Sabda Rasullallah s.a.w : Ada 6 perkara yang perlu ditunaikan
Hak seorang Mukmin terhadap Mukmin lain
1 Apabila berjumpa seorang mukmin hendaklah memberi salam
2 Memberi nasihat apabila diminta memberi nasihat secara ikhlas
3. Mengunjungi walimatul urus apabila di jemput.
4. Berdoa pada nya apabila ia bersin.
5. Ziarah ia apabila sakit
6. Ziarah serta mengiringi jenazah sehingga ke kubur
Tiga perkara pesan rasullallah dalam mendidik anak.
1. Ceritakan tentang semua sifat nabi.
2. Ceritakan semua tentang keturunan rasullallah.
3. Membaca Al-Quran
Sunday, February 28, 2010
Saturday, February 27, 2010
Majlis Silatul Rahim & Mengenang Jasa Guru SMDSO 76-80 - Cadangan
YB Dato' Syed Omar
Apabila membaca cerita dari kawan-kawan semasa berada di SMDSO sekitar tahun 1976-1980, tidak dapat dinafikan hampir semua cerita adalah berkisar pada guru-guru yang mengajar kita suatu ketika dulu.
Oleh yang demikian, saya merasakan masih belum terlambat bagi kita semua menganjurkan suatu majlis bagi menghargai jasa-jasa guru SMDSO (yang masih ada) yang telah berusaha sedaya upaya mereka mendidik serta memberi ilmu kepada kita semua. Pak Ya Long, Cikgu Syed Mahmud, Cikgu Tahir, Cikgu Md Ghani, Ustaz Fadzil, Ustaz Yusof, Cikgu Salmah, Cikgu Radzi, adalah diantara beberapa nama yang dapat saya nyatakan disini yang masih sihat dan percaya masih belum terlambat bagi kita semua untuk memberi satu penghargaan buat mereka semua.
Selain dari itu, diharapkan kita semua juga dapat bertemu dengan kawan-kawan yang tidak dapat menghadirkan diri pada majlis 25hb. Disember yang lalu. Segala usaha murni ini bolehlah dimulakan dari sekarang dan tarikh yang dicadangkan adalah pada 25hb. Disember 2010.
InsyaALLAH semua perbelanjaan ketika berlangsungnya majlis ini akan datang dari ALLAH melalui saya.
Dapatlah kiranya semua kawan-kawan berkumpul untuk membentuk suatu jawatankuasa (harap dapat dikekalkan saja jawatankuasa yang lama) bagi menjayakan majlis ini. Maklumat-maklumat mengenai guru bolehlah kita sama-sama cari semoga usaha murni kita ini akan diberkati serta di rahmati oleh ALLAH SWT.
Apa komen kawan-kawan semua.........??????

Friday, February 26, 2010
Kepimpinan Nabi Muhammad SAW - Sempena Maulidul Rasul Hari Ini
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
Nabi adalah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan kepadanya wahyu Allah untuk amalan dirinya sahaja. Seorang Rasul pula ialah seorang lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah kepadanya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang lain.
Seorang negarawan atau pimpinan pula dapat diertikan sebagai seorang ketua, ahli politik dan pentadbir yang cekap, yang berjaya membuat polisi pemerintahan dan pentadbiran yang baik, dan dapat pula membuat kejayaan yang banyak kepada negaranya di samping memberikan kemakmuran dan kesenangan kepada rakyatnya.
Benarkah Nabi Muhammad Bin Abdullah itu adalah seorang Nabi, Rasul dan negarawan yang agung. Terdapat banyak bukti yang dikutip daripada catatan ahli sejarah yang menunjukkan bahawa memang benar Muhammad Bin Abdullah itu ialah seorang Nabi, Rasul dan negarawan Tanah Arab yang ulung.
Sebagai Nabi dan Rasul
• Sebagai Nabi dan Rasul, baginda berakhlak mengikut ajaran dalam al-Quran.
• Sebagai seorang pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya, terutamanya tentang aspek akidah.
• Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan kuasa-kuasa luar biasa walaupun beliau dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah.
• Sebagai pemimpin, baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Antaranya ibadat, nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan dan sebagainya.
• Bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad: -
Pengalaman Kenabian
Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mengalami proses pengalaman kenabian dan kerasulan seperti yang juga pernah dialami oleh nabi-nabi sebelumnya. Misalnya, pengakuan yang diberikan oleh Waraqah bin Naufal bahawa apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah petanda-petanda bahawa baginda bakal menjadi seorang Nabi. Pengakuan ini diberikan setelah isteri Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidatina Khadijah menceritakan kepada Waraqah bin Naufal tentang pengalaman baginda bertemu Malaikat di dalam Gua Hirak.
Kedatangan Nabi adalah Dinanti-nantikan
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sendiri memang telah dinati-nantikan oleh sebahagian daripada masyarakat Arab. Misalnya ketika Abdul Mutalib mengunjungi Yaman untuk menyatakan tahniah kepada Saif Zu Yazin yang berjaya menguasai semuala Yaman daripada orang-orang Habsyah. Saif Zu Yazin telah memberitahu kepada Abdul Mutalib tentang bakal kelahiran seorang bayi dari Mekah yang mempunyai "tanda tertentu" pada badannya yang akan menjadi pemimpin manusia sehingga ke Hari Kiamat.
Keterangan dari Kitab-kitab Terdahulu
Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s (Taurat) dan Isa a.s (Injil) dengan jelas ada menyatakan tentang bakal kelahiran seorang Nabi dari arah Mekah dan dari keturunan keluarga atau saudara-mara Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s itu sendiri, walaupun bukan dari keturunan Yahudi atau Nasrani. Malah kaum Yahudi di Yastrib (Madinah) sering pula menakut-nakutkan masyarakat Arab kota itu tentang kelahiran "Nabi" tersebut yang diceritakan dalam kitab mereka (Taurat). Mereka mendakwa "Nabi" tersebut akan menganut agama Yahudi dan mengalahkan orang-orang Arab.
Keterangan dari al-Quran
Ayat-ayat dari kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan tegas menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdullah itu ada menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dan seterusnya baginda diarahkan agar menyampaikannya kepada umat manusia yang lain.
Mukjizat-mukjizat Nabi
Seperti juga nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai berbagai mukjizat. Di antaranya ialah baginda sering menerima berita-berita ghaib atau ramalan-ramalan masa depan dengan tepat. Misalnya setelah tiga tahun umat Islam dipulaukan oleh kaum Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w menyatakan kepada Abu Talin bahawa piagam pemulauan tersebut yang disimpan di dalam Kaabah telah hancur dimakan oleh anai-anai. Apabila disiasat oleh kaum Quraisy didapati bahawa apa yang dinyatakan oleh baginda itu benar-benar berlaku.
Bukti Sejarah Tugas-tugas Nabi
Sumber-sumber sejarah lain termasuk yang dikaji oleh para orientalis ada menunjukkan bahawa baginda ada menerima wahyu dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia yang lain. Kajian-kajian sejarah tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa baginda telah menjalankan tugasnya sebagai seorang Nabi dan Rasul yang cuba memimpin umatnya ke jalan yang benar.
Sebagai Pemimpin Masyarakat
Setelah sampai di Madinah, baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi di antara Suku Aus dan Suku Khazraj. Kedua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar. Setelah itu, golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang-orang Quraisy yang datang dari Mekah. Dengan kejayaan ini, baginda merupakan tokoh yang pertama yang menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
Sebagai Pemimpin Politik
Keunggulan Nabi dari segi politik dapat dikesan dalam: -
Menyelesaikan Masalah Perpindahan Hajar al-Aswad ke Tempat Asal
Baginda jga mempamerkan ciri-ciri kepimpinannya dengan berjaya menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pemimpin bani-bani dalam kabilah Quraisy yang merebutkan hak untuk meletakkan hajarul-aswad di tempatnya yang asal di penjuru dinding Kaabah.
Peristiwa tersebut berlaku setelah kota Mekah dilanda banjir dan sebahagian daripada bangunan Kaabah telah runtuh. Semasa hendak meletakkan semula batu hajarul-aswad di sudut dinding Kaabah, bani-bani di Mekah bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana batu tersebut dianggap sangat suci dan mulia dan hanya tangan yang mulia dari bani atau suku yang mulia sahaja yang layak meletakkan semula batu tersebut ke tempat asalnya.
Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan batu tersebut di atas sehelai kain. Setelah itu setiap wakil bani memegang bahagian hujung kain tersebut dan beramai-ramai mengangkatnya. Nabi Muhammad s.a.w sendiri meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah. Cara itu menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu merasa puas hati.
Membentuk Piagam Madinah
Pada tahun 1 Hijrah baginda berjaya menggubal sebuah perlembagaan yang dinamakan Perlembagaan Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Hal ini seterusnya berjaya mewujudkan sebuah negara Islam yang pertama di dunia yang menampung rakyat berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya perlembagaan ini lebih bersifat satu alat untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk yang ingin hidup aman damai dalam sebuah negara yang sama.
Mengadakan Perjanjian Hudaibiah
Perjanjian Hudaibiah yang diadakan di antara umat Islam Madinah dengan kaum Quraisy Mekah merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda. Tiada siapa dapat menyangka (termasuk Saidina Umar sendiri) bahawa perjanjian yang dianggap kontroversi itu telah memberikan penangan maut kepada kaum Quraisy dalam semua bidang.
Sebagai buktinya, selepas Perjanjian Hudaibiah, tiga pahlawan unggul Quraisy iaitu Khalid al-Walid, Amru Bin al-As dan Osman Bin Talba memeluk Islam, umat Islam bertambah sebanyak lebih lima kali ganda dalam masa dua tahun sahaja, serta tewasnya Mekah tanpa pertumpahan darah dua tahun kemudian. Jelas bahawa baginda membuktikan kebijaksanaannya dalam selok-belok percaturan politik Tanah Arab.
Mengadakan Hubungan Diplomatik
Walaupun Nabi Muhammad s.a.w buta huruf, namun baginda membuktikan kualitinya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan. Baginda mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti Habsyah, Farsi, Byzantine, Ghassan, Hirah dan sebagainya.
Sebagai Perancang Ekonomi
• Nabi Muhammad telah memperkenalkan ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja teras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
• Baginda telah membangunkan ekonomi orang Islam: tanah tergadai kepada kaum Yahudi ditebus balik dan dikerjakan; tanah terbiar diusahakan semula.
Sebagai Pemimpin Ketenteraan
• Asas kepimpinan baginda ialah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
• Baginda dan sahabatnya menetapkan dasar tertentu semasa perang seperti: (a) tidak memerangi orang lemah, orang tua dan kanak-kanak serta wanita; (b) tidak memusnahkan harta benda.
• Baginda turut mengamalkan sifat amanah - melaksanakan amanah Allah dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tenter untuk mencapai kegemilangan.
• Baginda bersifat adil - harta rampasan dibahagi sama rata kepada tentera yang menyertai peperangan dan tidak menceroboh pihak lawan seperti mengejar musuh yang sudah lari dari medan peperangan.
• Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi.
• Dengan ilmu dan pengalaman yang luas, baginda berjaya merangka takrif peperangan yang berkesan yang membawa kejayaan kepada tentera Islam.
KEPUTUSAN MENULIS CERITA / PENGALAMAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN SEMASA BERADA DI ALAM PERSEKOLAHAN SMDSO 76-80
Assalammualaikum semua kawan-kawan!!!
Syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH swt, sehingga kini kita masih lagi dapat berinteraksi di alam maya disamping dapat memanjangkan ikatan silatul rahim yang telah sedia terbina sejak zaman persekolahan lagi.
Pada hari ini genaplah usia blog ini selama 3 bulan lima hari, berjaya menghidangkan berbagai maklumat dengan gayanya yang tersendiri. Terima kasih kepada sahabat kita, Moharaziff yang telah berusaha mempertemukan semula semua kawan-kawan di alam maya setelah hampir 30 tahun berpisah, masing-masing dengan tugasan yang berlainan di dalam mengharungi saat suka-duka, pahit getir kehidupan.
Pada hari ini juga, genaplah 2 bulan pertemuan ex smdso di Sala Classic yang telah mencetuskan nostalgia yang amat berharga bagi kita semua. Semoga segala usaha murni ini diberkati oleh ALLAH swt serta mendapat rahmat dan petunjuk olehNYA.
Dan yang lebih hebat lagi, pada hari ini jugalah merupakan hari ulang tahun keputeraan serta kewafatan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.
Sukalah saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah menjayakan posting ini.
Sebanyak 301 komen diperolehi melalui 2 posting (yang sama) di samping sajian 56 cerita dari penulis telah menjadikan posting ini memperolehi 'rating' tertinggi sehingga kini. Syabas diucapkan kepada semua kawan-kawan yang meluangkan masa bagi menyumbang segala bentuk cerita, pendapat serta komen yang bernas di dalam posting ini.
Untuk makluman kawan-kawan, 4 pemenang yang dipilih akan dibahagikan kepada 2 fasa masa yang berlainan untuk datang melawat / bercuti selama 4 hari 3 malam di Negara Brunei Darussalam. Ini bagi membolehkan mereka memilih masa yang sesuai mengikut tugasan masing-masing disamping memberi peluang kepada saya untuk menyambut tetamu kehormat ini dengan lebih selesa serta mendapat layanan terbaik ketika berada di Brunei Darussalam. Hanya 2 pemenang akan datang ke Brunei pada satu tarikh, manakala 2 pemenang lagi akan datang pada tarikh yang lain (dalam tahun 2010), akan ditetapkan mengikut kesesuaian / kelapangan pemenang.
Jadual lawatan akan dipaparkan kemudian didalam blog ini. Juga dimaklumkan, peraduan menulis cerita ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, ianya sekadar sumbangan yang sangat kecil dari saya buat kawan-kawan semua, selain dapat berkongsi pengalaman hidup di perantauan bersama saya yang telah ditakdirkan oleh ALLAH swt untuk mencari rezeki di sini.
4 pemenang yang telah berjaya adalah...................
1) Mohd Roslan (Lan Siam)
2) Cikgu Li Mehad
3) Ir Jamal Nasir
4) Halim Pak Aji - HPH
Sila buat passport international segera (bagi yang belum ada), masing-masing bolih pilih partner masing-masing, dan sila cadangkan tarikh yang difikirkan sesuai untuk datang ke Brunei.
Tolong bagi - No. tel untuk dihubungi selepas ini. Kepada yang tidak berjaya, insyaALLAH tahun depan masih ada lagi peluang ................................... kita buat cerita lain pula dalam blog.....
Wassalam.

Friday, February 19, 2010
RENUNGAN HARI JUMAAT 5 R'Awwal 1431
Ciri manusia yang mendapat rahmat Allah
1. Manusia yang bertakhwa
2. Keluarkan zakat
3. Mengikut apa yang Allah suruh
4. Manusia yang menjadikan Al Quran dan sunnah panduan kehidupannya.
5. Manusia yang melakukan semua dalam kehidupannya adalah memikirkan selepas
mati.
Ciri manusia bertakhwa
1. Takut pada Allah.
2. Manusia yang menjadikan Al Quran dan sunnah panduan kehidupannya.
3. Manusia yang melakukan semua dalam kehidupannya adalah memikirkan selepas
mati.
4. Redzo dengan apa ketentuan Allah Taala.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT

Thursday, February 18, 2010
4 Hadiah Percuma : Lawatan 4 Hari 3 Malam Ke Negara Brunei Darussalam (Part 2)
Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari kawan-kawan yang bersedia untuk berkongsi cerita semasa berada di alam persekolahan SMDSO (pada tahun 1976 - 1980) posting yang baru (Part 2) dibuka bagi memudahkan kita semua berinteraksi.
Sila tulis cerita-cerita serta komen-komen anda semua diruangan (baru) ini. Tarikh tutup hanya tinggal 6 hari saja lagi. Bagi yang belum menulis, masih ada masa untuk berbuat demikian. Yang dah tulis, harap dapat menambah koleksi cerita anda diruangan (baru) ini.
Wassalam.
PS- Terima Kasih kepada MKM, HPH - Depa yang suruh aku buka posting baru ni, pasai yang lama dah hampir jammed......................
Friday, February 12, 2010
RENUNGAN HARI JUMAAT 27 SAFAR 1431
Assalamualaikum, diharap semua kawan-kawan semua dalam keadaan baik hendaknya diberi Allah. Pada pg ini saya ingin berkongsi cerita dialog antara Allah dan malaikat Jibrail.
Pada suatu ketika Allah s.w.t telah memanggil malaikat Jibrail datang mengadapnya. Allah s.w.t telah memberitahu malaikat Jibrail bahawa ia telah membina shurga dan meminta malaikat pergi melihatnya dan melapurkan apa yang telah dilihatnya. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t tanpa berlengah , malaikat Jibrail dengan segera menunaikan tanggungjawabnya meninjau keadaan Syurga.
Setelah beberapa ketika , kembalilah malaikat Jibrail dengan rupa yang teruja dan membuat laporan pada Allah bagaimana keadaan syurga. Malaikat Jibrail menyatakan bahawa ia belum pernah lagi melihat tempat yang begitu indah sekali dan yakin bahawa setiap makhluk ingin mendiaminya walaupun hanya mendengar ceritanya sahaja. Setelah Allah s.w.t mendapat laporan dari malaikatnya, ia menitahkan sekali lagi malaikat Jibrail melihat syurga untuk kali ke dua. Pada kali ini malaikat kembali dengan wajah yang muram dan memaklumkan bahawa , ia takut tidak ada seorang makhluk pun yang berupaya memasukinya kerana syurga itu telah dipagari dengan perkara-perkara yang mana makhluknya tidak suka melakukannya seperti, solat, zakat, berjihad, melakukan perkara yang diminta Allah menunaikannya. Oleh krn kesukaran ini malaikat merasakan bahawa agak sukar makhluknya (manusia) melepasi pagar yang memagari syurga tersebut
Setelah Allah s.w.t mendapat laporan berkenaan syurga dari malaikat Jibrail, Allah s.w.t menitahkannya pula untuk melihat pembinaan neraka. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t malaikat Jibrail pun segera membuat lawatan ke nereka. Sekembalinya dari pemantauan itu , malaikat Jibarail menyatakan bahawa belum pernah lagi ia melihat tempat yang begitu dahsyat siksaanya dan dia merasa yakin tidak ada satu makhluk pun yang ingin memasukinya walaupun hanya mendengar ceritanya shj.
Setelah Allah s.w.t mendapat laporan dari malaikat Jibrail tentang keadaan dan rupa neraka, Allah s.w.t telah menitahkan malaikat Jibrail mengunjungi sekali lagi keadaan neraka. Setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t , malaikat Jibrail pun pergi meninjau keadaan neraka untuk kali ke dua. Sekembalinya dari tinjauan itu, malaikat Jibrail menyatakan bahawa keyakinannya bahawa ramai manusia akan memasuki dan mendiami neraka kerana neraka telah dipagari dengan wanita cantik, arak, judi , berzina , berbunuhan , dan melakukan perkara-perkara maksiat yang dilarang Allah s.w.t.
Kesimpulannya dari cerita di atas, kalau hidup kita sekarang ini jauh dari syariat Allah dan kita merasa seronok melakukan kejahatan di dunia maka nerakalah tempatnya. Oleh itu renung-renungkanlah diri kita.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.

Friday, February 5, 2010
RENUNGAN HARI JUMAAT
Bersambung kita tentang hujjah manusia pada Allah
Renungan bersama.
Apabila kita beroleh kesenangan serta keseronokan hendaklah kita bersyukur padanya (ALLAH) dan apabila kita menerima musibah hendaklah kita redho dengannya..
Hujjah kedua
Manusia yang miskin.
Golongan ini memberi hujjah bahawa mereka terpaksa bekerja mencari rezeki siang dan malam untuk mencukupkan keperluan mereka yang tidak pernah cukup. Oleh sebab kemiskinan, menjadikan mereka itu lalai terhadap kewajipan pada Allah. Allah menempelak manusia ini dengan kata nya bahawa nabinya iaitu nabi Isa lebih miskin dari manusia yang ada dimuka bumi tetapi kemiskinannya tidak menghalang ia menjadi manusia yang taat pada perintah Allah. Manusia tunduk malu setelah Allah memberi hujjahnya.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.
Hujjah ketiga.
Ia terdiri daripada pemimpin yang diberi kuasa. Mereka ini memberi hujjah bahawa Allah telah memberi kuasa serta sifat kepimpinan dalam diri mereka. Oleh kerana itu mereka menjadi terlalu sibuk mengurus organisasi atau negara sehinggakan lalai utk menjalankan tanggungjawab kepada Allah. Allah menempelak dengan menyatakan bahawa Nabi Sulaiman merupakan pemerintah kepada jin , haiwan serta manusia. Ia juaga adalah raja segala makluk diatas dan dilaut tetapi ia masih dapat sujud pada penciptanya dengan penuh rasa rendah diri dan tawaduk.
INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.
Bersambung diminggu hadapan..............................
Hujah ke empat
Golongan ini pula adalah golongan yang menjadikan keuzuran serta penyakit yang dihidapi oleh mereka sebagai alasan mereka tidak menyembah allah. Mereka ini sentiasa sibuk mencari ubat serta penawar serta mengeluh dengan musibah penyakit yang mereka hadapi sehinggakan mereka tidak mampu menjalankan kewajipan mereka kepada Allah. Hujjah Allah pada mereka ini bahawa Nabi Ayub telah ditimpa penyakit sehinggakn masyarakat serta isteri beliau meninggalkannya tetapi ia masih lagi ingat pada tuhannya. Nabi Ayub bersabar dengan musibah yang menimpanya tanpa menggugat keimanannya pada Allah.
Akhirnya setelah keempat-empat gfolongan ini tewas dalm hujjah mereka , mereka ini kemudiannya dicampakkan kedalam neraka jahhannam.

Subscribe to:
Posts (Atom)