelas Sains 4. Tp aku mula ghapit dgn Asri Ahmad ni waktu tingkatan 3A…pasai main bola kecik. Aku mmg geng belah dia. Bae pun…lwn geng Mie Tokwan, Shafi, Lut dll yg dah x ingat…Pasai bola kecik ni banyak kenangan. Berebut gelangang dgn geng satu lg…KUDA & the Gang. Asri slalu lari kluaq kelas dulu lah nak book padang. Aku simpan bola seghalat. Slalu kena marah dgn mak pasai kasut cepat huih…tp lani game ni dah di iktiraf dunia dan dinamakan FUTSAL, Cuma dulu bola kami terlalu kecik sampai aruah Cikgu Mat Bahrin kt kami gila…lari sana, lari sini ligan bola kecik…org tgk x nampak bola. Depa ni ligan menatang apa tak tau.
Selain dr tu aku selalu balik lewat…lepak umah Asri bersama Chanandin…main bola bwh umah dia. Dia slalu buli Chanan. Aku mkn nasi ‘sia’ (mangkuk tingkat) kt umah dia pasai mak & ayah dia keje. Rupanya ayah dia Cikgu Mat kawan bapa aku…cikgu jg. Aku selalu studi dgn dia kt bilik blkg umah dekat dapur…p tuisyen pun sama-sama (Cikgu Fuad).
Aku bukan lah pelajar yg outstanding…senyap, penakut pun ada…takut langgar peraturan sekolah. Tp suatu pagi sebelum perhimpunan Asri mai kelas aku, dia kata Pak Non Rashid pilih aku jd Pengawas sekolah, satgi nama hg depa panggil hg p terima ‘Neck Tie’. Aku kata aku tak mau jd. Dia kt nama dah naik, x boleh tolak. Aku ingat dia klentong…tp dlm perhimpunan betoi nama aku kena panggil…dan aku jenis x brani ni. P naik jg lah ambil ‘Tie’. Perasaan aku bercelaru macamana nk bg tau bapa aku…pasai nk kena kluaq blanja tambahan…kena beli kasut hitam, baju biru, seluar putih.
Dalam hati aku kata….Dajai Asri pekena aku hari ni jd Pengawas sekolah. Nnt member semua benci aku tak mau dok dekat takut kena tangkap. Sedangkan aku bukan berani nk tangkap orang…badan pun sekeping aje. Rupanya dia bukan pekena aku sorang…dgn Cikgu Pak Non Rashid pun dia pekena…dia citer apa pasai aku tak taulah sampai Pak Non Rashid termakan ‘HASUTAN’ dia…
Akhirnya, setelah sekarang barulah aku perasan…sifat dia ‘Convincing Power’ terserlah dlm kerjayanya harini…Hg mmg terra ‘convince’ org. TAHNIAH PENGIRAN ASRI.
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Moha
ReplyDeleteAku baru sampai rumah, buka komputer surat Khabar pun tak baca lagi.
Wassalam. hidup untuk Akhirat yang kekal abadi
Assalamualaikum semua!
ReplyDeleteCerita 3- Landing Time
Masa tu tingkatan 4sc3-
Kejadian berlaku di kelas 4A4. Petang tu lebih kurang jam 2.30 begitu, semua pelajar pagi dah balik.Aku turun dari kelas jalan nak pi tunggu bas. Jumpa Kri Saad dok tepi kelas 4A4 tu. Dia ajak sembang dalam kelas tu pasai bas selalunya agak lewat. Sambil sembang-sembang tu aku baringlaa atas meja yang susun dua tu. Tengah hari boleh letak belakang sat pun jadilah. Sambil tu kami sembang pasai nak pi Cathay A/staq, waktu tu tengah main filem "Cubit-Cubitan-Elvy Sukaseh. Tengah dok rancang baguih punya tiba-tiba timbul choih mai Tuan Pengetua dengan rotan dok ditangan. Dia ronda buat apa pun tak tau padahal semua pelajar dah belahdah.
"Amboi sedapnya landing", Hang pi balik, yang dok landing atas meja tu ikut saya ke pejabat,:". Kri Saad slow ja belah. Aku pun pelan-pelan jalan ikut Pengetua dari belakang.(Pengetua ni dah tak ingat- Dia mai selepas Pak Ya Long, tapi dok sat saja). Pelajar sesi petang semua pakat perati. Aku masuk bilik dia dan itu pertama kali aku dok di smdso masuk bilik Pengetua. Aku ingat pidah hari ni pedih punggung.
Aku keluaq ikut satu lagi pintu(rupanya ada lagi satu pintu),jauh dah aku berjalan baru aku dengar suara Krisaad pangge, "hang mai kot mana?". Rupanya dia dok tunggu aku."Kena berapa das",. Nasib agak baik aku hanya di khutbah tentang pelingkup harta kerajaan saja sambil dok acah rotan saja. Ada la khutbah dalam 20 minit sampai terlepas bas. Hari tu kensel tengok wayang. Tapi sehari dua lepaih tu kami pi tengok filem tu- seronok! Kri saad bagitau dia lepaih tu minat kat elvy sukaseh punya pasai dibalunnya tengok 4 kali.
Li Mehad, Baling.
(sesiapa yang melalui Lebuhraya Gurun-Jeniang-Grik-KB/KT jemput singgah, dah dekat dah tu- dalam 6Km begitu kerumah sewa aku)dari susur keluar Baling.Sila ooo sila.
salam ,
ReplyDeletetuan pengiran sudah pening ... banyak citer dok mai !!!
Lan,
ReplyDeleteLagi banyak cerita dok mai, insyaALLAH aku jadi lagi kuat. Yang jadi pening, kalau tak dak cerita langsung.
Pekena Pak Non Rashid.
ReplyDeleteKisah ni kalau tak silap aku berlaku semasa berada dalam tingkatan 5. Cikgu Pak Non Rashid pada masa tu adalah Guru Pengawas sekolah kita. Dia akan buat meeting untuk semua pengawas pada waktu habeh class 1-2 minggu sekali bergantung pada keadaan. Yang baguihnya setiap kali sebelum meeting dia bagi motivasi dulu pada kami semua agar dapat mengekalkan disiplin yang tinggi disamping dapat menjaga nama baik SMDSO.
Pada suatu hari (semasa dalam meeting), seperti lazimnya dia telah bermotivasi sebagaimana berikut, " Saya akan menyokong 100% semua tindakan yang diambil oleh pengawas-pengawas walaupun kadang-kadang berlaku kesilapan semasa menjalankan tugas"...... dan macam-macam lagi. Hari tu bersemangat sungguh dia memberi ucapan yang berupa motivasi kepada kami. Agenda seterusnya dalam mesyuarat hari tu, beliau telah mengumumkan nama-nama yang telah dipilih untuk dilantik menjadi pengawas yang baru di sekolah kita. Kesemua nama tersebut ditulis oleh beliau dalam sekeping kertas (dipercayai pemilihan nama-nama baru ini juga dibantu oleh ketua pengawas kita waktu tu..). Beliau seterusnya memberitahu nama-nama yang telah diumumkan akan di lantik menjadi pengawas yang baru pada hari perhimpunan. Semua pengawas-pengawas setuju dengan senarai nama yang dicadangkan kecuali aku.
"Boleh saya tengok senarai nama yang ada kat chegu tu"? Beliau seterusnya menghulurkan kertas yang mengandungi senarai nama yang dimaksudkan kepada aku. Aku ambik pen dan potong 4-5 nama (semuanya CINA) dan gantikan dengan sahabat-sahabat kita (semua MELAYU) termasuk MOHA. Semua pengawas yang lain rasa heran, ada jugak yang kata aku nak mampoih dah lepaih ni dengan Pak Non Rashid. Lepaih tu aku bagi balik senarai tu dekat Pak Non Rashid. Dia terus tanya aku pasai apa aku cancell 4-5 nama dan ganti dengan nama yang lain termasuk nama MOHA. Aku kata kat dia, "Kan chegu dah kata tadi chegu akan sokong 100% setiap tindakan yang dibuat oleh Pengawas walaupun kadang-kadang kami buat silap"....... Aku rasa masa tu dia dah "terkancin gigi" tak tau apa nak jawab.....seterusnya memberitahu, "Inilah yang saya mau, seorang yang telah dilantik menjadi pengawas mestilah ada sifat berani dan sikap ini mestilah dicontohi oleh semua pengawas yang lain". (Aku rasa dia memang nak cover line punya niii..)
Dalam hati aku kembang jugak bila kena puji terutama depan pengawas yang lain.
Lepaih meeting semua pengawas bersurai, aku disuruh tunggu kononnya ada hai yang hendak dibincankan. Hangpa tau apa kata Pak Non Rashid kat aku? "Hang ni betoi-betoi buat malu aku", lain kali hang jangan dok buat dah perangai macam ni dalam meeting", aku terus mengaku dan mintak maaf lepaih tu terus balek. Dalam hati aku, mentang-mentanglah bini dia CINA, ramai sungguh nama-nama CINA dia boh dalam senarai tu. Pasai tulah aku pi potong 4-5 orang ganti dengan nama MELAYU.
Masa tu hangpa tau laa, sikap perkauman kita amat tebal dan macam kata Cik E, nak buat apa pun mana pikiaq panjang, main boh saja........
Pasai ni jugaklah MOHA sahabat aku dapat jadi PENGAWAS SMDSO dan aku amat bangga dapat berbuat demikian.
Kemaskini - Sedaq tak sedaq dah ada 26 cerita dalam blog ni. (sehingga 26.1.2010 @ 11.45hrs) macam dah janji pulak, ada 26 cerita pada 26 haribulan........
ReplyDelete18) Prof Majid - Topeng
19) Prof Majid - Nawidin
20) Lan Siam - Cantum Darah
21) Mat Wee - Tony Sibert
22) Cikgu Li Mehad - Kelas Geografi
23) Prof majid - Kelas 3A
24) Moha - Jadi Pengawas
25) Cikgu Li Mehad - Landing Time
26) MASA - Pekena Pak Non Rashid
Jom ramai-ramai pakat tuleh lagi......hadiah lawatan 4 Hari 3 Malam ke Brunei di jangka akan ditambah...... kepada ???? pemenang. Bagi saspen sikit..... TULEH JANGAN TAK TULEH
Salam semua!
ReplyDeleteSapa-sapa yang jengok blog ni jangan jengok saja, tuleh pilah sepatah dua walaupun sekadar bertanya khabar.
Aslmkm.
ReplyDeleteJumpa lagi kawan2....Pikiaq pi pikiaq mai tulih pi la bagi pakat meriah skit,cerita pi la apa yang ada...hat tak mau tulih tu kita nak buat camna...
Cerita 3
Nostalgia ni masa aku dudok d Tingkatan 2B bila terjunam jatuh dari 1A dengan beberapa kawan2 aku yang lain macam pak ya,meli dan beberapa orang lagi la...
Duduk ditinkatan 2B ni yang syoknya ialah bila mai period pendidikan jasmani,pakat bederu lari pi padang hoki nak main bola, kelaih kami waktu tu kira hebat juga la pasai ada Apek,Asri Mat Zain,Man Salim,Izham Khalil,Aziz,Pak Ya dan beberapa orang lagi la kaki bola ni...
Syoknya kami tubuh pasukan kami masa tu,pakat pi pakat mai nak boh nama apa,last sekali man salim cadang boh nama ..`Spurs 2 '..pasai masa tu team Totanham Hotspurs tengah dok naik,jadi pakat setuju la boh nama tu, kira pulun la mai belatih tiap2 hari sabtu pagi pakat pulun di padang hoki, aku yang dok kampong pun pulun mai,bubuh baju dengan kasut pa dalam bag,orang ingat kita nak pi study la,naik baih free pasai pakai kad bulanan,turun mai kat simpang jalan day,jalan kaki pi sekolah pulun belatih...lepaih tu tumpang gerek pi umah man salim,mak dia belanja laksa, kadang2 kerabat gerek pi umah Izham Khalil pekena Nasi sekali,masa tu nak pi umah Izham kena naik perahu tambang,titi tak dak lagi..tengahari baru naik baih balik kampong...
Aku ingat lagi kami masuk leg bola yang geng man salim buat kat padang sekolah kita..Spurs 2 jadi Johan...aku tumpang sekaki la partner dengan Asri Mat Zain jadi right back..syok masa tu bukan pikiaq apa sangat...
Man Salim habaq kata Izham Khalil ada kerja di Perkeso, aku ingat nak pi kat dia juga satu hari...sambil lalu kadang2 dok perati jugala kot Perkeso tu kot2 nampak kawan kita ni.. InsyaAllah satu hari harap2 dapat berjumpa dia...
Ok...
Ni saja untuk kali ni....
Wassalam...jumpa lagi
Salam,
ReplyDeleteAsri, rupanya lagu tu citer hg pekena Pak Non Rashid sampai aku jd pengawas, baru aku tau setelah 30 thn...
Jamal, Awat hg lambat hari ni...slalu pg-pg dah dok browse internet...w/p hebat citer bola kali
Nasib baik x citer kena penampaq lg...
HPH, mana satu citer pun tarak kluaq mai lg...hg dok buat apa? Cari Serban kah..
Maaf, jgn marah aaa...x sabaq nk dgr kisah hg dgn aruah Pak Chot
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
Cerita ke 27........ Spurs 2 oleh Ir Jamal. Masih banyak cerita lagi tu. Mi Tokwan, hang pi mana? Takkan dok pindah nama grant tanah sampai tak dan nak tuleh cerita sikit untuk kawan-kawan semua. E pak Non???? Imam Mid, cuba cerita sikit macam mana dapat nama "mid" tuuuuu...
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteMana cerita orang lain, HPH, Mi Tokwan, Lut, Mid, E Pak Non, Badaruddin, Bakri, Ramli, BaE, SukarNo, Rosli, Mat Bon, Rais Banggek, Isa, Kri Ahmad, Kri Saad, Mat Nan, Man Salim, Man Bashah dll. Mai la pakat-pakat meriahkan blog ni!!!!!!!
Limehad,
Cikgu besar yang tangkap hang tengah landing tu kalau tak silap aku nama dia Ahmad Osman. Penolong kanan waktu tu cikgu Radhi yang tibai Cik E di makmal Fizik. Aku jumpa dia di Seksyen 6, Shah Alam. Waktu aku sewa rumah di seksyen 6, dia duduk selorong dengan rumah sewa aku. Dia baru pindah dari Melaka dan baru pencen. Aku ada tegur dia dan bagitau aku ni bekas student SMDSO. Dia macam tak berapa nak sembang sangat. Lepas tu aku pindah p Seksyen 20. Kadang-kadang kalau aku sembahyang di surau seksyen 6 ada nampak dia, tapi tak dan nak tegur. Aku dan Lut pernah kena sorang dua rotan dgn dia pasai mai sekolah lambat. Dia memang jenis tak cakap banyak, masuk bilik dia, terus tibai dan suruh keluar.
Majid,
Waktu tkn 3A dulu tu aku kadang-kadang jadi golongan keliling meja dan kadang-kadang jadi para HAKIM yang dok menilai setiap orang cikgu yang lalu bawah kelas kita. Nakal-nakal buat kerja tak pikir langsung, main boh saja.
Pengalaman hidup yang membuat kita lebih matang dan berubah kepada yang lebih baik.
Salam semua,
ReplyDeleteTulih la lagi. Hari-hari aku buka blog ni. Dari mula dapat tau dr MRR sampai la ni dok baca cerita hampa semua. Nak karang tak pandai. Cuma nak tambah sikit kisah Che E yg Mat Ulwi tulih.
Pasai GAMBAR BURUNG....sat la.
Kamal,
Kuala Nerang.
Asalamualaikum semua!
ReplyDeleteTu dia Kamal pun dah sampai. Tahniah, harap tambah meriah.
Cerita dr ana suspen.Seronok baca cerita kekawang sampai taktau nak karang cerita aku. Walau bagaimanapun aku akan cerita juga, dok tengah cari ilham.
ReplyDeleteHIDUP INI INDAH KALAU HIDUP BERSHARIAT
Assalamulkm semua!
ReplyDeleteCerita 4- nasib malang dan nasib baik
a. Latihan rumah sukan. Nasib baik kali pertama takpi tak kena denda walaupun cikgu bagi warning. Malang bila kali kedua dan seterusnya kena round padang sampai habis waktu rehat. Masa tu Tgk1 .Kami dok jauh cikgu...ada yg dari Lubuk Merbau, Sg Tiang....
b. Balik awai- nasib baik bila boleh lari keluaq awai tapi lebih malang bila kena tahan sampai terlepas bas- selepas azan isyak baru sampai rumah- kena jalan pi tunggu bas mara di kepala simpang jalan day.
c. Projek kena kebas- seronok nya cikgu puji "projek hang baguih",- tak seronoknya bila kawan dah kebas projek yang "terpuji"tu-projek kuprum tekantimbul tulaaa- sampai kesudah aku tak tau sapa yang kebas. Tak repot cikgupun pasai takut kena. Diam saja. Dok siasat sendiri.
d. Mai lewat- takdak nasib baik pasai 2 kali kena tangkap dengan CikguLoh, padanla kena pun. Pukoi 10- masa rehat pagi baru usung beg masuk, kononnya orang ramai cikgu tak perasan. Kantoi.
e. Masa result srp- tak boleh ambek keputusan kononnya aku ada hutang sekolah. Aku kena marah dengan kerani kononnya aku bagitau nama aku salah, dia yang tuleh salah. Aku bagitau namaku Ahmad Ghozali, dia tulis Ahmad Gho. Mana ada namaku macam tu. Last-last aku bayaq juga 3.60 harga buku kerja sains paduan. Bayaq pi nak tau keputusan punya pasai.
f. Tgk4. Dengan Kri Saad. Nasib baiknya tak kena tangkap bila kami berdua lompat pagar pi Taman Muhibbah. Nasib malang bila tunggu di bustop Taman Uda satu bas pun tak lalu. Cadang nak lari balik awai jadi dekat pukoi 1 jugalaa baru ada bas. Kami pi beli baju rumah sukan. Warna Ungu. Tak dapat belipun.
g. Kena sekeh. Masa tu Tgk3. Kita baru mula mai pagi. Pi kantin berebut beli makanan. Cuitlaa seorang pelajar, ingatkaa kawan kita; nak minta tolong; takdan apa lagipun, pelajar tu paling muka tengok aku. Gamaknya dia tak kenai atau ingat aku nak potong trip dia kut, klekuk sebiji atas kepala aku. Aku belah. minum ayaq paip saja hari tu.
h. berebut nak masuk tengok wayang (kelab wayang gambar) Cikgu Gulam. Cerita Saturday Night Fever.
i. ada lagi kot, setakat ni yang dan ingat tu lah dulu...
Li Mehad. Baling.
Salam semua,
ReplyDeleteKamal,
Hang dah muncul, tunggu apa lagi, tulis yang mana ingat. Banyak cerita di sekolah dulu.
Shafi,
Ustaz mesti ada cerita menarik, bila nak masuk memeriahkan lagi blog ni.
Jai,
Hang bila nak masuk mai, hang banyak cerita di hostel dulu. Mantan MB kedah pun pernah duduk satu hostel di SMDSO dgn hang. Meriahkan lagi blog ni.
HPH,
Dok tunggu apa lagi, nanti ada orang lain yang gabus cerita hang pulak, barulah padam muka
Tudung saji warna merah
Halim Pak Aji jangan marah
salam,
ReplyDeleteBila Mat Wee sebut mantan MB , aku ada citer sikit pasai dia ni ..Tungguuu .
............dah 28 cerita, Hadiah dengan rasminya di tambah menjadi 3.
ReplyDelete3 penulis akan dipilh untuk melawat Brunei 4 hari 3 malam...... tu dia.... sila tuleh lagi semua kawan-kawan, lagi banyak cerita, lagi besaq peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan....
Rasa tak sabaq nak dengaq cerita Mantan MB Kedah dari parti UM.. tuuu...!!!!!!
Aslmkm.
ReplyDeleteTu dia,Kamal pun dah mai...tunggu yg lain mana lg..
Moha,
Kadang2 bila tak sibuk tu kita pulun la tulih pagi,tapi tang buka tu,awai2 pg lagi dak jengok nak tau crita kekawan...lagi banyak kawan tulih lagi syok la kita baca..
Nanti,dok tengah cari cerita baru.....
Ok...wassalam
Salam Semua,
ReplyDeleteMat Wie, Moha, Bila lagi nak keluaq cerita Tuan Inspektor Nato kita....
MKM, J Bahru
Aslmkm.
ReplyDeletePikiaq pi pikiaq mai,terjengoi keluaq satu cerita,agak lucu dan nakai jugala,tapi tu dulu masa budak2, lani tak buat dah,dah Tobat dah.....dah dapat yang betoi2,tak main gitu2 dah.....
Cerita 4
Cerita ni mulanya masa aku dan kawan2 aku berada didalam tingkatan 2B 1977,masa tu kalau tak silap kami ni geng dok bahagian belakang dan separuh belakang,Tok Guru kami masa tu kalau tak silap Shukri Mat Zain.....
Masa tingkatan 2 tu ada satu cikgu cina,Mrs Leong kalu tak silap,dia ni pakai seksi ajaq matematik,kita masa tu baru baliagh, mana boleh tahan dok tengok sangat...hang tengok aku,aku tengok hang , sekali dengan Tuan Presiden( tukang supply buku) kita sekali la,dia pun kira salah sorang Tok Guru juga ...
Tok Guru shukri pakat ajaq kami, dia kata bila cikgu seksi tu masuk mai ajaq kita tulih kat depan,kita pakat gelinte kuku ibujari dan niat kata macam gelinte ...... cikgu tu la,pastu kita pakat2 tengok la apa reaksi cikgu tu,....
Rasa aku la,menjadi juga ilmu Tok Guru bagi tu pasai masa cikgu tu mengajaq dia nampak gelisah semacam saja,tak senang nak mengajaq,mengeliat lepas tu bila selesai tulih dipapan hitam,dia minta excuse nak pi bilik air sat.....kami geng belakang ni pakat senyum saja la......
Satu lagi masa aku ditingkatan 4sc2,masa tu bila kami pi Lab Kimia atau Fizik,ada juga la aku dengan kawan aku ni tak ingat nama test balik ilmu tu kat anak2 cina yang come2 dalam kelaih kami, kesian kat depa juga la gara2 kenakalan kami test power tu.....
Betoi ka tidak aku tak tau la tapi kira nakai sungguh la buat kat cikgu dengan kawan gitu,lani dah tobat dah tak buat lagi dah kerja lagu tu,moga Allah ampun dosa2 kami,....minta kawan2 dulu pun jangan dok buat lagi la....harap2 anak2 kita tak la nakai sampai tera tu....
Walaupun sampai tera tu,tapi itu semualah yang mematangkan kita dalam kehidupan ni,ingat aku Sayyidina Umar r.a. pun masa jahiliah dia lagi sakan,tapi itu semualah yang menjadikan kehidupan ini lebih indah,lebih menyedarkan kita akan hakikat siapa kita diatas mukabumi ini...tak dak lain yang lebih utama dari kita mengperhambakan diri kita ini kepala Allah SWT semata2..`Tidak AKU jadikan JIN dan MANUSIA itu melainkan hanya sanya untuk memperhambakan diri kepada AKU'...Ad-dzariyat:56(kalau tak silap)..
Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat aku dan ada manfaatnya buat kawan2 semua...Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT jua dan yang buruk itu dari diri kita sendiri....
Wassalam...
Cerita ke 29......Gelinte Kuku.....dari Ir Jamal. Yang lain-lain tu (yang belum tuleh apa-apa) dok tidoq tak mangkit-mangkit lagi kaaaa?
ReplyDeleteSalam ,
ReplyDeleteLain padang lain belalang
Lain orang lain ragam
Syabas Tuan Pengiran ,...hadiah dah bertambah jd 3 pemenang , so makin ramai ler kawan2 kita bole p Brunei.Nak celah tanya sikit ,sekiranya terdapat pemenang yg ada 'personal technical problem' yg tak boleh keluaq negeri , mgkin disebabkan berbagai ragam masalah mcm blacklisted ,sangkut loan atau lain2, ada dak pilihan hadiah pi lokasi lain dlm Malaysia sj,atau mcmana ??
mantan MB
ReplyDeleteHari jumaat lah hari yg paling tension sekali masa dok asrama dulu , pasai nak kena pakai baju melayu putih sampin merah mcm pemuda umno tu ,beratur dan berjalan pi masjid ,dekat jalan langgar (Giant Bukhari)sana nun..sampai peluh cerau, balik lagi la ..dok ingat nak makan saja ..
Sampai sj kat asrama , dok beratur plak tepi dewan makan tera mamak tu nak buka pintu , sambil dok perembang ayam mana besaq atas meja makan .Menu hari tu gulai ayam , bilis goreng dgn kacang tanah dan sayur .
Kebetulan hari jumaat tu , aku dok sebelah dgn mantan ni , masa tu dia dah form 6 , aku form 2.
Selepas makan tak berapa lama ,tiba tiba saja dia bangkit dan berlari keluaq dari dewan makan , aku pun hairan ..pasai pa plak dia ni .
Aku keluaq pi tanya dia pasai apa, pening kpala ka ..sampai termuntah2 keluaq airmata sekali mcm tu..kecian dia!
Katanya , cuba hg pi tengok dlm tray aku ada apa ....lama jugak dok usya apa tak kena ...rupanya ikan bilis goreng bercampur dgn cicak kering yg tinggal kepala ( kepala cicak tu rupanya seakan kepala ikan bilis )..aku pun terus loya .Dan hari tu sambung makan roti kering sj dlm bilik ..sambil dok maki celaka punya Mamak .
Salam semua,
ReplyDeleteBila jamal cerita kisah tu, aku teringat waktu tkn 3 dulu ada juga kawan-kawan yang buat benda tu pada arwah Cikgu Zainab, tengok macam jadi tapi tak tau la betul ke dak. Waktu tkn 4 dan 5 pun ada lagi ilmu tu, ilmu sesat. Pakat-pakat taubat nasuha, semuga Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
MKM,
aku pun dok tunggu cerita Inspector Nota dari Moha. Dia sibok agaknya, anak dia bagitau yang ibu dah sembahyang, tu yang buat bagi dia sibok.
Lan,
ReplyDeleteSoalan hang tu, kita pakat-pakat pikiaq laa nak buat macam mana. Kalau hang tanya aku laa ni, aku pun tak tau nak jawab macam mana.
1. Jamal, Ha, ingat-ingat lupa... Cerita gelinte ni memang pernah dengar dulu.. Memang ingat member-member dok pakat gelinte...
ReplyDelete2. Mat Wie, ok. Kita tunggu Moha cerita Isp. Nato. Nak buat macam mana, kena tunggu kain telekung basuh.
MKM JB.
Asalamualaikum semua!
ReplyDeleteMoha,Asri..
Aku dok pendam soalan ni dari sekolah dulu sampai malam ni. Malam ni baru terbuka hati nak tanya pasai permainan bola kecik hangpa tu.
Soalan. Pasai apa bila terjadi lontaran kedalam, aku tengok Asri akan faultkan dengan sentuh bola itu dengan tangan. Aku tengok sampai terbang terbang dia gagah nak sentuh bola tu. Lepaih tu pasukan lawan dapat sepakan percuma.
Mat Wi, terima kasih pasai nama gurubesaq tu.
Kamal, mana cerita GAMBAR BURUNG TU.Dok tunggu ni.
Li Mehad. Baling
MKM, aku harap hang masih ingat aku. anak murid arwah ayah hang, masa dia mengajag di sekolah kebangsaan kubur panjang. aku pernah pi tidug di rumah hang di Pedu. pi dusun. Pas tu kita jumpa pulak di SMDSO. ingat dak???
ReplyDeleteMie Tok Wan
Meriah sungguh cerita2 kita ni.... aku seronok sungguh, sambe baca, sambe gelak deghaih!
ReplyDeleteChe E, aku jawab komen hang kat posting satu lagi. Aku rasa hang tak baca pasai hangpa semua dok tumpu kat posting ni, aku copy paste kat sini pulak la. Hari jumpa kat Sala Classic tu..sama lah kita. Dok segheyau... takut terpa tak kena. La dok di mana? Anak dah berapa? Kalau lalu Kulim, singgah la kat pejabat. Kalau lalu Kubuq Panjang, singgah la rumah (Jumaat / Sabtu)InsyaAllah.
Sebanyak 30 cerita yang telah diterima sehingga 28.1.2010 @ 0900hrs. InsyaALLAH banyak cerita lagi tengah dok mai...... Kamal, Mi Tokwan, bila lagi nak tuleh... kami semua dok tunggu niii...
ReplyDeleteMi Tokwan,
Adik aku ada bukak klinik (Poliklinik MAHKOTA)- cawangan Khuboq Panjang. Nama dia Dr. Azli, mungkin hang pernah pi klinik dia, ataupun mungkin hang kenai dia jugak?
Cikgu Li Mehad,
Cara aku terbang tinggi-tinggi lepas tu guna tangan untuk sentuh bola rupa-rupanya mendapat perhatian bukan saja daripada hang, tetapi sluruh dunia. MARADONA masa dalam World Cup tiru cara aku laa untuk jaringkan gol masa lawan dengan England tahun 1986. Betapa hebatnya bintang-bintang bola kecik SMDSO sampai MARADONA pun sanggup tiru kaedah kita semua.
Sebenaqnya, secara ikhlas aku pun dah lupa pasai pa aku buat macam tu..... mungkin Moha ingat kot?
Asalamualaikum semua,
ReplyDeleteKemarin Kamal dah mai, hari Mie Tok Wan pulak sampai. Makin meriah blog ni. Yang lain dok tunggu pa lagi.Mai join sama.
Li Mehad. Baling.
1.Mie Tok Wan - Minta maaf sangat-sangat, sebab ingat-ingat lupa saja pasal pi dusun di Pedu Kuala Nerang ...
ReplyDeletemasa tu kita mungkin sekitar darjah 4-5 macam tu kot, jadi bila dah umur dah 47 tahun, memori pun ada jem sikit.
Tapi aku memang ingat ada geng kubur panjang pi rumah, cuma tak ingat sangat yang tu adalah hang... terima kasih la kerana ingatkan tu.
Juga terima kasih kepada pengendali blog kita Moha, pengiran asri dll yang boleh merapatkan kita balik...
Aku darjah 1-5 bersekolah di Kuala Nerang.
Lepas tu darjah 6 pindah ke Sekolah (Inggeris) Hutan Kampung (Bohor) sebab arwah pak aku mengajar di situ.
Kami duduk di quarters/rumah sekolah di situ sampai mungkin masa Form 2 (sebab aku ingat form 1 masih naik bas pi SMDSO).
Lepas tu mungkin Form 2 baru kami pindah duduk di Tmn Uda tu.
Yang aku ingat rumah cik Ei (Salehi Hasan) tu berdepan dengan sekolah Inggeris Hutan Kampung ni.
2. Cik Ei - Kalau tak silap abang hang sorang nama Shukur (dulu askar military intelligence (?). Dia kat mana la ni, dah pencen kot?
3. Tentang 2 gambar re-union yang Moha letak kat blog ni (28-Dec), dah minta tolong Moha bagi list nama, boleh juga ingatkan yang mana kawan-kawan tu. Tapi mungkin dia lupa kot..
Cik Ei mana satu, dulu aku ingat tinggi kurus slim saja, tapi yang nampak tinggi ada, tapi saiz badan lebar...
Mie Tok Wan yang mana satu.
MKM JB.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak cuba ingat nama-nama dalam gambar re-union.
ReplyDeleteSapa yang ingat minta tolong perbetuikan (kalau salah) dan sambungkan ...
Tapi jangan lupa, tentang kena tulis cerita dalam pertandingan ni, mesti diteruskan, nanti Pengiran Asri marah kita divert..
Gambar 1 (blog entry 28-Dec) oleh Moha:
Duduk (dari Kiri):
1
2
3-Shafi(kerap pi rumah dia dibendang blkg T/Uda
4
5
6-Lan Siam (?) - tak nampak seluaq londeh pun
7
8
Berdiri (dari Kiri):
1
2
3 - Pak Haji kita la, sapa lagi
4- Sukarno(?)sebab nama dia famous PAS
5- Prof Majid - muka tak berubah
6- Krie Ahmad (sebab dah jumpa kat pokok ceri) 7- Yang ini macam kenal, tapi dimana ya? ha.ha.
8. Kapitan Chanan - selalu pi rumah tepi jalan tu dulu
9. Doc Shal kita la, sapa lagi..
10.
11.
12. Md Nan, Pengarah Kemas kita (anak kecik)
13. Famous Golie kita, Sobrie Kuda
Gambar 2:
Duduk (Kiri):
1.
2.
3.
4. Pengiran Asri kita
5. Pak Ya, tokey BSKL (ada sangkut paut dgn keluarga sebelah mak saya).
6.
7.
Berdiri (Kiri):
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8. Ir Jamal kita (10 orang, baru 1 mak saja...)
9.
LIST NAMA YG ASRI COMPILE DULU (di masukankan semula utk rujukan)
Yang Paling Kemas - Mad Nan
Yang Paling Stail - Capt Leh De Nero
Yang paling Besaq - Cikgu Roslisham
Yang Paling Laboh - Tuan ADO - Mi Tokwan
Janggut Paling Chun - HPH
Janggut Paling Putih - Ustaz Shafie Ali
Janggut Paling Panjang - M Ulwi BH
Janggut Imam Besar - Moha
Yang Paling Kecik - Ustaz Sukarno
Yang Paling Cute - E Pak Non
Yang Paling Banyak 'A' - Ir Jamal Nasir
Yang Paling Banyak 'B' - Man Bashah
Yang Paling Berkilau - Li Mehat
Yang Paling Waraq - Imam Mid
Yang Paling Renjong - Capt Chanan Din
Yang Paling Tua - Ahmad Sobri - Kuda (tua)
Yang Paling Tak Berubah - Lan Siam
Yang Paling Sekeping - Mat Saad Shamsudin
Yang Paling Bersahaja - Jai
Yang Paling Handsome - Dr Shaltut
Yang Paling Gempal - Leh - Ketua Cawangan....
Yang Paling Mantap - Che Rosli
Yang Paling 'Matured' - Prof Majid
Yang Paling Simple - Pak Ya
Yang Paling Cepat Hilang - BaE
Yang Paling Gelap (dalam gambaq) - Cikgu Badarudin
Yang Paling Di kehendaki (Wanted) - Chop - Engine Jet Hilang
Yang Paling Tak Guna (asyik dok bagi gelaran kat semua orang)- aku...
Asslmkm.
ReplyDeleteKalu tengok tak tulih rasa tak berapa sedap....cerita kalu kira ada lagi...tapi bagi chan kawan2 lain tulih pulak la...geng ni saja dok tulih nanti kawan2 cemuih pula baca...bukan apa yang dok tulih tu, saja2 rasa syok teringat cerita2 lama,bukan la pasai nak masuk pertandingan tu sangat....ramai pakat tulih rasa lagi meriah la blog kita ni....
Mana pi yang lain,Limehad kita dok seru puaih dah nu ajak mai,tulih pi la kira pa....pakat2 bernostalgia...30tahun lebih dah masa berlalu...
takkan tak dak sikit kot...maila kawan2 kita meriahkan lagi blog kita ni sambil kita mengeratkan silaturrahim antara kita...
Yang benar dari Allah jua dan yang kureng tu dari kite le....
Wassalam,jumpa lagi....
Ikhlas
Jamal Nasir
Aku seronok baca ceghita hangpa. Aku wish to recall my memory.
ReplyDeleteTingkatan 2
Aku ambik buku dalam library. Penjaga library nama dia Bang Lid Capek. Dia repot kat Arwah Pak Tuan Syed Ibrahim. Pak Tuan rotan pungkoq aku, lepaih tu dia bagi aku Panadol.
Sebenagnya aku bukan nak curi, tapi nak pinjam, cuma tak habag. Bila aku hantaq balik, Bang Lid pulak mintak maaf kat aku.
Tingkatan 4
Mai Tingkatan 4 aku dilantik sebagai pengawas perpustakaan pulak bersama Wahida, Suzana Shuib, Jaliza, Rokiah, Azliza. Yang aku ingat Wahida budak Pedu yang paling lawa. Yang paling cedaih, Jaliza. Yang paling pot pet pot pet, Suzana Shuib. Depa semua juai mahai... sebab aku aliran Sastera. Art stream is "no future.."
Tingkatan 5
Kenangan paling indah, potong kotak untuk main bola (buat dengan kapog putih). Tengah dok main, Cikgu Salmah Dato Abd Rahman masuk....perut kami jadi sasaran (kena pulaih mak oii).Turut serta aku..Kuda, Ali Kassim, Shahidan termasuk penonton sekali kena. Still..art is "no future". During that time "art is no future".
Tingkatan 3
Masa tingkatan 3, tiga kena tawaf Tong Taik (Tahi) sebab tak buat kerja Sains Cikgu Sopiah Ibrahim. Sebab tu lah aku slow sikit to catch the flying colours.
(Chronology of events hangpa susun sendiri). Playing small ball at the tennis court is the best memory of all. Tiap 2 bulan kena tukag kasut, sebab tapak kasut huih. Siap kena marah dengan Pak aku. Moha ngan Lut, the best strikers. Panas baran..Asri Tonggek. Paling kassag Chop Askar, Unta (Effendi). Aku depa dok suruh Full Back. No potential to be a striker.Tukang wak mai bola Moha dan Chanandin.
Paling malu bila naik bas dari Langgar mai sekolah, dikepung budak Asma dengan Bahyah. Depa semua cakap oghang puteh sama-sama depa, kita dok ghenyih macam siput babi...
During that time English for us... only Yes, No, Allright, Thank you. Bila periksa tiru Chanandin. Nasib baik Bai tu pemurah. Mai SRP..kantoiii, dapat 6 (terkalih).
Aku nak syor baik lah kita cari puak-puak pompuan join club kita sama. It will be more interesting to re-know each other after 30 years. (We change a lot... what about them????)
To all my friends if you pass by Kulim, drop by my office. Restoran Pokok Manggis, Satay House and Abang Chapati are waiting for you.
Yang aku tuleh ataih tu ceghita ka..drama pendek ka..telemovie ka...aku tak tau. (Juri pilih ambik la)
Cerita ke 31............ Nostalgia Mi Tokwan oleh Md Suhaime. Harap ada banyak cerita lagi mai dari hang. Kawan-kawan yang lain, sila tuleh lagi cerita .......... tarihkh tutup lambat lagi (25.2.2010).... BaE, hang pi mana? Dok tidoq tak mangkit lagi kaa......???
ReplyDeleteMKM,lama no tak jumpa.Dulu rumah kita bertentang jalan sj,aku dok pi rumah hang tusyen dengan bapa hang.Betui abang aku ada nama Shukur,dia dah pencen Risik,la ni ada kat S.Alam ada buat training survival untuk Bomba,dia selalu jumpa Apek (Azmi).
ReplyDeleteLepas hang pindah pi Taman Uda aku dah jarang jumpa hang.Selalu jugak aku pi sana rumah Pak Penakan aku Ust.Saad Saidin.
Dalam gambar tu aku berdiri sebelah Halim Pak Haji,tak kurus lagi,hang pun dah tembun,kalau jumpa kat jalan langsung tak kenal.
Bila balik lalu kut Butterworth tu call la,boleh pi pekena nasik kandaq.
Salam,Che E
MKM ,
ReplyDeleteApa hadiah nk sponsor utk komen ke200..?
Che E ,
rokok kapai ada belen lagi , boleh la tolak kat kwn2 murah murah ..hehe
Aslmkm kekawan, jumpa lagi.....
ReplyDeleteMacam dok kata la,bila buka tu tangan ni kira nak tulih jugak sikit....
CERITA 5
Dulu masa tingkatan 1 ngan 2,kita semua ngaji petang...kami yang dok jauh nun dikampong tu,pukoi sebelaih pagi tu kira kena naik baih dah la,kalu tidak jenuh baih biasa ni dia tak mau berenti...aku ni dok kampong dalam kena kayuh gerek mai dijalan besaq ni dekat 2km juga,awai2 lagi dah kena mai melangut tunggu baih dengan geng2 kampong yang seangkatan denganku la....kira anak2 kita lani tak merasa sangat la benda2 macam tu pasai pi kita antaq ngan keta,balik pun kita amik ngan keta, besaq sikit dah pi ngan moto sendiri....
Cerita dia bila smpai disekolah dalam pukoi 11.30 kut tu la,awai lagi maka mula la pakat cari tempat lepak, ada yang bawah pokok,ada yang kot2 belakang blok makmal sana nu,ada yang kot dekat garaj keta cikgu dll la....
Masa tingkatan 2 tu,kira dah besaq sikit la...dah mula pandai dah la baca buku2 cerita baguih ni,..satu hari kalu tak silap aku ada juga la pinjam buku baghuih ni dari Tuan Presiden kita...kalau tak silap cerita Mona Gersang.....nak baca d umah tak dan,mai dok baca senyap2 la kat belakang blok makmal sains tu sambil kawan2 lain dok buat bising main bola ikat ngan plastik....cerita dia syok juga,cerita amoi kena patuk ulaq n tok bomo dah suruh pak amoi tu pi cari apa barang tak tau jauh,jadi lambat sampai.....so....tok bomo pun buat ubat lain dulu la....jadi lagu tu punya cerita mau tak keras,kena pulak baru2 dok baliagh,masuk kelaih tengok cikgu pulak pakai seksi dia stim tak kira la....tension2
Tengah dok syok baca buku tu,jengok mai cikgu Yasin Maidin cari mana budak2 yang dok buat bising kat belakang makmal tu,dia panggil depa semua sekali dengan aku sekali kena ketuk ketampi dan tak bagi lagi duduk kat kawasan tu,nasib baik dia tak rampaih buku hat aku dok baca tu...kalu tidak nahaih pulak la.....
Lepaih tu,mula la cari tempat lain,tu yang kadang2 dok pi main futsal pakai bola tenis kat court bola keranjang tu sekali dgn Ir Mohammad,Moha,Lut dan kekawan lain lagi la....
Buku tu kena tanya Tuan Presiden kot2 ada lagi dia simpan, kalu ada sapa2 nak pinjam la....
K....takat tu dulu cerita penglipurlara untuk kali ni....jumpa lagi...
Yang benar dari Allah jua dan yang tak benar tu mai dari diri ambo jua....
Ikan Patin Ikan Merah
Tuan Presiden jangan marah
Ikan Sepila dibuat kering
Baca pila jangan boring..
Wassalam.....
Jamal Nasir
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMKM,
Li Mehad nak bagitau dia yang paling berkilau kepala tu. Ada beberapa kali gambag dia di sana. Kalau gambag ramai tu gambag kedua- sebelah yang labuh dan besar tu ialah Mie Tokwan.
oo Jamal..BADI Mona Gersang tu la ..keluaq 10 .hehe
ReplyDeletesalam JA,
ReplyDeleteDah letak jawatan ka?? lama tak bagi komen dan markah ..hehe
salam Mat Wee,
ReplyDeleteDah tak dak cerita dah ka ...selalunya mlm2 mcm ni hg suka tulih..
Salam,
ReplyDeleteJA dok ada. Dok tunggu citer dari kawan baru.
JA
Seri Malaysia, Kulim
Salam,aku dok perati tulisan hangpa dua tiga hari ni.Hang betoi la Lan,Jamal tu bukannya apa, terkena badi mona gersang la tu. Pasal mona ni terkenanglah aku kisah dulu-dulu. Bukannya apa bila cuti sekolah saja aku dengan fandi selalu pi pekan langgar kat rumah tuan presiden kita. Bila sampai sana selalunya pot yang menjadi kegemaran adalah rumah tok dia pasal rumah tu kosong.Nak tenangkan fikiran apa lagi,kami kerabat la dapur tok dia tu pasal semua stok ada kat situ.Selepas mentelaah lebih kurang tension pun kuranglah.La ni kalau pi pekan langgar teringat kenangan lalu dengan peristiwa rumah tok presiden,rumah awek cina tepi sungai dan kisah merayau-rayau dalm makam diraja dengan Lut.Aku kadang-kadang kesian juga dengan nasib sahabat kita Bukhari yang macam tu semoga Allah dapat menyembuhkannya.Jamal,teringat pulak pasal team Spurs masa tingkatan 2.Masa tu kiranya team lain tak berani lawan dengan kita.Yang aku masih ingat bola yang kita main tu selalunya ambil dari bilik sukan pada permulaan sekolah dan dihantar balik bila habis tahun.Bila habis main saja bola terus ditendang kedalam rumput yang panjang untuk disimpan bagi permainan seterusnya.Jamal hang mungkin tak tau kami ada tubuh satu team iaitu "Black Power"untuk main diluar sekolah pada masa tu kerana pada masa tu selalu diadakan pertandingan enam sebelah.Antara yang ada dalam team tu aku,fandi,apek dan tiga orang lagi yang aku lupa.Kalau pasal cerita apek ni aku teringat macam mana aku kena kelentong orang tua dia bila nak ajak apek main bola.Kadang-kadang tu bila keluar pakai kain pelikat saja tapi dalamnya dah siap semua untuk main bola.Apek kalau hang tengok tulisan ni aku mohon maaf la akan kesalahan aku yang lalu pasal masa tu kita masih budak lagi.
ReplyDeleteAssalmkm.
ReplyDeleteKemarin lepaih tulih cerita mona gersang tu,aku pun balik la dari opis,singgah sat boh minyak kreta kat mobil depan menara telekom tu,lepaih tu mula la merayap pelan2 kona kut jalan telok wanjah nak balik umah...bila sampai dekat depan bangunan Perkeso tu jengok pi la kot2 kawan kita Izham Khalil ada...tut2 tengok nampak macam kelibat dia dok ada depan pejabat tu,...pusing balik kat round about telok wanjah mai kat dia..perati dia dari dalam kreta...dia pun tak perasan ...aku pun mati injin kreta turun pi bagi salam,dia jawab salam aku...tapi aku tak berani nak kata betoi ka dia atau silap orang..jadi aku tanya nama dia dulu la..dia tak habaq tapi dia tanya aku pula ni Jamal ka...bila dia tanya gitu aku rasa sahla dia..pasai dia pun tau nama aku....gitulah bila dah lama tak jumpa...rupa nampak lain...lepaih tu aku ajak dia pi pekena teh tarik dulu la kat pokok ceri.....sambil tu aku call moha kut2 dia free tapi dia dok tunggu cikgu sukarno nak bagi roselle...so kami sembang la cerita2 lama tanya habaq hang aku dan la sampai dekat nak maghrib...
Dia masih dok teringat kawan2 lama lagi,dia tanya Pak Ya,Haris,Mail Zakaria,Mat Wi,Mat Khir Brahim,Tuan Asri kita,Asri Mat Zain dll la....dia ada crita juga kata masa dia koma kena masuk hospital dulu tu pasai paru2 bengkak,Dr Shaltut selalu dok mai jengok dia...take care kawan2,sampai staff nurse tu tanya camna u boleh kenai dengan boss depa tu,dia kata kawan sekolah la,...aku respect Dr kita ni pasai dia tak kira sapa,..teringat aku macam moha kata Dr kita ni kalu bukan pasai nak tolong anak bangsa dan kalu nak kaya dah lama dah dia tinggai hospital kejaan tu pasai offer dari luaq lagi baguih..teruih kan Dr,semoga ianya diambil kira oleh Allah SWT jua...
Aku habaq kat dia kata kita mungkin jumpa raya cina ni,kalu ada kelapangan tu mai la pokok ceri..tapi kena conform dengan setiausaha dan pengerusi dulu la..
Dia pun crita kata Man Salim rajin la jumpa dia dulu pasai ofis dekat,selalu juga man salim call dia ajak pekena teh tarik tapi lani sejak pindah opis tu jarang2 juga la jumpa...,ada sekali dia kata jumpa Apek masa tu apek nak pi LIMA langkawi,mula tu tak kenai juga tapi bila pakat2 perati perasan la kekawan lama ni....
Dia lani dok kat kawasan umah aku juga ,dia kata batu 3,jalan langgar...aku tekejut juga pasai tu kawasan umah aku tapi tak pernah jumpa..aku tanya tang mana...dia kata dia beli umah kat Taman Setia Jaya....kira satu kariah la..tapi tak pernah jumpa atau jumpa tapi tak cam..
Tengok jam dah dekat nak maghrib kami pun belah la,aku pi antaq dia balik kat bangunan Pekeso dan teruih balik....tapi dalam hati rasa puas juga dapat jumpa kawan2 lama yang lama tak jumpa...semoga hubungan silaturrahim ini dapat berkekalan dan dikira disisi Allah SWT....
Wassalam.....
Alhamdulillah, dah jumpa lgi satu kawan kita. Tolong sampaikan salam dari aku kalau bila-bila jumpa dengan dia.
ReplyDeleteTerkini, cerita yang ke:
32) Ir jamal - Mona Gersang
33) Pak Ya - "Black Power"
Mat Ulwi,
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Timbul juga rasa di hati nak sambung cerita hang tu. Che E dan gambar burung.Aku masih terbayang gambar tu. Aku biasa duduk sebelah meja dia dalam kelas dulu. Memang Che E sangat akrab dengan aku .Macam tu jg dlm kelas, dia sangat popular. Sampai kena tibai pun kawan ingat. Kenduri rumah Md,khir Ibrahim di Pdg Lumat kami pi sekali. Tidoq bawah kemah depan rumah dia pun pernah. Dia pernah tidoq rumah aku.Merayau pekan Alor Setar hari Sabtu biasa sangat lah.
Nak tegelak jg bila teringat zaman janji happy.
Gambar burung tu dia ambil cuma nak tiru buat lukisan saja.Hang ingat dak Che E memiliki bakat besar dan sangat minat gambar-gambar terutama yg berkait dng lukisan. Hobi dia satu lagi lukis gambar kartun. Rata tempat bolih jumpa gambar kartun dia lukis.
Semasa Che E dan bini dia berkunjung kerumah aku dulu,bini dia bagi tau anak depa pun dah minat melukis.Hobi pak depa dah turun kat anak pula.
Hang persasan dak, di Restoran Sala Klasik dulu,kita semua dok dengar program tapi Che E dok ambik gambar juga dng kamera yg dia bawa.Minat sungguh dia dengan gambar. Cuma hari tu Che E bukan ambik gambar burung tapi ambik gambar kita semua.
Semoga kenangan yg lepas boleh mengukuhkan lagi silaturrahim dan berkekalan.
Wassalam,
Kamal
Kuala Nerang.
Salam,Awat semua senyap saja ni?Terima kasih Kama pasal mengembalikan cerita2 lama aku,hang dan Mad Khir.Sebenarnya kita semua ada kisah masing2 semasa disekolah dulu,Md Wee,Jamal,Asri,Lut,Lan,aku dan lain2 lagi.Ada cerita seronok dan ada cerita pahit,sedih dan sebagainya.Aku yakin kita ceritakan semua disini bukannya kerana hadiah yang ditawarkan(Terima kasih Asri kerana membuka thread ini),kita cuma ingin mengembalikan kisah2 kita dibangku sekolah dulu sebagai satu nostalgia yang masih segar dalam ingatan kita(kecuali aku,banyak aku dah lupa :)).
ReplyDeleteAda kisah yang kita tidak banggakan seperti cerita aku kena rotan atau Md Wee kena berdiri atas meja tu,tetapi dengan kisah2 begini menjadikan kita lebih matang dan lebih lebih bersedia dalam menempuh hidup dan juga membuatkan kita lebih behati hati dalam mendidik anak2 kita.Zaman sekarang cabarannya lebih besar dari apa yang kita lalui dulu,betui dak?
Apa pun teruskanlah menulis demi mengembalikan persahabatan kita yang sekian lama terputus dan mengingatkan kembali kenangan yang tak mungkin dapat kita hadirkan kembali sekarang.
Walallahuaklam.
Che E.
Assalamualaikum semua penglipurlara !
ReplyDeleteApa khabar, lama JA dok menyepi pasai dok perati kot ada citer dari kawan baru. Ada la satu dua, cukuplah tu.
C18/19-Prof Majid, dua-dua citer berkait dengan Mat Wee. C20 Lan Siam juga masih berkaitan dengan Nawidin. Semua citer tu JA hanya mampu beri 6.5Markah.C21-Tony Sibert mengimbau kembali kenangan 4s3 tentang berapa paun pukulannya dan selalu citer pasai Austr dan ketua tingk. yg selalu jadi punching bag.Ini boleh bagi 8.5markah.C22 Kelas geografi JA boleh bagi 7markah. C23 prof Majid kelas 3a yg ni boleh bagi 5markah. C24 Moha jadi pengawas yang dikenakan oleh asri tu hebat jugalaa kawan- main ikut saja kata kawan- boleh bagi 8 markah. C25 Limehad Landing Time- masih macam citer dulu-dulu juga kurang menyengat, tak berapa nak sampai climax- dapat 7 markah tetapi C26 oleh Tuan Pengiran kita yang membongkar rahsia macamana Moha dan Pak Non terkena tu kita boleh bagi markah lebih pasai dia yang sponsor hadiah, JA bagi markah penooohhh,10.(bukan bodek no!)C27-Spur2,C28-Nasib malang nasib baik,C30-Mantan MB,C33 Black Power PakYa dan C34 Gambaq Burung kita pakai markah pukal-pukulkeliling- JA bagi 6.5 markah semua sekali.C31,-Mi Tok Wan kerana pertama kali muncul kita beri markah utk pujuk dia supaya tuleih lebih banyak (motivasi dan insentif) JA bagi 7.5 markah.C29 Gelinte Kuku dan C32 Mona Gersang oleh Ir. Jamal (dua cerita melampau) dipersembahkan dengan agak menarik-mengimbau kembali kenangan akil baligh semua- JA pikiaq boleh bagi 8 markah dan 8.75 markah.
Jangan berhenti, jom terus tulieh.
Juri Awam
SMK Syed Abu Bakar, Kupang.
salam JA,
ReplyDeleteJA cepat cepat tarik balik markah penuh 10 utk Tuan Pengiran ..nanti dia potong 1 kepala !!.Kalau 'kemuncak rindu' JA bagi 10 kira ok ...no effect ..hehe
Pantai Lido udaranya sejuk
ReplyDeleteTerasa nyaman di waktu petang
Diam kawan bukannya merajuk
Menanti presiden tak datang-datang!
MKM J.Bahru
Salam,
ReplyDeleteIni markah macam olimpik laa. Mana ada ketua juri kira markah utk diri. Kalau kira juga kapala dia kasipotong dulu. Biaq dia tunggu kita tadak kepala...he..he..
JA.
Salam,seronok juga kalau berbalas pantun ni,aku nak sambung pantun mkm
ReplyDeleteDiam kawan bukannya merajuk
Menanti presiden tak datang-datang
Aku tau dia tak merajuk
Cuma terkenang kisah mona gersang
Aslmkm.
ReplyDeleteAku nak smbung lagi pantun Pak Ya,
Terkenang kisah Mona Gersang
Lambat lagi Hari Jumaat
Tanya anak Ibu masih Sembahyang
Ambik MC la senang kalau nak cepat
Naik Baih Tuan Presiden KL ke Aloq Setaq
Terkenang Tok Bomo dalam Mona Gersang
Tak sabaq Tuan Presiden dah terketaq-ketaq
Sampai2 bini pula mula cuti sembahyang
Pakai baju warna merah
Balik dari Kuala Lumpur
Tuan Presiden jangan marah
Ini hanya untuk berhibur
salam,
ReplyDeletebudak sekolah baca kali-kali
lepas kali-kali kira darab
Tuan presiden dok tunggu pa lagi
Jawab, jangan tak jawab
malam tadi dah termimpi mimpi
ReplyDeletenaik kapai terbang nak pi brunei
tak berapa hari lagi 25 februari
apakah pengiran dah cabut lari?..hehe
kita punya anggota blog sungguh versatile. Mai cerita keluar cerita,mai pantun keluar pantun pada hal kat sekolah dulu semua malu-malu tambah2 Lan Siam pasal asyik tunduk kat bawah saja (takut seluar terlondeh)bila cikgu bertanya.Lan hang jangan marah pasal aku nak minta maaf siap2.Sambil tu aku nak sambut pantun hang................
ReplyDelete25 Februari tak lama dah ni
Lan Siam pikiq sampai termimpi-mimpi
Bukannya pengiran nak cabut lari
Tapi dok pikiq nak tambah hadiah lagi
Hari hari pi kerja
ReplyDeleteTak juga kaya kaya
kalau ya katakan ya
Betul la tu kata Pak Ya..hehe
bukan pengiran nak cabut lari
ReplyDeletetapi hati tak berapa senang
pengiran dok pikiaq hari-hari
taktau nak bagi sapa yang menang
assalamualaikum,
ReplyDeletekekawan, dah pokai citer ke?
JA
Salam,
ReplyDeleteaku ada satu cerita ringkas. Aku sebenarnya pernah sesat di pekan ASetaq.Turun bas di stesen bas lama, aku patutnya pi stesen bas mara tapi aku pi langkah jalan pi jalan sultan badlishah, sedaq-sedaq dah sampai dekat stesen bas baru di telok wanjah nun. Letih juga la menapak balik. Sampai belakang Hankyu Jaya dan pekena ais kacang Tat Bagdad segelas;lega. Heran..macam mana boleh terlepaih pi ke sana.
Li Mehad Baling mari
muda muda ada gigi
ReplyDeletetua tua tinggal gusi
tuan pengiran sepi diri
bikin kita rasa sangsi..
hehe SPM b.m 8 je! 'no future' kata ADO TOK WAN..
Asm,
ReplyDeleteBila tengok kawan-kawan cerita pasai Mona Gersang baru teringat balik zaman tengah dok gatai merenyam orang Kedah kata. Tok Penghulu ada bagi pinjam dalam kelas dulu tapi baca kena berlapik dengan buku ilmu alam. Macam Mahmud June baca buku sejarah lah..Tersebutlah kisah....Tak puas baca dalam kelas rumah Tuan Presiden kami sampai naik basikal..Lepas tu Pak Yalah yang kerabat para cari buku sejarah dan Tawarikh..Bukan apa, nak menambah ilmu pengetahuan.
Nampak gaya Tuan Presiden dah start test nak join kita.
Pakai baju warna merah
Seluak pula warna ungu
Tuan Presiden dok start test dah
Welcome back..we are waiting for you
Jangan lupa meeting pada 14hb Feb nanti dipokok ceri
kuboq kata mai
ReplyDeleterumah kata pi
tidoq ka mamai
keluaq ayak liuk basi..hehe no respon
Sembang sembang dipokok ceri
ReplyDeletegeng otai bertemu lagi
sudah lama menyepi diri
kemana tuan menghilang diri..sambung PAK YA..layann!!
Lan,hang mai tang pantun hang layan no.Dengaq aku punya pantun pulak.
ReplyDeleteRokok kapai ada sekartun,
Bagi kat kawan tak larat nak hisap,
Pandai sungguh hang dok pantun,
Tudung bini aku bila nak siap?.:0
Che E
Salam untuk semua sahabat ex-smdso.
ReplyDeleteSelama sebulan lepas 25/12/2009 aku memantau blog ni dan membaca segala komen-komen dan kritikan kawan-kawan maka aku mengistiharkan akan kembali memeriahkan blog ni.hampa tunggulah....
rokok kapai dapat free
ReplyDeletedapat sekartun nak lagi
tudung bini capitan Salihee
belum siap lagi...
kalau hendak kepekan Memali
singgah la rumah tuan juri
welcome back otai Ramli
semuga tak merajuk lagiii! hehe..APA HABAQ , LAMA TAK JUMPA .. muah2
Sambil jalan makan pisang
ReplyDeletePisang emas dibuat peknga
Sebut saja mona gersang
Sampai Shal terjaga dari lena
Salam kembali kepada presiden kita
Yang hansem lagi ceria
Dah lama hang dok lena
Selamat kembali kearena maya
Malam sudah dinihari
ReplyDeleteNak tidoq layan bini..Bye bye
Pantai Lido airnya pasang
ReplyDeleteParas air sampai ke pinggang
Hebat sungguh Mona Gersang
Sampai presiden terepa ke gelanggang!
MKM JB....
Aslmkm.
ReplyDeleteWellcome back Tuan Presiden;
Kusambut dengan Pantun 4 rangkap
Kembali Tuan Presiden selepaih dipujuk
Tak gusar lagi kami mencari
Menghilang diri kekawan kata merajuk
Mai perjelaih nanti kat pokok ceri
Tuan Presiden,
ReplyDeleteBuat ketupat campuq pulut sagu
Raya Cina depa beri kuih bakul
Kot dah lama kami dok tunggu
Mesti banyak citer akan muncul
Wasalam.
Selamat kembali Tuan Presiden Seumur hidup.
ReplyDeleteCerita pasal mona gersang tu, ada lagi satu buku yang hangpa lupa, kalau tak silap aku tajuk dia 'Terbang Bebas Hinggap Tak Berkaki'. Semuanya diambil dari atas para rumah lepak presiden kita. Dah la tu, siap ada buku gambar yang berwarna-warni pulak tu.
Betullah hangpa ni bawa balik kenangan zaman nakal-nakal dulu. La ni jangan dok tengok lagi la no, dah pakat-pakat ada depan mata yang halal punya, bukan dekat tengok saja, praktikal sekali boleh buat tak kira masa hatta atas belakang unta sekali pun, kecuali waktu kain telekung basuh.
Tua sudah kawan kawan
ReplyDeleteAda botak ada beruban
terima kacih tuan pengiran
Brunei D.salam jadi sasaran...hehe
sebulan sekali basuh telekung
ReplyDeletebaunya wangi putih berseri
kalau hari hari dok payung
muka bini pun pucat lesi..jangan oo Mat Wee !!
malam ini malam jumaat
ReplyDeletekata orang malam sunat
kalau tuan ada hajat
pi la pulun sampai penat..mana pi habihh ni??
hebatnya mona gersang
ReplyDeletesampai aku rasa terangsang
air con dah pun di pasang
hanya menanti kuak lentang...layann!!
malam jumaat malam ini
ReplyDeletemalam sunat kata orang
mana semua pi habih niii
tinggai Lan sorang-sorang...kecian..hu..hu
sunyi sepi malam ini
ReplyDeletehanya aku dengan juri
pantun sana pantun sini
mana pi pengiran Asri....hiduplagi hehe!!
malam ini sunyi sepi
ReplyDeletekatakpun tak bergendang
woi..mana hangpa pi
tinggai kami dua sekandang....huk..sup..sup!
jam dah 3 pagi
ReplyDeletetak tiduq2 lagi
esok kerja pagi
tersandaq kat kerusi..hehe ulaq la tu!!
bangun pagi gosok gigi
ReplyDeletesubuh pun ada sikit lagi
syukurlah ,masih hidup lagi
boleh kita berbicara lagi..amin
Lan,hang kira kuat lagi pasal boleh berjaga sampai lewat malam.Aku ni kalau sampai pukul dua belas tu pun kira dah ok.Tak larat dah Lan oi.
ReplyDeleteAlhamdulillah hidup lagi
Untuk sambut harijadi hari ni
Kita kena muhasabah diri
Kerana umur kurang sehari lagi
Hari Jumaat hari mulia
Solat subuh dan sunat sajadah beriringan
Dalam kita bersuka ria
Hidup disana dilupa jangan
Wahai kawan-kawan mana cite hampa semua. Dah jadi ruangan pantun pula. Untuk makluman kawan semua, jam yg dipaparkan tu tak ikut jam M'sia.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Tolong bagitau sapa yang boleh mai kat pokok ceri mlm 14 Feb ni. Harap semua dapat hadir kecuali menantu mithali krn dia dah bg tau. Mcm mana tuan Presiden kita.
ReplyDeleteno answer sir????
ReplyDeletehabih cerita kita berpantun
ReplyDeleteberlipurlara dan bersendaloka
minta maaf dan minta ampun
kalau ada yang rasa terluka
Aslmkm kekawan semua,
ReplyDeleteRuangan komen cerita2 nostalgia ni dah bertukar pulak jadi ruangan pantun sendaloka sambil berpenglipurlara,...dah habih idea ka atau dah tak dah cerita...tapi masih banyak lagi yang tak amik bahagian....takkan kekawan malu nak cerita kut cerita2 lama tu...bukan nak buka tembelang tapi saja untuk jadikan kenangan dan juga kiranya baik kita jadikan ikutan dan panduan...
Mai la lagi...mana penulis2 lain yang cukup berbakat dulu2 tu...mana pi hat lain...mana pi Cikgu Kri,Dato' Azmi,Tuan Azmi Bomba,Cikgu Roslisham,Cikgu Badarudin,Cikgu E Pak Non,Cikgu Mahmud Malim,Cikgu Zukri,Tuan Shafi,Tuan Muhammad Saad,Lut,Rais Bunggek,Cikgu Nizar,Mejer Yusof dll.....dan juga mana pi Tuan Presiden.???
Mai la kita pakat2 meriahkan ruangan ni...
Biar hari2 bila kita buka tu ada saja cerita atau benda baru yang kita boleh tumpang baca...
Indahnya Hidup bila BERSAHABAT.....wassalam
Tunggu kekawan tak tulih mai la aku tulih satu cerita lagi la...kan pa saja pelepaih gian menulis bila ada masa free2 ni...
ReplyDeleteCERITA 6
Lepaih SPM 80,kita semua pakat berpecah mencari haluan masing2..ada yang dapat offer U dulu tu krenyeh tak kira la kalut pi siap diri untuk pi daftar,ada yang dapat lambat sikit offer tu mai la dulu masuk form 6,ada yang masuk aliran 6 Sastera dan ada yang masuk 6 sains,dan ada yang tak puas hati lagi tu apply lain untuk amik sekali lagi SPM,dan ada yang membawa diri minta kerja dulu dan macam2 lagi la...
Masa tu aku dengan beberapa kekawan lain adala beberapa orang yang tak dapat offer lagi tu mai naik Form 6 sains tu, tahun tu Syed Omar mula buat 6 sains...macam Moha kata hari tu la..kalu tak silap antaranya Aku,Moha,Mat We,Dr Shal,Che E,Kevi,Ganeson,dan beberapa orang lagi ...tapi ada juga yang masuk 6 Sastera macam Salmi Mahmud,Azim, Roslan Dollah dan beberapa orang lagi ...
Syok jugala masa orentasi tu,tambah pula dapat kawan2 dan awek2 baru dari sekolah lain,apa lagi rioh sakan la,..Geng 6 Ataih tak berapa berani nak tegur kita pasai kita orang lama,..Sifu kita masa tu Mat We la,tang mana dia pi pakat bederu ikut,geng2 baru pun tumpang sekaki takut kena ragging dengan geng 6 Ataih....
Selang tak berapa lama lepaih tu,pakat keluaq satu2,ada dapat offer tang nu dan ada dapat offer tang ni....las2 yang tinggai dalam 6 Sains tu cuma Aku,Ganeson dan geng2 baru dari sekolah lain saja.....aku ni interview macam2 juga la,las2 sekali tak lekat,..kalu kata tu kira frust menonggeng jugala...kekawan semua pakat belah dulu pi U...Moha,Mat We pi UTM, Tuan Ramli dan Cikgu Bakri pi UPM,Tuan Pengiran,Azali,Mat Saad Samsudin, Rosli Abdullah,Afendi Unta dah masuk ITM,Shal dan Jai dah masuk matrik USM,Ad Brahim dan Bai Kadir masa tu dah masuk matrik UKM dll...kira dok 6RS tu syok2 sajala sementara dok tunggu nak minta January intek pula tu...macam frust saja..,mai sekolah pun lewat,dah mula malaih nak belajaq pasai tak dak intension untuk amik STP pun...hajat masa tu nak minta masuk Pegawai Kedet Tentera juga,kalu tidak boleh juga la jadi Mejer macam Mejer Yusof kita la ni,tapi pikiaq pi pikiaq mai tak jadi takut tak tahan godaan....laih2 tu minta juga la ITM masa tu walaupun aku ni tak pandai Bahasa Orang Putih tu,cukup takut nak minta masa awai dulu tu...kan pa macam Tuan DO kata juga la,Bahasa Orang Putih tu dapat 6 tebalik (toge),..borang ITM tu dia kena buat sikit essay dalam bahasa inggeris tu,pa lagi dah nak masuk juga,pi la himpit Ganeson minta tolong dia sikit ....paih tu hantaq pi la,macam harap tak harap saja ...tut2 dah nak jadi rezeki belajaq kat situ,dah Allah tulih dah kena belajaq kat situ,dalam ketaq2 tak reti bahasa orang putih tu kena belajaq juga la...nak cari sapa lagi..dulu masa form 1 boleh minta tolong Moha `fill in the blank'...paih tu minta Ganeson tolong `fill in the form'....lani ni kena tonyoh sendiri la..... teruk juga la...
Alhamdulillah boleh la juga lepaih...can read, speak, write and understand english juga la... macam kekawan aku lepaih tu yang mengekori aku masuk School Of Engineering,ITM tu macam Halim Pak Aji,Lan Siam, Bai Kadir dan rakan aku sorang lagi Lan Dollah... semua ni geng yang petang2 kena usung buku naik pi Menara ITM belajaq english masa orang lain tengah dok sedap tidoq kat bilik lepaih kelaih,merangkak balik belajar bahasa orang putih tu macam belajaq ABC.....
Alhamdulillah ,semuanya itu menjadi nostalgia aku dan kekawan yang sealiran denganku yang tak pandai bahasa orang putih ni masa sekolah dulu,yang selalu dok dalam group last2 tu bila cikgu bahasa inggeris buat group,yang selalu dok kena denda bila tak boleh jawab soalan orang putih ni,kena duduk luar kelaih la,macam2 lagi....
Ok...tu saja kali ni saja nak keluaqkan rasa hati ni...semoga cerita ni hanyalah satu cerita yang tak dak apa2...kiranya ianya boleh dijadikan semangat untuk anak2 kita,amiklah ia sebagai teladan...susah macam mana pun kalau kita usaha juga sambil berdoa dan bertawakkal kepada Allah,Insya-Allah, Allah akan bagi juga....Wallahuaalam
Ikhlas; Jamal Nasir
Assalammualaikum, betullah kata Jamal tapi kadang-kadang tu bukan senang nak refresh otak ni pasai masuk tahun ni kita semua dah masuk umur 47 tahun. Kita perlu pelan-pelan dan relax pasai padan-padan dengan umur tu.Setelah relax aku terkenang satu kisah lama iaitu Asrama Putra aka Hotel Putra iaitu tempat penginapan pelajar lelaki dikawasan rehat dan rekreasi Kelab Golf Di Raja Kedah. Ceritanya begini, masa Tingkatan 1 atau 2 tu aku selalu keluar awal untuk kesekolah iaitu lebih kurang jam 11 pagi. Aku akan kayuh basikal pelan2 dan singgah di rumah kuda(Ahmad Sobri) dulu pasal nak ambil dia kerana dia tak ada basikal. Yang syoknya kami ni bukannya straight pi sekolah tapi pi meneropong kat garden kawasan berhampiran asrama putra tu. Masa tu tak pikir apa..yang tau syok saja pasal dok usha couple dok merendek dikawasan tu.Asrama putra tu jadi pot aku dan kuda pasai masa tu bang bai(Razali Lebai Awang) dok kat situ.Tapi yang lebih syok la ni rumah mertua aku terletak betul2 dibelakang bekas tapak asrama putra tu. Bukannya apa bila balik rumah mertua aku dan dok bersih kawasan belakang,kadang2 tersenyum seorang kerana mengingati peristiwa lama tersebut. Salam
ReplyDeleteAsslmkm!
ReplyDeleteC6-yang teringin semasa di smdso
-teringin nak tukaq pi 4s2 pasai awek depa cun dari 4s3
-teringin nak makan mi bandung dengan te ais di kantin, dok tengok kawan yang 'kaya' dok beli dari pintu dapor
-teringin nak main bola kecik dengan geng asri, kami main padang rumput- depa main padang simen
-teringin nak tuang sekolah
-teringin nak dok asrama- tapi tak pernah apply pun. Takut dgn Pak Chot
-teringin nak pi sekolah sultanah bahiyah. Nak tengok depa PJ
-teringin nak kah..kah..kah...kah..wiiiiiiiin, hek eleh!!!
Sapa ada cerita cross country merentas desa?
LiMehad. Baling
Salam ,
ReplyDeleteAda lagi rupanya cerita dari kawan kawan kita ni .Betul kata Jamal 'pelan pelan' cerita nostalgia tu dok mai ,..mana pi tuan pengiran kita ni , hek pun dak huk pun dak . pi melancung atau ke'kemuncak rindu' pulak kut ??
Salam semua kawan-kawan,
ReplyDeleteAku masih hidup, belum mati lagi. Baru balik dari Gothenburg, Sweden ... ada kerja sikit. Laa ni aku dok ada di Changi Airport, tunggu malam sat lagi flight 7.45pm baru balik ke Brunei.
Hebat sungguh noo cerita hangpa semua. Tuan Presiden pun dah berhenti merajuk.... tuu baru anak jantan......
Sampai Changi Airport aku terus ON Laptop, blog kita makin ceria dan cerita pun semakin bertambah. InsyaALLAH balik malam ni aku update jumlah semua cerita....... ada sikit berita sedihhhh.... bini angkat bendera merah Jepun. Tadi aku call, baru dia bagi tauuuuu. Kain telekung baru rendam pagi tadi....nak buat macam mana .... telan ayaq lioq sajalah minggu ni...
HPH, Tuan Presiden, mana cerita hangpa?
salam ,
ReplyDeletetu dia ..mai dah !! dah jadi org 'lama' ni ...'pelan pelan' kata Jamal ...(kena kat dia ..10 )..hehe
Siapa yang akan menjadi orang yang ke 200 hantar komen, Tungggggguuuuuuuuu. Ada apa-apa yang MKM nak sponsor kot????? Susu lembu pokok ceri pun dah kira OK.
ReplyDeleteDari JB ke Alor Setar
Pandu kereta dengan selesa
Asri nak balik Brunei terketar-ketar
Sampai rumah kena puasa.
Kesian dia........
MKM,
ReplyDeleteMana p Moha, cerita Inspector Nato tak keluar-keluar lagi.
Ramli,
mana cerita hang, aku dok tunggu ni, tiap-tiap hari buka blog ni nak baca cerita hang.
Salam,
ReplyDeleteSelamat kembali Tn Pengiran ke arena nostalgia…citer2 SMDSO. Aku ingat hg pi ke laut. Rupanya pi sampai Sweden nooo…
Mat Wie, aku ada. Sentiasa mengikuti perkembangan blog ni. Aku Moderator. Aku simpan sat citer Inspektor Nato tu…pasai tu last citer aku. Lagi pun aku balik kampung ni…Jabal A’la (Bukit Tinggi)…Sibuk sikit. Hg jangan habaq kat orang…kain telekung bini tak basuh lg. Kesian kat Tn Pengiran, balik dari Sweden…Kain Telekung bini baru rendam pagi tadi.
Balik Aloq Staq P Ziarah
Tn Pengiran Jgn marah…
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI
rasa lapaq sampai terketaq
ReplyDeletebelum makan lagi dari pagi
bini dia saja buat gempaq
Layan baik punya sampai pagi..hehe
assalamualaikum,
ReplyDeleteasri, lain topik ni,ada kawan aku anaknya dapat pi new zealand. dia nak tanya bawa barangan berasaskan ikan atau daging boleh lepas kastam/imigresen tidak. Bagitau sat.Awai-awai ni dia takut anaknya tak boleh makan makanan lain. Belum besa.
Conform tak boleh. Masok Airport gerenti kena rampas. Suruh dia bawak makanan kering saja.... megi, serondeng, kaa dll. Apa dok risau, disana banyak kedai mamak Islam, orang melayu pun ramai. Aku besa dok sana sampai dekat-dekat sebulan.
ReplyDeleteNombor satu MKM yang punya
ReplyDeleteDah 30 thn MKM ingat nak belanja
Mat Wee , jangan dok tanya tanya
Mai pokok ceri , order apa saja ...hehe..Betoi ka Mat khir ??
Update Cerita..........
ReplyDelete34) Kamarulzaman Masaod (Kama) - Burung
35) Cikgu Li Mehad - Sesat
36) DR. Ahmad Shaltut - Mona Gersang 2
37) Ir Jamal - Bahasa Orang Putih
38) Pak Ya - Teropong
39) Cikgu Li Mehad - Teringin
HPH, Tuan Presiden masih membisu tanpa sebarang cerita??????
Oh yaa.. masih tak terlewat nak ucapkan "Selamat hari Lahir" buat Pak Ya.. semoga berada didalam pemeliharaan ALLAH setiap masa.
Lan, hang tidoq awai kaa malam nii? Kaa dok tengah buat projek??????
hajat hati nak kawin lagi
ReplyDeleteapakan daya tiada upaya
malam begini tak tiduq lagi
depan pc melayari alam maya
salam lan, mat wie dan semua,
ReplyDeletetentang belanja makan di pokok ceri tak jadi masalah,,,
jumpa di pokok ceri 14-Feb malam...
sorry, tak sempat nak karang pantun...
MKM, J.Bahru
Salam,
ReplyDeleteAsri, kawan aku nak tahu sikit maklumat tempat anak dia nak belajar, d Wellington-Uni,Messay.Kalau ada maklumat berkaitan dengan kedai halal-dia dapat maklumat kurang sangat benda halal di sana. Dia sangat berterima kasih dengan maklumat tempoh hari. Nampak kurang sikit risau bila tau ada kedai mamak. Kalau takdak takpa. Terima kasih.
ikan semilang ikan keli
ReplyDeleteseakan sama tak serupa
MKM jangan ambik hati
saja bergurau lama tak jumpa..hehe
Salam,Limehad aku tak lah pernah pergi ke New Zealand tu tapi abang ipar aku pi sana bulan Oktober lepas.Dia kata makan no problem kat sana.Jangan risau pergi dulu kemudian baru fikir
ReplyDeleteChegu Limehad,
ReplyDeleteHang bagi tau dia tak payah dok susah hati. Di Wellington, ada Persatuan Pelajar Islam Malaysia - ramai juga bilangannya. Kedutaan Malaysia juga ada di bandar ini. Semua kemudahan bagi umat Islam terdapat disini termasuk masjid, kalau tak silap aku Masjid Kilbrnie, di pekan Wallington, besaq juga masjid ni. Masa aku disana dulu, ramai umat Islam sembahyang berjemaah setiap waktu, di sana dia boleh mintak tolong dengan jemaah sesama Islam selain dari Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Wellington. Tak payah dok susah hati......... UMN* tak dak dak disini, gerenti aman punya..........
Assalamkm!
ReplyDeleteTerima kasih PakYa dn Ir Mohd Asri. Maklumat begini amat membantu. Lagi sekali terima kasih