Friday, January 29, 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT 13 Safar 1431

RENUNGAN HARI JUMAAT

Assalamulaikum kawan-kawan semua. Ana harap semuanya dalam kesihatan yang baik. Meriah sungguh blog ini dengan cerita-cerita dari kawan-kawan kita. Alhamdulillah dalam kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu apa yang ana dapat di pagi Jumaat.
Pada masa manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar manusia telah berhujah dengan Allah atas sikap lalai manusia diatas muka bumi. Manusia berhujah mengharapkan Allah menerima hujjah mereka dan memasukkan mereka kedalam syurganya, tetapi setiap hujjah yang disampaikan oleh manusia dipatahkan dengan Hujjah dari Allah.


Hujjah pertama.

Manusia yang kaya. Mereka ini memberi hujjah bahawa mereka tidak dapat melakukan suruhan Allah kerana Allah telah memberi kekayaan kepada mereka di dunia. Oleh sebab kekayaan itulah mereka terpaksa bekerja untuk mengurus kekayaan itu siang dan malam sehinggakan tidak ada masa untuk menyembah Allah.
Hujjah Allah pada manusia seperti ini ialah sesunggunhnya Nabi ku Nabi Sulaiman telah diberikan kekayaan yang banyak tetapi kekayaan itu tidak sedikit pun melalaikan ia dari menyembah aku (allah) malah menjadikan nabi sulaiman seorang yang mulia di sisi allah.

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.


Bersambung diminggu hadapan..............................

Renungan bersama.
Apabila kita beroleh kesenangan serta keseronokan hendaklah kita bersyukur padanya (ALLAH) dan apabila kita menerima musibah hendaklah kita redho dengannya..

Friday, January 22, 2010

Renungan Pg Jumaat

Alhamdulillah , dengan izinnya ana dapat bersua kembali digerbang ciber . Pada pagi Jumaat ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin kita sama-sama boleh amalkan. Amalan yang baik kita amalkan selalu setiap hari dan di pagi Juamat seperti:

1. Bacaan setiap hari surah Al-Mulk kerana ayat ini akan menjadi peguambela kita setelah kita berada dialam Barzakh.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)


2. Bacaan surah Al-Quran pada setiap hari Jumaat -Surah Al Kahfi

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)

Ada 4 golongan manusia dikalangan kita.

i. Oarang kaya tapi berilmu (mengamalkanya)
ii. Orang kaya tetapi tidak berilmu
iii. Orang miskin tetapi berilmu.
iv. Orang miskin tetapi tidak berilmu

Renungan untuk sahabat semua. Diri kita dalam kumpulan mana?


Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Friday, January 15, 2010

3 Hadiah Percuma : Lawatan 4 Hari 3 Malam Ke Negara Brunei Darussalam


Hadiah berupa lawatan ke Negara Brunei Darussalam 4 Hari 3 Malam berserta penginapan (termasuk makan & minum) kepada sesiapa yang berjaya menulis "Pengalaman yang tak dapat di lupakan semasa kita sama-sama berada di alam persekolahan SMDSO". Tulisan pengalaman (kisah benar ini) hendaklah di paparkan di dalam blog ini.


Tajuk : Pengalaman Yang Tidak Dapat Di Lupakan Semasa Di SMDSO 78-80
Panjang Tulisan : Ikut Suka
Penyertaan : Terbuka kepada semua ex SMDSO 78-80
Tarikh Lawatan: Boleh runding ikut kesesuaian / kelapangan penulis yang berjaya.
Jumlah Hadiah : Untuk 3 penulis / pemenang yang terbaik.
Perbelanjaan: Di tanggung sepenuhnya ketika berada di Brunei (Bawa baju dan badan saja)
Keputusan Hakim adalah muktamad (Bukan Hakim Cokelat HACKS)
Hadiah Tajaan : Ir Mohamad Asri

Tarikh Tutup penyertaan: 25.2.2010


Selamat menulis, Wassalam.

Sunday, January 10, 2010

Pantun Orang Merajuk....


Salam Semua,
Selaras dengan komen-komen di blog ini, saya sertakan satu pantun seloka orang merajuk...

Pantai Lido udaranya sejuk
Terasa nyaman diwaktu petang

Kalau ada yang sedang merajuk
pujuk dengan bisikan sayang!

MKM
J.Bahru

Sebagi panduan, kalau tak tau nak mula pantun macamana, boleh gunakan rangkap pantun yang Moha bagitau dulu:

" kain telekung ............."
"......................................."
"......................................."
"........................................"






Thursday, January 7, 2010