kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dg PKM, tapi yg jelas,beliau bekerjasama dg PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.
Yang jelasnya ,beliau bekerjasama dg PKM adalah utk menghalau British dpd negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.
Apakah cara beliau itu salah???
Satu kajian oleh pakar2 sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya.Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno shj.
Mat Indera menyerang balai polis Bkt kepong sekitar tahun 1950,harus di fahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat dg kerajaan British,kesetiaan mereka adalah kpd Queen British dan Kerajaan British .Mereka taat dan patuh apa sj perentah kerajaan British.
Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini.
Oleh itu,sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbul kekuasaan British"
Oleh itu jangan sesekali kita terkeliru dg POLIS zaman pasca Merdeka.Kini Polis adalah simbul kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia,mereka berkhidmat dan setia kpd Kerajaan Malaysia.
jangan sesekali kita samakan status Polis kini dg status Polis zaman British dulu.
Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh.
kita hanya boleh menghakimi,sebab2 peperangan itu.Mat Indera ada sebab yg kuat kenapa dia menyerang balai polis Bkt Kepong tu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang BP Bkt Kepong itu dg menyerang mana2 Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.
Balai Polis kini adalah simbul kekuasaan Malaysia,sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British.Ada perbezaan Besar di situ.
Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang MEKAH dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah .Bolekah kita kata Rasulallah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan MAKAH?????
Tetapi situasi nya kini tentu berbeza.Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.
kenapa??? kenapa dlm dua perkara yg sama,tapi berbeza hukumnya?? renungkanlah...
Jangan mudah kita menghukum sesuatu yg kita belum pasti kedudukannya.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php
No comments:
Post a Comment