Salam Semua,
Selaras dengan komen-komen di blog ini, saya sertakan satu pantun seloka orang merajuk...
Pantai Lido udaranya sejuk
Terasa nyaman diwaktu petang
Kalau ada yang sedang merajuk
pujuk dengan bisikan sayang!
MKM
J.Bahru
Sebagi panduan, kalau tak tau nak mula pantun macamana, boleh gunakan rangkap pantun yang Moha bagitau dulu:
" kain telekung ............."
"......................................."
"......................................."
"........................................"
kalau ada yang sedang merajuk
ReplyDeletepujuk dengan bisikan sayang
kalau hati masih belum sejuk
sama-samalah kita pergi bertandang.
Li Mehad
MKM,
ReplyDeleteSapa kata RAR merajuk? Itu cuma hobi dia saja, nak buat macam mana. Kita semua dok kalut nak perpanjangkan silatul rahim, dia dok lari pulak sabil dok prenggang diri daripada semua kawan-kawan. Orang macam kita niii, mana ada standard kawan dengan dia..... pangkat dia besaq ooiiiii. Orang kecik-kecik macam kita ni kalau dia tak kawan pon tak pa, bukan nak rugi apa-apa. Ini dia pantun dua kerat khas untuk tuan Presiden ......
Pakai Baju Berwarna Merah,
POOOORRRRRRRRRRAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH......
kecian dia..uhu uhu
ReplyDeleteTu dia, Asri dah bagi pantun 2 kerat dia....
ReplyDeleteLi Mehad, pantun yang baik...
Lan, tak nak bagi pantun sikit ka...
Mana lagi yang lain: mat wie, jamal, moha, pak ya, che ie, chanan din, pak aji, dan lain-lain...
pantun dua kerat pun tak pa....
Kain Telekung Ummi dah basuh ka
ReplyDeleteBelum balik tanya anak
Masa belum jumpa bukan main suka
Bila dah dapat semuanya tak nak
OK ka MKM pantun ni....
Khas ditujukan untuk Tuan Presiden kita...
Jangan marah.....
Kain tudung kain kapan
ReplyDeleteKeduanya diguna tutup badan
Marah-marah jangan simpan
Kalau dak merana badan
Kain telekung atas ampaian
ReplyDeleteAmpaian dari kayu beluti
Jangan kalut buat pelan-pelan
Petua Jamal sudah terbukti
Kain telekung dari selayang
Diambil moha dibawa lari
Bila anak kata ibu sembahyang
Horaayyy..... Moha balik berhari-hari
Pakai baju warna merah
Kawan-kawan jangan marahhhhhhhh
Ulwi, Shah Alam
Asm,
ReplyDeleteCuti raya cina ni agak panjang. Bolih meeting kot?
Cuti Raya Cinaaa
Jumpa di Pokok Ceriii
Kain telekung tak main laaa
Amacam...jadiii?
Harapnya Tuan Presiden dapat menghadirkan diri untuk memberi amanat dan nasihat sambil pekena susu lembu. Tuan Presiden masih ketua sebab dulu kita (AJK) yang sepakat pilih beliau, jadi kita kenalah waala dengan pemimpin. Dengar dulu statement baru kita bolih beri kesimpulan. Kita minta HPH jadi lawyer nak buat drill nanti.
Amacam Tuan Presiden..Balik dengan Matahari ka Bulan?
Salam Shaltut & kawan-kawan:
ReplyDeleteKain telekung bunga sulaman
Untuk Moha itulah idaman
14 Februari tarikh cadangan
di Pokok Ceri tempat pertemuan!
MKM, J.Bahru
Jamal: pantun tu boleh diterima, sebab tuan presiden boleh faham isi kandungannya. Next time kita pantun 10 anak pulak...
ReplyDeletePak Ya, pantun yang baik.
Ulwi punya pantun memang class... bukan 1 rangkap saja memang berangkap-rangkap... Moha pun kena juga!
Shal, saya balik 13-Feb mlm sampai ke A.Setar, 14 Feb tghari kenduri anak menakan di Jln Tun Razak, 15-Feb pagi-pagi terbang balik JB. Jadi kalau 13/2 malam atau 14/2 ptg atau malam boleh la... Raya cina ni sapa yang balik A/S?
Raya cina pakat balik
ReplyDeleteBolih jumpa anak menakan
14hb tarikh yang baik
Tolong respon kawan-kawan
Kain telekung kawan bagi
Buat sembahyang hari-hari
Kalau sudi katakan sudi
Bolih jumpa diPokok Ceri
kain telekong buat sembahyang
ReplyDeletekain tudung buat berjalan
kalau nak tempah baju kurung dan tudung
suruh bini hangpa jumpa bini aku ..huhu
Ikan sepat si ikan keli,
ReplyDeleteMakan nasi berulam tapai,
Niat di hati nak join sekali,
Apakan daya kaki tak sampai.
Kain Telekong bersama topi
ReplyDeleteMoha lipat berulang kali
bukan presiden seorang menyepi
moha & halim pak aji turut sekali
Salam semua kawan-kawan,
ReplyDeleteKalau Presiden tak mai malam 14 Februari ni, aku cadangkan hangpa semua pakat pi tangkap dia bubuh dalam guni macam Labu-labi kidnapped Cik Gu Murni untuk Hj Bakhil kemudian bawak dia pi kat Pokok Ceri.
Pagi-pagi buka komputa
ReplyDeleteTengok ramainya kawan berpantun
Pokok Ceri memang kita suka
Bukan saja tahun ni tapi dah bertahun-tahun
Minum susu,teh dan kopi
Disulam dengan Tosei sekali
Bila Lut mai memang tak sepi
Tapi mana pi Moha,Halim dan Ramli
KL, Sungai Petani ke Alor Setaq
Nak jumpa bini terketaq-ketaq...
Ikan haruan Ikan Merah
Kawan2 jangan marah....
Kain telekung berbulu-bulu
ReplyDeleteTerlekat bulu ayam jantan
Aku minta maaf terlebih dulu
Kerana aku mungkin ke Kelantan
Salam,aku mungkin tak boleh hadzir pada 14 Februari tu pasal dah plan nak ke Kelantan.Walau pun begitu aku harapkan majlis itu akan berjalan juga.
MKM,
ReplyDeleteFoto kain telekung tu buat aku ketaqqq…tambah tengok si pemakai yang ayu sekali. Ni dia pantun aku untuk semua…
Kain telekung kain sakti
Putih nan bersih baru dibeli
Menyepi bukan merajuk dihati
Bagi can kekawan hentam Ramli
Kain telekung baru dibeli
Sebagai hadiah dihari jadi
Awal tahun sibuk sekali
2010 rancang strategi
Semalam aku SMS Fathi
Dia dah dapat buku cenderahati
Meeting sana meeting sini
Celah-celah tu dan tengok bini
Buku cenderahati Mat Wi beri
Fathi masih di Proton lagi
Pasai semua kena buat sendiri
Nak upah orang bajet tak jenuh lagi
Pi Brunei rumah Asri
Kena LELAPAN Di Bandar Miri
Raya Cina aku cuti 3 hari
Tengok bini dan pi pokok ceri
Jangan lupa ajak Shafi
Juga Md Bone dan juga Bakri
Mana kekawan yang tak dan pi
Nanti aku posting gambar lagi
Tu dia Moha yang selama ini menyepikan diri,kalau dia tak tulis tak apa tapi kalau dah tulis berjela-jela
ReplyDeleteKain telekung corak berduri
ReplyDeleteAtas ampaian ditepi perigi
Moha sudah muncul diri
halim pak haji bila lagi!
MKM, Moha, HPH, Jamal, RAR, Shal dan kawan-kawan semua,
ReplyDeleteSaya Muhammad Ulwi bin Hashim No KP 630830-02-5255 tak dapat menghadirkan diri di pokok ceri pada 14/2/10 kerana ada family gathering di Batu Pahat rumah mak mentua. Dengan rendah diri saya memohon maaf pada kekawan semua di atas tidak kehadiran itu.
Kain telekung corak berduri
Duri berwarna merah hati
14hb tak dapat hadirkan diri
Terkilan juga rasa di hati
14hb tak dapat hadirkan diri
Terkilan juga rasa di hati
Raya Cina mak mentua kenduri
Balik kampung menantu mithali
Raya Cina mak mentua kenduri
Balik kampung menantu mithali
Lain kali jumpa di pokok ceri
Minta maaf lagi sekali
Ulwi,Shah Alam
Salam,Tak guna 'Kain Telekung' he..he.
ReplyDeleteKain pelekat indah sekali,
Boleh dipakai berhari-hari,
Silalah RAR jumpa dipokok ceri,
Boleh luahkan kebukuan dihati.
Balik kampung setahun sekali,
Padi menguning ditengah sawah,
Apalah guna berkecil hati,
Yang penting kita mengeratkan ukwah.
Sudah selesai menuai padi,
Petani tersenyum merasa aman,
Marilah kita sama2 menjaga hati,
Terutama sekali rakan dan teman.
Che E,Penang.
Cik E,
ReplyDeleteAku setuju dengan pantun hang.
RAR,
Sebagai President seumur hidup kena buat sesuatu yang akan menggembirakan ahli-ahli ExSMDSO. Mai pokok ceri, balun sapa-sapa yang dok balun hang dalam blog ni. Tunggu apa lagi, inilah peluang hang. Balun jangan tak balun.
Pagi tak dak pantun, idea tak mari-mari. Dok tunggu HPH bagi pantun yang kaw kaw punya.
Aiiiii, macam ni punya peluang dan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan, Tuan Presiden masih menyepi diri? Cuba hangpa semua tolong check jangan-jangan dia dah hilang sekali dengan enjin jet F5E baru-baru ni ??????
ReplyDeletetest
ReplyDelete