Sunday, May 30, 2010

MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LAGI ???????

Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi


Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

sumber : Malaysiakini


DIHARAP SEMUA EX SMDSO DAPAT MEMBERI PENDAPAT, HUJJAH SERTA KOMEN YANG BERNAS KEATAS PERKARA INI. SELAMAT BERSIDANG.



Saturday, May 29, 2010

MENGUMPAT YANG DIHARUSKAN OLEH SYARA'

Ketika membaca komen dari Cik Gu Li Mehad didalam catatan blog sebelum ini (Bukti Malaysia lebih hebat dari Amwrika - komen no.5) saya rasa terpanggil untuk memuatkan artikel ini untuk sama-sama kita renungi agar dapat mengambil manafaat daripadanya. Disamping itu dapat jualah kiranya kita menambah ilmu demi kebaikan bersama.


Enam keadaan di mana mengumpat adalah diharuskan

"Sesungguhnya mereka yang mempunyai hak mempunyai suara." (Bukhari)

Imam Nawawi telah menetapkan enam keadaan di mana mengumpat adalah diharuskan. (Al Azkar – Imam Nawawi hal. 303)

1- Ketika Dizalimi.
2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.
3- Ketika Meminta Fatwa.
4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan Dan Bidah.
5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat.
6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.

1- Ketika Dizalimi.

Orang yang dizalimi boleh bersuara untuk mengadu tentang perbuatan orang-orang yang telah menzaliminya. Imam an-Nawawi telah berkata:

“Adalah harus bagi yang dizalimi mengadu kepada sultan, qadhi atau mereka yang lain yang mempunyai kekuasaan atau kemampuan untuk menghilangkan kezaliman daripada dirinya.”(Al Azkar; Ibid)

Nabi telah bersabda: “Sesungguhnya yang mempunyai hak itu mempunyai perkataan (yakni berhak untuk bersuara).” (Bukhari – Muslim)

Jika yang melakukan kezaliman itu ialah orang-orang atasan, kita hendaklah menceritakan tentang perkara ini kepada mereka yang lebih berkuasa daripada mereka, agar tindakan dapat dilakukan secara berkesan.

Imam al-Ghazali telah berkata: “Jika yang melakukan kezaliman itu ialah seorang Hakim, seseorang itu berhak mengadu tentang kezaliman itu kepada pihak pemerintah.” (Ihya Ulumuddin bab Mengumpat)

Jika pihak pemerintah telah melakukan kezaliman, rakyat perlu diberitahu tentang kezaliman pemimpin mereka apatah lagi di dalam keadaan mereka berkuasa untuk memilih pemimpin pada musim pilihanraya.

2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.

Menceritakan tentang kemungkaran yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan bantuan untuk mencegahnya, adalah diizinkan.

“Ketika sampai berita kepada Omar bahawa Abu Jundul telah membuat arak di Syria, beliau terus menulis surat untuk menegurnya. Abu Jundul terus bertaubat dan Omar tidak berpendapat bahawa berita yang sampai kepadanya itu adalah satu umpatan.”(Ihya ‘Ulumuddin; Ibid)

Jika kuasa yang ada di tangan rakyat dapat membantu ke arah menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang telah melakukan kezaliman, kita boleh mendedahkan tentang kezaliman mereka kepada rakyat agar kesedaran rakyat akan mampu mengubah suasana ke arah yang makruf.

3- Ketika Meminta Fatwa.

Di haruskan menceritakan tentang keaiban orang lain kepada yang berilmu untuk mendapatkan fatwa darinya. Tanpa maklumat itu, berkemungkinan hukum dan fatwa tidak akan dapat diberikan secara tepat. Dalam konteks ini, seorang isteri yang tidak mendapat hak dari suaminya harus menceritakan tentang ketidakadilan suaminya untuk mendapatkan fatwa dan nasihat dari orang-orang yang layak. Kes yang seperti ini telah berlaku di zaman Rasulullah:

“Hindun binti Utbah telah bertanya hukum kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang bakhil: ‘Dia tidak memberikan harta yang mencukupi bagiku. Bolehkah aku mengambil hartanya tanpa pengetahuannya?’ Jawab Rasulullah: ‘Ambillah secara yang mencukupi untuk diri dan anakmu secara yang makruf.’ ”(Bukhari –Muslim)

4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan Dan Bidah.

Masyarakat perlu disedarkan tentang kumpulan-kumpulan dan tokoh-tokoh sesat di dalam masyarakat agar mereka dapat berwaspada dari golongan-golongan ini. Mendedahkan tentang mereka tidak dianggap sebagai suatu umpatan malah kadangkala ianya merupakan suatu tuntutan.

Rasulullah telah bersabda: “Aku tidak yakin bahawa si pulan dan si pulan mengetahui tentang agama sedikitpun.”(Bukhari)

Di dalam hadis ini Nabi telah menceritakan tentang keaiban dua orang munafik agar sahabat-sahabat berwaspada dengan mereka.

Imam Al Ghazali telah berkata: “Apabila kamu melihat seorang alim sering mendatangi seorang pembuat bid’ah atau kefasikan, dan kamu takut bid’ah itu menular kepadanya, maka kamu berhak menceritakan tentang keaiban orang itu kepada si alim tadi. Yang menggerakkan kamu melakukannya ialah ketakutan menjalarnya bid’ah dan kefasikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Penghinaan ke atas syariat dan undang-undang Allah merupakan kemungkaran yang amat besar yang sedang berlaku di dunia Islam pada hari ini.

Imam Nawawi telah berkata: “(Diantara perkara yang harus diumpatkan) ialah tentang mereka yang mempunyai kekuasaan tetapi tidak menggunakannya di atas jalan yang hak ataupun mereka ini merupakan orang-orang yang fasik, lalai dan yang seumpamanya. Wajib diberitahu kepada pemimpin tertinggi agar dilucutkan jawatannya dan digantikannya dengan seorang yang lebih layak.”(Al Azkar; Ibid)

Bila yang fasik, lalai dan zalim adalah dari kalangan pemimpin yang tertinggi, kuasa rakyat perlu digunakan untuk menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang lebih baik.

5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat.

Mereka yang sanggup mengiklan dan mendedahkan kemaksiatan dan tidak berasa malu dengannya, tidak layak untuk dihormati.

Omar Al Khattab pernah berkata: “Tidak ada kehormatan ke atas orang-orang yang fajir.” Imam Al-Ghazali telah menafsirkan kalimat ‘fajir’ sebagai “yang melakukan kefasikan secara terang-terangan tanpa selindung.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Menceritakan tentang golongan yang sanggup menzahirkan maksiat tanpa perasaan segan-silu adalah diharuskan.

Imam Al-Ghazali telah menegaskan: “Orang-orang lelaki yang menampakkan dirinya sebagai wanita, mereka yang mempunyai tempat minuman keras yang mana arak diminum secara terang-terangan dan mereka yang meminta harta menusia secara paksaan, kesemua mereka adalah termasuk di dalam golongan yang menzahirkan perbuatan keji, dimana mereka tidak memelihara diri mereka dari disebut-sebut. Apabila kamu menceritakan tentang mereka dan maksiat yang mereka zahirkan, maka kamu tidak berdosa.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Pemimpin yang memperkecilkan syariat Allah secara terang-terangan adalah termasuk di dalam golongan yang tidak layak untuk dihormati.

Imam Hasan Al-Basri telah berkata: “Tiga golongan manusia boleh diumpat: yang mengikut hawa nafsu, yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan imam (pemimpin) yang zalim.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan.

Jika di dalam sesebuah kampung ramai daripada penduduknya bernama Muhammad, harus diberikan gelaran bagi setiap seorang daripada mereka untuk memudahkan pengenalan. Sebagai contoh, seorang digelar dengan Muhammad Surau, seorang dengan Muhammad Tomyam, Muhammad Bisu dan seumpamanya.

"Sesungguhnya mereka yang mempunyai hak mempunyai suara." (Bukhari)

Wassalam.

Friday, May 28, 2010

BUKTI MALAYSIA LEBIH HEBAT DARI AMERIKA

Amerika cipta jet tanpa juruterbang, Malaysia cipta jet tanpa injin.

Wednesday, May 26, 2010

Negara SEJAHTERA tanpa ARAK dan JUDI



Umum mengetahui bahawa arak dan judi adalah diantara penyumbang kepada segala bentuk kemaksiatan serta gejala sosial diatas muka bumi ini. Ianya bukan hanya diharamkan oleh Islam, malah dibenci oleh semua agama utama didunia.

Walaubagaimanapun, ianya adalah tetap menjadi kesukaan ramai tidak terkecuali kepada segelintir umat Islam.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman setelah hampir 11 tahun bermastautin di Negara Brunei Darussalam. Tidak terlintas walau sedikit pun untuk bersikap 'bias' ataupun tidak 'patriotik' ketika menulis rencana ini.

Tahukah anda semua, walaupun Negara Brunei masih belum lagi melaksanakan Hukum Hudud, ianya telah menjadi diantara negara yang paling rendah kadar jenayahnya didunia? Negara ini juga terdiri dari penduduk berbilang bangsa dan agama sebagaimana di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya, baru ada 1 kes bunuh disepanjang 11 tahun berada disini itu pun melibatkan warga asing. Rakyat bebas untuk melakukan aktivit harian mereka tanpa rasa takut dan bimbang.
Pada setiap akhir bulan, saya hanya membawa beg plastik (dari pasaraya) untuk mengambil gaji semua kakitangan dan pekerja dari bank. Ini adalah merupakan perkara biasa yang di NIKMATI bagi pemilik-pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan mereka di sini.

Amat jarang kita dapat melihat rumah-rumah yang memasang 'Grill' bagi tujuan keselamatan penghuninya. Bagi rumah-rumah yang diberi / disediakan oleh kerajaan pula, pemilik tidak dibenarkan membina pagar untuk memisahkan kawasan. Ini adalah bertujuan agar aktiviti kejiranan senantiasa berterusan dan harmoni.
Jika anda ke pekan/bandar, tak perlu bimbang kalau terlupa nak kunci kereta, insyaALLAH kereta takkan hilang.

Selain dari itu, pasukan keselamatan di sini (POLIS) tidak membawa senjata api ketika menjalankan tugas harian mereka. Mereka hanya dibekalkan dengan 'cota' untuk mengawal keselamatan.

Pusat-pusat rekreasi (taman bunga) memang banyak disini. Walaupun begitu, ianya tidak menjadi 'kegilaan' bagi muda-mudi untuk bergaul bebas sebagaimana di negara kita. Setiap petang, taman-taman bunga berkenaan akan penuh sesak dengan aktiviti riadah. Masing-masing akan berkumpul serta beriadah bersama dengan keluarga.

Pada setiap hari Jumaat pula, semua premis perniagaan bagi orang-orang Islam akan ditutup (sementara) menjelang Solat Jumaat dan dibuka semula selepas itu. Terasa macam berada di tanah suci pula bila menjelangnya hari Jumaat.

Bagi saya, apa yang dapat dinikmati dan dilihat disini adalah anugerah daripada ALLAH swt. Negara ini hanya MENGHARAMKAN JUDI DAN ARAK DI ATAS MUKA BUMINYA. Berikutan dengan itu, ALLAH telah menjaga serta memberi keberkatan, keamanan dan kesejahteraanNYA keatas Negara ini serta semua penghuninya. Sesungguhnya janji ALLAH itu amat benar, hanya manusialah yang selalu mendustakannya.

Wallahua'lam.

Kedah Pun Ada Kebun Anggur



Kebun anggur ini terletak dipersisiran Tasik Beris,Sik,Kedah.

Sunday, May 16, 2010

RENUNGAN UNTUK YANG BERGELAR GURU.

Assalamualaikum,
Semoga semua sahabat dalam sihat selalu.Sesungguhnya kita semua sebenarnya adalah guru , tidak kiralah samada kita dipanggil cikgu, bapa mahupun emak. Setiap anak yang dilahirkan kedunia ini , ibu dan bapalah yang menjadi guru pertama mereka. Oleh itu didiklah anak kita sebagaimana yang dikehendaki agama kita waimma kita dipanggil emak,ibu, mummy, ayah,bapa atau pun papa. Pada sahabat yang bergelar guru ,renunglah pekerjaan kita, adakah kita telah laksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pelajar hari ini tidak sama dengan pelajar 30 tahun dahulu. Pelajar hari ini dicorak oleh satu sistem pendidikan yang menjadikan peperiksaan itu satu aras atau indikator menentukan kejayaan seorang pelajar. Pihak sekolah mahupun kementerian hanya memberi fokus terhadap matapelajaran matematik ,sains serta peratus kelulusan sesuatu peperiksaan yang dicapai samada peringkat sekolah mahupun kementerian. Kita hari ini dikejutkan dengan beberapa kejayaan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi bagaimana pula pelajar kita yang tidak mengenal tuhannya. Dewasa kini kita lihat bagaimana seorang pelajar tidak tahu menghormati gurunya, tidak tahu menghormati ibu-bapanya, tidak tahu menghormati orang yang lebih tua daripadanya dan yang paling malang sekali dia tidak tahu menyembah tuhannya. Mengapa ini semuanya berlaku? Silap siapa? Hari ini tidak hairan kalau 85% pelajar tidak sembahyang dan yang lebih malang lagi ramai yang buta al-quran. Jangan kita menuding jari pada sesiapa kerana empat jari lagi menuding kearah kita. Oleh itu untuk peringatan kita semua, bekalkan anak-anak kita dengan ilmu agama dan didiklah mereka mengenal Allah ,insyaallah anak kita akan terpelihara dari perkara-perkara maksiat dan dijamin rezeki mereka.Renung-renunglah untuk anak-anak kita.

Friday, May 14, 2010

Renungan hari Jumaat

Assalamualaikum semua sahabat.Apa yang hendak ana tulis ni semua sahabat dah tahu ,cuma kadang-kadang kita lalai sikit. Oleh itu kita sama-sama peringat.
Pg ni kuliah subuh tempat ana ustaz yg mengajar suruh kita menilai sembahyang kita , sembahyang berjamaah di masjid , buat sembahyang sunat sebelum dan sesudah sembahyang fardhu, sembahyang dhuha, berkhiamulail (sembahyang tahajjud dan sembahyang witir). Wahai sahabat -sahabat semua eloklah kita bermula menanam iltizam untuk melakukan semua ini. Mula-mula buat sikit-sikit dulu tapi istiqamah, bagi yang dah buat tu teruskan amalan sambil istiqamah dengannya.

Tuesday, May 4, 2010

Perjumpaan meraikan sahabat kita dari Berunai

Assalamualaikum, semoga semua sahabat dalam kesihatan yang baik diberi Allah hendaknya. Ana baru terima tel. dari setiausaha yang mencadangkan kita ke Tg Dawai pekena ikan bakar pada 7 Mei 2010. Kalau cadangan ini diterima pakai agendanya mudah shj. Kita sembahyang isyak di masjid tg dawai kemudian kita pi pekena apa-apa shj atau makan digerai ditepi laut. Lepas tu sembang sampai pagi.
Sahabat-sahabat yang dekat dgn sg petani boleh lah turun sekali sperti Lan, Ce Ei, Baee (kalau dpt izin) Jai, Shafi , dan lain-lain lagi nama yang tak di sebut di sini.
Ini cuma cadangan saja, kalau ada cadangan lain boleh bincang disini.