Saturday, August 27, 2011

Salam Eidul Fitri.......


Eid-Mubarak......
Sempena Aidil-Fitri yang bakal tiba ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan serta menghubungkan silaturrahim dan kasih sayang sesama kita lebih-lebih lagi kita didalam keluarga EX-SMDSO 78 – 80 yang telah diketemukan dahulu dan telah agak lama juga tidak bertemu dan bersua muka serta beramah mesra ibarat satu keluarga .......

Semoga kita semua EX-SMDSO 78-80 akan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.......

Semoga Ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kesan kepada kita jua.....

Semoga Ramadhan kali ini jua adalah yang Terbaik yang mampu kita lakukan.....

Sesungguhnya Ramadhan.... adalah bulan yang menjanjikan Kerahmatan, Pengampunan dan juga Pembebasan dari Api Neraka oleh Rabbul Jalill kita Allah SWT itu dapat kita kecapi bersama ....

Semoga Lailatul Qadr yang menjanjikan kebaikan bersamaan dengan seribu bulan itu dapat kita lalui dan rasai serta kecapi jua bersama........

Semoga kita semua EX-SMDSO 78-80 akan dapat lagi bertemu dengan Ramadhan ini ditahun akan datang……

Akhirnya….

Marilah kita rayakan ketibaan Syawal ini dengan kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita yang tidak terhingga dengan penuh rasa pengabdian (Taabbud) kita kepada pencipta kita Rabbul Jalil Allah SWT.....

Marilah sama-sama kita bertakbir,bertasbih serta bertahmid memuji kebesaran Allah SWT dihari yang mulia ini….

Marilah juga kita ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita dihari yang mulia ini agar hubungan silaturrahim sesama kita tetap segar sentiasa ………


Wallahualllam......


Sahabatmu….
Jamal Nasir

Taqabbbalallahuminna Waminnkum........
( Semoga Allah SWT menerima Amal Kami dan Amal Kamu ).

• Kapitan Solehi ajak kita semua buat perjumpaan pada malam Hari Raya pertama di tempat biasa,..Pokok Ceri…dari jam 10.00malam hingga larut pagi…..semua dijemput hadir …..

3 comments:

  1. Assalamaualaikum,

    Untuk semua sahabat Ex SMDSO 78 - 80
    Selamat Hari Raya Puasa serta maaf zahir batin atas semua salah silap melalui perbuatan, percakapan serta penulisan.

    Semuga semuanya di rahmati Allah swt

    Perjumpaan di pokok ceri tak dapat nak sertai, aku berhari raya di Semerah, Batu Pahat. Raya di kampong isteri, rumah mak mertua.

    SALAM AIDIL FITRI UNTUK SEMUA

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Aidul-Fitri untuk semua...

    Terlebih dahulu nak minta maf banyak2 kerana tak dapat hadzir semalam kat Pokok Ceri.....lepaih balik dari Kg.malam tu letak la sat kepala nak rehat sementara....lup-lup tertidor teruih tak sedar.....hp bunyi pun tak sedar...Jan, sorry la tak dengar.....

    ReplyDelete